Selasa, Januari 14, 2014

SIVARASA : TINDAKAN (BAHAGIAN PERLESENAN) MBPJ TIDAK WAJAR

Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa berkata, tindakan Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ menghalang peniaga mempunyai bayaran sewaan tertungguk untuk memperbaharui lesen perniagaan mereka, TIDAK wajar.


Kenyataan itu dihantar melalui sepucuk surat kepada Alinah. 


Saya berada di lokasi tatkala lebih 90 peniaga kecoh mendepani masalah itu, klik di sini.


Syarikat pengurusan, Ilmu Panduan Hidup, IPH Sdn. Bhd, tiada kaitan dengan proses pembaharuan lesen.

26 November lalu, IPH mengeluarkan notis berikut, mensyaratkan semua peniaga wajib menjelaskan tunggakan sewa premis. Jika tidak, lesen perniagaan mereka tidak boleh diperbaharui.

Tindakan pelik bin ajaib.

Hemat saya, MBPJ harus menyelesaikan masalah yang timbul kerana tindakan itu menganiaya peniaga, majoriti berbangsa Melayu.


Lebih mengejutkan lagi, kakitangan Tenaga Nasional Berhad melaporkan, IPH juga disahkan melakukan sambungan elektrik secara berbahaya di kompleks perniagaan sama.


Baca laporannya di sini.

Ahad lalu, sampah hanyir turut dilonggokkan berhampiran pagar Uptown D' Kota, lokasi dikunjungi oleh orang ramai pada waktu malam, klik di sini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.