Ahad, Januari 19, 2014

MELAYU MASIH MAMPU TERSENYUM ANDAI DISINDIR TETAPI USAH BIADAB

UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Pulau Pinang, membuat bantahan aman di hadapan Pusat Khidmat ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon berikutan tindakan pemimpin itu  menyumbat kangkung ke mulut replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Secara peribadi, saya menganggap tindakan Lee, biadap. Kira-kira 500 peserta perhimpunan itu juga semestinya berpandangan sama.

Klik di sini.

Barangkali pada usia muda, Lee kurang memahami adat budaya kaum majoriti di Malaysia. Orang Melayu, jika disindir, masih mampu tersenyum tetapi usah sampai bersikap biadab. Tambahan pula kebiadaban itu dikaitkan dengan pemimpin Melayu.

Malang sungguh, apabila isu kangkung telah mengkangkungkan Lee. Tatkala bantahan dibuat, Lee mungkin berasa lemah lutut bak kangkung layu. 

Di Malaysian Insider, dia meluahkan ketidakpuasan hati. Katanya reaksi UMNO Pulau Pinang amat memalukan. Dia juga mendakwa, penyokong UMNO melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin Pakatan Rakyat.


Saya hanya mampu tersenyum membaca komen Lee itu. Perhatikan tindakan Lee tatkala berseronok dikelilingi penyokongnya.


Apakah motif sebenar Lee? Mengapi-apikan perasaan rakyat berbangsa Melayu? Bukankah tindakannya itu berbentuk serangan peribadi? Kalau dia berani berumah di tepi pantai, usah pula kecut telur andai dilambung dek ombak besar.


Lee berang apabila gambarnya dibakar dan dipijak tanpa menyedari tindakannya sebelum ini menghiris hati penyokong UMNO dan majoriti masyarakat Melayu.


Klik di sini untuk membaca laporan Malaysia Insider.

Portal berita itu mendakwa 2 individu dikasari. Apapun kita perlu menyedari hakikat. Setiap reaksi terhasil daripada aksi. Apakah telah dilakukan oleh lelaki di bawah sehingga dia dikerumuni sebegitu rupa? 


Jika tindakan lelaki terbabit tidak mencetuskan kemarahan, mengapakah perlu dibawa ke balai polis? Dirakamkan gambar, menundukkan kepada, mungkin malu.


Baca di sini dan juga di sini.


5 ulasan:

  1. Jadilah manusia yg berakal dan terpelajar, jgn belajar sahaja tinggi punya sijil tebal tp soal nilai moral n adab budi bahasa kita '0'.. Tuhan menganugerahkan akal fikiran utk kita berfikir secara rasional, jadilah manusia yg dihormati bukan dikeji terutama sekali kepada public figure..

    Nauzubilaminzalik..

    BalasPadam
  2. salam...saya rasa ada salah faham disini...yg adun PKR nie maksudkan adalah Perdana Menteri yg tidak berpijak dibumi yg nyata..lgsg tidak memahami keadaan dan reality rakyat malaysia secara keseluruhannya...saya xnmpk ape yg dibuat oleh beliau itu adalah utk mengapi2 kan org melayu tetapi hanya kepada PM shj...isu nya adalah rakyat semakin tertekan dgn pelbagai siri kenaikkan harga barang bkn nk menghasut dan menghina org melayu...tapi cube tgk ape yg org melayu buat semasa demo di p.pinang..menghasut orang melayu agar berperang dgn bangsa laen..bukan kah itu lebih memalukan...????

    BalasPadam
  3. syukur lah xdak org umno yg pijak gambaq pemimpin PR (Nik Aziz,ANwar Ibrahin,Lim Guan ENg dan banyak lagi) dan bakaq gambaq depa pelbagai kan// kalau ada,mesti perangai sama busuk dengan adun PKR Macang Bubok tu...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.