"Hendak kena halaulah sekejap lagi, " bisik saya kepada sahabat juga blogger, Zulhazri Abu Bakar.
Beberapa kali lelaki warga Pakistan, penjual alat permainan gasing berlampu melintas di hadapan kami sewaktu makan malam di Restoran Sayam, berhampiran Hotel The Zon, Johor Bahru, Johor.
"Kenapa pak cik kena halau orang itu? Dia pun mencari rezeki," soal gadis manis bertudung merah berdiri di hadapan Zulhazri.
Tampa berlengah, Zulhazri merakamkan reaksi gadis mendakwa berusia 18 tahun itu.
Senyuman gadis itu semanis madu dijualnya namun melihatkan perwatakan dan saiz tubuhnya, saya percaya dia berusia lebih muda.
Melihat resit dipegang gadis itu, saya dan Zulhazri percaya, dia pelajar Pusat Tahfiz Amal.
Kami dan blogger Ondscene berulang kali menulis berhubung kegiatan pusat terbabit di blog sebelum ini.
Baca nukilan Ondscene di sini.
Jika ingin membaca fakta saya bentangkan berhubung 'jualan amal' pelajar terbabit, sila Google 'Bersama Mazidul Pusat Tahfiz Amal'.
Kami tidak pernah membenci anak kecil dan remaja cuma kami percaya mereka dipergunakan dan setakat ini tiada tindakan tegas dilaksanakan pihak berkuasa.
"Kenapa pak cik hendak halau lelaki tadi itu? Dia mencari rezeki di sini," soalnya buat kali kedua.
"Anak baliklah, sudah dekat jam 9 malam," kata saya.
"Alah! Pak cik, ramai lagi gadis di sana itu (menunjukkan ke arah pusat hiburan berhampiran hotel The Zon) masih tidak balik ke rumah. Pakai seksi pula lagi," hujahnya.
"Awak ini gadis manis, bersahsiah diri. Adakah awak ingin memperbandingkan diri awak dengan mereka?," soal saya kembali.
Seperti saya jangkakan sejak awal, majoriti pelajar Pusat Tahfiz Amal terbabit petah berkata-kata bak diajar berhujah.
Saya kemudian memanggil lelaki Pakistan lalu berhampiran kami.
Sebaik diminta untuk duduk, biarpun tidak mampu berbahasa tempatan, dia mengeluarkan salinan dokumen berikut.
Andai kata dokumen asal sah, informasi tercatat menjelaskan segalanya untuk menjawab mengapa lelaki Pakistan itu tidak harus berniaga di kawasan berhampiran deretan kedai makan itu.
Ya, dia pekerja sektor pembinaan dan tidak dibenar menjalankan perniagaan di negara kita. Barangkali dengan menjaja cop Kementerian Dalam Negeri dia berharap tindakannya tidak dipertikaikan.
Mata kami masih celik.
Jika pelajar terbabit terbaca entri ini, saya harap soalannya terjawab.
Pada masa sama, saya persilakan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap warga asing itu dengan kadar segera. Dia dilaporkan berada di premis sama setiap malam.
"Pengemis wanita China itu ditangkap minggu lepas, kalau disuruh mengucap tidak tahu tetapi memakai tudung," ujar Zulhazri.
Saya difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya bertanggungjawab 'menyelamatkan' pengemis warga tempatan manakala kehadiran pengemis warga asing sepatutnya ditangani oleh Jabatan Imigresen.
RINGGIT MALAYSIA : SATU RATUS DUA RIBU LIMA RATUS SAHAJA???
BalasPadamBerapa RM yang tuh??
ahahhaha macam2 skrg nie !
BalasPadamgua harap pihak berkuasa dapat menangani isu pendatang asing yang dah semakin berleluasa ni dengan lebih efektif. dah teruk sangat dah rasanya isu ni...
BalasPadamhttp://buasirotak.blogspot.com/
apa nak dihairankan di rawang pendatang asing boleh buka kedai runcit..niaga satu hal..guna lesen apa satu hal..harga tak letak satu hal...besar kepala betul...ada pihak berkuasa telepas pandang ataupun dah terpandang benda lain..rawang di bawah majlis perbandaran selayang.
BalasPadamMmg kompom tak sah surat tu, 1: Tengok jumlah bayaran levi tu, aku pon x tau berapa jumlah duit tu. ke-2, Tu bukan cop rasmi KDN, tapi cop yg dibuat d kedai2 cop, cop rasmi kerajaan mesti ada no siri cop (nombor siri dalam bulatan kecil di kiri kanan jata negara). Boleh heret terus ke balai polis tu...
BalasPadam