Jumaat, Januari 10, 2014

SUAMI PEMBACA BERITA BULETIN UTAMA TV3 DISAMUN

"Saya menjerit sekuat hati tatkala melihat suami diserang menggunakan besi oleh penyamun terbabit. Saya masih berdiri di kawasan hadapan rumah, sambil mendukung anak. Selalu kita melaporkan dalam berita, kali ini kejadian jenayah berlaku di hadapan mata," ujar Azawate Zenol Abidin. 

Azawate, 37 tahun, pembaca berita Buletin Utama, TV3.



Kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 8.45 malam tadi di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.




[ Zon iklan BULANAN, 70% diskaun + 1 bulan PERCUMA, klik di sini ]

"Kami hendak pergi ke Hospital Tropicana untuk menziarahi saudara ibu mertua. Waktu itu hujan turun renyai. Suami memasukkan dahulu dua anak lelaki kami ke dalam kereta dan kemudian datang kembali berpayung ke pintu rumah untuk menjemput saya dan bayi kami berusia 9 bulan. Ketika itu dua lelaki bertopi keledar meluru ke arah dia," jelasnya lagi.

Saya dihubungi oleh rakan pemberita Ondscene lalu bergegas ke lokasi, tidak jauh dari rumah.



"Penyamun Melayu itu berkata, saya tidak mahu cederakan abang, bagi duit. Memikirkan keselamatan dua anak, 2 dan 4 tahun, berada di dalam kenderaan, saya kemudian menyerahkan beg duit kepada mereka. Dua lagi rakan penjenayah itu menunggu di atas motosikal kira-kira 10 meter dari pagar rumah. Masa itu saya memegang payung dan cuba menolak dia, saya dipukul di belakang kepala dan tercedera di bahu kanan akibat dihentak menggunakan senjata besi dan buku lima," ujar suaminya, Raqizal Khalis Husni, 38 tahun, tenang.

Laporan dibuat di Balai Polis Kota Damansara.



[ Azawatie menunjukkan lokasi kejadian ]


"Sebelum ini memang pernah berlaku kejadian ragut dan samun di sekitar kawasan ini. Kalau hujan, kena lebih berhati-hati kerana penjenayah tahu, waktu itu tidak ramai jiran tetangga berada di luar rumah. Sekitar jam lapan lebih pula, lelaki berada di surau. Jadi ruang itu digunakan oleh penjenayah, " celah jiran Azawate berkumpul di hadapan rumahnya.


"Telefon bimbit di tangan saya. Kejadian berlaku dalam tempoh terlalu singkat. Saya menjerit supaya adik lelaki saya masuk semula ke dalam rumah. Saya berpeluang merekodkan visual kejadian tetapi panik buat seketika," jelas Azawate kesal.


"Sewaktu kejadian berlaku, saya menghubungi nombor kecemasan 999 dan abang memberikan alamat rumah kepada petugas. Lama kami menunggu polis datang tetapi mereka tidak juga tiba. Kami kemudian dihubungi anggota polis dari Balai Kota Damansara dan meminta abang ipar saya membuat laporan di balai," kata adik Azawate.

Sebaik mengetahui kejadian samun terbabit, saya pantas menghubungi Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus pada jam 10.23 malam. 

"Saya hubungi unit peronda dengan kadar segera," ujar beliau.

Kereta unit peronda polis tiba dianggarkan dalam tempoh kurang 10 minit. Saya menyusul kira-kira seminit kemudian.

"Kami menerima maklumat pertama pada jam 10.30 malam dan terus begegas ke sini," ujar dua anggota polis terbabit.



Melalui pengalaman, apabila talian kecemasan 999 dihubungi, petugas terlebih dahulu merekodkan jenis kes dan alamat lokasi kejadian sebelum memindahkan panggilan ke balai polis paling hampir. 

Hairan, dalam kes ini, kepada siapakah maklumat terawal itu disalurkan oleh petugas 999 tatkala ahli keluarga terbabit berada dalam keadaan panik serta trauma? Mengakibatkan unit peronda polis tiba hampir 2 (DUA) jam selepas kejadian.

11 ulasan:

  1. No 999 tak seperti 911..
    999 sambung ke balai terdekat... balai terdekat baru nak tanya mana peronda terdekat..
    Tu pun kalau 999 sambung... tv3 kena selusuri SOP 999.. supaya org awam paham apa nak kena buat bila cemas..

    BalasPadam
  2. Kadang - kadang Operator 999 tu bukannya tahu kawasan tu sebab mereka jawab panggilan di KL, lepas tu mereka tanya balai di kawasan terdekat, lepas tu operator tanya lagi balai lain sampai lar ke balai yang betul2 berhampiran dengan kawasan kejadian. So nk cepat simpanlah no balai polis or hospital yang berhampiran, ini pengalaman saya sebagai anggota sukarela JPAM di Terengganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju. Simpanlah no balai polis, balai bomba dan hospital yg berdekatan

      Padam
  3. talian 999 lebih kurang talian 1MOCC laaa...harap pihak berwajib mengambil serius tentang perkara ini...

    BalasPadam
  4. Selalu juga saya membuat panggilan 999, tidak pernah sekali saya dapat salurkan kecemasan dalam kadar segera... hantar sana, hantar sini. kadang kala talian hampir terlalu lama untuk dijawab, pernah sekali tu sampai putus talian... rasa macam nk biarkan sahaja kecemasan tu mengharap insan lain sahaja yang laporkan kejadian,,, tapi tidak sampai hati,,.. nak marah pegawai dalam talian kesian tidak sampai sebab bekerja lewat malam... tapi itu lar.. dilema nyer... mungkin nanti ada menteri sendiri yang mencuba talian baru dapat tindakan di ambil... wasalam

    BalasPadam
  5. simpan no tel bilik gerakan polis kawasan anda....ini lebih pantas utk deploy anggota

    BalasPadam
  6. betul,simpan no balai terdekat lagi baik dari dail 999.

    BalasPadam
  7. sya pernah mengalami perkara yang sama... polis langsung tak datang pun.....

    BalasPadam
  8. Saya pernah alami keadaan sama telefon 999..kecemasan perlukan polis tp operator jawab...tanya macam2...5 minit ade panggilan balik dr balai tersekat plak..adoii kalo kes hampir nk.kena bunuh magsa sah sah dh xbernyawa walau sempat dial 999...bknkah pty polis ptt ade line sendiri direct..kalo pun operator yg menjawab xboleh trus je salurkan trus ke.polis tanpa perlu polis call semula nk kompimkan macam2...ssh macam ni.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.