Selasa, Januari 07, 2014

MARINA OH! MARINA


Datuk Paduka Marina Mahathir, seorang daripada ahli Majlis Konsultansi Perpaduan Negara dan dia memaparkan pegangannya berhubung penggunaan kalimah Allah. 

Marina Oh! Marina.

21 ulasan:

  1. Memang konfem Tun M dan DS Najib malu dengan Marina.

    BalasPadam
  2. Memang betul ALLAH is God and Allah is for all..cuma yang bezanya orang bukan Islam nie bukan percaya ALLAH pun..dia percaya tuhan dia tapi nak menggunakan kalimah ALLAH..Kita percaya ALLAH itu satu, tapi meraka tidak...Semoga kita semua tidak terpesong dari akidah..Ameennn

    BalasPadam
  3. Pada pendapat saya, kenyataan Marina itu betul... tiada salahnya... Allah ialah tuhan yang satu...Allah ialah tuhan sekelian alam... Cuma manusia yang tidak mahu mengakui Allah itu tuhan yang satu... Lalu mereka menyembah selain dari Allah... berbalik kepada isu pengunaan kalimah Allah, ianya lebih menjurus kepada memutar belitkan dan berniat memesongkan akidah umat Islam. Ini yang perlu dipandang serius.

    Tetapi jika difikirkan balik, jika mereka diberi kebenaran untuk mengunakan kalimah Allah para ulama perlu tampil kedepan untuk mematahkan hujah mereka. Secara tidak langsung kebenaran dapat didedahkan...

    BalasPadam
  4. God = Tuhan.. apalah Marina ni takkan tak pandai terjemah perkataan God dalam bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. ALLAH = Tuhan kepada seluruh alam termasuk bagi mereka yang agama selain dari ISLAM. Walaubagaimanapun, penggunaan kalimah ALLAH kepada orang kristian adalah dengan tujuan untuk mengelirukan umat Islam.

    BalasPadam
  5. Lepas ni mintak kawin campur tak payah convert sebab nama Tuhan dah sama.

    BalasPadam
  6. pertanyaan saya..apakah kristian akan jadi apa2 kalau tak dapat guna kalinah ALLAH?saya takde apa2 pun,selama ni pun diaorg dok pakai GOD ok je,tak pakai kalimah ALLAH pun diaorg camtu juga,jadi kenapa beriya2 sgt nak pakai?sampai langgar keputusan mahkamah dan titah sultan?mesti ada sebab...so fikir2kanlah sebab2 itu..

    BalasPadam
  7. Terlalu liberal sehingga otaknya turut sakit. Punah ranah jika memegang sesuatu kefahaman berdasarkan logik akal semata-mata tanpa rujukan kitab, al-quran dan al-hadis. Macamanalah perasaan dan jiwa Tun Mahathir dan Siti Hasmah melihat tingkah laku anak perempuannya begini? DS Najib juga nampaknya kurang teliti dalam memilih ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara kerana kebanyakan daripada mereka adalah berfahaman liberal dan propembangkang keterlaluan. Contohnya ialah Marina Mahathir, rakan Mazidul sendiri Wardina dan Saifudin Abdulah. Bagaimana isu perpaduan dapat dirundingkan mengikut acuan kerajaan jika ahli majlis sendiri majoriti adalah propembangkang?

    BalasPadam
  8. Dengan Iman yg kuat dan kukuh saya sebagai muslim saya tidak mudah terpesong dengan Kalimah Allah yg digunakan oleh org bukan Islam, Sebelum kedatangan Islam pun, Agama terdahulu sudah lama menggunakan Kalimah Allah....Adalah lebih penting kita mendalami ilmu agama islam kita sendiri termasuk sejarah kedatangan islam, bukan hanya islam pada nama dan mengktitik tanpa pengetahuan yg mendalam. Saya yakin islam di Malaysia tidak akan mudah keliru dengan iman yg kukuh, pengetahuan yg luas dalam islam..

    BalasPadam
  9. kalau dah cakap "Allah is god is ALLAH" & Allah for all...marilah beriman kepada ALLAH....Allahuakbar!

    BalasPadam
  10. Berjuanglah pada jalan yg BENAR...bkn utk mengelirukan sesiapa, terutama kepada umat ISLAM d Malaysia. Kalimah ALLAH adalah milik mutlak umat ISLAM. Walau pun ALLAH adalah milik semua, tetapi kepercayaan pada ALLAH adalah berbeza antara ISLAM dan KRISTIAN....pengertian adalah berbeza.

