Rabu, Januari 01, 2014

HARGA BARANG DAN SERVIS DITURUNKAN HASIL PERHIMPUNAN TURUN DI DATARAN MERDEKA?


Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, 2 anggota polis tercedera dibaling menggunakan objek keras. Mereka dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Adakah harga gula diturunkan serta-merta hasil daripada perhimpunan dikatakan aman itu? TIDAK.  


Adalah selepas pentas utama persembahan menyambut tahun baharu diceroboh oleh penyokong perhimpunan menjadikan subsidi petrol ditambah? TIDAK.


Penyokong perhimpunan terbabit merempuh sekatan polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.   Adakah selepas itu Tenaga Nasional Berhad membuat keputusan tergempar tidak menaikkan tarif elektrik bermula hari ini? 

TIDAK. 


Seorang USTAZ bertugas di Perak mencatatkan di laman sosial, hasratnya untuk menyergah Perdana Menteri biar terkencing, klik di sini. Adakah dia berjaya menyempurnakan misinya itu? 

TIDAK.

Jadi, apakah rasionaliti di sebalik perhimpunan itu? Seronok merempuh sekatan pihak berkuasa, membaling botol, panjat memanjat dan menjerit tidak keruan di Dataran Merdeka?

Agaknya. 


[ Klik di sini ]

24 ulasan:

  1. sdr mazidul,

    mereka yg dok berapi nk buat mcm2 di pelbagai tmpt tu hanya "indah khabar dari rupa"... dh la buang masa, buat sakit tekak lg ada la... (baik dok rumah layan bola, jerit pekik smpi hilang suara lg bagus)...

    skg ni mcm2 ada... reformasi, birokrasi, transformasi, meritokrasi dan pelbagai "sensasi" lagi lah... tapi jika organisasi tidak berubah untuk kebaikan, jgnkan apa "masi"... manggo lasi pun payah...

    harap semua pihak tak kira kerajaan atau bukan kerajaan, pemerintah atau bukan pemerintah... sama2 usaha nak perbaiki mutu hidup rakyat... biar nakal tapi jgn jahat; biar jahat tapi jgn zalim...

    sekarang tahun baru azam pun patut baru... jadi harap yang terbaiklah untuk bumi Malaysia yang tercinta...

    BalasPadam
  2. Apa yang mereka dapat dan apa yang kita dapat?Nasib baik tiada yang mati semalam.Apapun Selamat Tahun Baru 2014..kerajaan masih samakan?hehehe..

    BalasPadam
  3. Persoalannya berapa byk Akta Perhimpunan Aman yg pembangkang langgar, berapa banyak arahan PDRM mrk ingkar. Berapa banyak laporan polis dibuat pelbagai pihak tapi siapa yang dikenakan tindakan, didakwa kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman setakat ini? Jwpnnya tiada kut.

    Jangan lupa misteri Ibdil Pengerusi BMB di malam himpunan juga menjadi persoalan haha..

    http://yuseriyusoff.blogspot.com/2014/01/tanyaibdil-di-mana-pengerusi-biro-media.html

    Mohon pautan sbg blog rakan di laman blog bro. :)

    BalasPadam
  4. Cuma dapat perhatian je... nak msk tv kan..nak glamour.. apepn xdapat..dapat susah nanti baru sibuk nak merayu sana sini.. sapa yg susah? Ahli keluarga.. org atasan mana? Tido bersama keluarga.. kamu? Tido di gerigi besi.. kalau di tengok muka2 di gambar yg diposkan..semuamye org melayu.. kita sebagai melayu adalah majoriti.. sebagai majoriti kita tunjukkn tauladan yg baik pada yg lain.. daripada habiskan minyak untuk konvoi ke kl.. sedekah pada masjid untuk beli gula, beras dan barang keperluan lain yg di naikkan kerajaan.. kan bagus begitu.. ni dah tahu barang naik nak membazir duit lagi buat ape..

    BalasPadam
  5. Orang cina, orang india tepuk tangan melihat gelagat orang melayu, orang islam.. Mcm budak2 belum cukup akal..

    BalasPadam
  6. Mazidul,

    Kalau kerajaan tak turunkan harga barang kerajaan akan diturunkan pada PRU14. Buat masa ini berjoli sakanlah sementara menanti PRU14.

