Khamis, Januari 16, 2014

21 JANUARI 2014 : TANGGAL MENGHANTUI PATI


Kisah kerenah pendatang warga asing telah sebati dengan kehidupan kita. Usaha mereka memonopoli pelbagai jenis perniagaan diketahui ramai. 

Sebilangan warga asing, kini bergelar taukeh dan meraih keuntungan hasil daripada premis perniagaan dialibabakan oleh penduduk tempatan.

Alhamdulillah, pada 21 Januari ini, pelbagai pihak berkuasa, antaranya Jabatan Imigresen Malaysia, JIM, Pasukan Polis Diraja Malaysia dan RELA akan bersatu melaksanakan operasi besar-besaran membanteras pendatang tanpa izin, PATI di Malaysia. Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamdi, operasi terbabit bakal dilaksanakan sebaik sahaja Program Khas Pengurusan PATI tamat pada 20 Januari kelak.

Zahid berkata, kos penghantaran pulang pendatan haram terbabit akan dibiayai oleh pekerja, majikan atau kedutaan. 

Kini terdapat kira-kira 2.3 juta pekerja warga asing di Malaysia dan mereka diwajibkan memiliki I-Kad, selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini. Malaysia dibanjiri oleh warga dunia dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Vietnam, India, China dan Pakistan.

Warga Afrika juga tidak ketinggalan, turut menjadikan negara kita sebagai negara mereka bermastautin.

Berita mengenai operasi diterajui oleh Kementerian Dalam Negeri ini telah tersebar. Tidak hairan jika ramai warga asing sebelum ini menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja di Malaysia, bertindak pulang ke negara asal mereka. 

Syukur.

Selama ini, Malaysia sudah terlalu lama bertolak ansur, mengakibatkan majoriti rakyat muak dengan lambakan jutaan warga asing.   

Awal Januari tahun lalu, saya ke Jalan Pudu, Kuala Lumpur. Terperanjat melihat kaki harimau dipasarkan secara terbuka oleh peniaga mendakwa dari India.


Klik di sini.

Jalan Pudu, lokasi menjadi tumpuan ramai kerana pelbagai barangan seperti peralatan elektrik, aksesori kenderaan dan telefon bimbit dijual di situ. Sekali imbas barangkali tidak ramai mengetahui sebilangan peniaga beroperasi berasal dari China. Mereka menjual telefon bimbit tiruan dan kebanyakkan pelanggan tetap juga warga asing. Warga China saya temui tidak mampu berbahasa Melayu dan hanya fasih menyebut harga barangan dijual dalam bahasa Inggeris apabila ditanya oleh pelanggan.

Mereka berkunjung ke Malaysia sebagai pelancong, kemudian berniaga, menjual pelbagai barangan tiruan.


Peniaga di atas saya temui di lokasi sama. Wajahnya bengis sehinggakan tiada peniaga tempatan berani tampil menegur kehadirannya. Tatkala terserempak, saya merakamkan gambarnya, biarpun dia tidak berpuas hati dengan tindakan itu. 

Barangkali dia terlupa, Malaysia negara kelahiran saya dan dia sekadar warga penumpang terbukti melanggar Akta Imigresen 1959/63.

Baca kisah taiko China di atas, klik di sini.


PROMOSI !!! 

Pengiklan di head banner blog ini ditawarkan ruang iklan Zon A PERCUMA (Tawaran sah sehingga 19 Januari 2014) Tel/WhatsApp Shahrul 019 270 9061 

Selepas kisah lelaki terbabit dipaparkan di blog ini, kelibatnya tidak lagi kelihatan sewaktu kunjungan terakhir saya ke Jalan Pudu, membeli ikan hiasan akuarium.


Saya percaya beberapa lokasi 'panas' di sekitar ibu kota bakal menjadi sasaran utama operasi awal minggu hadapan. Hemat saya, pihak berkuasa harus menjenguk Jalan Silang di Lebuh Pudu, lokasi dimonopoli oleh warga Bangladesh dan Myanmar. Di lokasi itu, warga tempatan pasti berasa bak kita menumpang di negara mereka. 

Klik di sini.

Lazimnya, pendatang haram dalam keadaan terdesak tatkala mengelak untuk ditangkap, sanggup bertindak di luar jangkaan. Mereka barangkali beraksi ganas dilengkapi pelbagai senjata berbahaya. Oleh itu bersama kita mendoakan keselamatan semua penguatkuasa bakal ditugaskan membanteras pendatang haram pada hari Selesa minggu hadapan di seluruh negara. Tugasan itu mempunyai risiko tersendiri. 

Saya amat berharap, 21 Januari, tanggal keramat bakal menyahkan majoriti warga haram di negara kita cintai ini. Kerajaan Malaysia sudah berlembut terlalu lama. Usah biarkan negara ini tergadai ke tangan warga asing.

3 ulasan:

  1. Assalam ......

    rasanya elok buat pencegahan atau tangkap tali barut di sempadan dulu ....

    dan selepas itu br cari pati yg tiada dokumen atau tamat tempoh .....

    bila plak nak buat pencegahan pasal kalimah?? ...

    BalasPadam
  2. Jgn kata dekat kl. Dekat kawasan perindustrian subang jaya ni pun dah terasa mcm di overseas. Sampai ada mereka buka kedai perniagaan di sini. Kalau tak percaya pergilah di subang jaya goodyear court 10 nie, kawasan perumahan berdepan dengan supercourt badminton.

    BalasPadam
  3. Tahun Melawat Malaysia 2014...jangan jadi tahun yg menyaksikan kehadiran ramai pelancong yg akan menjadi pati di Malaysia.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.