Exco Negeri Kedah mengadakan sidang media semalam dan berikutan itu satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Alor Setar, Kedah.
Laporan itu memohon pihak polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat menyiasat kegiatan pihak pengurusan Pusat Tahfiz Amal. Kegiatan mengeksploitasi kanak-kanak dan remaja pelajar PTA dipercayai berkait rapat dengan bekas ketua ajaran sesat SM Amin.
Sebelum ini Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir membuat kenyataan akhbar akan mengambil tindakan terhadap PTA
Selama ini pihak berkuasa dilihat saling menuding jari untuk menangani kes perhambaan terbesar di Malaysia ini.
Saya percaya tindakan Exco Negeri Kedah itu amat dialu-alukan oleh masyarakat di seluruh negara. Kita bukan membenci kanak-kanak dan remaja diperkudakan tetapi berasa hairan mengapakah kegiatan kejam itu tidak dapat dihentikan sehingga kini.
Pengurusan PTA dilihat terlalu kebal daripada tindakan undang-undang kerana berselindung di sebalik kegiatan kononnya jualan amal. Pelajar dikerah mengutip derma antaranya di restoran, hadapan institusi kewangan dan kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya.
Barangkali sebilangan daripada kita tidur lena sebelum ini.
Terima kasih kepada Exco Negeri Kedah kerana bertindak berani menongkah arus demi kesejahteraan pelajar remaja PTA.
Kepada pembaca berasa asing mengenai isu ini, sila Google 'Bersama Mazidul Pusat Tahfiz Amal'.
Klik di sini.
Klik di sini.
Pelbagai fakta telah saya singkap dan dedahkan dalam tempoh lebih 7 tahun.
di lebuhraya utara selatan, di kawasan rehat seremban selalu ada seorang gadis yg mengatakan dia pelajar dari kedah. sering meminta derma pada jam 11 malam. peliknya dia hanya seorang diri. tiada siapa2 temankan dan di kawassan highway tidak ada tempat untuk tinggal kecuali kalau dia bermalam di surau kawasan rehat tersebut. aspek penting tentang keselmatan gadis tersebut pada waktu2 begitu. dan saya terfikir di mana dia tinggal. mohon jika dapat jejaki gadis ini. terima kasih
BalasPadamWell said bro
BalasPadamdah beberapa kali jumpa seorang gadis di mydin MITC melaka. katanya bekas pelajar tahfiz amal n skrg kutip derma dibawah kelab usahawan muda tahfiz ini. modus operandi masih lg jual barang2 seperti kismis dan jika menolak untuk membeli dia akan minta derma. harap sgt jika ini adalah sindiket dalangnya dapat ditangkap.
BalasPadamYa, hari ni saya juga dihampiri oleh kanak-kanak lelaki di Mydin RTC Perak yang menjual sejenis produk dan membawa surat daripada Pusat Tahfiz Amal tersebut yang menyatakan bahawa ia adalah Jualan Amal di bawah Program Praktikal Perniagaan (Jualan Amal) Kelab Usahawan Muda Pelajar Pusat Tahfiz Amal. Sangat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera.
BalasPadamberani ke kerajaan ambik tindakan? bukan depa x tahu pun..lebih pada TAHU...tapi wat bodo jah!!! kalu soal politik..cepat je ambik tindakan?
BalasPadamsila adakan follow up....si celaka penghamba budak2 tu x boleh dibiarkan...memalukan agama islam jah...
BalasPadamPOLIS KEDAH TAK BUAT APA-APA KE?
BalasPadampengasas PTA ni adalah orang yang sama mengasas syarikat Al-Mansur yg mana membawa ajaran Azhar Wahab.. dulu dia penah bukak pusat tahfiz di Aman Jaya tetapi ditutup setelah kantoi... ni dia bukak tahfiz baru plak...
BalasPadam