    Kalau rakyat berdiam diri adakah harga barang akan turun dengan sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esa Adam,

      JANGAN KAMU INGAT KALAU PAKATAN MERINTAH HARGA AKAN TURUN. MUNGKIN BOLEH DITURUNKAN TAPI NEGARA AKAN BANKRAP!

      Padam
    2. Esa Adam,
      JANGAN INGAT KALAU PKR MEMERINTAH HARGA AKAN TURUN. MUNGKIN BLEH TURUNKAN HARGA TAPI NEGARA BANKRAP!

      Padam
  7. Saudara Mazidul,
    Kalo nak diikutkan mmg harga barang yg telah sedia naik, mmg x akan turun tetapi sekiranya turun itu adalah satu rahmat dariNYA. Walaupun ianya x turun n x semestinya rakyat ni kena mendiamkan diri aje, mungkin saudara mazidul x merasa kenaikan harga barang ataupun lain2...tetapi kite kite kena tengok pada rakyat2 yg bawah ni...sekurang2nya diaorg ada inisiatif n tak mendiamkan diri sahaja...mana lah tau kan impian menjd kenyataan, n harap kerajaan prihatin dgn pendapat n keluhan rakyat..

    BalasPadam
  8. Bantah gunakan otak, buka berguling-guling di atas jalanraya dan menyerbu pentas.

    Jika saudara jarang membaca blog ini, please take your time. Saya juga tidak meredai kenaikan harga barang bertali arus tetapi terbabit dalam perhimpunan haram bukan kaedah berkesan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. BENAR saudara Mazidul. Saya bersetuju!!! Bantahan dengan cara begitu bukanlah satu cara yang baik. Malahan bantahan dengan cara begitu hanya menyusahkan rakyat sendiri. Bantah dengan menggunakan akal fikiran. Saya tahu semua orang tidak mungkin akan bersetuju dengan kenaikan kos sara hidup yang bertali arus. Saya sendiri yang berada di peringkat pertengahan ini jelas terasa bahang kenaikan kos sara hidup. Tetapi sekurang-kurangnya saya membantah dengan cara yang tidak menyusahkan orang lain. Kami yang datang menyaksikan sambutan tahun baru terpaksa berhempas pulas dan berputih mata serta kempunan untuk melihat sambutan tahun baru itu akibat dari gangguan demonstrasi. Apa salah kami? Masih banyak cara lain yang lebih berkesan dan lebih sopan untuk membuat bantahan. Jangan jadi kutu jalanan. Untuk pengetahuan Saudara Mohd Hallmey Fadzilah, saya adalah salah seorang dari individu yang turut mengecam kerajaan kerana menaikkan harga barangan secara mendadak. Tetapi untuk menyertai perhimpunan, itu tidak mungkin saya lakukan kerana saya tahu itu hanya menyusahkan rakyat.

      Padam
  9. Then apa cadangan atau idea en mazidul kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan yg mereka sedang tertekan dlm kenaikan harga barang?selain dari berguling dijalan atau hanya berdoa dgn harapan harga barang turun dgn sendiri nya atau kerajaan faham dgn sendiri nya derita kami..idea bernas dialukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna saluran yg betul.. Wakil rakyat diberi mandat utk bawa suara rkyat dengan cara berhemah dan dapatkan penjelasan daripada kerajaan.. Minta toleransi.. Kerajaan tidak sesuka hati membuat keputusan yg membebankan rakyat sedangkn mereka tau rakyat ada kuasa mengundi dan menentukan nasib kerajaan di masa hadapan.. Kita negara demokrasi, bukan diktator.. Tentu sekali mereka tidak dilantik untuk bawa rakyat buat demonstrasi jalanan.. Pemimpin dilantik utk kekalkan perpaduan, bukan memecahkan perpaduan...

      Padam
  10. bantah guna otak...apa selama ni kerajaan dengarkah beban rakyat?
    mana janji kerajaan sebelum pilihanraya..dan kenapa selepas pilihanraya semua kenaikan diumumkan>?
    untuk apa berjanji kalau tak mampu di kotakan..

    guna saluran yang betul? wakil rakyat diberi mandat..
    berapa ramai wakil rakyat yang boleh pakai... mai sini kawasan kuala kedah,
    y.b kami nak jumpa kami yang sebagai orang kuat dia pon 2 tahun sekali..
    ini kan pula nak jumpa rakyat jelata... alasan sibuk di Putrajaya,,,
    kalau sibuk jangan jadi wakil rakyat..mintak terus jadi menteri..
    saya ni masih sayang kepada kerajaan Barisan Nasional..
    tapi saya bukan hidup mati utk BN!! saya tak buta hati untuk menilai mana baik dan mana buruk.

