Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Ada ijazah pun dah tak berguna.
Kerana zaman dah berubah.
Ramai yang mencari doktor di FB.
Ramai yang jadi Dr Google dan Dr FB.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Hanya diperlukan bila nak MC.
Nasihat tak pernah didengar.
Ubatan tak dimakan ikut peraturan.
Malah ada yang langsung tak makan ubat.
Takut nanti rosakkan buah pinggang.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Sekarang wujud ubat2 ajaib dan ubat2 super.
Satu ubat untuk semua jenis penyakit.
Telan satu jenis pil.
Semua penyakit boleh disembuhkan.
Ada ubat super yang boleh merawat sistem badan.
Membetulkan mana2 yang rosak.
Membetulkan hingga sampai ke saraf tunjang.
Sel2 badan boleh ditukar dan diganti baru.
Semua penyakit boleh hilang dari badan.
Darah tinggi boleh normal.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dan bosan jadi doktor bertauliah.
Belajar ilmu perubatan 5 tahun dah tak berguna.
Sebab ilmu yang aku belajar,
sangat berbeza dengan ilmu perubatan sekarang.
Ilmu fisiologi dah tak betul.
Ilmu biokimia dah tak betul.
Ilmu farmakologi dah tak betul.
Ilmu patologi pun dah boleh buang ke longkang.
Ada garam bukit penawar semua penyakit.
Ada daun2 kering penawar semua penyakit.
Ada jus buah2an penawar semua penyakit.
Ada kopi penawar semua penyakit.
Ada juga mesin boleh buang toksin.
Ada juga air rendaman kaki untuk buang racun.
Yang sakit jadi sihat.
Yang tua menjadi muda.
Dah tak payah pergi klinik.
Dah tak payah pergi hospital.
Dah tak payah jumpa doktor.
Minum aje ubat2 ajaib.
Telan aje pil2 kesihatan.
Duduk aje atas kerusi elektrik.
Rendam aje kaki dalam air.
Semua penyakit boleh hilang.
Itulah kehebatan ubat2 sekarang.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Pesakit2 sekarang lebih pandai daripada doktor.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan kawan2.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan ubat2 ajaib.
Pesakit2 sekarang lebih percayakan rawatan alternatif.
Pesakit2 sekarang lebih takut dengan ubat2 moden.
Ubat2 moden merosakkan buah pinggang.
Ubat2 moden tak boleh merawat kanser.
Ubat2 moden tidak menyembuhkan.
Ubat2 moden sekadar mengawal.
Imunisasi itu ciptaan Israel.
Imunisasi penyebab Autism.
Lebih baik makan ubat2 ajaib.
Kencing manis boleh sembuh.
Gout boleh sembuh.
Asthma boleh sembuh.
Kanser pun boleh sembuh.
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Aku dah bosan memberi nasihat.
Aku dah bosan memberi penerangan.
Aku dah bosan menyuruh pesakit datang follow up.
Stok ubat sebulan boleh tahan sampai berbulan2.
Ubatan diberi sekadar jadi pameran.
Ramai pesakit2 aku yang degil2.
Paras gula naik sebab buatan orang.
Kena stroke sebab gangguan jin.
Berat badan susut sebab ada orang dengki.
Kena kanser pun sebab buatan orang?
Aku dah bosan jadi doktor bertauliah.
Kerana zaman dah semakin berubah.
Doktor dah semakin tak relevan.
Penyakit boleh digoogle di internet.
Kawan2 penasihat dah ramai di FB.
Ubat2 boleh dibeli difarmasi.
Ubat2 juga boleh dibeli online.
MC pun sekarang boleh dibeli online.
Aku tak faham.
Terutama dengan ubat2 MLM.
Terutama dengan agen2 MLM.
Kenapa mudah sangat percaya,
satu ubat yang boleh menyembuh segalanya.
Dengan modal testimoni beberapa orang,
habis dijajanya ubat2 mereka satu dunia.
Yang tua dipujuk untuk membelinya.
Yang muda diajak menjadi downlinenya.
Malah doktor juga cuba dikelentongnya.
Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
Yang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran.
Dulu pernah ada sebuku sabun berharga 150 ringgit .
