Isnin, Mei 19, 2008

10% Datuk?


“Masuk! Masuk! Boleh lagi ni. Reverse sikit lepas tu potong terus masuk,” kata lelaki tua berambut putih berdiri di sebelah kereta saya.

Waktu itu saya dan keluarga baru tiba di Kampung Padang Kemunting, Alor gajah, Melaka untuk bercuti selama 3 hari. Adik saya, Maizatul Azlin menempah 4 chalet untuk keluarga dan rakan-rakannya.

“Tak apa, jangan risau, tak langgar punya, ok,” kata lelaki itu lagi.

“Kesian dah tua, jaga parking,” bisik hati saya.

Sebaik meletakkan kereta, saya menjeling jam di tangan, pukul 7.10 malam.

Biarpun gelap, tulisan di papan tanda berlampu kelihatan jelas, Putra Sayang Resort, tempat saya dan keluarga bakal menginap sepanjang percutian antara 17 dan 19 Mei lalu.

Saya kemudian pantas menuju ke gerai menjual makanan dan minuman di tepi pantai sedang keluarga mengambil kunci dan menuju ke bilik nombor 8 untuk berehat.

Saya memilih duduk bersendirian di kerusi dengan meja papan sebelum dihampiri lelaki berusia lingkungan 40 an.

“Kenal lagi tak?,” tegur lelaki itu.

“Tolong ingatkan saya,” terlalu ramai orang saya temui dalam perjalanan hidup ini.

“Kes along Kajang,” balasnya.

Belum sempat saya berkata, dia menjelaskan.

“Alah, dulu Mazidul pernah datang Kajang buat cerita pasal along, Mazidul ada interview saya, lama dah”

“Oooh, saya ingat. Duduk la sini, ajak kawan tu sekali,” saya mempelawa.

Lelaki itu sewaktu saya temui lebih 5 tahun lalu sedang berhadapan masalah diburu along kerana gagal melangsaikan pinjaman.

“Sekarang ok dah?,” soal saya ringkas.

Saya faham, pengalaman dikejar along bukan indah, terlalu menyakit dan mencabar maruah.

“Ok,” katanya sambil menganggukkan kepala.

“Datuk steady, dia jaga parking, dia pelayan gerai dan dia lah owner,” kata lelaki itu sambil lelaki tua berambut putih tadi menghulurkan tangan bersalaman dengan saya.

“Datuk
Yunos,” katanya memperkenalkan diri.

Nama penuh beliau Yunos Abu, berusia 61 tahun pemilik Putra Sayang Resort mula beroperasi sejak tahun 1991.

“Dul, dulu tempat saya ni chalet kayu, guna jamban jirus, pakai lampu gaslin,” katanya berseloroh mengungkapkan fakta.

Sekarang resort miliknya mempunyai 25 bilik dengan kadar sewa antara 70 dan 220 ringgit sehari bergantung kepada saiz dan bilangan katil.

Datuk Yunos kemudian duduk di sebelah saya. Dia kelihatan penat tapi wajah beliau tetap kelihatan berseri.

“Ada orang telefon tanya ada swimming pool tak kat tempat saya,” katanya.

“Datuk jawab apa?,” tanya saya.

“Saya kata, ada. Besar, tapi kita panggil seapool bukan swimming pool,” dia tersenyum.

“Putra Sayang Resort terletak kurang 100 meter dari pantai terhampar luas. Saujana mata memandang pantai cantik, landai dan sesuai untuk mandi, itulah ‘seapool’,” tambah beliau lagi.

Saya rakamkan seapool itu (bawah) untuk dikongsikan bersama anda.


“Bila ramai orang datang sini?,” soal saya kepada ayah 6 anak lelaki itu.

“Biasa weekend dan holiday. Orang dari Kuala Lumpur, Johor, Singapura pun datang. Tapi busines recovers start bulan April lalu,” balasnya.

“S
ebab apa?,” saya hairan.

