Selasa, Julai 31, 2012

GEMPAR!!!! GENG 08 VS 21 DI ...

Ketika tiba, saya melihat lebih 20 unit kereta peronda polis berada berhampiran sekolah di Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Lampu siren menyilaukan mata saya.

"Kasi masuk itu TV!," jerit remaja India sambil membonceng motosikal melintasi saya.

Saya yakin, dia berada di bawah pengaruh alkohol.

Botol wiski, kandungan tinggal separuh digenggam erat di tangan kirinya.

"Pergaduhan bermula pada jam 6.30 petang tadi. Ada lelaki India kena 'potong'. Geng dia datang dan khabarnya menyerang dan mencederakan ahli keluarga budak potong lelaki itu. Pecahkan harta benda dalam rumah sekali," bisik lelaki berdiri berhampiran saya.

Semua mangsa kini dirawat di hospital, belum dapat saya pastikan setakat ini.

Kejadian berlaku di 2 blok flat Kantan manakala geng terbabit dalam pergaduhan dilaporkan 08 dan 21.

Sewaktu saya beredar dari kawasan itu, kira-kira 20 minit tadi, masih ramai pegawai dan anggota Special Branch memantau kawasan itu.

Syukur, jemaah sedang bersolat sunat terawih di surau berhampiran, tenang mengerjakan ibadah di bulan mulia ini.

Sebentar lagi, saya akan kembali ke lokasi sama.
posted from Bloggeroid

KENYATAAN BERCANGGAH

Mari bersama kita baca 2 kenyataan dicatatkan oleh di akhbar sama dalam tempoh 2 hari.

Kenyataan 1 berbunyi ...

'Seorang wanita yang mengurungkan diri kerana merajuk selepas bertengkar dengan suaminya ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas siling di dalam sebuah bilik di rumahnya di Apartmen Saujana, Damansara Damai di sini semalam' - Norazman Bashah (Suami) 

Petikan di atas antara paparan akhbar Kosmo semalam, klik di sini.

Dalam artikel sama, mayat dilaporkan ditemui oleh suami Syaleza, Norazman Bashah, 31 tahun.


Bedah siasat di Hospital Sungai Buloh dilakukan oleh doktor pakar di antara jam 12 tengahari dan 3 petang, 2 hari lalu sebelum jenazah dikebumikan di Labis, Johor. 

Teliti pula kenyataan saya petik daripada akbar sama hari ini.

Kenyataan 2 ...


"Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan BUKANNYA menggantung diri namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu" - Datuk Tun Hisan Tun Hamzah (Ketua Polis Selangor)


Sila klik di sini untuk menbaca laporan penuh akbar terbabit.  

Secara literal, kenyataan 1 dan kenyataan 2, bercanggah.

Suspek kini direman selama 7 hari dan saya percaya Pegawai Penyiasat bertugas melaksanakan tugas sebaiknya.

Gambar : Ihsan Kosmo dan Google.

Isnin, Julai 30, 2012

TRAGEDI "JERUTAN DI BULAN RAMADAN" - AL FATIHAH



Barangkali ramai telah mengetahui berhubung kejadian kakitangan wanita TV9, Syaleza Jaafar, 30 tahun, ditemui meninggal dunia di rumahnya di Apartment Saujana, Damansara Damai, Petaling Jaya, Selangor, 2 hari lalu.


Berita amat menyayat hati itu antaranya disiarkan di sini dan di sini.

Pada ketika berita terbabit dicetak, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Berikutan itu, malam tadi, saya sempat mencatatkan pandangan berhubung kes kematian mengejut dan disimpan di dalam bentuk entri draf sehingga saya terbitkan sebentar tadi, klik di sini.

Petang semalam, saya berada di luar lokasi kejadian.


"Rumah arwah di tingkat satu, rumah ada air con itu," bisik rakan, Roslan Salleh. 


Roslan, 38 tahun, bertugas sebagai jurukamera sambilan, stringer TV9 sejak 7 tahun lalu.


Turut berada di lokasi sama, Ketua Polis Daerah, OCPD Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed. Ketika melangkah keluar dari kenderaan, saya melihat beliau sedang berbual bersama beberapa wartawan lain.