Yang boleh menjadikan awet muda.
Dulu pernah ada tuala wanita.
Yang diperbuat daripada herba2.
Boleh menyerap racun dan mencegah kanser.
Juga boleh letak didahi jika demam.
Juga boleh diletak dilutut jika terkehel.
Dan ini yang terbaru.
Hablur garam dan gula.
Ada pesakit ajak aku join mereka.
Berminggu2 aku study dan google.
Ubat yang boleh bertindak hingga ke saraf tunjang?
Biar betul?
Kalaulah betul ubat ini wujud,
doktor dah tak payah kerja susah2.
Tutup sahaja semua klinik dan hospital.
Semua orang akan jadi sihat.
Tiada lagi penyakit didunia ini.
Sebenarnya aku kasihan dengan mereka.
Sama ada yang menjual atau membelinya.
Mereka mudah sangat percaya.
Kepada benda2 karut.
Kesihatan diri diperjudikan.
Wang ringgit sanggup dihabiskan.
Tidakkah mereka tahu,
ubat2 moden perlu 15-20 tahun untuk dipasarkan?
Perlu ada clinical trial.
Perlu ada kajian saintifik.
Bukan setakat testimoni beberapa pak sanggup.
Bukan setakat cakap2 sesedap mulut.
Bukan setakat menggunakan istilah saintifik tanpa logik.
Klik di sini.
masa kecil cita2 mereka menjadi doktor tp mereka malas baca buku
BalasPadamBetul3x...ni semua PENIPU. Sama la dgn alat penjimat minyak. Bila pasang minyak jimat,keta tambah power.
BalasPadamIni semua poyo...nak pau duit org.
Benda alah tu kalau disambung pada kereta, naik risiko malfunction malah ia menyebabkan waranti kita null and void sebab tampering....heh
PadamTerima kasih Abang Mazidul.
BalasPadamAmat2 dihargai.
Sama sama Dr.
Padamassalamualaikum.. saya melihat setiap hari kematian pesakit di hospital akibat penyakit kronik..brapa ramai pesakit yg berjaya diselamatkan melalui ubat yg mengandungi drug yg terkawal..hanya 1% ? anda diluar sana..tahu ke? ada masuk akhbar? jika terjadi pada family anda..apa ikhtiar anda? bergantung pd nasihat doktor semata2? tepuk dada tanya selera..jika terkena pd diri sendiri atau family..br la anda sendiri terhegeh-hegeh akn cr ubat ajaib tu..ikhtiar tu lebih penting dr hnya bergantung pd satu benda sahaja..
BalasPadam"assalamualaikum.. saya melihat setiap hari kematian pesakit di hospital akibat penyakit kronik."
PadamKata kunci: Penyakit Kronik
Chronic Disease: Chronic diseases are diseases of long duration and generally slow progression
Orang yang sakit kronik memang susah nak pulih sebab dah lama menderita. Lambat laun akan 'padam' jugak. Ubat-ubatan dapat meringankan penderitaan (dia kawal jangkitan / kesakitan dsb)...tapi ubat MLM yang tidak berdaftar ni kebanyakannya placebo ataupun membuatkan penyakit lebih teruk.
Yang tak sukanya, bila penyakit bertambah teruk, sifulan yang jual ubat MLM ni kata "Ialah, sakit sihat ni ketentuan Allah...ubat ni ikhtiar..." (setelah mencadangkan pesakit diabetis tahap 3 minum Monavie yang kandungan glukos tinggi melangit)
mmg btl penjelasan u pasal penyakit kronik?sekiranya terjadi pada family u, adakah u akan bagi penjelasan sebegini ? orang yang sakit kronik memang susah nak pulih sebab dah lama menderita. lambat laun akan 'padam' jugak. Apa yang sy nak ketengahkan, apa yang dikatakan oleh doktor tersebut bkn satu pendekatan yang baik. Bknnya saya menyokong produk ataupun ubat MLM. Tetapi perbezaan antara ubat dengan supplement amat ketara adalah ubat hanya mengawal tetapi supplement adalah menyembuh tetapi u kena mencari fakta sebelum membeli ubat atau supplement..? what u doctor doesn't know about nutritional medicine may be killing u... or comparative guide to the nutritional supplement. Mencegah adalah lebih baik dari merawat..Ada akal fikir, yang anda boleh percaya lampu ajaib, selimut ajaib, tilam ajaib la tu kenapa? kembali pada asas.. penyakit disebabkan sel yang lemah dan rosak di sebabkan free radical.. so cari la penawar yang berkaitan pemakanan sel. Be careful dalam pemilihan supplement !! ada yang membantu.. ada yang membinasakan !!!
