Ketua Pegawai Eksekutif syarikat portal televisyen internet, Kamarul Bahri Abdul Kadir, 41 tahun, menghubungi saya petang tadi dengan nada kecewa.
"Isteri saya menderita akibat serangan barah tahap empat, kronik dan terlantar di Hospital Selayang. Dia tidak lagi berupaya bergerak. Lazimnya, isteri menghantar anak kami ke Sekolah Rendah Taman Tun Dr Ismail dan kemudian balik ke Bukit Subang," ujar Kamarul.
Kini, rutin itu tidak mampu disempurnakan lagi.
"Isteri saban hari bertanya kepada saya, bagaimanakah status permohonan perpindahan sekolah anak? Berat untuk saya menceritakan keadaan sebenar. Saya tidak mahu dia bersusah hati, bak sudah jatuh ditimpa tangga," luahnya.
Berikutan penderitaan dialami oleh isteri, Kamarul cuba untuk memohon anaknya ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor.
"Anak rakan saya sebelum ini belajar di sekolah terbabit. Dia meraih keputusan cemerlang UPSR, 5A. Jadi rakan itu menemui Guru Besar sekolah, Datin Ramlah Asmuri untuk mengucapkan terima kasih. Anaknya kini menuntut di sekolah berasrama penuh, Alam Shah. Dalam pada itu, dia dimaklumkan oleh guru terbabit, masih terdapat kekosongan tempat untuk pelajar darjah tiga bersekolah pada sesi petang. Darjah empat, lima dan enam, penuh. Difahamkan, bilangan pelajar mencecah 45 orang sekelas. Berikutan maklumat diperolehi, saya telah pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Perdana, di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor untuk membuat permohonan pertukaran sekolah," ujarnya.
Kamarul kemudian berkongsi rintihannya bersama saya.
"Saya membawa semua dokumen diperlukan dan kemudian diminta mengemukakan bil elektrik atau bil air," katanya.
"Tidakkah syarat itu dicatatkan di borang permohonan perpindahan?," soal saya spontan.
"Tidak. Tiada tercatat di borong terbabit," balas graduan Univeristi Teknologi Mara terbabit.
Tambah Kamarul, keluarganya dalam proses untuk berpindah ke Bukit Jelutong dan membeli sebuah rumah milik kenalan.
"Rumah itu belum lagi ditukar hak milik. Jadi, bil masih di atas nama kawan saya," ujarnya lagi.
Menurutnya lagi, dia berkunjung ke Pejabat Pelajaran terbabit sebanyak dua kali, pada 30 Disember 2013 dan semalam.
"Memang ramai ibu bapa pelajar hadir di pejabat itu. Saya perhatikan, bukan semua memiliki kenderaan sendiri. Amat simpati melihat sebilangan daripada mereka terpaksa menaiki bas atau teksi pulang ke rumah semata-mata untuk mengambil bil elektrik atau air. Bayangkan, selepas mengambil nombor giliran, ibu bapa beratur di tengah panas, kira-kira satu jam, sebelum berpeluang menemui pegawai bertugas," kata ayah dua anak itu.
Kamarul berurusan dengan pegawai wanita di pejabat terbabit.
"Jadi apakah keputusan permohonan?," tanya saya lagi.
"Ditolak, anak saya diminta kembali ke sekolah asal," jawabnya kesal.
"Adakah awak menceritakan betapa kroniknya keadaan isteri awak kepada pegawai itu?," soal saya.
Isterinya berusia 37 tahun.
"Ada. Pegawai itu kemudian meminta surat pengesahan daripada pihak hospital. Mazidul, dalam keadaan saya sebegini, pelbagai lagi hal lain perlu saya uruskan selain berulang-alik ke Pejabat Pelajaran. Setiap hari berulang-alik ke hospital, ke tempat kerja untuk mencari rezeki serta menjaga dua anak tanpa ibu di rumah. Kehidupan agak sukar. Justeru, saya cuma memohon jasa baik pihak pejabat terbabit," balasnya.
Ternyata dia amat bersedih.
"Saya kemudian memohon agar Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong dihubungi dan menawarkan telefon bimbit untuk digunakan. Namun pegawai terbabit mendakwa, dia tahu sekolah itu sudah penuh," kata Kamarul.