    BalasPadam
  11. bermakna Marina Mahathir menyokong Allah itu ada tiga jenis la iaitu tuhan Bapa, tuhan anak dan tuhan Holy Spirit????
    Sama je pandangan Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah selama ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy seorang mualaf. Dahulu kristian tapi alhamdulillah kini sy sudah REVERT ke islam. Kasihan saudara sebelum kutuk agama orang, elok fahami dulu apa itu trinity. Jangan lah takut, tak kan belajar benda tu terus terpesong kan? Kecuali lah iman tak da. Orang kristian juga percaya Allah itu yg mcipta nabi isa melalui roh kudus iaitu yg mbuatkan mariam boleh mgandung tanpa berkahwin. Trinity itu cuma lambang, Allah dalam agama mereka juga bmaksud yg satu, yg mencipta semua...bukan seperti yg u tulis tuhan roh kudus bla bla. Dan ingat, agama kristian juga banyak mahzabnya. Seperti islam sunni, islam syiah. Maka u merujuk kepada mana satu? Ingatlah orang2 yg suka mgutuk sehingga mpolitikn agama sendiri, ingat satu perkara sahaja..ORANG KAFIR ITU TIDAK SELAMANYA KEKAL KAFIR! TETAPI ORANG YG LAHIR ISLAM ITU BOLEH SAHAJA MATI DALAM KEKAFIRAN, maka jgn fikir sempit sangat, jangan sampai kita halang islam masuk ke hati, jiwa orang kafir.

      Padam
  12. Tidak ada kejadian sia-sia, tidak ada yang kebetulan, semua terjadi atas izin-Nya, dan pasti ada HIKMAHNYA.

    Allah, Dia-lah Tuhan yang tunggal bagi segala makhluk. Oleh itu, tiada yang berhak disembah dalam kehidupan ini melainkan Dia. Segala apa yang ada di langit dan bumi adalah hamba dan milik-Nya. Semuanya tunduk di bawah kehendak dan kuasa-Nya, seperti firman Allah bermaksud: "Tidak seorang pun di langit dan bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba. Sesungguhnya Allah menentukan jumlah mereka dan menghitung mereka dengan hitungan yang teliti. Dan setiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri" (Maryam: 93-95).

    BalasPadam
  13. minah bengong ni jgk adlh board director sister is islam (sis) yg liberal tu..mmg la Allah tu Tuhan sekalian alam..tp org kristian bkn beriman dgn Allah pon..satu lg..bro mazidul..blh tlg cek psl isu ni x..http://anginperubahan.blogspot.com/2014/01/sebuah-bank-di-malaysia-persoalkan.html..klo btul tlg wt post psl mnde ni..n sebrkn sebnyk mngkin..

    BalasPadam
  14. Eloklah kita panggil MARINA LIBERAL bukannya MARINA MAHATHIR.
    Tak layak dia dipanggil dengan nama bapaknya sekali sebab buat busuk nama Tun shj..
    Dalam setandan pisang bukan semuanya cantik tp kalo buruk dan busuk mmg tepat MARINA la orangnya.

    BalasPadam
  15. Tak payahlah marina nak ajar orang lain,tuhan itu cuma satu dan namanya Allah.Tapi adakah orang kafir mempercayai Allah sebagaimana yang dipercayai oleh orang Islam?Adakah kafir mengesakan Allah sebagaimana Islam mengesakan Allah?

    Marina jangan bawa fahaman sesat pluraisme agama ke Tanah Melayu.Adakah selepas ini kalau puak2 hindu atau buddha mahu menamakan tuhan mereka sebagai Allah marina akan turut menyokong?

    BalasPadam
  16. Kita nilai dari komen komen. Belum apa apa lagi ramai yg dah keliru. Begitu tipis iman dan pengetahuan berhubung Islam masyarakat muda Islam Malaysia kini. God dan Allah adalah berbeza bagai langit dgn bumi. Pergi cari guru agama tanya mereka. Jangan pi tanya Ustaz Azhar Idrus dan mana mana Ustaz kapitalis dah le..

    BalasPadam
  17. Ikut nasehat Professor Nasuha ajar mengucap dua kalimah shahadah kalau ikhlas di hati.....

    BalasPadam
  18. dr zakir naik dah jawab isu ni http://www.youtube.com/watch?v=L9j6V6Ih_Fs

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.