Status Mohd Fazil Hassan itu menjadi viral di laman sosial dan berikutan itu 30 laporan polis telah dikemukakan terhadap dia dan 2 rakan lain oleh pelbagai pihak, pencinta haiwan.
Klik di sini.
Benarkah Fadil memberikan ular sawa, Ringgo makan anak kucing? Itu persoalannya. Atau dia sekadar 'suka suka' menulis status itu?
Saya ingin menarik perhatian pembaca berhubung perkataan 'suka-suka'. Ismawi Hadani berasal dari Saratok, Sarawak sebelum ini menulis di status facebooknya, kelihatan menghasut rakan laman sosial untuk menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan. Dia diberkas oleh polis, direman 10 hari dan kemudian dibebaskan.
Satu daripada sebab dijelaskan oleh Peguam Negara, Ismawi mendakwa dia mencatatkan status itu di akaun peribadinya secara 'suka-suka'.
Klik di sini.
Dalam kes ini, saya sempat menjenguk facebook Fadil dan dia memaparkan gambar, Ringgo makan TIKUS, bukan kucing.
Klik di sini.
Andai Fazil dan rakan sudi menghubungi saya, In Sha Allah, akan dipaparkan penjelasan mereka di blog ini.
Selain daripada memperjuangkan hak haiwan, rakyat Malaysia usah lalai memperjuangkan hak asasi manusia untuk tidak terus diperhambakan.
Klik di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.