Saya sempat bersalaman dengan beliau, OCPD mempunyai hubungan baik dengan pengamal media cetak dan elektronik itu.

Di sekitar kawasan sama, berdiri beberapa pegawai polis termasuk Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, KBSJD, Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Petaling Jaya, DSP Aziz Baba, berbaju merah.


Hemat saya, jarang benar OCPD dan KBSJD, hadir di lokasi kejadian  jika kes itu bakal kekal diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Saya juga sempat bertemu beberapa penduduk di kawasan terbabit sekaligus mendengar cerita 'menarik' mereka kongsikan.


"Selepas jenazah dibawa oleh ambulan ke Hospital Sungai Buloh, kami bertanya kepada suami si mati, mengapakah tidak pergi ke hospital? Katanya, biarlah polis membuat kerja mereka terlebih dahulu, lagi pun bedah siasat hanya akan dilakukan pagi esok," ujar penduduk.


Ihsan : Roslan Salleh

Kira-kira jam 11 pagi tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kes terbabit kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh.

Sewaktu kejadian, mangsa berada di rumah bersama suami dan anak lelaki berusia 2 tahun.

"Secara psikologi, di bulan Ramadan Al-Mubarak dan mempunyai anak kecil, janggal benar jika si mati membunuh diri seperti didakwa. Saya percaya hasil bedah siasat lengkap dilaksanakan oleh doktor pakar akan memberikan petunjuk sebenar berhubung kejadian itu," komen kenalan, penganalisis jenayah terkemuka, Kamal Affendi Hashim.

Saya menghubungi Kamal, awal malam tadi melalui telefon.


Ihsan : Kosmo

Doktor pakar mengesahkan terdapat kesan jerutan di leher mangsa serta lebam di tubuh.

Sila teliti laporan akhbar Kosmo klik di sini.

Kira-kira jam 4 petang semalam, beberapa anggota polis dari IPD Petaling Jaya dilaporkan turut mengiringi sewaktu jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halaman di  Johor.

Suspek dilaporkan ditahan lebih kurang pada jam 10.15 malam oleh 3 anggota polis dari IPD Petaling Jaya di Felda Redong 1, Labis dan direman 7 hari bermula hari ini.

Saya bersimpati dengan kejadian kejam menimpa mangsa, pernah saya temui beberapa kali sewaktu berkunjung ke pejabat TV9 di Sri Pentas.

Hemat saya, dakwaan awal mangsa beragama Islam membunuh diri barangkali dipandang serong oleh majoriti ahli masyarakat berbanding andai dia dibunuh. Membunuh diri, tindakan didorong kehendak individu manakala jika dibunuh, mangsa tidak mempunyai pilihan sebagai wanita, insan lemah.


Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Syaleza dan ditempatkan di kalangan roh orang beriman.

Al-Fatihah!

KEMATIAN MENGEJUT

Saya percaya ramai pernah membaca laporan berhubung kejadian kematian mengejut atau dipanggil SDR, Sudden Death (Report) di kalangan pegawai dan anggota polis.

Di kalangan majoriti wartawan bertugas membuat liputan jenayah, kes kematian mengejut dianggap tidak begitu menarik perhatian umum.

Contohnya, mayat ditemui di rumah.

Lazimnya mayat itu dihantar ke hospital kerajaan untuk dibedah siasat. Jika sebab kematian disahkan oleh pakar kerana sakit jantung maka  ...

"No story," kata wartawan.

(Pun begitu sebilangan cases of interest tetap dipaparkan di akhar)

... berbanding kes pembunuhan.

Dalam kes pembunuhan, pembaca akhbar dan penonton televisyen ingin mengetahui perincian kes. Siapakah pembunuh terbabit? Apakah motif pembunuhan? Bagaimanakah mangsa dibunuh?

Namun kita harus ingat, sebilangan kes, berpandukan laporan awal bedah siasat, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan kemudian bertukar status. Setelah menerima laporan lengkap, kes sama kemudian disiasat, contohnya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, bunuh atau Seksyen 304, membunuh tanpa niat.

