Selasa, Januari 14, 2014

PENGUSAHA RESTORAN WARGA TEMPATAN BAKAL MAKAN KANGKUNG

Awal bulan ini, Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatangt Tanpa Izin telah megeluarkan larangan restoran makanan segera menggajikan pekerja asing. 

Untuk rekod, kini terdapat kira-kira 2.3 juta pekerja warga asing di Malaysia. Terkini, Presiden CUEPACS, Azih Musa mencadangkan agar pekerja terbabit dilarang berkhidmat di semua restoran di Malaysia.

Klik di sini.

Andai cadangan itu dilaksanakan, rangkaian restoran mamak di negara kita pasti menerima tamparan hebat. Jika diperhatikan, majoriti pekerja restoran mamak, warga India samada beragama Islam atau HIndu. Mereka bertugas 12 jam sehari tanpa dibenarkan duduk biarpun premis perniagaan tiada pelanggan. Melalui temu bual bersama beberapa pekerja, saya dimaklumkan, majoriti majikan mereka hanya memberikan cuti pada Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Haji sahaja, 2 kali setahun. Sebaik tamat bekerja, mereka pulang ke rumah sewa sempit, disumbat belasan pekerja. Berehat dan kemudian kembali ke restoran untuk melangsaikan tugasan dalam tempoh 12 jam lagi.

Mungkin kerana itulah ramai antara pekerja dari India, pulang bercuti ke negara asal, tidak sanggup kembali semula ke Malaysia. 

Mereka serik dengan layanan diberikan.

"Saya punya kawan, dia India balik. Sampai airport terus dia koyak itu paspot. Dia cakap, tidak mahu datang ke Malaysia lagi," ujar seorang daripada pekerja saya temui.

Restoran milik pengusaha Melayu juga bakal berhadapan dengan masalah besar. Lazimnya mereka menggajikan pekerja dari Indonesia. Mereka lebih mudah berinteraksi bersama pelanggan berikutan tiada kekangan bahasa. Rakyat Malaysia masih memahami bahasa komunikasi biarpun loghat sedikit berbeza.

Adakah pengusaha restoran Melayu enggan menggajikan pekerja warga tempatan? Itu antara soalan menarik untuk dikupas. 

Menggajikan warga asing bukan tindakan enteng. Ribuan ringgit wang dilaburkan untuk membawa pekerja masuk secara sah dari negara asal. Majikan menanggung kos pembikinan permit dan risiko pekerja melarikan diri. Sedangkan pada ketika ini, belum tentu majikan mampu meraih keuntungan besar terutama di kalangan mereka baru bertatih berniaga. Justeru sebilangan majikan tersepit membuat keputusan berani dalam takut, mengambil pekerja dari Indonesia menggunakan pas lawatan sosial. Biarpun Akta Imigresen 1959/63 melarang tindakan itu, majikan dilihat terpaksa memperjudikan nasib. Ditelan mati ibu, diluah mati ayah.

Baca keluhan pengusaha gerai dan restoran tempatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, klik di sini.

Tanpa pekerja, mustahil restoran mampu beroperasi setiap hari sedangkan bayaran sewa bulanan tetap perlu dilunaskan.

Pengumuman Kementerian Dalam Negeri bakal melaksanakan operasi besar-besaran bertujuan mengesan pendatang haram, merangkumi di premis perniagaan tentunya menakutkan ramai majikan. Majikan selama ini menggajikan warga asing secara tidak sah. Operasi terbabit bakal dizahirkan pada 21 Januari ini. 

Warga Malaysia didakwa memilih kerja, inginkan tugasan mudah tetapi meraih hasil lumayan.Oleh itu, mereka jarang mampu bertahan lama jika bertugas di restoran mahupun gerai milik warga tempatan, jauh sekali di restoran mamak. Anak muda kita tidak sanggup untuk berjalan dan berdiri setengah hari. Bergelumang dengan minyak, pinggan dan periuk di dapur bukan minat mereka. Gaji dituntut juga kekadang tidak setanding dengan komitmen sewaktu bertugas.

Faktor itu sekaligus membenarkan peluang pekerjaaan di restoran dimonopoli oleh warga asing.

