Disember lalu, barangkali ramai membaca kisah lelaki berasal dari Sarawak mencatatkan status menghasut rakan facebook untuk menyertai perhimpunan menggulingkan kerajaan.
Ismawi Hadani menggunakan nama samaran Asmael Hadzemy II di laman sosial mendakwa dia, cybertrooper Parti Keadilan Rakyat, PKR.
Berikutan aduan dan bantahan orang ramai, pengendali laman sosial berusia 25 tahun, berstatus penganggur itu kemudian diberkas oleh polis di Kampung Karambut, Saratok, Sarawak pada 26 Disember lalu.
Dia kemudian diterbangkan ke Semenanjung, dibawa ke Bukit Aman dan direman 10 hari. Kes disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan, aktiviti memudaratkan demokrasi berparlimen.
Saya dapati, majoriti media cetak dan elektronik melindungi identiti Ismawi tetapi tidak akhbar di bawah. Itu keputusan editor bertugas.
Menurut laporan akhbar Harian Metro, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mendakwa Ismawi di mahkamah.
Berikut antara sebab dikemukakan berhubung kenyataan Ismawi.
1. Dia telah memohon maaf kepada masyarakat awam.
2. Dia menyesali perbuatannya.
3. Status untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dan menggulingkan kerajaan tidak mendapat sambutan rakan facebook.
4. Dia tidak mempertahankan dirinya apabila dikutuk dan dikritik berikut kenyataan dikeluarkan. Klik di sini.
5. Dia mencatatkan status itu secara suka suka sahaja.
Kes ini adalah satu precedent. Maksudnya jika individu lain melakukan perbuatan sama dan kemudian mengemukakan sebab 1-5, dia tidak akan didakwa.
Baca laporan Harian Metro, klik di sini.
Status terakhir Ismawi dicatatkan pada 22 Disember, 4 hari sebelum dia diberkas. Selepas itu tiada lagi status lain. Barangkali dia telah dinasihatkan agar tidak mengulangi perbuatan sia-sia itu. Menyusahkan polis dan memeningkan kepala ahli keluarga.
[ Klik di sini. IKLAN head banner, sewaan 14 bulan tetapi cuma HANYA bayar untuk 12 bulan ]
Sekaligus dia tersungkur sebagai cybertrooper PKR. Biarpun mendakwa sebagai cybertrooper parti pembangkang, tiada pula kedengaran berita peguam parti terbabit menawarkan khidmat guaman kepadanya sepanjang berada di Bukit Aman.
Agaknya budak ni tak pernah masuk Tadika kot. Kalau dia pernah masuk Tadika tentu dia tau belum pernah ada dalam sejarah dunia mana-mana kerajaaan dapat digulingkan hanya dengan duduk dan berdiri atas padang. Kalau nak guling kena dapat kerjasama tentera dan polis bersenjata seperti yang pernah berlaku di Filipina, Indonesia, Thailand, Mesir dll negara. Hanya saudagar mimpi seperti budak PKR ni dan NGO-NGO nyanyuk yg buat laporan polis dulu itu serta TV3 dan RTM yang percaya duduk dan berdiri di padang boleh guling kerajaan, lawak sungguh....
BalasPadamAikkk mcm tu plak. Kadang-kadang sya keliru dgn undang-undang Malaysia ni. Tp nk buat mcm manakan katanya itu termaktub dlm perlembagaan.
BalasPadamCuma sya "terkilan" kerana tertuduh tdk didakwa. Status FB yg dia buat blh mnjadi penyebab rusuhan (mengikut kata media sblm dia dibebaskan).
Apakah alasan pembebasannya munasabah?
1. Dia telah memohon maaf kepada masyarakat awam.
2. Dia menyesali perbuatannya.
3. Status untuk menghasut orang ramai menyertai perhimpunan dan menggulingkan kerajaan tidak mendapat sambutan rakan facebook.
4. Dia tidak mempertahankan dirinya apabila dikutuk dan dikritik berikut kenyataan dikeluarkan.
5. Dia mencatatkan status itu secara suka suka sahaja.
...............................................................................
Bayangkan lps ni akan ada lg pengguna FB / alam maya yg buat mcm tu, kmudian dia bg alasan mcm "cybertroper" tu, dan terlepas..
...;-D
Sah memang tersungkur..
BalasPadamUndang2 malaysia dibawah tgn telunjuk Cheif AG aka Ghani Patail.. Jd klu xnk kena dakwa kena pndai ambil hati dia..hehehe..oh Malaysia ku..tiada wibawa dn istiqamah..pdlah byk org jd jahat..
BalasPadamBro - Gani 4 tahil (Patail) ni elok bersara saja dari terus menyusahkan negara. Dia dah set satu lagi precedent yang bakal akan terus memudharatkan dan membahayakan keselamatan negara sama seperti Najib dan "11 point" nya yang paling famous dimasa kini.
BalasPadam1. Update status guling kerajaan (atas nama PKR yg ditulis secara terang-terangan? ).
BalasPadam2. Ditangkap. (kesalahan yg dilakukan boleh mengancam keselamatan negara)
3. Diterbangkan ke Semenanjung. (Kenapa bersusah payah hantar ke seberang laut?)
4. Tidak didakwa. (Atas beberapa alasan atau sekadar konspirasi tersembunyi?)
Fikir-fikirkan lah.