Sila baca kenyataan di bawah.
Andai diabaikan semual 'gelaran', nama sebenarnya, AZHAR WAHAB. Dia bekas ketua ajaran difaktwakan sesat pada Oktober 2004 kerana ajarannya didapati bercanggah dengan aqidah, syariat serta akhlak Islam.
Selain menjadi pengasas Al-Mansur Holdings Sdn. Bhd juga, Azhar, pembekal produk dipasarkan oleh pelajar Pusat Tahfiz Amal, PTA di Kedah.
Kini, dia hidup terlalu mewah.
Tafsirkan gambar di bawah.
Azhar juga taksub merakamkan klip video muzik bersama 'artis' wanita. Konsert dianjurkan setiap kali album terbaharunya dilancarkan.
Tonton video berikut dan nilaikan samada dia penyanyi berkualiti atau sekadar syok sendiri.
Di bawah antara produk keluaran syarikat Azhar, dipasarkan oleh kanak-kanak, remaja dan warga emas di restoran, stesyen minyak, kawasan Rehat dan Rawat Lebuh Raya serta di sekitar bank.
PTA tidak pernah melahirkan penghafaz Al-Quran sejak mula beroperasi lebih 10 tahun lalu.
[ Klik di sini ]
Perhatikan kelas di PTA dirakamkan oleh sumber saya, kosong dan berhabuk.
[ Klik di sini ]
Majoriti pelajar, bukan anak yatim, diperkudakan untuk menjual produk dibekalkan oleh syarikat Azhar. Antara mereka, gadis berusia 13 tahun, berasal dari Selangor, saya temui di Kota Bharu, Kelantan pada Ogos 2012. Dia terpaksa berdiri selama 8 jam sehari untuk menjual produk Azhar.
Bukan sahaja remaja diperhambakan, kanak-kanak tidak terkecuali.
[ Klik di sini ]
Puluhan pelajar PTA saya temui sejak lebih 4 tahun lalu berkata, mereka harus membuat jualan minima RM150 sehari sebelum pulang ke rumah transit. Baca rakaman perbualan di antara rakan saya dan gadis dieksploitasi. Gambarnya dirakamkan di stesyen minyak di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, pada November 2013.
Klik di sini.
1 Disember 2013, Kerajaan Negeri Kedah di bawah dipimpin oleh Datuk Mukhriz Mahathir mengeluarkan kenyataan untuk melaksanakan tindakan tegas terhadap pengurusan PTA.
Laporan polis kemudian dibuat oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah di Ibu Pejabat Polis Kota Setar juga tidak menampakkan sebarang hasil.
[ Klik di sini ]
Terkini, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah, telah mengarahkan PTA ditutup bermula 10 Februari lalu.
Alhamdulillah sekali lagi.
Alhamdulillah sekali lagi.
Andai arahan itu antara hasil usaha Mukhriz, secara peribadi, saya mengucapkan terima kasih kepada beliau.
Apapun, arahan itu tidak semestinya akan dipatuhi oleh PTA.
Jika masih terserempak dengan pelajar PTA, jangan sesekali membeli produk keluaran syarikat bekas ketua ajaran sesat itu. Andai bersimpati melihat kanak-kanak dan remaja kelesuan akibat terpaksa berdiri dan berjalan selama 8 jam sehari, huliurkan mereka wang sekadar cukup untuk membeli makanan serta minuman.
Jika pembaca mempunyai sebarang komen ingin dikongsikan, sila catatkan di sini.
Muka muda.. tp suara tua.... guna susuk kot..
BalasPadamsm amin manusia yg mempergunakan remaja dan nama madrasah utk kepentingan sendiri.. muke mmg mcm perogol bersiri, dpt sepak muke die ni mesti bestkan... masa kt sekolah dulupernh jumpa budak yg jual barang die ni.. sian budak tu naif je bila tnya nape die jual semua bnde ni takut die nk jwb, takut kene pukul katanya..
BalasPadamJom Terjah : Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik
Nak muntah plak tengok video ni...dah macam nak buat filem lucah rupa pelakon jantan tu..
BalasPadamalhamdulillah dah tutup...Allah saja yg mampu balas jasa mereka yang terlibat sehingga tertutupnya pusat amal ini.
BalasPadamalhamdullilah..dari sekarang kita perlu hentikan gelaran yang orang ini sendiri gelarkan
BalasPadamseperti itu YM lah,raja lah dan sebagainya.
Gelar orang ikut nama mykad.....
sendiri mahu tahu..
Hairan bin ajaib mak bapak bebudak tu pi mana? tak tau ka PTA perguna anak-anak mereka buat jualan, dah 10 tahun. Atau mak bapak bebudak tu semua jenis warak... semua berserah kepada takdir tak lihat perkembangan anak-anak mereka. Kalau anak-anak yatim pun mesti ada sedara-mara yang masih ada.
BalasPadamTidak cukup sekadar ditutup.. Patut diheret kemuka pengadilan kerana memperhambakan kanak2..
BalasPadamsetuju!
Padamsetuju!
