Rabu, Jun 27, 2012

GAMBAR INI MEMANG GANJIL (UPDATED)

Sebelum ini beberapa kali saya pamerkan gambar pegun entiti paranormal dirakamkan di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Pembaca setia blog ini atau blog Penyingkap Fakta pastinya pernah melihat gambar dirakamkan pada 1 Oktober 2011 di bawah.


Untuk rekod, Ustaz Zaharuddin Zainal berada di tempat tinggi semasa gambar di atas dirakamkan. Lebih tepat lagi, rujuk lokasi kru 666 di bawah berdiri.


Manakala entiti terbabit direkodkan secara rawak, berada di kawasan bersimen di bawah. Selepas gambar  dirakamkan, beberapa kru 666 membuat tinjauan di kawasan sama dan tidak menemui sebarang entiti ganjil.


Sewaktu kamera digital diangkat oleh Ustaz Zaharudin dan gambar dirakamkan, entiti itu hanya berjaya direkodkan pada paras bahu sahaja. Maksudnya, entiti kelihatan seperti mawas itu dipercayai lebih tinggi atau berada dalam keadaan terapung.

Setelah meneliti semula beberapa gambar dirakamkan itu, saya menemui fakta saya anggap menarik.

Berikut gambar direkodkan pada 22:03:03 dan tidak pernah dipaparkan di blog ini.


Gambar di bawah direkodkan tepat pada 22:03:15, perbezaan waktu, 00:00:12.


Maksudnya, entiti itu mengambil masa beberapa milisaat untuk membentuk dan kemudian dirakamkan di hadapan Ustaz Zaharuddin biarpun tidak mampu dilihat menggunakan mata kasar.

Saya percaya gambar terbabit sukar dirakamkan dan amat ganjil.

Sila baca nukilan awal saya sewaktu tinjauan kami di lokasi itu, klik di sini.

Kepada pembaca baru blog ini, sila klik di sini untuk melihat hasil rakaman entiti terapung di Highland Towers direkodkan  pada tengah malam 2 Julai 2011.

Berikut komen Al-hafiz Ustaz Zaharuddin di Facebook beliau berhubung gambar dirakamkan.


Selasa, Jun 26, 2012

KERETA DILARIKAN JOCKEY

"Bang kereta Harrier saya hilang?," kata 'Hassan'.

"Hilang di mana?," soal saya kepada rakan berusia 38 tahun itu.

"Saya pergi makan dengan beberapa kawan di gerai Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur. Saya serahkan kunci kepada jockey di sekitar jam 2 pagi. Sejam kemudian pengurus jockey menghubungi saya, dia kata kereta saya hilang," tambahnya lagi.

"Siapa larikan?," tanya saya lagi.

"Kes ini berlaku pagi hari Khamis lalu, 21 Jun. Petang Rabu kenalan lama pengurus itu datang bersama isteri dan anak-anak, meminta kerja. Berasa amat simpati, dia pun menerima suspek, berusia lingkungan 30 an bertugas memakirkan kereta pada malam itu. Suspek datang dengan kawan dia. Sebelum melarikan kereta bernombor pendaftaran WJR 5060, berwarna coklat metalik dan mempunyai sport rims berwarna keemasan, dia sempat menghantar kawan dia balik ke Pandan Perdana menaiki kereta dilarikan itu," balasnya.

"Nama suspek, alamat rumah dia, dapat?," tanya saya.

"Dapat, nama dia Sulaiman xxxxxx, nombor telefon dia 019 302 xxxx dan rumah mertua dia di Taman Seri Jaya, Tanjung Karang, Selangor. Masa berjumpa dengan Pegawai Penyiasat pagi kenderaan itu hilang, di hadapan dia saya menghubungi suspek dan menyamar.  Dia menjawab panggilan dan berkata saya tersalah mendial nombor," terang Hassan.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pagi sama.

"Kerana Pegawai Penyiasat belum mengambil kenyataan saya, saya dan rakan pergi sendiri ke rumah mertua suspek dan merakamkan gambar," jelasnya.

Selepas 4 hari kejadian, petang semalam, saya menemankan Hassan bertemu Pegawai Penyiasat, berpangkat Inspektor untuk dia mengambil keterangan bertulis di Balai Polis Tun H.S Lee.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi menjamin siasatan dan tindakan untuk mengesan pencuri kereta terbabit dilaksanakan dengan kadar segera.

