Ahad, Januari 26, 2014

KAMPUNG TEKAJONG : PERJALANAN MENUNTUT KESABARAN DAN KEGIGIHAN


Kira-kira jam 6.45 pagi tadi, saya dan kru Majalah 3, jurukamera, Rohaizat Roslan serta juruteknik, Azizul Sufyan bergerak ke jambatan di Kampung Tekajung, Pulau Bruit.

Gambar matahari timbul dirakamkan.


Kami kemudian bergerak ke sawah padi, berjarak 300 meter dan Rohaizat merekodkan visual 2 petani menuai padi di awal pagi.

Majoriti penduduk kampung ini bekerja sebagai nelayan dan petani untuk menyara kehidupan seharian.


Kira-kira jam 8.30 pagi, kami ditahan oleh beberapa penduduk kampung ketika berjalan di lorong menuju ke rumah penduduk sudi menumpangkan kami semalaman. 


"Minumlah teh 'O' dahulu. Biskut pun ada," pelawa Harman Bolhan.

"Selalunya, orang 'asing' ditahan untuk disoal selidik tetapi di sini bagus, kami ditahan untuk disuruh minum," celah saya, bergurau.


Ayah Harman, Imam I Masjid Kampung Tekajong, antara 11 mangsa terkorban sewaktu tragedi bot panjang tenggelam pada 18 Januari lalu berhampiran Kampung Kut.


Al-Fatihah buat semua mangsa terkorban.

Harman, keluarga dan rakan sekampung sibuk pagi tadi untuk menyediakan jamuan mengadakan kenduri arwah.


Mereka menghulurkan pisang goreng atau digelar 'cucur balak' di kalangan suku kaum Melanau.

 

Biarpun sedang dalam keadaan berkabung akibat kehilangan saudara-mara dan ahli keluarga terdekat, penduduk Kampung Tekajung masih sudi meluangkan masa, melayan kami bertiga.


Terima kasih kepada Kalbi Bakri, 57 tahun dan keluarga kerana sudi menumpangkan saya dan kru di rumah mereka.


Kami juga berpeluang menjamah lauk kari rusa tatkala makan malam. Azizul kelihatan berselera makan bersama keluarga Kalbi.

Sewaktu kami melangkah ke jeti berhampiran rumah, Kalbi, kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia bersuara.

"Kalau ke Mekah, boleh pergi banyak kali naik kapal terbang tetapi untuk datang ke sini mungkin susah sikit," dia berseloroh.



"Sukar sedikit kerana kami menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur. Selepas itu bergerak menggunakan kereta dimasukkan ke dalam feri untuk ke Pulau Bruit dari Serdeng. Sebaik tiba di pulau, kami berkenderaan ke jeti Kampung Kut dan sekali lagi menaiki feri ke pekan Daro. Dari Daro kami ke sini menggunakan bot disewa," balas saya.

Berikut kronologi perjalanan kami.


Kami menaiki kenderaan dari Sibu dan ke Pulau Bruit menggunakan feri dengan bayaran tambang RM1 untuk kereta kecil.

Sebaik tiba di Pulau Bruit kami menggunakan jalan darat untuk ke Jeti Kampung Kut.


Pada jam 11.23 pagi, kami sekali lagi menaiki feri bersama kenderaan untuk ke pekan Daro. Perjalanan ini dirakamkan oleh Rohaizat dan bakal dipaparkan di Majalah 3.


Feri tiba di jeti feri Daro kira-kira 20 minit kemudian.


Kenderaan dipandu oleh Saipol Kalbi, 34 tahun kemudian bergerak ke pekan Daro.


Jam 11.13 pagi, kami bergerak ke Daro menaiki bot sewa dipandu dek jurugan berpengalaman, Jimmy Daubi, 41 tahun.


Cuaca amat panas, matahari di atas kepala,  tatkala kami merentasi Batang Lassa.


Kami kemudian menyusuri Sungai Tekajong sambil menikmati pemandangan di tepi kiri dan kanan sungai.


Jam 2 petang, kami selamat tiba di Kampung Tekajong dihuni 1,500 penduduk.


6 jam perjalanan ditempuh dengan penuh kesabaran semata-mata untuk kami berkongsi hasil rakaman bersama penonton Majalah 3.

23 ulasan:

  1. setiap kejadian yang allah jadi pasti ada keindahannya yang tersendiri....(anak jati kampung tekajong)

    BalasPadam
  2. Terbaik daripada Mazidulakmal...saya bangga jadi anak Sarawak...