    BalasPadam
  11. Selepas PRU aritu..mesej pertama yang berbaur perkauman adalah dari YAB PM kita sendiri.. APA LAGI CINA MAHU? tapi u mesti takmau komen kan pasal statement tu...
    itu nama nya demokrasi..bila rakyat dah tak menyokong.. kita harus akur..bukan keluarkan statement api perkauman seperti tu.. YAB tak sedar,lepas statement tu ...rakyat berbangsa cina yang sebelum ni pilih dia pon akan jadi benci pada dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko yg tak sedar..ada bangsa lain g demo? Dah tahu harga naik..duk rumah, duk surau ke masjid dgr ceramah agama..hbskn duit g daratan buat ape kalau dah tahu diri tak mampu n daif..paham!! Jgn susahkn org!!

      Padam
    2. bang..bila tunjuk bukti ramai mana bangsa cina yg turun dlm perhimpunan tu nanti abg akan kata diorang tak ramai pon..tapi tetap ada! diorang bukan jenis berani face to face..diorng berani dalam online je..

      harga barang naik, duduk rumah ?pegi masjid? jgn habiskan duit pegi dataran? yang kerajaan kite buat konsert habiskan duit panggil artis,bunga api tu tak habis duit...rakyat pegi dataran tgk macam mana orang kaya habiskan duit..abg takder duit..abang duduk kat rumah yer

      saya bukan menyokong perhimpunan haram ni..tapi ape care lagi yg sopan utk mintak kerajaan dengar rintihan rakyat..Yab PM kite banyak kali ckp dia prihatin dengan nasib rakyat..tapi pernah ke dia kurangkan harga minyak bila harga minyak antarabangsa turun?
      dato seri najib kita mungkin tak pernah pegi stesyen minyak sendiri..keluar duit dari wallet..bayar minyak kete pakai duit dia sendiri.. kalau tgk gaya dari awal karier dia sampai sekarang..dia start keje pon dah pangkat besor.. anak bekas PM.. adakah dia biasa membesar mcm kehidupan rakyat2 biasa mcm kita
      ?

      Padam
    3. Aah..tido lagi bgs..daripada buat benda bodoh mcm ko buat ape..hbskn masa dgn anak2 kn lagi bgs..dripda buang duit..simpan duit anak blaja..tkt la kalau yg lain memerintah ptptn dh tak ada kan.. negara kucar kacir..korang mati katak...huhuhu

      Padam
  12. Apa yang mereka buat adalah luahan hati mengenai peningkatan sara hidup. Kalu saudara mazidul baca kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri ibarat mereka bukan mewakili rakyat tapi cuba menutup kelemahan pengurusan mereka. Kenaikan harga yang diumumkan jika dilihat memepengaruhi peningkatan harga barang lain..apabila tol naik, kos pengangkutan akan naik dan harga barang akan naik.saya berharap agar Allah akan buka kan hati mazidul agar dapat melihat kebenaran yang sebenar..amin

    BalasPadam
  13. Secara logiknya kalau kerajaan itu adil dan membela rakyat, takkan ada perhimpunan spt BERSIH dan TURUN. Perhimpunan2 aman ini adalah satu cara terbaik bagi membuktikan rakyat bersatu untuk menyuarakan hak mereka sebagai rakyat dan menegakkan keadilan, bukannya untuk menggulingkan kerajaan.

    BalasPadam
  14. saudara mazidul,

    Sedih melihat anak muda melayu berkelakuan begini, bukan cara kita orang melayu...bangsa cina dan india tak nampak pun, tapi masa ceramah blackout dulu, mereka yang ramai...fifkir-fikirkanlah anak Melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syaiful
      Kenapa anak cina tsk turun?

      Emak bapak mereka adalah peniaga. Mereka turut beruntung kerena dpt menaikkan harga brg yg mereka jual.
      Yg byk kena ialah org Melsyu kerana org Melsyu byk mkn gaji.

      Padam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.