Sabtu, Februari 08, 2014

3 DARIPADA 12 ANAK HASIL HUBUNGAN SEKS BERSAMA 5 LELAKI NIGERIA

Saya berpengalaman membuat liputan pelbagai kes penipuan di internet  membabitkan warga Nigeria digelar 'internet parcel scam'. Diringkaskan, mangsa warga tempatan diperdaya untuk membayar sejumlah wang kononnya untuk menebus bungkusan, parcel dihantar dari luar negara, didakwa mengandungi jutaan mata wang asing atau barang berharga.

Setelah menjelaskan bayaran secara berperingkat kepada suspek menyamar, mangsa akhirnya menyedari ditipu dan kemudian membuat laporan polis.


Semalam, akhbar The Star mendedahkan kisah kejayaan pasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, JSJK Bukit Aman, memberkas 15 suspek sindiket penipuan di Lembah Klang. Mereka terdiri daripada lelaki dan wanita berbangsa Melayu, Cina, India, Sikh dan Nigeria. 


Timbalan Pengarah (Opeasi dan Risikan) JSJK, Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, polis antaranya merampas 14 buku akaun bank,  21 kad ATM dan 10 telefon bimbit. Kesemua warga Nigeria itu tinggal di Malaysia menggunakan visa pelajar. Suspek direman sejak Khamis minggu lalu untuk tujuan siasatan. Dipercayai sindiket itu telah beroperasi sejak 3 tahun lalu dan meraih keuntungan kira-kira RM7 juta.

Tambah beliau, polis memulakan siasatan sebaik mendapat maklumat, wanita warga Singapura, 60 tahun, menetap di Johor Bahru, Johor, kerugian lebih RM566,000 akibat diperdaya untuk menebus bungkusan kononnya mengandungi 750,000 Pound Sterling. Mangsa berkenalan dengan suspek melalui laman sosial, Facebook.

Klik di sini.

Suspek Melayu ditahan, berusia 42 tahun dan berstatus janda, beranak 12. Menariknya, dalam kes ini, lima lelaki Nigeria diberkas, ayah kepada sebilangan daripada anak dilahirkan oleh wanita berasal dari Kelantan itu. 

Saya menghubungi wartawan program 999, Hazlin Hussin untuk memperoleh makumat lebih terperinci.



"Wanita Melayu itu berambut perang, tubuh berisi dan mengaku masih mengingati surah Al-Fatihah tetapi kini cenderung mengamalkan ajaran agama Kristian. Dia menangis sewaktu berbual dengan Lin tetapi memang dia sukakan lelaki Nigeria. Katanya, dia cuma belum meminum holly water sahaja lagi," katanya.



[ Sumber : The Star ]


Hazlin bakal muncul dengan laporan khas mengenai kes penipuan internet itu.



[ Pendedahan Eksklusif, klik di sini ]

"Pada awalnya, dia berkahwin dengan lelaki Melayu, dapat anak tiga orang. Bercerai kerana bekas suaminya, penagih dadah. Selepas itu, dia berkahwin lagi dengan lelaki lain, sebagai isteri ketiga, dapat lagi anak. Mungkin didorong oleh perasaan kecewa, dia menjadi pelacur dan tinggal di Lembah Klang, seperti di Puchong dan Ampang. Kebanyakkan pelangganya, negro. Dipercayai tiga daripada anak dilahirkan, hasil hubungan seks bersama lima lelaki Nigeria ditahan," ujar pegawai polis saya hubungi semalam.

Dia kini terpaksa menerima balasan hukuman dunia.

13 ulasan:

  1. hehheheh...KELANTAN...bknkah sinonim ngn serambi MEKKA...kenapa wanita2 mereka (sebahagian je) selalu terlibat dgn aktiviti kurang bermoral....atau kemungkinan sebahagian wanita kelantan ini, bila keluar dari negeri kelantan, akan melupakan agama d kelantan...budaya kelantan yg terkenal ngn pondok agama, gemalai dan ayu wanita mereka. dan saya pernah merasa sangat KERDIL bila berkunjung ke KELANTAN, kerana saat ini, bila saya memandang kebelakan, hadapan, kiri dan kanan saya, semua org (wanita) BERTUDUNG...dan saat itu cuma saya yg x bertudung...huhuhu...saat itu memang sgt kerdil dan malu...pada diri sendiri...saat itu jg saya sangat HORMAT mereka yg dtg dari KELANTAN....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan tunjuk "kebodohan" saudari dengan tulisan yang bertujuan menyindir ( contoh : hehheheh...KELANTAN...) apa semua ni. Ingat iman & ketakwaan dapat diwarisi oleh keturunan & asal usul negeri ke?.....Doakan sahaja semoga dia menjadi insan lebih baik, kan itu lebih elok.

      Padam
    2. Jangan tunjuk "kebodohan" saudari dengan tulisan yang bertujuan menyindir ( contoh : hehheheh...KELANTAN...) apa semua ni. Ingat iman & ketakwaan dapat diwarisi oleh keturunan & asal usul negeri ke?.....Doakan sahaja semoga dia menjadi insan lebih baik, kan itu lebih elok.

