Pilihan Raya bakal tiba.
Kini setiap parti cuba meyakinkan kita, jika dipilih untuk memerintah, syurga sahaja tidak dijanjikan dek mereka.
Begitulah kelazimannya sejak Malaysia merdeka.
Barisan Nasional memerintah, PR bersuara lantang. Berdemontrasi di sana, sini. Perhimpunan aman kata penyokong mereka. Itu hak bersuara mengikut acuan difikirkan wajar. Kekadang ada mangsa tercedera dan majoriti pulang dengan ukiran senyuman di wajah, puas.
Terfikir ...
Hampir sepenggal berkuasa, bilangan rumah urut semakin bertambah di Selangor. Bukan sekadar urut kosong tetapi urut berisi. Dengan bayaran RM120, tubuh gadis Vietnam dapat diratah biarpun sedikit hanyir.
Namun di Kuala Lumpur juga sama. Bersepah pelacur China dan Uzbekistan. Gadis Uzbekistan lebih mahal harga mereka. Biarpun berperut boroi, RM1,000 untuk satu pancutan.
Di Selangor, masalah sampah masih tidak mampu diatasi. Simpati melihat pelanggan gerai makan, menjamah juadah bertemankan bungkusan sampah berulat.
Loya!
Air juga sudah mula dicatu. Sedangkan negeri sama, pada satu ketika menawarkan air percuma 20 meter padu selepas menang pilihan raya kepada rakyat.
Apa sudah berlaku?
Di negeri sama, masalah mesin judi tidak dapat ditangani. Orang Melayu ramai tersungkur, tewas di mesin roulette. Duit gaji ribuan ringgit, tinggal seringgit di dalam poket. Pulang ke rumah, susu anak kehabisan tidak mampu dibeli. Taukeh besar meraih keuntungan ratusan ribu ringgit sebulan tertawa keriangan.
Namun apakah bezanya berbanding situasi di Chow Kit, Kuala Lumpur? Lorong Haji Taib terus dicemari. Premis mesin judi berkomputer masih berleluasa. Di sekitar lokasi bapok memperdagangkan tubuh jantan, terselit kedai judi bertopengkan kafe siber. Premis berhampiran restoran mamak kelihatan kusam. Premis judi beroperasi 24 jam sehari, tiadakah siapa peduli?
Tersungkur masih lagi bangsa ku, Melayu.
posted from Bloggeroid
smti..
BalasPadammelayu sekarang sangat berpecah belah kerana terlalu taksub dengan parti politik yang mereka puja dikala bangsa lain terus bersatu untuk mengejar kejayaan dan kekayaan.
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
nasib melayu di bumi melayu.....
BalasPadamSalam..rasanya link ini boleh di gunakan untuk rujukan bagi yang suka menganalisa dan berfikir setelah mambaca...
BalasPadamhttp://www.facebook.com/photo.php?fbid=139873342817964&set=a.113800452091920.15227.100003858988177&type=1&theater
salam..
BalasPadambanyak yang melayu indon
kalau di chow kit tu Bro :)
masa umno pegang dulu pun sama ja...xde beza...
BalasPadamkebetulan mlm semalam sy trdengar peniaga melayu mengadu dekat rakan dia, sbb dia ckp dia sokong puak ni, puak lg stu tak bagi dia meniaga kawasan situ, Ya Allah teruknya bangsa bangsat ku ni..xmgkin stu ari nnt akn ade prtumpahan darah antra puak A dgn B semata2 krana taksub politik..
BalasPadamKalo melayu yg korap pgang kuasa, x perlu bangga lah.. Mlayu yg amalkn agama ibarat adat, ckp2 lah.. Bpeganglah pd agama, kebangkitan islam pasti akan dtg
BalasPadamSeronok lah bangsa bukan melayu, bertepuk tanganlah mereka bile melihat org melayu bermusuhan sesama melayu.
BalasPadamtp... msh ramai yg rasa syg pd PR,katanyer semua ok2 je,itu yg saya tak phm
BalasPadamteringat ketka di sekolah dulu menyanyi lagu Anak Kecil Main Api...sehingga kini masih ingat lagi liriknya.
BalasPadamApa pula bezanya dengan kerajaan sedia ada?
BalasPadam1. Yg hanya dilaporkan hanya keburukan pembangkang, gemok montel si pemerintah dek rasuah apa cerite?
2. Setiap kali karnival, dijanjikan gula-gula untuk semua, gunung pun kalo ditarah pasti rata.
3. Yg diaibkan pembangkang, macam mana dengan skandal rasuah si pemerintah didalam dan luar negara?
Sume yg diwarwarkan adalah yg dilaporkan dek media arus perdana. Kita dengar, dan lupakan....bila sampai waktunye kita pangkah.
Melayu bila bergaduh soal politik terus libat benda lain ,pulau memulau bisnes,pulau memulau sembahyang jumaat,lawan menjatuhkan sesama kaum demi agenda politik..bangsa lain,politik adalah politik,habis bergaduh di gelanggang,bisnes berjalan seperti biasa.Bantu membantu.. sedih memikirkan nasib bangsa sendiri..apakan daya,ketaksuban melampau
BalasPadamAnak kecil main api
BalasPadamTerbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia
Lagu ni saya mula tahu lebih kurang 25 tahun lalu.
Then it was just a warning, but now it is a reality...
perlu diingat kewujudan kaum warga asing dinegara ini adalah dengan restu kerajaan yg mana dipelopori melayu.....khususnya dari umno...
BalasPadamMazidul mana nampak semua penyelewengan kerajaan BN, yg dia nampak kononya penyelewengan PR, pasal air di Selangor sengaja dirancang oleh umno, kini kerajaan PR dah buka pekong yg umno buat, tapi Mazidul tetap tak nampak juga,begitulah Mazidul.....
BalasPadamMazidul akan berubah setelah kerajaan BN tumbang nanti....
Bila teringat lagu anak kecil main api tu...sedeh plk akak kerana bangsa melayu tak pernah sedar. Bangsa lain sedang meraih kekayaan di bumi Malaysia ni tp bangsa melayu asyik berbalah kerana politik. Kenapa PAS dan UMNo x boleh bersatu demi kesinambungan bangsa kita...kita harus bersatu demi kemajuan bangsa kita. Tolonglah wahai bangsa ku... jgn menang sorak kg tergadai.
BalasPadamPAS . UMNO, PKR pasti yg dikuasai bangsa kita tapi....berbalah tanpa henti. Media arus perdana plk setiap hari memainkan isu politik hingga akak yg x minat politik ni naik malas nak tgk tv...bkn sbb suka parti pembangkang tapi akak dpt merasakan bangsa lain pasti gembira melihat pepecahan semakin nyata bangsa kita....so renung2kan lah dan selamat beramal
insyaAllah, melayu berbalah sama melayu hanya krn fahaman politik yg berbeza namun jika diusik bangsa lain melayu kan tetap bersatu mempertahan keturunan mrk, 13 may dlm kenangan namun ttp jadi satu pengajaran
BalasPadam