Khamis, Mei 22, 2008

Apa itu 360?



Salam sejahtera buat semua.

360 disiarkan secara langsung pada setiap Rabu sejak 4 April 2007. Ramai bertanya kepada saya, apakah maksud ‘360’?

360 adalah jumlah sudut dalam satu bulatan. Maksudnya, dalam merungkai isu dipaparkan kami melaksanakan pendekatan dari pelbagai sudut. Temubual kami rakamkan bersama responden dari pelbagai latarbelakang, peringkat umur, bangsa dan lokasi.

Adakah set 360 benar-benar berada di atas bumbung? Jawabannya, tidak. Set 360 ‘dibina’ teman-teman dari bahagian props TV3. Set itu boleh dipindahkan mengikut keperluan. Sememangnya mereka kreatif dan 'bertenaga' dalam melaksanakan tugas.

Krew produksi 360 terdiri daripada wartawan Teh Syuhaida Sharip juga bertugas sebagai pembaca berita Buletin Pagi, Harris Farok Alex, Norasliza Norashikin Mohd Yusof dan saya sendiri.


Tugas mereka, membuat liputan di lapangan, menulis skrip, melakukan suntingan dan berada di panel sewaktu siaran langsung. Barangkali kelihatan mudah tetapi hakikatnya memerlukan komitmen untuk dilangsaikan secara sempurna.

Semalam ( 21 Mei ) saya rakamkan gelagat krew 360 bersama rakan lain di pejabat kami, Sri Pentas, Bandar Utama terletak bersebelahan pusat membeli-belah One Utama dan Hotel One World.

Sehari kemudian saya sempat merakamkan gambar bersama Raihan sewaktu mereka muncul dalam rancangan MHI. Saya menemubual mereka buat pertama kali di TV3 sewaktu menghebahkan album debut mereka.


"Lama dah kenal tapi baru sekali ambil gambar," ujar saya.

"Abang berdiri kat tengah," kata Che Amran, antara anggota lama kumpulan pernah diberikan penghormatan membuat persembahan di Royal Albert Hall, London itu.

Mereka artis merendah diri, dikurniakan bakat lalu dianugerahkan peluang dalam bidang seni. Saya fikir antara formula kejayaan mereka.

Selepas siaran langsung 360 malam 21 Mei, set kami tiba-tiba 'diserang' peserta Gangstarz.

"Macamana dengan persaingan kali ini?," tanya saya sebelum gambar dirakamkan.

"Persaingan hebat betul kali ni," balas anggota kumpulan kelahiran Sabah.

'Tengok la nama program, kan hebat," ujar saya.

Dalam kehidupan sebagai wartawan kami berpeluang bertemu pelbagai golongan masyarakat termasuk artis terkenal maupun baru cuba mencipta nama.

Oleh itu kami bercadang untuk bertemu penonton secara langsung secara tidak formal di lokasi bersesuaian. Bolehkan? Sekadar membuka ruang dan peluang kami mendekati anda, penonton setia.

Bagaimana? Contohnya, jika syarikat anda menganjurkan hari terbuka, jemput kami. Jika anak kecil anda peminat 360 dan anda mengadakan sambutan ulang tahun kelahirannya, jemput kami. Malah jika keluarga anda berminat bertemu kami, hantarkan undangan melalui email mazidul@tv3.com.my. Perkongsian ilmu itu penting, andai ada sekolah maupun institusi pengajian tinggi ingin mengundang kami sebagai speaker, silakan. Lokasinya, barangkali bukan di dewan besar tertutup tetapi di speker's corner umpamanya. Kami akan cuba memenuhi jemputan itu sebaik mungkin.

Gambar berkaitan akan saya masukkan dalam tempoh terdekat di ruangan ini.

Arios!

5 ulasan:

  1. salam bro mazidul..sayapun tertanya2 jugak apa 360 sekarang baru tua..biasanya saya tidak pernah ketinggalan menontonya...

    BalasPadam
  2. Hi bro Mazidul,

    saya rasa tajuk 360 bertepatan dengan intipati kandung siarannya yang mencakupi segala hal & aspek..

    Good job!!!

    BalasPadam
  3. Bro Fazli dan Yusra, terima kasih

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.