    BalasPadam
  3. Terbaik Mazidul... Semua ni orang tak tahu pun..

    BalasPadam
  4. lepas ni pergilah ke semua kampung di area pulau bruit termasuk kampung saya... hehe

    BalasPadam
  5. kenapa tak turun sehingga ke Kampung Penipah, Salah Kechil, Betanak, Penibong dan Peniau? Tengok macam mana kesukaran penduduk kampung sini hendak mendapatkan barangan harian kerana ketiadaan jalan raya. Masih lagi berharap supaya Kerajaan negeri dan persekutuan wujudkan jalan tar yang betul dan bukan sekadar jalan simen yang kecil dan mudah pecah. Ini harapan..

    BalasPadam
  6. inilah kampung yang banyak nostalgia semasa zaman kanak2 saya :)

    BalasPadam
  7. Kampung Tekajong......hurmm mereka terpaksa membayar harga yang mahal serta kehilangan orang tersayang. .baru nak buat jalan. .itupun baru nak bincang.......kerajaan berjiwa Rakyat?....kita ibarat mentimun menentang durian......fikir2kanlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bila durian dah jadi tempoyak, giliran mentimun membalas dendam

      Padam
  8. Dulu pernah mengutarakan cadangan kepada salah seorang pengacara Majalah 3 untuk membuat liputan tentang keunikan Pulau Bruit dan juga atas kapasiti pulau kedua terbesar di Malaysia selepas Pulau Borneo... tapi ianya dipandang sepi... mungkin tiada nilai komersial atau kos yang terlalu tinggi... Tahniah saudara Mazidul kerana sudi merasai sebahagian kehidupan warga di Pulau Bruit...

    BalasPadam
  9. betul. itu rutin untuk yang akan dilalui oleh penduduk, Perkhidmatan feri kadang-kadang terpaksa menunggu lama bila hanya satu feri sahaja yang beroperasi sehari. Bayangkan berapa lama masa dibazirkan untuk menyeberangi sungai yang hanya memelukan masa 5 -10 minit jika ada jambatan.

    BalasPadam
  10. Terima kasih En. Mazidul dan rakan2 krew Majalah 3. Paparan yang akan kami nantikan

    BalasPadam
  11. Tahniah TV3..semoga liputan pertistiwa disebalik kejadian bot karam..menceritakan keadaan sebenarnya pasarana di pulau Bruit yang memerlukan banyak perhatian terutama kemudahan infrastruktur seperti jalanraya ...yang amat diperlukan

    BalasPadam
  12. assalamualaikum
    saya seorang bakal guru..saya berharap sy diberi peluang untuk mengajar di sini =)
    saya juga orang melanau..namun nasib saya lebih baik sedikit sebab tinggal di matu...bila sesuatu terjadi, baru macam2 kerajaan janji nak buat....untuk merasa pembangunan, kami terpaksa kehilangan orang yang kami sayang..supaya kita dijauhkan menjadi golongan munafik..yang hanya suka menabur janji palsu

    BalasPadam
  13. terima kasih saudara mazidul ,kami melihat segalanya dari rumah, saudara dan teman2 bergadai nyawa menyediakan liputan.

    All the Best majalah 3

    BalasPadam
  14. Assalammualaikum Team Majalah 3(Saudara Mazidul)
    Syabas dan Tahniah kerana Majalah 3 akan menyiarkan paparan sebenar Kg Takajong. diharap paparan ini nanti mampu membuka mata dan mata hati pemimpin supaya mengsegerakan projek jalan raya yang bersuku abad dipinta, bertahun lama tak kunjung tiba. dengar-dengarkanlah luahan hati kami yang kehilangan orang yang tersayang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul apa yg diluahkan,kalau boleh buat liputan keseluruh kawasan Matu dan Daro,saya berani katakan disini masih banyak kpg yg serba kekurangan.masaalah paip air ada tapi kosong meter air kena bayar rm4 sebulan walaupun air tiada bukannya harian ,bulanan malah bertahun suda berlaku.

      Rapli hussen.
      KAMPUNG NANGAR BESAR.DARO
      MUKAH
      SARAWAK

      Padam
  15. Akhirnya Mazidul smpi jg ke pulau bruit sebesar singapura ni kan, beginilah staff kami masuk ke pulau bruit setiap minggu utk melaksanakan tanggungjawab kerajaan

    BalasPadam
  16. Terimakasih kesemua yg terlibat kerana perihatin dgn yg terlibat.semoga apa yg dipaparkan nanti akan membuka mata.minda kita semua.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.