Dalam erti kata lain, hasil bedah siasat dan laporan LENGKAP dihasilkan oleh doktor pakar di hospital mampu membezakan di antara kes seseorang individu itu meninggal dunia akibat menggantung diri atau dicekek.

There is no perfect crime, bak kata orang putih.

Melalui pengalaman, lumrahnya pihak polis tidak bertindak terlalu tergesa-gesa untuk mengumumkan kepada masyarakat berhubung keputusan klasifikasikan kes. 

Ahad, Julai 29, 2012

PENGEMIS MENAIKI KERETA ... (VIDEO KLIP MESTI TONTON)

Dua pengemis wanita, di dalam klip video saya rakamkan di bawah,  berkongsi ciri sama. Mereka membawa anak kecil dan memakai seluar track suit.

Pakaian sebegitu memudahkan mereka bergerak.




Mereka juga bukan beragama Islam biarpun berperawakan seperti wanita Islam. Pengemis wanita Kemboja kedua saya temui di lokasi sama, Bazar Ramadan Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. 

Tiada siapa dapat mengesahkan bayi diriba oleh wanita itu, anaknya.


Sebaik menyedari visualnya dirakamkan, dia bingkas bangun dan melarikan diri. Beberapa kali dia cuba menyorok tetapi setiap kali itu orang ramai memaklumkan saya lokasi dia berada.

Hampir sejam kami bak bermain sembunyi sembunyi, cat and mouse.

Berikut komen orang ramai, Syed Alwi Syed Abdullah, saya rakamkan berhubung pengemis terbabit.



Saya berasa amat penat untuk mengekorinya, tekak kering dan kaki berasa sedikit lemah. 


Dia lain, tidak berpuasa.  

Tambahan pula pergerakannya tidak ubah bak lipas kudung.


Penjual kuih samosa, Khairul Anuar a.k.a Alon juga tidak berpuas hati dengan kehadiran pengemis warga asing di Bazar Ramadan.


Bagaimanapun ketika memandu menghampiri gerai untuk berbuka puasa, saya terlihat wanita sama berdiri berhampiran jalan utama. Saya kemudian segera memberhentikan kenderaan, pantas saya mencapai kembali kamera video di dalam beg galas dan sempat merakamkan visual di bawah ini.


Barangkali saranan Zulkifli Johari harus diberikan perhatian oleh Jabatan Imigresen Malaysia.



Kepada semua pembaca beragama Islam budiman, bantu saya untuk menyebarkan kandungan entri ini. Jika pengemis warga asing terbabit ingin meraih simpati sekalipun, mereka tidak perlu bertindak sehingga ke tahap mempersendakan Islam.

Tolong share entri ini di Facebook atau di laman media sosial lain.

Terima kasih, from the bottom of my heart.

Klip Video, klik di sini, juga menarik untuk ditonton.

Sabtu, Julai 28, 2012

PENGEMIS BERTUDUNG TETAPI ... (KLIP VIDEO MESTI TONTON)

Seperti majoriti manusia, saya juga berasa simpati melihat pengemis. Mereka membawa anak kecil, cacat dan  kekadang warga emas.

"Ustaz, apakah kaedah terbaik untuk bersedekah?," soal saya kepada Ustaz Zaharuddin Zainal.

Beliau sahabat saya, Imam Masjid Ibu Khaldun, lulusan Universiti Al-Azhar Damanhur, Mesir juga kru Penyingkap Fakta.

"Sebaik-baiknya, carilah sasaran seperti rumah anak yatim, contohnya," balas sahabat saya itu ringkas.

Bagaimanapun, seperti kita ketahui, kebanyakkan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, bersikap amat pemurah. Sebaik melihat pengemis, mereka tidak keberatan menghulurkan sumbangan dengan kadar bergantung kepada keikhlasan.

Dalam bulan Ramadan Al-Mubarak, umat Islam digalakkan bersedekah. Justeru tidak hairan jika bazar Ramadan dibanjiri pengemis tempatan dan warga asing.

Tiga hari lalu, sewaktu hendak membeli juadah untuk berbuka puasa di Bazar Ramadan Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, saya terserempak dengan pengemis wanita berasal dari Kemboja di bawah. Melalui temu bual bersamanya, saya dimaklumkan anak di pangkuan itu berusia 3 tahun dan dia menetap di Damansara Damai.