      Padam
  2. Anak bunuh bapa banyak di Kelantan
    Anak lucah dgn ibu juga di Kelantan..
    Bapak rogol anak. banyk di Kelantan.
    Pil kuda banyak di kelantan
    anak bakar rumah mak juga di kelantan
    anak belasah ibu krn hset hilang jaguh dr kelantan
    dadah banyak di Kelantan..
    melanggan pelacor 300 meter dr rumah MB Kelantan..

    bkn main lagak MB nya dulu kata negeri tu paling Islam dlm Malaysia..
    riak dan sombong ni Allah murka sbb itu sifat Iblis.. akhinya ini lah Kelantan..
    hukum Islam xbuat2 pun... maksiat yg berganda.. politik penipu. nafsu je lebih..

    Wallahualam

    BalasPadam
  3. Iman tak dapat diwarisi...Inikan pula rakyat. Jangan kita menuding jari hanya kepada satu belah pihak.


    Wallahua'alam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah lolal, mazidul cerita mengenai nigeria, tapi bila isunya wanita itu dr kelantan mmg hangat lah. tambah2 org yang sedikit 'kurang menyukai negeri kelantan'. hahahaha. jika lah dari siasatan itu mengatakan, wanita itu di lahirkan di negeri A dan selepas berumur 17 tahun berhijrah ke kelantan. agak2 cerita mengenai kelantan sama tak?

      jangan lah menganalisi iman atau taqwa seseorang berdasarkan negeri seseorang. :)

      Padam
  4. Errr..ni psl nigeria scam ker atau citer kutuk org kelantan..kompius suda...

    BalasPadam
  5. Biasa la perangai manusia Kelantan ni (pinjam istilah pok nik dorang) ramai mengidap penyakit supremacist + denial. Klu apa yg dorang punya semua elok mcm dorang maksum. Klu kita kritik dorang akan deny dan melenting serta attack kita balik beramai ramai mcm kerengga kencing kt sarang.

    Klu dorang pergi tempat org mereka akan claim itu hak mereka. Klu kt negeri dorang kita tak boleh kongsi pasal itu hak mereka yg exclusive. Tgk undang2 Tanah Kelantan cukup lah. Org luar tiada hak itu memiliki Tanah di negeri 'serambi mekah' tersebut. Sebaliknay berapa ramai manusia Kelantan yg memiliki Tanah di negeri lain sambil mengumpul dan menimbunkan harta di luar negeri mereka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe..memang benar.Saya tak ada isu dengan org kelantan bahkan banyak bersaudara dengan mereka juga.Sepanjang pergaulan dengan mereka,perkara ini sangat benar.Saya pasti mereka akan menafikannya dengan ayat cover up seperti 'bukan semua' tapi majoritinya atau boleh dipanggil sifat tipikal org kelantan memang begitu.Jangan marah ha

      Padam
  6. tak payah la nak kutuk ikut negeri. iman tu tak dapat diwarisi. dok la negeri mana pun, tapi kalau dah nak buat jahat tu, tak kira negeri dah. kita sama-sama doakan semoga akak ni pulang ke pangkal jalan. Allah masih sayang dia sbb tu Allah bagi dia kantoi sbb nak bagi kesedaran. yg kita ni dok tambah dosa dok kutuk dia, kutuk org lain sekali buat apa? dapat dosa kering jer.

    PS: bukan org kelantan

    BalasPadam
  7. Iman Mutiara
    Album : Puji-Pujian
    Munsyid : Raihan
    http://liriknasyid.com


    Iman adalah mutiara
    Di dalam hati manusia
    Yang meyakini Allah
    Maha Esa, Maha Kuasa

    Tanpamu iman bagaimanalah
    Merasa diri hamba padaNya
    Tanpamu iman bagaimanalah
    Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

    Iman tak dapat diwarisi
    Dari seorang ayah yang bertaqwa
    Ia tak dapat dijual-beli
    Ia tiada di tepian pantai

    Walau apapun caranya jua
    Engkau mendaki gunung yang tinggi
    Engkau berentas lautan api
    Namun tak dapat jua dimiliki
    Jika tidak kembali pada Allah

    Jika tidak kembali pada Allah

    (kadang-kadang saya tak dapat bayangkan jika kita hidup zaman Nabi Ibrahim a.s. atau zaman Nabi Luth a.s. atau zaman Nabi Nuh a.s.. entah apa kata-kata yang akan keluar dari mulut kita mencela para rasul apabila ada ahli keluarga mereka ada yang tidak beriman kepada Allah SWT. istighfar banyak-banyak. jangan menghukum iman seseorang berdasarkan negeri mereka. muhasabah diri sendiri dan jadikan hari ini lebih baik dari semalam.)

    BalasPadam
  8. Topik utamanya lelaki negeria, yang jadi hangat kelantan haha..lucu juga tapi ada kebenaran apa yang diperkatakan,,

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.