Rabu, Januari 08, 2014

TUP! TAP! TUP! TAP! TINDAKAN JAIS MENYERBU PEJABAT PBM DSAHKAN MENGIKUT SOP

Exco Hal Ehwal Agama Selangor (PAS), Sallehen Mukhyi mengesahkan serbuan dilakukan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS, di Pejabat Persatuan Bible Malaysia, PBM, di Damansara Kim, Petaling Jaya, mengikut prosedur operasi standard, SOP.


Beliau juga menyatakan, kerajaan negeri Selangor sentiasa menyokong titah Sultan Selangor melarang individu bukan Islam menggunakan kalimah Allah.

Sebagai Melayu, tergamakkah beliau dan pemimpin Islam Selangor menyanggah titah Sultan?


Klik di sini untuk membaca laporan The Star.

Oleh itu Mukhyi perlu bertegas menjelaskan kepada masyarakat, JAIS tidak melakukan serbuan itu ala samseng seperti didakwa oleh Presiden PBM, Lee Min Choon.


Lee didapati tidak berpuas hati dengan kenyataan dikeluarkan oleh Sallehen dan khuatir JAIS akan membuat rampasan Bible dicetak kalimah Allah di gereja pada masa akan datang, klik di sini.

Sebelum ini, terlalu banyak pihak mengecam tindakan JAIS, termasuk beberapa pemimpin parti pembangkang. Tup! Tap! Tup! Tap! Tindakan mereka didapati mengikut SOP.


Sebelum ini, Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arshad mendakwa tidak mengetahui mengenai tindakan kakitangannya. Manakala Pengarahnya, masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan. Jauh sekali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Persoalan belum terjawab, siapakah sebenarnya mengarahkan serbuan JAIS itu?


Malaysian Insider melaporkan, Paderi William Andrew, editor The Herald, disiasat polis mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948. Jumaat lalu, secara terang-terangan, dia menyatakan di Malaysian Insider, gereja Katholik di seluruh Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah pada setiap perhimpunan hari Ahad.

7 ulasan:

  1. Lihatlah samaada mereka takut akan perintah Allah atau takut kepada rakan sekutu mereka.

    BalasPadam
  2. bagi saya, kalimah Allah adalah untuk semua kerana dahulu kristian dan yahudi juga menggunakan kalimah Allah, bagi saya itu tidak menjadi masalah. masalahnya cuma jangan guna untuk sebar meggunakan bahan bercetak/bertulis, mahupun elektronik. setakat diaorang nak berceramah setiap ahad di gereja mereka guna kalimah Allah no hal kerana seperti semua tahu Allah ialah tuhan untuk semua.

    BalasPadam
  3. Dengar khabar dari sumber-sumber sulit, Jabatan Agama Islam Selangor bakal dibubarkan demi menjaga keharmonian masyarakat Selangor terutamanya para penyokong DAP dan PKR khususnya. Ini adalah hasil desakan para pemimpin DAP dan PKR Selangor yg ingin menarik perhatian masyarakat dunia

    BalasPadam
  4. Kesannya blh dilihat pd negara jiran Indonesia, kalimah yg blh dipakai oleh semua agama. Bagaimana tahap Islam d sana berbanding dsini Malaysia? Dsana antara kristian dan islam susah utk dikenalpasti. Semua agama adlh sama2 aras

    BalasPadam
  5. Bible yang sebenarnya pun secara langsung tidak menyatakan Allah itu nama tuhan mereka. Dikatakan Kristian itu bermula dahulu sebelum kedatangan Islam jadi adakah mereka mengakui Allah itu tuhan yang sebenarnya? Maka mereka juga HARUS MENGAKUI Rasul Muhammad S.A.W itu utusan tuhan yang terakhir....

    BalasPadam
  6. Kaedah yg sama digunapakai oleh almarhum ust ashaari muhammad ddlm misi dakwahnya d Eropah dlm bentuk nasyidnya. Almarhum gunapakai istilah 'Tuhan' berbanding kalimah 'Allah'. Menarik hati2 bangsa asing non muslim kepada muslim. Berapa ribu manusia yg Islam d tangan almarhum.

    BalasPadam
  7. Paderi tu jugak yang cakap kat media... so JAIS buat serbuanlah...
    aduyai... sendiri cakap sendiri tanggung la....

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.