Dia mendakwa suaminya telah meninggal dunia dan datang mengemis di lokasi terbabit menggunakan teksi. Lama saya perhatikan, sebelum merekodkan visualnya. Ramai pengunjung bazar menghulurkan wang tunai kepadanya.

Saya tahu majoriti mereka ikhlas.

"Ambillah gambar, saya bagi duit ini," celah seorang wanita melintasi saya.

Saya hanya mampu mengukirkan senyuman dan meneruskan rakaman biarpun perut berkeroncong. Diharap, dia hanya sekadar melontarkan gurauan.

Sebelum ini, saya nukilkan fakta berhubung pengemis meraih kutipan kira-kira RM400 sehari di Bazar Ramadan Kelana Jaya. Pengemis itu juga berasal dari Kemboja.

Klik di sini untuk membaca kisahnya.

Pengemis itu bukan beragama Islam.


Namun pengakuan pengemis wanita bertudung di bawah, mengejutkan saya.


Setelah menyedari visualnya saya rakamkan secara berterusan, dia bingkas bangun dan beredar tergesa-gesa dari lokasi asal. Berbekalkan kamera video, saya mengekorinya dan kemudian terserempak ...

Saksikan klip video kedua ini. 


Pengemis lelaki berusia 46 tahun terbabit juga berasal dari Kemboja dan menetap di Damansara Damai. 

Menggunakan khidmat kenalan fasih berbahasa Kemboja, saya menemu bual lelaki itu. 

"Dia menyewa rumah bersama beberapa pengemis lain. Anak dia empat orang di Kemboja dan dia datang ke bazar ini dengan menaiki teksi. Pengemis ini dibekalkan telefon bimbit bertujuan memudahkan dia dihantar dan dijemput untuk pulang. Pemandu teksi regular, orang sama. Minta tolong, jangan dedahkan identiti saya kepada umum, saya berjanji akan membantu abang mendedahkan fakta berhubung pengemis warga Kemboja. Sebenarnya sebilangan pengemis Kemboja ini tinggal di rumah teres secara berkumpulan dan setiap hari keluar mengemis, cuma lokasi dipilih sahaja berbeza," ujar kenalan itu.

Kutipan harian pengemis itu mencecah ratusan ringgit di antara jam 5 petang dan 7 malam.

Sebagai blogger, saya kongsikan fakta terbabit bersama semua pembaca. Jika masih ingin menghulurkan sumbangan kepada mereka, itu pilihan individu.

Ringkasnya, pengemis warga asing berhijrah ke Malaysia sekaligus menyalahgunakan pas lawatan sosial tahu, rakyat negara kita bersifat pemurah. Lalu mereka mengambil peluang itu secara tidak kita sedari dengan bertopengkan agama dan kecacatan.

Tolong sebarkan informasi ini, share klip video di atas, terima kasih.

Jumaat, Julai 27, 2012

KASANOVA NIGERIA DIBERKAS

Kasanova Nigeria?

Hahahahaha! 

Ini kali pertama saya mendengar istilah sebegitu. Lelaki dilabel kasanova lazimnya kacak dan bergaya, mampu memikat gadis dan wanita dengan pujuk rayunya.

Biarpun kes 'parcel scam' membabitkan penipuan warga Nigeria telah didedahkan berulang kali namun masih ramai janda dan wanita kesunyian terperangkap.

Terkini, lebih RM300,000 masuk ke poket  7 lelaki Nigeria setelah berjaya menipu mangsa, wanita tempatan. Modus operandi mereka tetap sama, menggunakan gambar lelaki Eropah sewaktu berkomunikasi di laman sosial. Mereka juga bersekongkol dengan wanita tempatan.

Mujur penjenayah berusia di antara 23 dan 33 tahun itu berjaya diberkas oleh pasukan polis di Bachang, Melaka.

Tahniah!

Baca laporan lengkap di sini.