"Fakta paling menarik, saya difahamkan oleh kenalan suspek, dia baru keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam, Johor kira-kira 2 minggu lalu," ujar Hassan.

Saya amat yakin, suspek akan diberkas dalam jangka waktu terdekat. Semoga kenderaan rakan saya itu ditemui dalam keadaan sempurna.

Untuk rekod, pada jam 1.10 pagi tadi, Hassan menghantar gambar suspek kepada saya, lelaki kurus dan bermisai. Sekiranya pihak polis gagal mengesan suspek terbabit, InsyaAllah saya akan paparkan wajahnya di blog ini.

Cuma ingin saya ingatkan, kepada pembaca sering menggunakan khidmat valet parking, berhati-hatilah.

Sebilangan pekerja bak musang berbulu ayam. Jangan sesekali meninggal kan barangan berharga di dalam kenderaan.

Isnin, Jun 25, 2012

JIKA TIDAK BERSELERA MAKAN SILA BACA DAN TONTON KLIP VIDEO DI ENTRI INI

"Makanlah, ini sahaja ada untuk hari ini. Bersyukurlah, sekurang-kurangnya Allah memberikan kita rezeki," ujar ibu.

Barangkali sebilangan kita pernah mendengar kenyataan itu sewaktu kecil. Ketika itu mungkin kita hanya makan nasi putih berlaukkan ikan masin dan kicap pekat sahaja.

Saya dibesarkan di kampung dan pernah makan hidangan sebegitu di rumah jiran. Namun selera tidak pernah terbantut kerana kemeriahan makan bersama 10 anak jiran terbabit. 

Makan di atas lantai buluh, berpinggan ayan.

Peristiwa itu berlaku kira-kira 40 tahun lalu.

Makanan anak sekarang mewah. Mereka dihidangkan ayam, daging dan pelbagai jenis ikan.

Apapun kita semua sebenarnya amat bertuah samada makan ikan masin atau lauk lain berbanding mereka tinggal di Haiti. Dilaporkan, pendapatan purata penduduk pulau terbabit kurang RM6 sehari. Justeru mereka tidak mampu untuk membeli beras, akibatnya 80% penduduk memakan 'mud cookies' atau biskut tanah liat.

Bisku sama juga digelar 'dirt cookies'.

Lihat lidah anak kecil di bawah selepas memakan mud cookies di negara termiskin di hemisfera barat. Dilaporkan biarpun biskut dicampur garam, gula dan serbuk perasa berasaskan sayuran, rasa tanah kekal di lidah buat jangka waktu agak lama.


Tonton bagaimana mud cookies diperbuat.


Selepas menonton klip video di bawah, kita semua seharusnya berasa bersyukur dengan pelbagai makanan dihidangkan di atas meja setiap hari.

Sekaligus hargailah keamanan dan kemakmuran dikecapi di negara kita ini berbanding negara dilanda krisis politik dan gempa bumi itu.


Sila kongsikan kandungan entri ini bersama anak, agar mereka semua lebih menghargai  juadah kita sediakan setiap hari.

HEBAHKAN

MAMA KUKU BUNGKUS

Petang semalam, saya kembali ke Desa Aman Puri, kawasan sebelum ini dibanjiri oleh warga Afrika. Lazimnya di petang Ahad, mereka berkumpul di kawasan perumahan samada di ruang parkir kenderaaan atau di restoran berhampiran.

Selepas penguatkuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur menyerbu dua premis perniagaan diusahakan warga Afrika 2 hari lalu, kelibat warga terbabit sukar dilihat.

Berikut gambar gerai 'Mama Kuku ' dipercayai milik warga Afrika, saya rakamkan pada hari Rabu, 20 Jun lalu.


Di bawah, 3 gambar saya rekodkan petang semalam.


Mama Kuku sudah bungkus, diberhentikan operasi dan papan tanda gerai juga telah ditanggalkan.

Jika sejak mula gerai terbabit beroperasi menggunakan lesen perniagaan dan pekerja sah, mengapakah gerai perlu ditutup?

Justeru benar dakwaan orang ramai, sebilangan warga Afrika bukan sahaja berani tinggal di negara ini tanpa dokumen perjalanan sah, malah mencuba untuk mencari rezeki secara haram. 

Pada awalnya agak ganjil apabila saya melihat gerai warga Afrika itu beroperasi di tengah deretan gerai diusahakan oleh peniaga Cina.


