Sabtu, Januari 25, 2014

PELUANG MENEMUI MANGSA KE 11 BOT KARAM SEMAKIN TIPIS

Semalam, masuk hari ke 7, selepas kejadian bot panjang tenggelam di perairan Pulau Bruit, Daro, Sarawak berhampiran Kampung Kut.

Sekaligus peluang untuk menemui mangsa ke 11, bilal Masjid Kampung Tekajong, Mahdani Hakim, 55 tahun, dikatakan semakin tipis.

"Lazimnya, dalam kes mati lemas, mayat akan tenggelan sehingga hari ke tiga dan kemudian timbul setelah mayat dimasuki udara, pada hari ke empat. Kami paling khuatir jika mayat timbul pada waktu malam dan gagal dikesan," ujar Laskar Kelas II Maritim, Danial Mathew.

Saya bertemu anggota Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM itu tatkala menyertai operasi mencari mayat Mahdani semalam.


Sejak seminggu lalu, 5 kru APMM, termasuk Danial menjalankan usaha mencari mangsa di antara jam 7 pagi dan 6.30 petang.

Pada 19 Januari, pasukan terbabit berjaya menemui mangsa ke empat, berusia 45 tahun.


Operasi disambung sehingga tengahari ini. 


Saya sempat berkunjung ke pekan Daro dan jurukamera, Rohaizat Roslan merakamkan gambar Hospital Daerah Daro serta Ibu Pejabat Polis Daerah Matu-Daro.


Awal pagi ini, saya dan kru Majalah 3 akan ke Kampung Tekajong, di Pulau Bruit, penempatan 16 mangsa terselamat dalam kejadian 18 Januari lalu. Jika tiada aral melintang, In Sha Allah saya akan bermalam di kampung suku kaum Melanau itu.

Kami akan menaiki feri sebanyak 2 kali dan kemudian bergerak menggunakan bot dalam tempoh lebih 2 jam untuk ke kampung terbabit.

Doakan perjalanan kami ke lokasi, bakal mengharung arus Batang Lassa, selamat.



4 ulasan:

  1. Rindunya pekan Daro yang tenang..masyarakat melanau yang tak sombong dan suasananya yang cukup sederhana.Saya pernah mengajar di sebuah kampung di Pulau Bruit iaitu kampung Penibong.Kampung Tekajong tu lebih kurang 1 zon dengan kami di Penibong. Kalau ada kursus di PPD, Darolah tempatnya.Hujung tahun dan awal tahun memang musim gelombang dan hujan lebat.Teringat-ingat detik cemas kalau bot lalu open sea.Rindu bertandanglah pula

    BalasPadam
    Balasan
    1. teringat tahun 2009 kan noi..rombongan kita..kejadian yang hampir serupa..kg tekajong..kampung suami..moga penduduk pulau Bruit mendapat pembelaan..

      Padam
  2. Didoakan semoga perjalanan dipermudahkan olehNya dan liputan saudara Mazidul membawa arus pembangunan di kiawasan kami,

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.