Padammacam haramjadah video lagu tu.. ptuihhhhhh!!! hamid gurkha nyanyi lagi sedap dah..
BalasPadama'kum.
BalasPadamtak boleh kah jabatn kebajikan masyarakat bertindak di sini? contohnya, ambil budak2 tu dan pelihara nasib mereka? mungkin en mazidul boleh suarakan ke jkm pula. ini melibatkan hak kanak2 juga.tq
Jika bbdk ni anak yatim boleh lah Jab Kebajikan ambil dan pelihara... tp kebanyakan dr mereka bukan anak yatim. Bbdk ni dihantar oleh ibu bapa mereka sndri dengan rela.
Padama'kum.
BalasPadamtak boleh kah jabatn kebajikan masyarakat bertindak di sini? contohnya, ambil budak2 tu dan pelihara nasib mereka? mungkin en mazidul boleh suarakan ke jkm pula. ini melibatkan hak kanak2 juga.tq
kurang ajar betoi le dia ni..... kalo macam ni gaya 'ustat' Pusat Tahfiz... dia memang tak layak....boleh pulak perkudakan budak-budak ni.. minta kalau boleh dipenjarakan dia ni lama sikit.... ni kira perhambaan zaman moden ni.... kurang ajarrrr... setuju dengan pendapat komen kawan-kawan semua... kalau boleh budak-budak dibawah Pusat Amal Tahfiz ni dijaga oleh pihak JKM ataupun Pusat tahfiz yang benar-benar berdaftar dan diakui oleh Jabatan Agama
BalasPadamteman pernah dihampiri seorang gadis penjual produk manusia tak guna ni , yang sangat muda, sebaya anak menakan teman yang ke berapa belas ntah, di Shell sri permaisuri menghala ke metramac jam 11 malam! drp beli produk dia, teman memilih hulur rm10 duit belanja kat budak tu tapi dia takut2.. mungkin ada yang memerhati.
BalasPadamTutup sebab tidak berdaftar. Kat Malaysia ni kalau tak masuk tv atau surat khabar, jangan harap aa pihak berkuasa nak ambil tindakan. Sibuk berpolitik dan mengkayakan diri sendiri je.
BalasPadamBoleh tak bagi kesedaran pada mak bapak agar tak sewenang-wenang nak hantar anak sekolah tahfiz...kaji dulu betul2 sekolah yang bagus. Banyak sekolah tahfiz yang ok...pilih la yang betul kang tak pasal2 anak jadi kuli jual barang. Kesian kat anak. Jangan taksub sebarangan.
BalasPadamvideo klip apa rupa macam nih??? eeee!!!!
BalasPadamSaya pernah ke tahfiz berkenaan utk memberi sumbangan peribadi. Tiada pelajar di waktu sekolah dan tiada aktiviti di pejabat jua. Sekolah yg tidak teratur dengan lalang penuh disekliling sekolah. Saya pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat membantu. Allah membantu saya ketika itu.
BalasPadamberta di kosmo..nak buat rayuan pula...
BalasPadamhttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm
20/02/2014 12:30pm
ALOR SETAR - Pengetua Pusat Tahfiz Amal, Jalan Kuala Kedah-Yan di sini akan membuat rayuan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) untuk membolehkan pusat tahfiz itu beroperasi semula.
Pengetuanya, Muslim Ab Karim berkata, surat rayuan akan dikemukakan kepada JHEAIK dalam masa terdekat.
Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan jabatan agama tersebut tentang nasib 105 pelajar di situ jika pusat tahfiz berkenaan terus ditutup. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0220&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_07.htm#ixzz2tqBi9zWV
Hakcipta terpelihara
rasa marah pula sebab kita dah tahu apa muslihatnya..lepas tu nak fikir nasib pelajar pula kononnya...
Bagus la dah tutup.. tetapi bagaimana pula dengan ketua PTA itu sendiri.. jika ada bukti kukuh tangkap dan penjarakan.. sebab memperdagangkan kanak2.. sekadar pendapat..
BalasPadamYa Allah ya Tuhanku, Tuan Mazidul tak tersangka betul, dibalik nama Pusat Tahfiz , rupanya hanya sebagai topeng yang tidak disedari oleh sebilangan manusia yang selama ini ditipu hidup-hidup. Bangsat ini sangat layak di penjara kerana menipu, masyarakat ditipu hidup-hidup, kanak-kanak yang terlibat diperhamba memerah keringat untuk kekayaan si bangsat ini, sedangkan dia siok-siok berjoget,dikelab malam.,tidakkah dia rasa berdosa.dengan perbuatannya itu.. Tahniah tuan Mazidul diatas usaha membongkar penipuan terhadap sesama manusia.
BalasPadamRangkaian ini terdapat juga di Tingkat 1, Plaza Wawasan Kota Kinabalu Sabah bersebelah bangunan hotel Tang Denasty dan MAA, mereka menjual produk dan ada juga perkhidmatan bekam, mengurut kaki. owh baru saya tahu Al-Mansur rupanya asal nama syarikat itu, sudah hampir 10 tahun mereka ditempat ini.