Saya percaya, sebilangan pembaca blog ini bertugas di Kementerian Pelajaran Malaysia. Mohon rayuan itu dipertimbangkan sewajarnya. Ibu bapa bukan bertujuan membebankan kakitangan pejabat terbabit tetapi sekadar memohon budi bicara digunakan sebaiknya.
Bantulah mereka dilanda musibah secara gigih dan ikhlas, semoga Allah mempermudahkan kehidupan kita semua.
biasanya permohonan pertukaran pelajar tidak sepayah itu. yang memohon biasanya diluluskan. minta kawan en mazidul usaha lagi.
BalasPadamIsu kementerian pelajaran menjadi pembuka tirai tahun ini.Semalam website kementerian pelajaran baru kena hack.Ref: http://www.moe.gov.my/ .
BalasPadamSaya turut bersimpati dengan apa yg terjadi..diharap kawan saudara mazidul bersabar..memang begitupn kalau pegi ke agensi2 yg berkaitan.. semuanye nak itu nak ini..kalau berpangkat laju jela dapat.. kita rakyat malaysia..bkn pendatang asing..cuba permudahkan sikit proses tu.. kalau lah org2 yg tak mampu.. mcm mn lah nasib mereka.. kalau aku kaya.......
BalasPadamDari segi jalan cerita, saya mendapati tiada bukti yang kukuh selain verbal. Apabila perkara verbal diperbesarkan, ia jadi isu - simpati/musibah yang akan menang sebelum dibicarakan.
BalasPadamDalam hal ini, saya rasa ikut prosedur yang sahih boleh dipertimbangkan. Jika dari segi perasaan, saya turut bersimpati dan doakan yang terbaik untuk mangsa dan isteri di pagi Jumaat yang mulia ini. Maafkan saya.
sekolah bukit jelutong.. top juga sekolah ni, isteri saya pun berangan angan nak hantar anak saya ke situ. tunggu lagi 4 tahun.
BalasPadam
BalasPadamSaya bersimpati dengan nasib yang dialami oleh En Kamarul. Isteri saya bertugas di salah satu bahagian di Kementerian Pendidikan. Walaupun isteri saya seorang pegawai namun setiap masalah pertukaran sekolah kebiasaannya mendapat respon yg kurang mesra dari Bahagian Sekolah.
Namun pada pandangan dan pengalaman saya adalah lebih baik En Kamarul terus berjumpa dengan Setiausaha Politik Menteri Pelajaran.
Ini adalah detail sekadar yang boleh saya bantu.
Nama Set Pol:
Datuk Dr Marzuki Mohamad
Call pejabat Menteri Pelajaran
03-8884 6000
Kalau perlu bantuan untuk ke pejabat tersebut InsyaAllah saya boleh bantu. Kebiasaannya pejabat setiausaha politik kita boleh terus pergi tanpa protokol. Kalau beliau ada boleh terus jumpa. Kalau mahu jumpa dengan setpol juga perlu buat temujanji.
Saya memohon pertukaran ke sekolah yang sama tetapi alasan penuh malah dikatakan PPD mengalu-alukan pertukaran keluar pelajar setanding status SBT yang hanya menempatkan 35 pelajar. Tetapi untuk pendudukan U9, U10 itulah sekolah terhampir
BalasPadamBiasalah karenah di KPM tu. Daripada isu perpindahan pelajar sampai ke perpindahan guru terus diselubungi kemelut yang tidak berkesudahan. Kalau abg mazidul boleh bongkar dan rungkaikan permasalahan tersebut lagi bagus dan alhamdulillah...banyak rintihan boleh dibaca dalam link ni
BalasPadamhttps://www.facebook.com/groups/114234385271569/
Sek keb bukit Subang pun penuh juga ke?En Kamarul tinggal di Bukit Subang.
BalasPadam2 orang anak Saya bersekolah di sek keb Bukit Jelutong.Memang penuh serta padat.
10 kelas.1 kelas 45 org murid.Usaha lagi En Kamarul.
Moga usaha En. Kamarul berjaya hendakNYA dan moga isteri beliau kuat dalan melawan penyakit tersebut.
BalasPadamsaya mendapat berita, isteri en kamarul telah meninggal dunia kira2 jam 2.30 ptg hari ini..
BalasPadam