Rabu, Mac 19, 2014

CAKAP BANYAK SAMAN TIDAK


Anwar Ibrahim masih berusaha gigih untuk mengelirukan rakyat Malaysia. 

Portal Free Malaysia Today, FMT, mencetak dakwaan Anwar, kononnya kerajaan Malaysia diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengaitkan dia dengan kes kehilangan pesawat MAS MH370.


Mari bersama kita menganalisa beberapa fakta penting. 

Kebelakangan ini, fikiran Ketua Pembangkang itu barangkali terlalu berserabut. 

Pertama, impiannya untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil Kajang hancur berkecai apabila pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan mendapati dia bersalah meliwat.  Sekaligus cita-citanya untuk merampas kerusi Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim, turut musnah.

Kedua, kini Anwar sedang mendepani hukuman penjara 5 tahun, diputuskan sebulat suara oleh 3 hakim di Mahkamah Rayuan.

Ketiga, sekiranya dipenjarakan kelak, Anwar hanya akan dibebaskan dari tirai besi pada usia 71 tahun, terlalu lewat untuk mula menjadi Perdana Menteri. 

Keempat, kini majoriti rakyat negara akur bahawa dia gagal dalam usaha mengelirukan mereka.

3 hari lalu, isterinya, Wan Azizah Wan Ismail membuat dakwaan berikut.


Hari ini, kenyataan itu berubah.


Klik di sini.

Dalam kekalutan dilaluinya, Anwar sendiri terkeliru.

Kenyataan mengaitkan dirinya dengan kehilangan MH370, BUKAN dilakukan oleh kerajaan tetapi didedahkan oleh portal berita United Kingdom, Daily Mail dan beberapa portal antarabangsa lain.


Sehingga saat entri ini ditulis, Anwar masih TIDAK mengambil tindakan undang-undang menyaman Daily Mail biarpun anaknya sendiri mengatakan berita dipaparkan itu PALSU.

Cakap banyak, saman tidak.

10 ulasan:

  1. anwar sekarang meroyan... die dah kantoi sebab menipu tak kenal sedara sediri.. jadi dia meroyan le.. nak ubah tajuk.... habis orang lain dipalitnyer.... semua orang kenal siapa itu anwar peliwat.

    BalasPadam
  2. Manusia yg bertopengkan dajjal dan iblis mana mungkin dapat dilihat kebenaran atas dirinya.. lama kelamaan Allah SWT akan aibkan dirinya.. org yg buat dosa jika bertaubat Allah simpan rahsia dosa.. tp org yg buat dosa..kemudia langak angkuh.. mencabar org lain sana sini.. pasti Allah akan HINA nya sehina2nya..

    Pakatan Rosak-siapa yg jd supporter mereka pasti rosak akhlak dan minda..

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulillah apa yang saudara katakan tentang penyokong pakatan rakyat sebagai rosak akhlak dan minda tidak terjadi, malah ramai diantara kami bersembahyang 5 waktu, menutup aurat dan bersyukur dengan kehidupan kami seadanya dan tidak mengejar kehidupan duniawi berbanding ramai penyokong umno/bn yang saya tahu dan lihat sangat taksub dengan kehidupan duniawi. malah ada diantara saudara-mara saya yang penyokong kuat bn sangat menghalalkan rasuah dan hidup bertunjangkan kehidupan materialistik.

      Padam
    2. kadangkala solat lima waktu tapi mulut nauzubillah... solat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar tapi solat apa tu kalau perangai macam haram... komen kamu sendiri sungguh biadab dan kurang ajar... saya penyokong bn... SAYA TIDAK MENGAMALKAN RASUAH... SAYA TIDAK MENJILAT ORANG... SAYA ADA PENDIRIAN SENDIRI APABILA MENYOKONG BN... SAYA TANYA KAMU SENDIRI KENAPA KAMU MENYOKONG PR???

      Padam
    3. takde parti yang perfect.
      yang buat jahat tu adalah individu (yang sesetengahnya membawa nama parti yang disokong).
      kita masing2 ada pendirian masing2 kenapa kita sokong sesetengah pihak.
      hormatlah pendirian masing2.
      jangan kerana fahaman berbeza, bergaduh berpecah belah.

      Padam
  3. Saya kesian tengok Anwar ni...tak tau apa yg dia nak dalam hidup dia selain nak jadi PM.

    BalasPadam
  4. Setakat cakap, budak sekolah rendah pun boleh.

    BalasPadam
  5. Sembang deraih sangat...putaq Sana...putaq sini, bila dah tbelit gelabah bewak

    BalasPadam
  6. Menyokong peliwat, mengangkat peliwat sebagai pemimpin & idola, tunggulah bala bencana yg lebih dahsyat. Sebagai mana umat terdahulu yg telah diberi pengajaran oleh Allah.

    BalasPadam
  7. Sebarang isu yg terpalit dengannya (ataupun belum tentu lagi terpalit), pasti siAnwar menyalahkan UMNO, kerajaan dan lebih-lebih lagi Dato' Seri Najib yang menjadi dalang atau penyebab. Apakah begitu sempit, pesimis kotak mindanya hingga tidak boleh berfikir sebagai seorang dewasa yang berpengalaman, yang kononya banyak mempunyai sosial circle yg pelbagai dan kononnya pernah menjadi pensyarah di peringkat tertiari.

    Setiap kali saya lihat dia berceramah, itulah mainan pembuka katanya - "UMNO", "Najib", "BN" dll di sebalik sedutan surah-surah sebagai pelindung untuk menarik perhatian. Padanya dirinya itu serba suci, serbi bijak dan serba kompetens.
    Tetapi sebenarnya dari panggang dari api !!!!
    Allah Maha Mengetahui.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.