Klu tak silap.. ini arahan tutup kali KE-4.
BalasPadamKali ke-3 pada 28/6/2013.
Selagi ketuanya tak dipenjarakan arahan hanya tinggal arahan ketuanya terus kaya raya
Padamhttp://www.tv9.com.my/beritatv9/jenayah_1362644420/Dakwa_Wujud_Eksploitasi_JAIK_Buat_Lawatan_Mengejut_Ke_Pusat_Tahfiz_Amal.html#.UwXGD2KSyQA
BalasPadamDia ada buka pusat rawatan bekam di AEON big (carrefour) wangsa maju...caj punya mahal, satu cup RM20. Saya buat 35 cup sebab sakit badan, dan disaran buat 'overhaul' campur dengan ubat2 semua saya kena RM900. Mulanya saya reda sebab pekerja tu kata itu jualan amal dan duit akan didermakan pada rumah2 kebajikan. Tapi bila tahu mereka menipu dan menggunakan wang 'amal' untuk kemewahan diri sendiri saya amat kecewa dan saya sama sekali tidak halalkan wang saya digunakan untuk kepentingan diri sendiri...
BalasPadamManusia yang bertopengkan ini islam hanya akan menjatuhkan maruah agama.pihak berwajib patut heret "taiko" ini kemuka pengadilan.
BalasPadamTolong la lakukan sesuatu.. kasihanilah anak-anak yang masih kecil dan terdedah pada jenayah lain..
BalasPadamPihak berkuasa tolong la lakukan sesuatu..
Saya pernah terserempak dgn pelajar yg diperlakukam sebegini...saya hulurkn sedikit wang menyuruhbeliau minum tetapi tidak mahu..dia ambil wang tu n simpan dlm beg...
BalasPadamKesian gak saya tgk nasib anak2 ini...mohon tindakan tegas diambil kepada pengurusan sekolah terbabit...
best bro mazidl.. skop luas ... apa yg budak tu buat sama dgn ape yg kita buat.. budak2 tu susah2 tp azhar yg senang ... begitu juga....sebaliknya..
BalasPadamTuan Mazidul... cara terbaru kutip derma saya kenal pasti..
BalasPadammereka sediakan khidmat urut kaki dan bekam.
selepas urut atau bekam mereka akan jual madu sambil derma untuk anak yatim.
bulan lepas saya jumpa di dataran batu pahat. Sekarang di dataran segamat.
madu 1 botol RM100.
Hari nie...ketika saya tengah makan di Uptown Bandar Perda Penang..dihampiri anak sekolah PTA...saya tanya...ehhh bukan dah tutup ka...dia kata tak la masih beroperasi...kat tangan ada produk botol n putih muka si penipu tu...bila tanya tak sekolah ka..dia jawab..pagi2 kami pi kelas mengaji ptg baru keluar jual...budak tu cakap SM Azhar tlg kami dia tak ak ambil sekupang pun semua utk sekolah..kesian tengok budak tum..cakap langsung tak tengok mata org...kosong ja pandangan...merah mata berair mcm baru lepas nangis...tak guna tutup tak ya si SM Amin tu or "tenaga pengajar" heran...lagi depa buat...mau tangkap sumbat dlm penjara...hantar budak2 tu balik umah mak bapa depa...
BalasPadamBagus juga dah tutup.
BalasPadamTapi baru sahaja tadi (hari ini) saya didekati oleh budak2 tahfiz amal ni jual produk SM Amin ketika sedang makan malam (jam 9.30pm pula tu). Teringat pasal isu ini dan teringat pasal sepatutnya pusat ni dah tutup, tapi masih lagi berkeliaran budak2 tahfiz ni minta sedekah.
Saya rasa kena ambil tindakan pada orang paling atas tu. Kasihan budak2 diperhambakan.
Sedih..pihak berwajib bagai lepas tangan dan sambil lewa je
BalasPadamTuan mazidul, sbnarnya, pengutip/penjual amal tu yg menipu org ramai( tak kirala budak sekolah ka, anak dara ka atau warga emas), bukan azhar atau smamin. Mereka yg guna gambar smamin.
BalasPadamsemalam saya jumpa seorang budak perempuan di shell damansara damai. nampak gaya seperti budak pusat tahfiz amal. yang amat mengejutkan saya, budak perempuan tersebut seolah-olah sedang mengandung dan kelihatan amat penat sekali..
BalasPadamBaru2 ni, 2 kali berjumpa kanak-kanak menjual produk ini di hadapan Bank Islam Pusat Bandar Bagan Serai, Perak. Bila nak selesai masalah budak2 ni?
BalasPadammereka masih beroperasi. dlm bulan ini dua kali sy didatangi remaja yg mengaku drp Pusat Tahfiz Amal. Lokasi Plaza Larkin Johor Bahru. Siapa boleh dihubungi untuk tindakan lanjut?
BalasPadamMereka masih beroperasi. Yang saya jumpa baru2 ini di Plaza Larkin, Johor Bahru. Siapa boleh dihubungi untuk tindakan lanjut?
BalasPadam