Namun mengetahui kelebihan warga Afrika mengungkapkan kata kata manis dan mampu menjanjikan bulan dan bintang, kejadian itu saya anggap biasa. 

Jika tidak masakan mereka berupaya memikat pasangan gadis tempatan pelbagai bangsa hanya menggunakan air liur sahaja. Setelah diperdaya, teman wanita mereka dibogelkan, diratah dan kemudian ditipu, terjerumus dalam kegiatan penipuan menggunakan internet.

Dalam perjalanan pulang dari Desa Aman Puri, saya singgah di Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor. Sebelum ini warga Afrika saya lihat sering berkumpul di restoran Cina dan di tepi jalan utama berhampiran stesyen bas.

Kini modus operandi ditukar.

Mereka memilih untuk berkumpul di lorong di antara bangunan kedai. 

Berikut gambar saya rakamkan sebagai bukti.


Barangkali kerana mula menyedari hakikat, kehadiran mereka di khalayak ramai kurang disenangi oleh masyarakat tempatan.

Bulan Mei lalu, seorang warga Afrika dibunuh di kawasan ini. 

Klik di sini untuk membaca laporan akhbar.

Sebelum kejadian disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu, lelaki warga sama dilaporkan dibelasah penduduk tempatan kerana cuba mengganggu isteri orang.


Biarpun bertubuh padu dan berkulit liat, dia akhirnya lembik dibelasah lelaki tempatan sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Ahad, Jun 24, 2012

GADIS INGIN MENJADI ARTIS ... AYAH TAWARKAN KERJA GRO ( Eksklusif )

"Assalamualaikum bang!," ucapnya.

Saya membalas salam gadis manis, memakai baju berwarha hitam bersama seluar separas betis. Ketika itu saya dan Penerbit 999, Harris Farouk Alex sedang berjalan perlahan menuju ke gerai menjual masakan Thailand, berhampiran Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur.

"Jom minum," pelawa saya.

Dia mengikut kami ke gerai berhampiran. Sebaik duduk, gadis berasal dari Rawang, Selangor itu  memperkenalkan dirinya sebagai 'Bela',  berusia 21 tahun.

Saya mempelawa Bela menjamu selera namun dia cuma memesan ais kosong. Perut sebu, itu alasan diberikan.

Bela mendakwa dihalau oleh ibunya dari rumah sekitar Disember 2011 dan kemudian dimasukkan ke Pusat Pemulihan Akhlak selama 6 bulan.


Tambah gadis itu, bayi lelaki dilahirkannya, kini berusia setahun setengah, di bawah jagaan keluarga angkat di Klang, Selangor.

Manakala bekas teman lelakinya berusia 30 tahun, penagih dadah tegar, meninggalkan Bela sebaik mengetahui dia mengandung.

Kata Bela, dia meninggalkan Pusat Pemulihan Akhlak pada bulan Mei lalu.



Harris kemudian mengemukakan soalan berikut dan dijawab petah oleh Bela.



Anak ke lapan daripada dua belas adik beradik itu mengaku menjadi penagih gam sejak hampir 6 tahun lalu.



Teman lelaki terkini Bela berbangsa Iban, berasal dari Sarawak, 23 tahun, insan berjaya mendesak Bela  membebaskan dirinya dari dibelenggu gam.



Bela mengaku menjadi play girl sejak menuntut di sekolah rendah lagi.  Berbekalkan wajah manis dan kepetahan berkata-kata, saya mempercayai kenyataan gadis itu. 



Dengarkan luahan Bela berhubung cita-citanya.



Lazimnya, sebilangan gadis dihalau keluarga dari rumah dan berasa tertekan,  memilih jalan mudah untuk mencari wang sekaligus meneruskan kehidupan. 

Bela tidak begitu. 



Ayah dan ibu Bela tinggal di lokasi berasingan sejak 10 tahun lalu.



Saya amat berharap Bela mampu meneruskan kehidupannya secara lebih sempurna di masa akan datang. 

Sabtu, Jun 23, 2012

JABATAN IMIGRESEN HARUS MELAKSANAKAN LANGKAH LEBIH BIJAK DAN EFEKTIF UNTUK MENANGANI KEBANJIRAN WARGA AFRIKA

Rabu lalu, saya nukilkan isu berhubung kebanjiran warga Afrika di Desa Aman Puri, klik di sini

Awal pagi tadi, penguatkuasa Jabatan Imigersen Kuala Lumpur melakukan serbuan dan menahan 19 warga sama.


