Jumaat, Januari 10, 2014

STATUS MENDAPAT LEBIH 2,000 SHARES DI FACEBOOK


SILA SHARE USAH LIKE (INI KISAH IMAN)

Usianya saya anggarkan tidak lebih 9 tahun. Saya menamakan dia 'Iman'. Tatkala ditemui, dia mundar-mandir seorang diri di stesyen minyak. Tangannya menggenggam erat botol jel panas, produk keluaran SM Amin bersama resit Pusat Tahfiz Amal, PTA beroperasi di Kedah.

Siapakah tidak belas melihat Iman? Dia terpaksa berdiri lebih 8 jam sehari, menunggu sebilangan individu bersimpati lalu membeli produk dijualnya. Iman dihantar ke stesyen minyak oleh individu dipanggil 'ustaz'. Ustaz kemudian meninggalkan Iman di lokasi itu sendirian sehingga malam melebarkan sayapnya. Menjelang jam 12, Iman dijemput pulang menaiki kereta dan dibawa ke rumah transit PTA. Iman bukan satu-satunya mangsa diperhambakan, ratusan lagi remaja seusia dengannya  terpaksa menempuh pengalaman menyeksakan itu. 

Iman tidak mampu membantah. Dia hanya menuruti kehendak pengurusan PTA kerana PTA berjanji kepada ayah dan ibu hidup susah untuk memberikan Iman pendidikan agama percuma. Iman sepatutnya menghafaz Al-Quran di Kedah tetapi kelasnya kosong kerana rakan lain juga senasib dengannya. Dikerah oleh pihak pengurusan PTA menjual produk keluaran jutawan juga BEKAS KETUA AJARAN SESAT, SM Amin di seluruh Malaysia.

Klik capaian di bawah.

Klik di sini.

"Kalau jel ini tidak dibeli, bagaimana? Apakah terjadi?," soal saya.

"Nanti ustaz marah," jawabnya dengan wajah kepenatan.

Iman takut tetapi tiada siapa mampu menghulurkan bantuan kepadanya. Iman bersendirian biarpun dikelilingi oleh ratusan pelanggan berkunjung ke stesyen minyak terbabit.

Apakah daya Iman untuk membebaskan dirinya dari belenggu perhambaan nyata di mata manusia? Dia tidak berdaya menyanggah suruhan individu kebal dari tindakan undang-undang. Iman tidak pernah mengenali Akta Kanak-Kanak 2001. Dia juga tidak pernah didedahkan dengan Akta Pemerdagangan Orang 2007. Iman didoktrinkan agar mematuhi arahan, mengutip derma kononnya untuk membiayai kos operasi PTA, tanpa sebarang bantahan.

Dijangka, RM15,000 dikutip oleh ratusan pelajar seperti Iman setiap hari di seluruh negara. Pelajar diperkudakan oleh PTA. Dalam tempoh sebulan, PTA dianggarkan meraih RM450,000. Poket seluar siapakah semakin kembung? Wang di akaun bank siapakah semakin bertambah? Iman sendiri tidak mampu menjawab soalan itu.

Klik di sini.

SHARE kisah Iman, biar menjadi VIRAL. 

Itu kaedah dipilih oleh pihak berkuasa sebelum melaksanakan tindakan sewajarnya. 

One click MIGHT change it all, In Sha Allah.

3 ulasan:

  1. Salam Mazidul..sedeh sgt2 tgk gmbr yg saudara paparkan. Terbayang anak2 kita..yg masih kecil...usia spt Iman sepatutnya masih berada di sekolah, ptg balik sekolah bermain dan malam belajar spt anak2 kita. Akak pernah jumpa bdk kecil menjual risalah atas nama sekolah agama ini di depan maybank Jitra dan akak berikan duit, bkn utk risalah yg dijual tapi akak beri pd kanak2 tu dan akak kata pdnya, ni makcik kasi duit utk kamu pegi makan..pegi beli makanan...kesian tgk bdk tu. Mana pihak2 berkuasa untuk pantau hal2 spt ini
    Bagus usaha saudara utk hapuskan pengadian secara halus spt ini. Kesianle...kerana mereka2 yg tamak ni, bdk2 yg suci murni , remaja yg tiada pilihan kerana kehidupan mereka yg susah menjadi mangsa.... Pihak2 berwajib, tolong lakukan sesuatu....sedeh, kesian....akak sokong 100% usaha murni saudara Mazidul ini.

    BalasPadam
  2. Saya dah tertipu tadi... baru malam tadi saya dihampiri seorang budak yg minta derma dari Pusat Tahfiz Amal ni semasa sedang makan di KFC Tesco Cheng, Melaka. Beliau budak berumur 17 tahun, katanya on the way nak balik ke Kedah, dari KL... geram b& kesian bila baca budak2 tak bersalah & naive ni dipergunakan oleh mereka yg tak bertanggunjawab tu!

    BalasPadam
  3. By the way, kenapa masih tiada tindakan dari kerajaan utk mengharamkan, menutup business haram ni & menangkap pengasas kerja haram tu sendiri sehingga kini??

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.