Rabu, Januari 29, 2014

JUADAH 'ISTIMEWA' UNTUK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAS (AHMAD JAUHARI YAHYA)

Alhamdulillah, saya telah selesai membuat liputan 'Tragedi 18 Januari' di Pulau Bruit, Daro, Sarawak. Petang semalam saya pulang bersama kru, terbang dari Sibu ke Kuching dan kemudian ke KLIA. 

Sewaktu berada di Sibu selama 6 hari, saya makan mi kolok, burger dan nasi campur. Ada sedap, ada kurang sedap.

Mari bersama kita teliti gambar makanan di bawah.


Juadah dihidangkan, ikan sambal, 'fish sambal with rice'


"Ini ikan sambal?," soal saya.

"Ya"

Itu jawaban saya terima.

Lalu saya perhatikan sekali lagi secara lebih teliti dari pelbagai sudut. Beberapa kali saya membelek makanan itu menggunakan garfu plastik. Saya hanya melihat sejemput nasi berderai, sayur layu dan beberapa ketul daging ikan (fillet). Bertujuan mengelakkan pembaziran dan perut berkeroncong, saya menyuapkan sedikit ikan ke mulut.

Ternyata rasanya tawar dan sah tiada terasa sambal. Sepatutnya juadah itu dinamakan 'fish with invisible sambal' atau 'sambal ikan halimunan'

Hemat saya, andai juadah sama dihidangkan kepada kucing kebuluran, belum tentu haiwan peliharaan manusia itu berselera makan sehingga habis.


Apakah sebenarnya terjadi? Seingat saya, sebelum ini, makanan dihidangkan tidak seteruk itu. Mengapakah menu tidak berkualiti dihidangkan? 

BUKAN di Sibu tetapi di dalam pesawat MAS, penerbangan MH 2597, 28 Januari 2014.



"Bagaimanakah rasanya?," soal pramugari bertugas.

Saya hanya mengukirkan senyuman tawar kerana tidak mampu menipu diri sendiri. Saya difahamkan oleh kru kabin, makanan itu disediakan oleh pembekal dari Kuching.



Barangkali pihak pengurusan MAS tidak mengetahui betapa rendahnya kualiti makanan dihidangkan kepada penumpang pesawat. 

Bak melepaskan batok di tangga. 

Oleh itu, saya menyarankan agar pihak pembekal makanan menghantar beberapa bungkus nasi seperti di atas ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya. Berikan beliau peluang untuk menjamah sendiri menu 'istimewa' itu. Mungkin Jauhari juga tidak tergamak menghabiskan hidangan sama.


Saya kerap menggunakan pesawat MAS untuk terbang di dalam dan ke luar negara, melaksanakan pelbagai tugasan. Majoriti pramugara dan pramugari bersifat peramah, lemah lembut dan bersopan. 

Apapun, saya percaya kebanyakkan penumpang hanya menyuapkan makanan itu ke mulut sekadar untuk melapik perut dalam penerbangan hampir 2 jam,  tidak lebih daripada itu.

Sebagai pelanggan tetap, mohon MAS mempertingkatkan kualiti makanan di dalam pesawat dengan kadar segera. 

25 ulasan:

  1. Macam makanan RMT Budak sekolah je.... lahanat btol MAS ni !!!

    BalasPadam
  2. hari tu tgk kat astro, lupa channel berapa.. seorang chef mengkaji kenapa rasa makanan dalam kapal terbang tak sama sewaktu memasak kat darat... chef yang masak kat bawah tu pon terkejut sebab rasa masakan dia tu berbeza setelah smpai kat atas kapal.. ini bermakna, bukan salah chef, tapi keadaan yang membuatkan makanan tu jadi tak sedap..

    Masa tu masakan kapal terbang yang diorang kaji, British Airline kot..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mujur chef itu tidak mendakwa jika fillet ikan dimasak sambal, sebaik berada pada tahap 30,000 kaki dari paras laut, sambal hilang, ghaib dari pandangan:)

      Padam
    2. Saya rasa tak juga. Saya selalu makan nasi di dalam penerbangan AirAsia. Rasanya ok, panas dan segar. Mungkin pesawat MAS terbang tinggi sangat kot ;)

      Padam
    3. Bro Mazidul, kenyataan Mohd Azmi Mat cuma perumpamaan sahaja, Mohon jangan terasa.

      Kalau mengikut kes sebegini, makanan tidak sepatutnya dihidangkan sebegitu rupa. Biarpun rasa mungkin berubah jika pesawat mendarat melebihi 30,000 kaki, tak mungkin teruk seperti begini.