Padam"Dulu pernah ada lampu ajaib berharga 5 ribu.
BalasPadamYang boleh membersihkan udara.
Membunuh segala jenis kuman dan kekotoran."
Oh, Lampe Berger. Zaman universiti dulu ramai kawan-kawan saya jadi miskin pada usia muda disebabkan benda alah ni. Umur 19 tahun baru, dah buat loan 10k. Ada duit JPA, dibuat 'rolling' kepada Upline. Pengajian kena repeat, kena tendang dari kampus, dan ada hutang pulak.
saya tahu pasal lampe Berger.. terang-terangan produk tersebut hanya sebagai syarat sahaja.. MLM adalah berkonsepkan modal rendah, berpeluang berpendapatan tinggi. Jika bermodalkan tinggi, nampak sangat money game.. baik buka kedai runcit sendiri. MLM sebegini la yang merosakkan pandangan orang ramai terhadap MLM yang lain..
PadamAhhh... yes.... like a walk down memory lane. Saya dikatakan bodoh oleh kewan saya yang seorang tu bila saya refused utk join mereka. Saya juga dikatakan buta brand bila saya kata saya tak pernah dgr brand Lamp Berger yg tersgt lah popular di Europe katanya. Tak berapa igt apa nama MLM tu tp rasanya Frens Club kot... menjual brg2 Lamp Berger tu lah. Yang seorang tu terlalu yakin akan kejayaan nya utk menjual produk Lamp Berger tu hingga berhenti kerja Kerajaan dan kini kerja sebagai sales girl di sebuah boutique setelah gagal dan tertipu. Dan yang seorang lagi tu masih bekerja sebagai technician tapi terbeban dgn loan bank RM40k yang dibuat utk join MLM tu dulu.
Padamkawan ak pn doctor. dan dia pn x makan ubat dari hospital..camne?
BalasPadamSemua nak kerja senang, dapat duit banyak.
BalasPadamSalam Mazidul, saya terbaca iklan di facebook satu product yang menipu orang ramai, dan dijual dgn harga yang begitu mahal.
BalasPadamKisahnya product ini kami pernah terjumpa di China 2 tahun dahulu, harganya hanya 5 biji RM10. Demo yang dibuat memang meyakinkan(seperti dalam video klip fb link).
Kami membeli dan apabila balik ke hotel, kami meleraikan alat itu, alangkah terkejut nya di dalam nya hanyalah lampu LED berbagai warna sahaja, dan tiada langsung alat penghalau tikus seperti yang di dakwa. -latar belakang kami adalah electronic engineering, so kami tahu product ini hanyalah tipu semata-mata.
apa sebenarnya yang terjadi adalah mereka menggunakan remote untuk mengaktifkan elektrik dlam sangkar, boleh dilihat setiap sangkar dibawahnya mesti tebal sedikit (tempat simpanan bateri dan remote reciever)
ramai lagi orang menjual product yang sama. harganya adalah terlalu tinggi untuk -RM45 hanya untuk satu set LED. jangan kita tertipu dengan kebodohan kita! Harap pihak tuan dapat sebarkan!
ps nampaknya link tidak dibenarkan, sila hubungi saya kembali untuk link
sajak di atas adalah karya asal prof dr malin jufri,pakar neurosains terulung negara,ada di website dia.harap maklum.
BalasPadamDr zoul paparkan di blog beliau pada 30 januari 2013. Dr malin paparkan di fb beliau pada 31 januari 2013..siapa tiru siapa? Fikirlah..