Terkini, saya dimaklumkan oleh sumber bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, warga sama dipercayai kononnya menawarkan pelbagai alat elektronik seperti komputer riba, iPad, iPhone dengan harga promosi.

Mangsa kemudian diminta mendepositkan wang ke dalam akuan bank milik individu didakwa syarikatnya beroperasi di Amerika Syarikat.

Wang dimasukkan ke dalam akaun penipu itu mencecah RM60,000.

"Kali ini lelaki lembut menjadi mangsa," ujar sumber terbabit.

ZED ZAIDI DAPAT ...

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkongsi berita gembira bersama saya pagi tadi.

Berikut bunyi pesanan ringkas dihantar.

'Anak lelaki, Ryan Zikry dilahirkan pada jam 9.30 pagi tadi seberat 4.32 koligram'

Tahniah kepada Zed dan isteri.

Jagalah zuriat kurnian Allah itu seperti menatang minyak penuh. Sebagai ibu dan bapa, kita menyediakan acuan untuk pembesaran anak itu.

Lihat gambar menarik, klik di sini.

Khamis, Julai 26, 2012

KIMAK LA KO NI


Semuanya bermula dengan gambar di bawah.


Molek jika saya nyatakan, Presiden Seniman itu berada dalam keadaan selamat. 

... Sehubungan informasi palsu disebarkan di Twitter, beberapa teguran daripada pemilik akaun Twitter menyusul.

Berikut antaranya.


Sila baca laporan di Gua.com, klik di sini.

... dan kemudian baca kenyataan Twitter di bawah.


Di bulan Ramadan Al-Mubarak ini, mata saya kekadang kurang jelas, sudah tua. Tambahan pula saya amat jarang berkomunikasi di Twitter. 

Jadi saya harus MENGESAHKAN dahulu sumber kenyataan terbabit sebelum menulis di sini. Itulah kaedah seharusnya dilakukan sebelum kita sewenang-wenangnya, memaparkan sebarang informasi samada di Twitter atau di laman sosial lain.

Teringin saya menghubungi @mamatsepah tetapi dia telah menutup akaun Twitter miliknya. Lalu saya menghubung Hazrey di Johor. 

"Kimak la ko ni, siapa hantar mesej itu?," soal saya.

"Dialah @mamatsepah," balasnya.

'Kimak' itu singkatan untuk apa? Buah kurma? Yalah di bulan mulia masakan orang ternama menulis perkataan tidak baik maknanya.

Sila baca komen Hazrey, klik di sini.

Berita berhubung kenyataan Hazrey, beberapa pemilik akaun Twitter lain dan @mamatsepah disiarkan di sini.

Biar saya jawab berhubung 'etika kewartawanan' dibangkitkan @mamatsepah.

Contohnya begini ...

Jika diketahui berlaku kes pembunuhan dan wartawan bertugas berpeluang melihat mayat terbujur kaku dengan mata kepala sendiri, lazimnya jurugambar akan merakamkan gambar mayat itu.

Biarpun mengetahui  serba sedikit berhubung identiti si mati, wartawan tidak akan terus memaparkan berita itu di akhbar atau televisyen. Mereka akan mendapatkan PENGESAHAN daripada pihak berkuasa, contohnya Ketua Polis Daerah, OCPD, di kawasan kejadian.

Ringkasnya, berita itu TIDAK akan dicetak terlebih dahulu dan kemudian OCPD dihubungi.

Itu etika kewartawanan.

Kalau individu itu bukan wartawan? Barangkali dia terlebih dahulu mencetak berita diterima biarpun belum disahkan.

Setelah ditegur, dia kemudian menghubungi OCPD.

Contoh di sini ...

“Sebelum meletakkannya di Twitter, saya sendiri beberapa kali bertanyakan mengenai kesahihan berita tersebut dan pelakon veteran itu sendiri mengesahkannya. Namun, rupa-rupanya berita itu adalah palsu dan ia hanyalah babak untuk penggambaran sebuah telemovie.

“Saya terus menghubungi Zed setelah mengetahui perkara sebenar. Malah, saya sendiri sudahpun meminta maaf kepada beliau dan hubungan kami sekarang tidak ada sebarang masalah,” ujar Mamat menceritakan hal sebenar.



