Rabu, Januari 08, 2014

RM1 JUTA DALAM TEMPOH 48 JAM : KOS MENANGGUNG BIAWAK HIDUP

Awal Januari, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan menanggung perbelanjaan harian RM75 untuk setiap pendatang tanpa izin, PATI, ditahan di DepohTahanan Imigresen di seluruh negara.


Wang terbabit termasuk kos penyediaan makanan, kemudahan elektrik, bekalan air, perkhidmatan kesihatan dan keselamatan. 

Menurut beliau lagi, sehingga November tahun lalu, kerajaan Malaysia telah membelanjakan kira-kira RM2.9 juta menanggung PATI, biawak hidup, di depoh tahanan, purata RM500,000 sehari. Kenyataan itu megelirukan.

Klik di sini.

Saya percaya, bilangan PATI ditempatkan di depo semakin bertambah berikutan operasi dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen. Justeru pembaziran wang bakal berterusan selagi semua PATI ditahan tidak dihantar pulang ke negara asal.



[ Klik di sini ]

Utusan Malaysia melaporkan, Jabatan Imigresen mengeluarkan kenyataan, HANYA 10,000 PATI kini ditahan di Depoh Tahanan Imigresen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Mereka dikatakan 'terperangkap' di depoh berikutan ketiadaaan identiti diri. Namun akhbar terbabit tidak menyatakan sumber maklumat itu diperolehi.

Didakwa, perbelanjaan harian kira-kira 300,000 PATI tidak dapat dihantar pulang, lebih rendah, di antara RM4.50 dan RM7.50 sehari.

Klik di sini.

Jika benar statistik dinyatakan oleh Wan Junaidi, jelas kerajaan Malaysia secara berterusan terpaksa membazirkan RM1 juta dalam tempoh 2 hari untuk memastikan kebajikan semua PATI ditahan tidak diabaikan.

Walhal wang itu sepatutnya digunakan untuk membantu golongan miskin di negara kita atau menokok kembali subsidi petrol dikurangkan oleh kerajaan.

7 ulasan:

  1. terbaca dalam status fb kawan semalam. katanya, nasib PATI yg ditangkap lebih baik.. x perlu kerja, makan tanggung, tempat tinggal disediakan, tak payah pening pikir pasal harga barang naik, minyak naik, tarif elektrik naik. harap kerajaan dapat solution lebih baik dari membazirkan duit kat PATI ni

    BalasPadam
  2. Hak Asasi kata pembangkang, jangan diungkit, duit cukai pembangkang byr banyak pun.
    Elok juga diserahkan pengurusan=pengurusan kritikal kpd pembangkang, untuk dinilai KPInya, mana tahu ada bakat terpendam, barulah boleh dipertimbangkan jadi pencadang mahupun kerajaan akan datang.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum,
    kalaulah jumlah ini disalurkan untuk tingkatkan mutu pendidikan atau kesihatan, alangkah banyak kemudahan dah boleh naik taraf.

    BalasPadam
  4. Kos sehingga November RM2.9 juta...kos sehari RM500,000..kos 6 hari=RM3 juta...fakta agak mengelirukan...

    BalasPadam
  5. kalau susah sangat seludup kuar je lah PATI nie...
    Menyusahkan negara kita yang semakin susah...

    BalasPadam
  6. kalau aku jadi pm..aku buat undang2 sebat 100 kali sorang pati..baru diorang serik nak masok negara ni..nak berlembut pun agak2 la..jangan sampai tahun 2020 malaysia ada berpuluh puluh kaum rasmi..jangan kesilapan sama berulang..kalo korang paham la..

    BalasPadam
  7. semua ditgn pemerintah .Kalau undangx2 dan penguatkuasaan bersih dan tulus mesti xde masalah .Tapi kenyataan skrg ialah ramai yg cuba kaut keuntungan dari kegiatan pekerja asing (PATI)

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.