      Padam
    4. Xsilap masterchef celebrity musim lepas,pihak mas skychef ada menyatakan mereka mengetahui mengenai rasa makanan adalah berbeza ketika berada 30,000 kaki dari paras laut.setiap kandungan/resepi adalah mengikut rasa dalam keadaan demikian.

      Padam
    5. Xkisah la kan...rasa menjadi tawar & warna menjadi pudar sebaik berada pada tahap 30,000 kaki mahupun lebih tp kualiti makanan hendaklah dapat memuaskan hati pelanggan...kenapa AA bole menjamin kualiti rasa tp MAS tidak

      Padam
  3. Kalaulah ini AirAsia:

    Beri nasi sahaja

    +tambah RM3 untuk surcaj sambal
    +tambah RM5 untuk surcaj ikan
    +tambah lagi RM2 untuk sayur lobak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekurang-kurangnya, penumpang ada PILIHAN, berbanding makanan dibazirkan.

      Padam
    2. Nampaknya kena bawa bekal naik penerbangan MAS kalau makanannya sebegini...

      Padam
  4. Kritikan untuk pembaikan...kalau tak tegur nanti kata takder saper komplen...so takder pembaikan...macam kata bro mazidul...bagi kat CEO dia rasa...baru dia tauuuu....

    BalasPadam
  5. Kalau dah lapar saya bedal je. Kalau nak kira kualiti makanan MAS dulu dan sekarang memang amat berbeza. Layanan sama tapi kualiti makanan semakin menurun. Menu yang dulu bukanlah yang sekarang, Dulu banyak dan sedap, sekarang semua kurang....

    BalasPadam
  6. MAS kan dah nak bungkus, tunggu keretapi laju singapore-kuala lumpur siap aja.

    BalasPadam
  7. Saya ada makan makanan sama seperti ini semasa pulang dari KK ke KLIA. Rasa entah apa apa. Sayur yg dimasak rasa ubat. Pelik benar. Pada hemat saya, makanan rangsum ATM tu lagi sedap dari makanan yang dihidangkan oleh MAS.

    BalasPadam
  8. Tetapi makanan dalam penerbangan MAS memang dah dropped its quality tremendously. It used to be very good. And tiap kali naik MAS memang looking forward nak jamah makanannya. Tapi sekarang x selera langsung. Biasanya flight originated from KLIA not too bad tapi kalau dari origin lain memang macam hampas dah. Is it too difficult to provide tasty and quality food? Makcik gerai lg sedap and its cheap. Please do something!

    BalasPadam
  9. kalau dulu memang SANGAT BERKUALITI makanan dalam kabin MAS..sbb saya pn pelanggan tetap MAS...mungkin pihak pengurusan MAS ingin mengurangkan kos atas 'kerugian' yg selalu melanda MAS...sebb itulah mereka menukar menu dan kuntiti makanan yg dihidangkan pd pelanggan mereka tanpa melihat kualiti yang ada...namun berbanding dgn AIRASIA...MAS adalah pilihan yg lebih baik bahkan sgt baik jika dbandingkan dgn syrkt penerbangan lain...tapi sangat BURUK JIKA d bandingkan dgn syrkt penerbangan BRUNEI DS...(dari segi hidangan je.) yg lain2..saya rasa MAS masih SGT BERKUALITI....

    BalasPadam
  10. dulu makanan mas catering yg prepare, sekarang ni mas beli dari brahim skychef..charge mahal pulak tu!!

    BalasPadam
  11. MAS Catering 100 kali ganda lagi bagus daripada Brahim Skychef..kualiti mcm celaka

    BalasPadam
  12. ada satu hari tu saya naik mas , bvanyak kali naik mas dah sebenarnya, saya naik mas dari kuching lepastu drop drop off pelangan ke sibu pulak , lepas tu saya nampak stewerdess dia ambil semula selimut dan bantal yang dipakai pelanggan tu dan lipat masuk ke rak balik, dan bila pelanggan dari sibu nak ke kl masuk minta selimut dan bantal diaorang bagi semual selimut yang digunakan tu pada pelanggan lain, mmg macam itu ke? geli lah saya nak pakai selimut tu bila fikir dah ada orang yang pakai terlebih dahulu dari saya, sumpah memang depan mata saya dia lipat selimut tu dan beri semula kepada orang yang baru masuk sebab di simpan selimut tu atas rak di seat saya duduk...

