Rabu, Februari 05, 2014

SUSPEK TERGOLEK DI ATAS JALANRAYA (KEMAS KINI : KENYATAN POLIS)

Kira-kira jam 9.45 pagi tadi, 3 suspek pecah rumah diberkas oleh polis di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Dua daripada suspek tidak tercedera dibawa ke Balai Polis Damansara Utama untuk siasatan manakala seorang lagi terbaring di atas jalanraya.


Berikut maklumat dikongsikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus.

Unit MPV polis mengesan kenderaan Perodua Kancil dengan nombor pendaftaran, BHJ 4185 di Sri Damansara. Polis telah membunyikan siren tetapi kenderaan terbabit memecut laju ke arah Lebh Raya Damansara-Puchong, LDP lalu melanggar palang di Plaza Tol Sungai Penchala sebelum dipandu ke susur Bukit Lanjan dan bergerak ke terowong di Flora Damansara.

Kenderaan sama kemudian masuk semula ke LDP dan ke susur One Utama, menghala ke Kampung Sungai Kayu Ara. Diekori polis, kereta terbabit bergerak laju ke Persiaran Bandar Utama, berhampiran TV3.

Tatkala kejar mengejar, berlaku perlanggaran di antara kereta suspek dan sebuah daripada MPV, mengakibatkan seorang suspek tercampak keluar dari kenderaan dinaiki. Dua lagi rakan suspek cuba memboloskan diri tetapi berjaya diberkas oleh polis.


Suspek, 3 lelaki Melayu, dipercayai penjenayah berdasarkan rampasan dadah dan beberapa peralatan pecah rumah termasuk pisau.


Suspek terbaring, mengalami kecederaan di kepala.


Lelaki tercedera itu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. Ambulan dihubungi oleh polis tiba di lokasi kejadian lebih sejam kemudian, 11.19 pagi.


Ketika ambulan cuba mengangkat suspek ke atas pengusung, dia mula meronta-ronta. Berikutan itu tangannya terpaksa digari bagi memastikan keselamatan kakitangan ambulan.


Suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan. Terima kasih kepada blogger, ondscene kerana memaklumkan saya berhubung kejadian ini.

3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.