Sabtu, Februari 01, 2014

MAS BERJANJI BAKAL MEMPERTINGKATKAN MUTU MAKANAN DI DALAM PESAWAT


28 Januari lalu, saya menulis entri bertajuk 'Juadah 'istimewa' untuk Ketua Pegawai Eksekutif MAS ( Ahmad Jauhari Yahya)'.

Klik di sini.

Saya kemudian menerima emel kakitangan perkhidmatan pelanggan MAS, Salim Musa Mohamed Tenang.

Sila baca.


Terima kasih kerana sudi mendengar rungutan pelanggan.

Tanpa disangka, bukan saya sahaja mengutarakan komplen berhubung kualiti makanan dihidangkan oleh kru kabin MAS.


Chef Selebriti Malaysia, Chef Wan juga tidak berpuas hati dengan hidangan nasi lemak, dikatakan 'telanjang'. 

Klik di sini.

Usahlah kerana kami terbang menggunakan kelas ekonomi, makanan dihidangkan juga di tahap ekonomi. Jika benar usaha dilaksanakan oleh MAS untuk mempertingkatkan kualiti makanan, sila buktikan.

 Bercakap sahaja tidak berguna.

Jika Chef Wan sibuk, MAS boleh mengundang saya untuk merasa makanan sebelum disajikan kepada pelanggan. Tidak perlu berstatus 'chef', In Sha Allah saya boleh memberikan maklum balas samada sajian itu hampeh atau tidak.

10 ulasan:

  1. MAS ni kater antara kapal terbang yang menawarkan overall servis terbaik dunia tapi hakikatnye ke laut jugak.. entah2 title yg dpt tu beli. -______-

    Jom Terjah: Custom Made Sticker Kereta | Car Stickers Malaysia

    BalasPadam
  2. Pihak MAS juga harus menetapkan tempoh waktu untuk memberi maklumbalas selanjutnya atau hasil siasatan n sbginya kepada pelanggan bukan sekadar melaporkan kpd Jab berkenaan shj.. Baru boleh diukur tahap kecekapan dan kualiti bhg "perkhidmatan pelanggan" MAS

    BalasPadam
  3. Sebenarnya MAS hanya menjaga penumpang untuk kategori First Class dan Business Class sahaja, Sebab itu award yang dimenangi oleh MAS iaitu "Best Cabin Award" adalah untuk kategori penumpang First Class and Business Class dan bukannya Economy Class. Oleh itu kita yang duduk di Economy Class ini seumpama Low Class Passenger sahaja. Saya jarang mendapat layanan atau senyuman ikhlas dari pramugara atau pramugari sewaktu berada di seat economy class samada short atau long distance travel.

    BalasPadam
  4. Selalunya untuk menu nasi lemak, pihak MAS menghidangkan sekali dengan ikan bilis kacang dan sambal. Pasal timun saya tidak seberapa ingat. Tak tahulah tetiba hari itu MAS hidangkan nasi lemak hanya nasi lemak dan sambal. Pihak MAS mesti ambil pelduli soal ini kerana bakal menjejaskan syarikat itu nanti.

    BalasPadam
  5. sayur kangkung pun sekali sekala ada juga

    BalasPadam
  6. Baru saya tahu. Nasi lemak yang ada telur dan sambal sahaja, tiada timun dan kacang dipanggil nasi lemak telanjang. Makcik, nasi lemak telanjang satu bungkus. :)

    BalasPadam
  7. MAS ni dah lama buat keja tak berfaedah... charges mahal... berkoyan-koyan di charge nya... service pun lebih teruk dari india yg kerja kedai mamak... makanan... Allah saja yg tahu... not only in economy, business as well... bayangkan dalam menu western, sayur dah lunyai warna kuning... broccoli, asparagus, french bean... macam dah berkurun masak... mutu makanan jgn cakap...

    apa guna kita ada chef2 terkemuka? kenapa perlu diberi kepada "pengampu" untuk kontrak makanan dan sajian onboard MAS? tak guna kita ada duta makanan etc... bagi mereka yang sediakan makanan... bukannya tak boleh... Malaysia kan boleh... toksah nak employ chef2 antarabangsa yang mungkin tak rasi dgn tekak kita... it is our national carrier... national identity... national food and national pride...

    malu aku nak naik MAS walaupun terpaksa...

    BalasPadam
  8. Saya seorang guru yang berkhidmat di sarawak. Perkhidmatan penerbangan MAS memang kerap digunakan. Charge yang dikenakan sangat tinggi. Lebih-lebih lagi kalau menggunakan waran kerajaan. Namun sajian makanan yang dihidangkan sangat menyedihkan berbanding charge yang dikenakan. Untuk laluan KL-Sibu makanan berat diberikan. Namun untuk laluan KL-Alor Setar dan Kuching -Sibu hanya sebungkus kecil kacang dan segelas air limau atau air epal sahaja dihidangkan..kalau nak banding dahulu sekurang-kurangnya dihidangkan dengan sandwich.

    BalasPadam
  9. Dan again dah tukar pengurusan banyak kali since tan sri tajuddin dan dgn tambang yg begitu mahal MAS masih lagi mengalami kerugian dan hutang yg beratus juta..tak tau la mana lagi silapnya MAS ni so sad.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.