Namun tidak mengapa, dia bukan wartawan dan barangkali mempunyai  'etika' tersendiri di Twitter.

Saya tidak nampak sebarang kenyataan Hazrey memaki hamun seperti didakwa oleh @mamatsepah. Jika benar dia dimaki, wajar dia menunjukka bukti.

Apapun cabar mencabar tidak akan membuahkan penyelesaian Cuma ingin saya ingatkan, jika seseorang mengeluarkan kenyataan berbentuk ugutan jenayah, dia boleh dituduh mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan andai laporan polis dibuat.

Klik di sini.

Indah bahasa, sekolah tak abis eh dulu dik? 

Itu BUKAN kenyataan berbentuk ugutan jenayah.

Kau lurus bendul sangat, esok dia suruh engkau berak tengah jalan how?

... juga bukan ugutan jenayah mahupun maki hamun.

KIMAK LA KO NI?

Oh ya! Hazrey bukan sesiapapun, cuma kami pernah bersama mengejar dan merakamkan kegiatan penjual cakera optik cetak rompak, pelacur bersembunyi dan pendatang haram melarikan diri tidak cukup tanah.

AMARAN BLOGGER INDONESIA : "HATI HATI KALIAN BICARA BISA KUALAT NANTI"


"Kalian sadar gak nenk moyangmu itu berasal dari indo 80% melayu malaysia dari Indonesia, hati hati kalian bicara bisa kualat nanti"

Itu antara kenyataan blogger dari Indonesia, Ram Muhamad dilontarkan di ruang komen entri 'Pasar Chow Kit dimonopoli peniaga Indonesia'

Dalam Bahasa Indonesia, 'kualat' bermakna bahana atau mendapat tulah.

Biar saya jelaskan kepada bekas guru itu ...

Saya tidak menyangkal sebahagian besar rakyat Malaysia, berketurunan Indonesia kerana di negara ini  terdapat suku kaum Jawa, Minangkabau, Bugis dan Mandailing. Mereka rakyat Malaysia, negara berdaulat.


Namun mereka telah diiktiraf sebagai WARGANEGARA Malaysia.

Malangnya Malaysia kini dibanjiri pendatang haram atau lebih molek digelar pendatang tanpa izin. Kita akur mereka berhijrah ke sini kerana ingin mencari rezeki berikutan kesempitan hidup, terhimpit di negara sendiri.

Dalam satu operasi dilakukan penguatkuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan, 53 daripada warga asing diberkas, rakyat Indonesia. Mereka didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah, menggunakan dokumen palsu dan menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Klik di sini untuk membaca laporan lebih terperinci.


Tonton klip video di bawah dan lihat warga negara manakah yang diberkas oleh pihak berkuasa Malaysia.


Bapak Ram Muhamad, saya pernah melakukan tinajauan di Kampung Beting, terletak kira-kira 5 kilometer dari Jakarta.

Majoriti penduduk kampung hidup dalam keadaan daif dan mereka lahir di Indonesia itu TIDAK diktiraf sebagai rakyat negara bapak. Justeru kami bimbang, suatu hari nanti, Malaysia mengalami nasib sama kerana kebanjiran warga Indonesia tanpa izin di sini.

Bapak boleh membaca laporan saya, klik di sini.

Seperkara lagi, persembahan tarian seperti dirakamkan di bawah barangkali kegiatan biasa di Indonesia, tidak di negara kami.

Sebab itu Inul tidak dibenarkan mempersembahkan tarian goyang gerudi di negara ini.

Malangnya, sebilangan wanita dari Indonesia berhijrah ke Malaysia bertindak lebih daripada mempersembahkan tarian, mereka terbabit dalam kancah pelacuran. 

Lihat warga Bangladesh berusia 40 tahun di bawah, dia kecewa kerana diberkas polis pada 1 Januari 2011.


... sebelum sempat menyetubuhi gadis INDONESIA dengan bayaran RM100 sahaja.



Laporan lengkap operasi di Kelana Jaya itu, saya nukilkan di sini.