Perhatikan, siapakah pekerja di restoran menjual hidangan Thai? Majikan lebih cenderung membawa masuk tukang masak serta pelayan dari negara mereka. Apakah status dokumen perjalanan mereka? Kebanyakkan pekerja itu juga menggunakan pas lawatan sosial atau visa pelancong. Setelah tamat tempoh, visa mereka diperbaharui berulang kali dan kembali bertugas di restoran sama. 

Menggajikan pekerja Myanmar turut menjadi tren terkini di kalangan pengusaha restoran. Warga terbabit lazimnya pantas menghidu peluang pekerjaan ditawarkan samada oleh pengusaha restoran berstatus halal atau tidak. Jika seorang digajikan, sepuluh lagi akan tampil untuk memenuhi kekosongan jawatan. Mereka jarang mengukirkan senyuman tatkala berurusan dengan pelanggan tetapi kuat bekerja. Gaji bersih mereka, kurang RM1,000. Namun mereka bukan pilihan utama pengusaha restoran Melayu berikutan perbezaan agama. Lelaki Myanmar juga dikatakan gemar meminum arak, mabuk sekaligus mencetuskan pergaduhan sesama mereka. Majikan khuatir jika nyawa dan perniagaan mereka terancam berikutan sikap sebegitu.

Klik di sini.

Hemat saya, keputusan melarang semua pekerja asing berkhidmat di restoran makanan segera di Malaysia, amat wajar. Anak muda kita masih gemar bertugas di dalam premis berhawa dingin dan bertutur dalam bahasa Inggeris. Manakala kemahiran bertugas di premis itu mudah dipelajari melalui kursus dianjurkan syarikat pemegang francais. 

Jika larangan menggajikan pekeja asing dikuatkuasakan di semua restoran, saya dapat menjangkakan bakal banyak premis menjual makanan milik warga tempatan bakal bungkus. 


Khuatir, andai pengusaha terbabit terpaksa makan kangkung sebagai juadah harian keluarga kerana terpaksa menanggung bebanan hutang bank.

Tatkala itu mereka tentunya berpeluang memuji kerajaan berikutan penurunan harga kangkung di pasaran. 



Ops! YB, saya hendak bertanya sedikit. Kemanakah perginya, Pengerusi Biro Media Baru UMNO yang YB lantik?

Ibdilillah Ishak, sibuk menanam kangkung?

6 ulasan:

  1. Tuan, Ibdilillah Ishak tgh bz blog psl lifestyle, bkn psl politik~

    BalasPadam
  2. Makin haru rasanya di malaysia. Anak tempatan diketepikan dgn alasan remeh..komplen mcm2 bagai tp nk jg berniaga di malaysia...polis pula nk menjaga perniagaan org yg tak kenang budi ni..
    Setiap pekerja yg skala besar mcm staf pasaraya, kakitangan mcD ke patut ada koperasi, nak beli topup pn kna tipu..blum lg staf mcD yg bergaduh d ICT, APA ingt customer always right ke, staf tu xda maruah dan self belonging ke pd kerjaya dia?

    BalasPadam
  3. Blogger Pro UMNO Ancaman Kepada Negara, Mengugut Untuk Memberontak Jika Tidak Diberi Bayaran Lumayan - Ibdillah Ishak??

    http://penadaritanahmelayu.blogspot.com/2014/01/blogger-pro-umno-ancaman-kepada-negara.html

    BalasPadam
  4. hakikatnya pekerja kat Malaysia ini impikan kerja yg senang, kerja duduk goyang kaki dlm pejabat aircond... sapa yg nak kerja berpeluh-peluh di tengah panas beb.. itu lah trend anak muda sekarang yg mengeluh tiada kerja kosong padahal bersepah banyak kerja kosong... nak duit cepat, pergi merompak/mencuri

    BalasPadam
    Balasan
    1. anda cakap begitu..pernah ke buat keja mcm tu...keja gaji murah pastu layan mcm hamba...kadang@ bercakap biar realistik sikit....

      Padam
  5. Malaysians love to complain! Nak tak nak, kita kena struggle to survive di bumi Tuhan ni. Dari tunggu perubahan orang lain yang buat, baik kita sendiri ubah taraf hidup kita. Kalau duduk goyang kaki, atau salahkan itu ini apa pun tak jadi. buatla sesuatu untuk naikkan taraf ekonomi diri sendiri instead of complaining here and there.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.