“Tahun lepas kan heboh fasal kes babi di Paya Mengkuang. Orang takut nak datang, walhal tempat tu jauh, lebih 6 kilometer dari sini,” jelasnya.

“So, pantai kat sini memang bersih?”

Of course bersih, boleh mandi siang malam, no problem at all. Pagi esok Mazidul tengok sendiri. Sekarang ni dah gelap”

“Banyak resort ke di Kampung Padang Kemunting ni?”

“Kejap saya kira," kata beliau perlahan.

Datuk Yunos menggunakan jari kemudian mengira satu persatu bilangan chalet dan resort di kawasan sama.

“19 semuanya tapi tak termasuk di Pengkalan Balak,” katanya.

Pada hemat saya majoriti penduduk di Kampung Padang Kemunting mengenali Datuk Yunos. Bukan kerana beliau berpangkat Datuk tetapi kerana sikap terbuka dan peramah dimiliki.

“Datuk PR memang bagus,” puji saya.


“Kita busines, kena lah macam ni,” komen beliau.

“Dah lama duduk sini ke?,” soal saya lagi.

“Saya ada rumah, satu di Kampung Raja Uda Klang, satu di sini. Rumah dua tapi isteri satu,” beliau berseloroh selamba.

“Kalau Datin dengar mesti dia bangga. Setianya suami,” detak hati saya.

Malamnya saya tidur di bilik dengan sewa 110 ringgit semalam lengkap berhawa dingin, 2 katil bersaiz queen dan single. Bangun pagi saya sekeluarga makan nasi lemak bungkus.

“Nasi lemak seringgit, lauk sambal dan ikan masin,” kata Datuk Yunos kelihatan lebih segar berbanding semalam.

“Murahnya,” komen ringkas saya.

“Alah! Ini bukan di Kuala Lumpur,” respon beliau pantas.

15 minit kemudian, lalu penjaja petai, Ismail Yusof, 61 tahun berasal dari Kampung Air Hitam Pantai, Tanjung Bidara.

Ismail memberhentikan motorsikalnya di tepi jalan berhampiran meja tempat saya makan pagi.

“Berapa seikat?,” tanya saya.


“2 ringgit,” katanya.

“Hui! Kalau di KL ni mesti 5 ringgit,” bisik hati saya.

“Dah lama berniaga bang?,” tanya sambil Datuk Yunos membeli 2 ikat petai padi berisi.

“Dah 40 tahun berniaga. Dulu menoreh getah. Bila harga getah turun, saya pajak pokok petai dan jual sendiri,” jelasnya.

Sewaktu makan di gerai anak Datuk Yunos di tepi pantai itu pada jam 10 pagi saya terlihat inai masih merah menyerlah di jari pasangan teman adik saya.

“Bila nikah?,” saya bertanya.

“Semalam, 17 Mei, pukul 10 pagi di Masjid Nurul Ehsan., Taman Medan,” jawab Norly Hazdie Zainal, 38 tahun.

“Ai! Baru nikah terus datang sini?,” soal saya lagi.

“In kes malas basuh pinggan bang,” seloroh isteri Hazdie, Suzyneta Senin.

“Jumpa kat mana ni?”

Soalan saya membuatkan keduanya tersipu malu tetapi kelihatan bahagia.

“Saya tanya ni, jumpa kat mana?," saya cuba mendesak.

“Jumpa di New York,” akhirnya jawaban terpancul dari mulut Suzy.

“New York?,” tanya saya untuk kepastian.

“Bukan New York, Amerika. New York Hotel di Johor Baharu la bang. Masa tu ada Chatters Club punya gathering,” jelas Hazdie.

“Pakai nick name apa ya?”

“Rahsia,” serentak mereka menjawab.

Tiba-tiba mata saya terpandang satu lagi pasangan sedang makan di meja bersebelahan. Naluri mendesak saya bertanya.

“Berapa lama dah kahwin kak?,” soal saya.

Saya perasan pasangan itu sejak dari awal khusyuk mendengar perbualan saya bersama pasangan pengantin baru masih duduk di sebelah saya.