BalasPadamSalam En Mazidul,
BalasPadamSatu lagi ialah penjualan sticker tenaga skalar yg diwar-warkan boleh menjimatkan penggunaan minyak kereta (dengan meletakkan sticker di tempat isi minyak) dan elektrik (dengan meletakkan sticker di main power switch). Di tempat saya ada seorang insan menjual dan ramai pembeli. Saya rasa penggunaan sticker ni macam tak logik tapi bila saya buat research dalam internet, sangat jarang dapat rencana yang membuktikan sebaliknya. Saya nak tegur saya rasa tak sedap hati sebab tak cukup bukti dan takut dituduh dengaki. Harap En Mazidul boleh kupaskan. Terima kasih.
Salam encik Dough saya harap encik sendiri perlu belajar sains dengan lebih mendalam. saya harap encik dapat buktikan dengan jelas bagaimana penjimatan itu boleh terjadi. saya harap sangat. saya mohon encik boleh buktikan pada umum yang sticker ni tipu. sekian.
Padamsaya akan usahakan untuk elak whatever supplement MLM ni.. semua nak mempergunakan downline untuk kepentingan sendiri.. benda ni jugak bole buat sedara mara gaudh sesama sendiri.. percayalah!
BalasPadamLinda October, Belajar lah dari kesilapan, for me MLM adalah satu alternative utk menaja pendapatan n keluar dari comfort zone. tetapi harus diingat, perlu hati2 dalam memilihnya. Cuma di Malaysia ini mentality orgnya dah negatif terhadap MLM disebabkan byk penipuan. My style sebelum join MLM, saya melihat kpd produk dahulu, jika orang yang dtg menceritakan pd saya psl MLM, u kena bermula dgn perkongsian produk dahulu. Jika dtg menunjuk2 duit dan kemewahan, i suruh di balik cerita dengan anak dia. Pastikan modal rendah, peluang pulangan tinggi. Low risk high return. itu lah konsep MLM. simple :)
BalasPadamSiapa yang mencipta ubat2 doktor ? Siapa yang menaja ubat2 doktor ? Mestilah syarikat2 berkepentingan dalam perniagaan... mereka bisnes beb...dan ubat2 tu semua dicipta untuk menahan...mengawal...bukan mengubat... duit..beb.. duit... ini semua membuatkan korang lupa... tentang madu... manna... luban... kurma... Kalo aku kata MADU tu boleh mengubat semua penyakit apa kata doktor2 yang belajar 5 tahun ni... ko bantah maknanya ko MURTAD... sebab dalam Al Quran...dah bagitau..
BalasPadamبِسۡÙ…ِ ٱللَّÙ‡ِ ٱلرَّØۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØِيمِ
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-gunung dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir .
Madu itu ubat untuk pelbagai penyakit beb...Allah yang perintah makhliuk lebah tu buat untuk umat manusia kenapa ko tak nak dengar ??? Siapa yang lebih tahu...doktor atau saintis yang duduk dalam makmal dan cuba ubatnya kat tikus atau Allah yang menciptakan kita...Allah lebih tahu apa yang diperlukan oleh badan kita...sebab Allah yang menciptakan kita..Allah juga yang menciptakan penyakit dan Allah juga yang menciptakan penawarnya...!!! Sebagai contoh...ko tanya kat mana2 doktor seluruh dunia...adakah kencing manis boleh diubati..??? Kompom mereka akan cakap mana boleh...sekali kena kencing manis ...akan terus sampai mati... ni dah bersalahan dengan ayat Quran dan Hadis2 Shahih...
Cuba renungkan hadis2 dibawah...tak percaya gi kawan ngan Kassim Ahmad..
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: “Bahawasanya Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram”.