Pada masa sama, sebilangan warga INDONESIA datang ke Malaysia bertujuan untuk melakukan jenayah. Gambar mayat mereka pernah saya abadikan di blog ini.



Laporan lengkap, klik di sini.


Bapak Ram Muhamad, kami sentiasa menerima secara baik warga asing bertandang ke Malaysia selagi mereka memiliki dokumen perjalanan sah atau LEGAL dan berhati mulia.


Namun kami enggan negara ini dibanjiri WARGA HARAM, PELACUR DAN PEROMPAK dari Indonesia! 


Saya harap, sebagai mantan guru, bapak memahami dan mampu menerima fakta ringkas saya bentangkan di sini.


Rabu, Julai 25, 2012

TERSUNGKUR MASIH LAGI MELAYU

Pilihan Raya bakal tiba.

Kini setiap parti cuba meyakinkan kita, jika dipilih untuk memerintah, syurga sahaja tidak dijanjikan dek mereka.

Begitulah kelazimannya sejak Malaysia merdeka.

Barisan Nasional memerintah, PR bersuara lantang. Berdemontrasi di sana, sini. Perhimpunan aman kata penyokong mereka. Itu hak bersuara mengikut acuan difikirkan wajar. Kekadang ada mangsa tercedera dan majoriti pulang dengan ukiran senyuman di wajah, puas.

Terfikir ...

Hampir sepenggal berkuasa, bilangan rumah urut semakin bertambah di Selangor. Bukan sekadar urut kosong tetapi urut berisi. Dengan bayaran RM120, tubuh gadis Vietnam dapat diratah biarpun sedikit hanyir.

Namun di Kuala Lumpur juga sama. Bersepah pelacur China dan Uzbekistan. Gadis Uzbekistan lebih mahal harga mereka. Biarpun berperut boroi, RM1,000 untuk satu pancutan.

Di Selangor, masalah sampah masih tidak mampu diatasi. Simpati melihat pelanggan gerai makan, menjamah juadah bertemankan bungkusan sampah berulat.

Loya!

Air juga sudah mula dicatu. Sedangkan negeri sama, pada satu ketika menawarkan air percuma 20 meter padu selepas menang pilihan raya kepada rakyat.

Apa sudah berlaku?

Di negeri sama, masalah mesin judi tidak dapat ditangani. Orang Melayu ramai tersungkur, tewas di mesin roulette. Duit gaji ribuan ringgit, tinggal seringgit di dalam poket. Pulang ke rumah, susu anak kehabisan tidak mampu dibeli. Taukeh besar meraih keuntungan ratusan ribu ringgit sebulan tertawa keriangan.

Namun apakah bezanya berbanding situasi di Chow Kit, Kuala Lumpur? Lorong Haji Taib terus dicemari. Premis mesin judi berkomputer masih berleluasa. Di sekitar lokasi bapok memperdagangkan tubuh jantan, terselit kedai judi bertopengkan kafe siber. Premis berhampiran restoran mamak kelihatan kusam. Premis judi beroperasi 24 jam sehari, tiadakah siapa peduli?

Tersungkur masih lagi bangsa ku, Melayu.
posted from Bloggeroid

SIAPAKAH KITA SEBAGAI RAKAN?

Kekadang kita dihubungi oleh rakan menggunakan telefon bimbit atau pesanan ringkas, SMS.

Ketika itu barangkali kita sibuk dan tidak berpeluang mengangkat panggilan. Jika ketika bermesyuarat, cuba hantarkan SMS, 'Meeting, saya akan call balik'. Jika tidak berkesempatan menaip SMS, sebaik selesai mesyuarat, hubungi rakan itu kembali.

Namun sebilangan rakan kita mungkin berbeza. Jika dihubungi, mereka tidak mengangkat panggilan atau membalas SMS. Biarpun berbelas missed calls, mereka tidak menghiraukan itu semua.

Mengapa? Mungkin mereka menganggap panggilan dan SMS kita tidak penting untuk dijawab atau dibalas. Dalam erti kata lain, mereka tidak menganggap kita penting.

Mungkin itu kesimpulan bakal menerjah pemikiran kita.

Jika setelah mencuba menghubungi berulang kali dan rakan itu masih membisu, biarkan.