“Ibu dan abang dah 37 tahun,” jawab Siti Hajar Amrin, 56 tahun sambil duduk lebih rapat dengan suaminya. Saya rakamkan saat manis mereka berdua.

“Lamanya. Dia orang ni baru nikah semalam,” jelas saya sambil menunjuk Hazdie dan Suzy.

“Kami dengar,” jawab suami Siti, Musa Mat, 56 tahun.

“Saja datang cuti ke?”

“Kami duduk di Kampung Kesang Tuan, Jasin, datang cuti kat sini kali pertama,” jawab Siti.

“37 tahun dulu, kahwin bulan berapa?”


“5 haribulan Mei,” jawab Siti tanpa teragak-agak.

Kerapkali isteri lebih baik mengingat tarikh bersejarah dalam keluarga. Itu pandangan barangkali diterima semua.

“Wah! Sambut ulang tahun perkahwinan la ni ya?,” soal saya teruja.

Tersenyum mereka berdua. Pasangan ‘kecil’ dari segi fizikal tetapi besar dari aspek pengalaman. Terpancar sinar kegembiraan di wajah mereka. Barangkali selama ini tidak ada sesiapa mengumumkan ulang tahun perkahwinan mereka di khalayak ramai.

“Apa formula boleh kekal berumahtangga sampai 37 tahun?,” saya sekadar ingin menimba ilmu.

Secara pantas Siti menjawab.

“Kalau berselisih faham, isteri marah, suami jangan lawan balik, keluar dulu sejuk dan tenangkan hati, perasaan”

“Kata orang tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak tangan-tangankan,” celah Datuk Yunos.

“Tapi Tuk, sekarang ni bahaya. Tangankan anak, dia orang buat repot polis,” sampuk Siti.

Kami semua tertawa sambil dihembus bayu segar laut Selat Melaka.

“Semoga berbahagia sampai ke akhir hayat”

Ucap saya sebelum meninggalkan pasangan bahagia, Siti dan Musa untuk bertemu rakan pernah saya temui lebih 10 tahun dulu di Bandar Hilir, Melaka Bandaraya Bersejarah.

“Dah lama ke pindah berniaga di sini?,” tanya saya kepada Salehuddin Adenan, 39 tahun, penjual pelbagai cenderamata.

Kedai Salehuddin terletak kira-kira setengah kilometer dari resort Datuk Yunos.

“Sejak dari tahun 2002 la. Dulu kita jumpa, masa tu encik Mazidul bujang lagi,” Salehuddin mengimbau kenangan lalu secara hormat.

“Dulu awak duduk berniaga bawah pokok, sekarang dah ada kedai,” kata saya.

Bukan sahaja dia memiliki kedai, malah kereta Proton Perdana hitam diletakkan di sebelah gerainya menarik perhatian saya.

“Dah semakin maju, kawan berniaga,” bisik naluri saya.

“Nah! Tolong tuliskan nama saya,” sambil saya hulurkan key chain kayu berbentuk ikan lumba-lumba kepadanya.

Salehuddin kemudian menulis nama saya menggunakan marker pen dalam tempoh tidak sampai 15 saat. Cantik, kemas dan pantas seni tangannya. Itu bakat dimiliki, anugerah Allah memampukan dia menyara keluarga dengan tiga anak berusia antara 10 dan 14 tahun.
“Kedai buka sampai pukul berapa?,” soal saya.
“Buka 9 pagi, tutup 11 malam. Dulu masa di Bandar Hilir, jam 7 dah kena bungkus barang”

“Berapa harga key chain ni campur tulis nama sekali?”

“Tengok betul-betul tu, saya tulis ‘untuk Mazidul’, percuma,” katanya sambil tersenyum.
“Terima kasih. Semoga perniagaan terus maju, anak semakin ramai,” ujar saya sebelum bersalaman dan kemudian beredar.

Sewaktu mentari mula terbenam di ufuk barat, turun sekumpulan 7 anak muda berusia antara 23 dan 33 tahun.