    BalasPadam
  13. Bro mazidul....BRAHIM AIRLINE CATERING....kepunyaan IbrahimHj Badawi......x de kaitan ke ngan isu makanan ni?.......ce cek......

    BalasPadam
  14. Ok lagi bang mazidul. kalau kena macam akak ni? plaster dalam nasi dia... tak muntah???

    http://www.wanista.com/wanita-terkejut-jumpa-plaster-dalam-nasi-lemak-yang-dihidangkan-oleh-syarikat-penerbangan-tempatan/

    BalasPadam
  15. Bro Mazidul, bila pramugari tanya ok ke makanan tu, cakap saja tak ok. tak sedap, dan tiada kualiti. Makanan bawah kolongpun tak seteruk makanan dalam flight ni. Cakap telus dan minta pramugari tu sampaikan terus kepada ketuanya. Tak payah la nak jaga hati pramugari tu. Diorang hanya pekerja, bukan tukang sediakan tender pembekal makanan. Bukan untuk diri kita saja, tetapi bagi pihak semua pelanggan MAS dan maruah negara. Kalau makanan lagi teruk daripada makanan kucing, baik bagi biskut cicah kopi panas. Nampak kedekut tapi hati taklah panas.

    BalasPadam
  16. Assalamualaikum, En Mazidul, saya agak kerap menggunakan perkhidmatan MAS.Kali terakhir saya naik pesawat MAS adalah pada tarikh 4 jan 14, sektor KCH/KLIA dan 11 Jan 14 , sektor KLIA/KCH . Untuk makluman En Mazidul kualiti makanan dalam pesawat MAS memang semakin kurang kuantitinya walau rasanya masih sedap. Bahkan sudu, pisau dan garfu plastik digunakan berbanding sudu stainless steel sebelum ini. Begitu juga bekas makanannya, kalau sekarang dia gunakan bekas seperti aluminium foil berbanding bekas comel warna putih berbentuk segiempat yang kami selalu minta kepada pramugari untuk disimpan dalam beg.

    Sebagai contoh, semasa saya naik pesawat MAS sebelum ini (tahun 2013)bagi sektor yang sama(sebelum tarikh berkenaan), menu utama 1. nasi atau mi bersama lauk dihidang bersama 2.air mineral (saiz standard untuk pesawat) 3.jus oren(saiz standard untuk pesakit 4.sehiris kek lapis (saiz standard sekeping kek dijual di kedai). Sebelum itu bagi penerbangan sektor yang sama ada tambahan hirisan buah seperti honey dew dan beberapa biji anggur serta coklat seperti kit kat, munchys atau hersheys. Tetapi tidaklah sebanyak dahulu (maksudnya 5-6 tahun lepas).Bagaimanapun pada penerbangan 4 Jan itu hidangannya utamanya seperti yang ditunjukkan oleh En Mazidul pada gambar di atas , kemudian air mineral dan sehiris kek, tetapi kali ini saiznya separuh dari saiz sebelum ini.maknanya 3 porsi yang semakin kecil.Memang rasa sedikit, sebab sebentar saja sudah habis makanan itu.

    Sebagai tambahan bukan sektor dari Kuching bahkan pesawat dari KLIA ke KCH juga begitu. Saya rasa sedih juga dan saya fikir rakan-rakan lain juga begitu, tetapi itulah hakikatnya, hidangan dalam pesawat MAS tidaklah sebaik dan bermutu seperti dahulu. Sebagai tambahan saya mula naik pesawat MAS sejak berusia 7 tahun iaitu dari tahun 1982 (saya berasal dari Sibu, Sarawak), maklumlah pengangkutan udara lebih cepat sampai dan terjamin keselamatannya berbanding jika melalui jalan darat dan sungai. Seterusnya saya dan keluarga pertama kali ke Semenanjung Malaysia menaiki pesawat MAS adalah pada tahun 1991(sewaktu itu lapangan terbang antarabangsa terletak di Subang).Jadi pada pemerhatian saya terlalu ketara penurunan servis menu nya. Benar, memang terlalu ketara ya Encik Mazidul. Terima kasih.

    BalasPadam
  17. saya flt ngan MAS KK to KL makanan sebijik mcm en.mazidul punyer nieh..rasa hampeh giler..ngan tawar sayur plak rasa ntah pape..better mkn nsik kak wok kota bharu lgi best..shame on u MAS..name jer national flight hurm..so bad..tp steward and sterwardess ok la peramah..rasa AA inflight foods serving dye jauh better dr MAS..walaupon berbayar..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.