Mereka diberkas, tidak memiliki dokumen perjalanan sah.

Keluhan dan kegusaran penduduk Desa Aman Puri akibat kehadiran warga Afrika berulang kali saya dengari dan dilaporkan oleh media cetak dan elektronik. 

Malah saya sendiri telah 3 kali saya melakukan tinjauan ke kawasan itu.

Saya percaya, selang beberapa hari lagi, 2 kawasan diserbu akan dibanjiri kembali oleh warga Afrika. Tindakan penguatkuasa dan warga Afrika, tidak ubah bak pahat dan penukul. Sekali tindakan dilaksanakan oleh pihak berkuasa, sekali mereka menghilangkan diri.

Perhatikan, untuk mengurangkan  kadar jenayah, pihak polis melaksanakan 'Ops Payung'. Pegawai dan anggota polis ditempatkan di lokasi strategik sekaligus melakukan rondaan di kawasan perumahan dan bandar.

Hemat saya,  Jabatan Imigresen juga harus mengambil langkah lebih bijaK dan efektif. Contohnya, penguatkuasa berseragam lengkap boleh ditempatkan di lokasi 'panas', pastinya membuatkan warga Afrika tinggal di negara ini tanpa dokumen kecut perut. 

Barangkali cadangan ini harus diambil kira dan cuba dilaksanakan.

Andai benar kepentingan rakyat didahulukan, keselamatan dan keselesaan mereka harus terus dijaga dan dipelihara.

Jumaat, Jun 22, 2012

WANITA UZBEKISTAN BERSELUAR DALAM PUTIH ... RM1,000 ONE SHOT? (18SX)



Kira-kira jam 2.15 pagi tadi saya dikejutkan oleh panggilan telefon.

"Bang, operasi menangkap perempuan Uzbekistan di Bukit Bintang," kata wartawan itu.

Jam 2.30 pagi,  saya tiba di lokasi dimaksudkan dan merakamkan gambar berikut.


"Ini kali kedua kita melakukan operasi memberkas mereka. Modus operandi mereka, datang berpeleseran di pusat hiburan dan kemudian menawarkan khidmat seks dengan bayaran di antara RM500 dan RM1,000 untuk satu sesi, one shot, sebelum dibawa pelanggan berminat ke hotel di sekitar," ujar DSP Azman Mohd Isa.


DSP Azman, Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Sewaktu pusat hiburan diserbu oleh polis, beberapa wanita Uzbekistan berusia di antara 24 dan 32 tahun dilaporkan cuba melarikan diri namun gagal kerana premis sama telah dikepung.

Kru 999 berada di lokasi bersama penerbit, Harris Farouk Alex.


Klik di sini untuk membaca laporan serbuan kali pertama oleh pasukan sama.

23 wanita warga Uzbekistan ditahan bersama 2 rakyat Thailand, kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.


Wanita Uzbekistan kebanyakkan bertubuh lampai, putih dan gebu. Barangkali ciri terbabit mudah membangkitkan nafsu pelanggan.


Mungkin pelanggan sanggup membayar RM1,000 untuk melanggan wanita di atas dalam tempoh singkat. Namun sebaik terlihat wanita berbaju merah jambu di bawah, saya terfikir ...


Berbaloikah mengeluarkan wang sejumlah itu ditambah bayaran bilik hotel, untuk mengadakan hubungan seks bersama wanita berperut boroi? 

Apabila payu dara dan perut berada di garisan menegak sama, itu sudah teramat kritikal. Namun di dalam gelap dan jika pelanggan pula berada di bawah pengaruh alkohol, barangkali fizikal sebegitu tidak diambil kira sama sekali.


Mungkin kadar bayaran boleh dirundingkan dalam 'perniagaan' tanpa modal itu. 


Apakah dilakukan oleh kru 999 bersama dua wanita Uzbekistan di bawah?


Saksikan laporan lengkap berhubung operasi itu di dalam 999 episod minggu hadapan.  

Pada masa sama, usah lupa untuk menonton Majalah 3, bakal disiarkan malam esok, jam 9 malam, bertajuk 'Warisan Iranun'.


Suara diadunkan pada jam 11 pagi tadi.


Ops! Jika ingin melihat beberapa gambar EXTRA wanita Uzbekistan diberkas, sila klik di sini.

SILA HEBAHKAN DI FACEBOOK, TERIMA KASIH