Andai selepas beberapa hari kemudian dia menghubungi kita dan bertanya ...

"Ada call ke?"

Jawablah ...

"Ada, saya call, SMS dan banyak missed call awak"

"Kenapa?," balasnya.

Katakan ...

"Kerana awak kawan saya. Di waktu awak lupakan saya dan tidak mahu menjawab panggilan dan membalas SMS saya hantar, ketika itulah saya amat mengingati awak. Itu sahaja. Bukan bererti, saya menelefon awak kerana hendak meminta tolong. Kalau di zaman batu dahulu, sukar untuk berhubung sesama manusia. Kini tidak cuma kita barangkali tidak gemar untuk dihubungi, kan? Mungkin kerana saya sekadar rakan dan tidak berkepentingan kepada awak"

Dengarkan jawabannya.
posted from Bloggeroid

Isnin, Julai 23, 2012

PASAR CHOW KIT DIMONOPOLI PEKERJA DAN PENIAGA INDONESIA



Barangkali ramai pernah mendengar perihal Pasar Chow Kit, Kuala Lumpur. Pasar menawarkan pelbagai barangan mentah seperti ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran.

Namun mungkin tidak semua berpeluang berkunjung ke pasar terkenal itu. 

Jom kita telusuri di entri ini.  


Lantai simen di pasar ini lecak dan di beberapa sudut kelihatan pengemis meraih simpati pelanggan.


Sebaik memasuki pasar ini, bakal kedengaran majoriti peniaga berteriak dan bercakap menggunakan Bahasa Indonesia. 

"Kamu dari mana?," soal saya kepada lelaki di bawah.


Biarpun sibuk menyiang ikan merah, dia tetap membalas soalan saya.

"Saya dari Aceh," katanya.

"Jadi kamu bekerja di sini menggunakan permit apa?," tanya saya lagi.

"Permit kerja sedang dipohon, belum siap lagi," balasnya.

Manakala dua pekerja lelaki di bawah mendakwa berasal dari Medan. Status permit kerja mereka tidak saya ketahui.


Selain mereka ramai lagi warga Indonesia bekerja di lokasi sama. Dalam erti kata lain, pasar itu kini semenangnya dimonopoli oleh pekerja dan peniaga dari seberang.

Samada mereka bekerja secara sah atau tidak, hanya penguatkuasa Jabatan Imigresen mampu memberikan jawaban tepat.

Permit kerja mereka tidak ditampal di dahi.


"Saya mempunyai kad pengenalan merah, sudah lama memohon My Kad tetapi belum ada rezeki lagi," ujar lelaki tua di bawah.


"Berniaga di sini tanpa lesen, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) tidak ganggu?," soalan saya lontarkan.

"Oh! Tidak," balasnya selamba.

Barangkali dia peniaga 'kebal'.

Di sekitar pasar sama, saya rakamkan gambar peniaga wanita Indonesia menjual barangan di kaki lima. Mereka kini kelihatan bak berniaga di negara sendiri.


Mujur kewujudan Balai Polis Jalan Raja Bot di kawasan terbabit menyuntik sedikit keberanian ke dalam diri saya untuk merakamkan keadaaan sebenar di Pasar Chow Kit atau kini lebih wajar digelar Pasar Indonesia. 


Tanpa balai polis, pastinya ramai pelanggan berasa tidak selamat membeli-belah di situ.

Saya akur ini bulan Ramadan, mungkin segelintir penguatkuasa DBKL selama ini bertugas di sekitar pasar itu berasa terlalu penat berpuasa lalu tertidur dalam jaga.

Justeru mereka tidak nampak peniaga warga asing menjual pelbagai barangan dipercayai tanpa menggunakan  lesen sah. 

Pada masa sama, ramai peniaga warga tempatan ingin mencari rezeki secara halal dihalang oleh DBKL.

Klik di sini dan di sini.

Beriya-iya sungguh kita 'memelihara' peniaga warga asing terbabit, walhal di Indonesia sebilangan rakyat mereka amat anti Malaysia dan kebencian mereka dibuktikan melalui paparan klip video di bawah. 

HEBAHKAN