“Kerja mana ni?,” saya bertanya.

“Pejabat kami di seksyen 14 Petaling Jaya bang,” jawab seorang daripada mereka.

“Kerja apa kat situ?”

“Kami debt collector,” jawab pemuda berwajah cina, Apek nama gelarannya.

Collect apa sampai kemari?,” soal saya.

“Kat sini tak ada collect apa bang, kami datang bercuti," jawab rakan Apek.
Biarpun berlainan kerjaya, namun tujuan kami sama. Berkunjung ke resort Datuk Yunos untuk bercuti. Lalu saya rakamkan gambar mereka sebagai kenangan dan mereka semua berjanji akan membaca blog ini.

Pandangan iklas saya, Putra Sayang bukan resort 5 bintang, sekadar tempat penginapan selesa untuk semua. Bagaimanapun saya yakin layanan 6 bintang kakitangan mereka akan berterusan.

Petang 18 Mei, sewaktu sedang meletakkan kereta, Datuk Yunos datang menghampiri kenderaan saya.


Lalu saya berbisik kepada beliau.

“Datuk, kalau sesiapa baca blog saya dan buat reservation, boleh bagi 10 persen diskaun?”

“Boleh. No problem. Tapi kena cakap ‘saya dah baca blog Mazidul’, instantly 10 persen diskaun saya bagi,” janji Datuk.

“Macamana nak contact Datuk?,” tanya saya.

“Call hand phone saya 019 389 4196, pejabat 06 384 8946 atau pergi ke laman web
http://www.putrasayangresort.com/,” balas beliau.


"Kalau tak tau jalan macamana nak datang sini, call saya, saya akan guide pakai telefon.Tapi kalau dari Kuala Lumpur, lebih kurang setengah jam lah," tambah beliau.

Sewaktu bersalaman dengan Datuk Yunos sebelum pulang ke Kuala Lumpur, beliau sempat berbisik kepada saya.

" Datang balik, tapi jangan lambat sangat tau"

6 ulasan:

  1. naper abang tak bagitau awal2 nak bercuti di pengkalan balak? kalau tak, boleh gak datang sana, jumpa abang n famili.. amacam? best tak pantai kat sana.. abang mandi tak?

    BalasPadam
  2. Nurdaniella, saya gemar melihat pantai bersih ..

    BalasPadam
  3. Yes, yes, yes! Ni lah tempat yang saya cari-cari. Arwah bapa saya pernah bawa emak bercuti di sini, tapi bukan la kat resort Datuk Yunos kot. Thanks a lot Bro! I dah buat reservation and dapat DISKAUN!

    BalasPadam
  4. Sis Nornie, jangan lupa makan nasi lemak dan ABC kat tepi pantai. Pantai cantik, udara bersih, suasana tenang. Kirim salam dengan Datuk Yunos. Anak dia Bob, ada gerai kat depan Resort, a very friendly guy. Kawasan sama tempat nelayan bawa naik hasil tangkapan. Udang besar kulit lembut, RM40 sekilo ..Selamat bercuti!

    BalasPadam
  5. Thanks Bro Mazidul! Insya Allah saya akan sampaikan salam Bro pada Datuk Yunos. Udang kertasa la tu Bro. Memang kegemaran emak saya tu! Thanks again.
    p/s: earlier was nonie, now blue heart diamond!

    BalasPadam
  6. a'salam mazidul..
    mgm benar apa yg mazidul cerita kat sini.. walaupun ia bukan 5star hotel tapi layanan nya.. bagai pulang k kg halaman sendiri.. ngan laut yg cantik.. permandangan nya.. hmm.. saya sendiri dah 2&3 kali bercuti d tempat datuk yunus nie.. tiba ngan hati yg penuh celaru.. bila balik insyallah.. jiwa tu dh jumpa ketenangan .. dn scara kebetulan esok pun saya akan kembali k sini atas perancangan yg x d sangka2 oleh adik saya.. ingatkan tempat lain.. rupa2nya tmpt datuk yunus jugak akhirnya..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.