Rabu, Mac 19, 2014

WAN JUNAIDI BAK TIKUS MEMBAIKI LABU


Secara peribadi, saya berasa simpati melihat Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dihentam pelbagai pihak berikutan kenyataannya mengenai kes rogol.

Semaam, beliau dituduh menuturkan kenyataan KONTROVERSI didakawa berbaur perkauman di Dewan Rakyat, 'orang bukan Melayu dikatakan lebih bertoleransi menerima kejadian kes rogol membabitkan remaja di bawah umur'.

Wan Junaidi kemudian berhujah, percampuran pelbagai etnik di kalangan ahli keuarganya dijadikan bukti beliau tidak bermaksud bersikap perkauman.

Hemat saya, sebagai Timbalan Menteri, Ahli Parlimen Santubong itu harus lebh berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media dan masyarakat Malaysia. Rujuk terlebih dahulu kepada kakitangan Pegawai Komunikasi bertugas di kementerian, jika ada.

Susualan kritikan dilontarkan, Wan Junaidi kemudian mengeluarkan kenyataan di bawah, dipetik daripada akhbar The Malay Mail Online.


[ Sumber : Klik di sini ]

Ringkasnya, beliau berkata secara semulajadi agama dan budaya masyarakat Melayu menjadi mereka SANGAT sensitif mengenai hubungan seks membabitkan remaja di bawah usia 16 tahun.

Kenyataan itu tidak ubah seperti tikus membaiki labu.

Perkataan 'very sensitive' atau 'sangat sensitif' itu menggambarkan satu perbandingan. Adakah kenyataan di atas bermaksud masyarakat bukan Melayu bersikap 'less senstive', 'kurang sensitif' terhadap kes hubungan seks di kalangan remaja di bawah umur?

Molek, jika ahli politik veteran itu hanya berkongsi FAKTA sahaja. Nyatakan secara jelas, jumlah bilangan kes rogol dilaporkan kepada pihak polis TANPA mengolah sikap bangsa pelapor. 

Statistik di bawah tanpa komen tambahan, cukup untuk difahami oleh masyarakat.


Saya yakin niat Wan Junaidi baik tetapi dipandang serong kerana beliau kurang bijak dalam mengeluarkan kenyataan rasmi.

Itu hemat saya.

5 ulasan:

  1. terus terang saya labelkan sebagai JAHIL.kami sebagai rakyat yang cintakan MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU sangat memerlukan lebih ramai lagi 'MAZIDUL AKMAL SIDEK'.teruskan saudaraku jgn biarkan kejahilan pemimpin memusnahkan tanah tumpah darah kita ini.murka ALLAH amat dahsyat.sedarkan mereka dgn berhemat.sedih...ramai pemimpin kita hari ini sangat berbakat tetapi JAHIL.

    BalasPadam
  2. ISU SM AMIN Mati Hidup Semula
    jamaluddinhassan.blogspot.com

    BalasPadam
  3. The fact of the subject matter is never easy to be accepted as truth. Nor has the Minister statement be taken as truth. Such practice was, and is common in the Middle eastern countries, Afghanistan and Pakistan. The cases that has been recorded among Malaysian Malays is considered as a drop in a big ocean. Other races in Malaysia have been every now and then heard of and even recorded occurrence of such case, but very rare. It was part of traditional practice long discarded in the wake of Christianity among the tribes in Sabah and Sarawak. Based on my experience and observations, there is a strong positive co-relation between such practice (statutory rape) and occurrence cultures whereby women are treated as "unequal" or less equal to men. Maybe that sheds some light of why such cases are prevalent in Middle Eastern countries and some Asian countries like Afghanistan, Pakistan, India and Bangladesh. Victims of statutory rape are largely women (girls underage) and very rarely a man (which proves the earlier statement). The more the society accept and treat their women as equal the lesser cases of statutory rape recorded. That is why such cases are rarely heard in countries like the UK, France, Germany, Switzerland and Sweden. Maybe the minister had failed to see the consequences of his statement. He shouldn't be made to bear the wrath of the people. Regrettably, his response after the statement has never been better to give remedy to the public uproar. It also tells from the perspective of the public, the capability of thinking reasonably and the power to reason effectively. As to me, he has been forgiven, not because of his missteps but because I know the fact much better than him.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.