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Nabi s.a.w bersabda:
“Berubatlah , sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? ( penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)”
Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra. Beliau pernah mendengar Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Al- Habbatus Sauda’ boleh menyembuh segala penyalit kecuali Al-Sam”. Aku bertanya “Apakah Al-Sam itu?. Baginda menjawab, ” Al-Sam itu ialah maut”. (Riwayat Bukhari)
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Qur’an, Baginda bersabda:Maksudnya: “Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Diriwayatkan oleh Abu Sa’id Al-Kudri : Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata, “ Saudaraku sedang mengalami sakit perut” kemudian Rasulullah, S.A.W berkata kepada laki-laki tersebut, “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali kepada Rasulullah, S.A.W dan beliau berkata kembali “Suruh dia minum madu”, Laki-laki tersebut kembali untuk ketiga kalinya dan Rasulullah tetap berkata “Suruh dia minum madu” , kemudian laki-laki itu kembali dan berkata “ Sudah saya lakukan ya Rasulallah”, kemudian Rasulullah S.A.W. bersabda “Allah telah menyampaikan yang benar, tetapi perut saudaramu berbohong, suruh dia minum madu”. Kemudian laki-laki itu meminta saudaranya untuk kembali minum madu dan dia sembuh.
Pada aku kita berikhtiar ...tak yah nak taksub2 ngan ubat moden ni...hahahaha...En Mazidul setuju...???
Saya ingin bertanya doktor penulis puisi ini, adakah anda, sebelum menulis telah membuat rujukan di National Institutes of Health -NIH - Amerika Syarikat atau Kanada mengenai hasil penyelidikan saintik dan klinikal keatas potensi buah-buahan atau herba yang anda kutuk itu?
BalasPadamNational Institute of Health - NIH iaitu website yang menyediakkan beribu-ribu artikel penyelidikan daripada pelbagai pakar dan institut penyelidikan berkaitan perubatan dari seluruh dunia (NIH inilah juga yang menjadi pusat rujukan pengamal perubatan atau pelajar perubatan seluruh dunia untuk mendapat journal perubatan terkini).
Di NIH ini terdapat berpuluh-puluh journal penyelidikan yang membuktikan melalui penyelidikan klinikal atau saintifik yang memberi fakta bahawa kandungan yang terdapat didalam ekstrak buah-buahan / herba ini mampu mencegah, mengekang atau merawat beberapa jenis penyakit kronik dan juga kanser.
Saya tidak hendak mencabar doktor penulis puisi ini tetapi jika beliau sebenar-benar ambil tahu dan membaca journal-journal tersebut, dia tidak akan menulis sedemikian. Saya yakin dan percaya doktor ini sendiri tidak pernal menghasilkan sebarang penyelidikan, hanya bergantung kepada apa yang diterima semasa di kolej. Atau beliau enggan menerima hasil kajian para sarjana, penyelidik dan pakar-pakar berkenaan?
Jika beliau hendak menafikan dapatan daripada kajian itu, sila tunjukkan hasil kajian beliau sendiri yang mampu menafikan fakta-fakta yang ditemui oleh para penyelidik berkenaan.
Jika beliau gagal menampilkan bukti, maka kita fahamlah siapa beliau sebenarnya.
Sekiranya beliau seorang yang berfikiran positif, apa salahnya dia mengambil cabaran itu untuk memulakan langkah menjalankan penyelidikan keatas bahan-bahan yang digunakan oleh pengeluar supplemen untuk mengetahui apakah dakwaan pengeluar ubatan alternatif ini pembohong atau ada kebenaran dari segi saintifik.
Beliau (penulis puisi dan juga semua doktor yang lain pun) memang sudah ada pengetahuan asas mengenai biologi dan perubatan. Kerajaan pun melalui pelbagai agensi sudah ada pelbagai makmal, fakulti dan sebagainya. Gunakanlah semua ini untuk menjalankan penyelidikan saintifik dan klinikal terhadap bahan-bahan yang didakwa mampu menyembuhkan ini.
Apa yang berlaku sekarang, doktor (penulis puisi) hanyalah bersikap stereo type menjadi burung kakak tua kepada syarikat Pharmaceutical gergasi dunia mengulang perkara yang sama kerana undang-undang yang berkuatkuasa diseluruh dunia tidak membenarkan hasilan daripada buah-buahan ini di patenkan yang menyebabkan mereka tidak ada hak monopli keatas bahan itu.
Malaysia ada Institute Penyelidikan Perubatan - IMR, kenapa tidak ada sebarang usaha untuk membuat penyelidikan dan mengkormesiakan hasil penyelidikan itu? atau kerana terikat dengan polisi WHO?
Akhirnya saya menyeru doktor penulis puisi ini dan yang sekapal dengannya, luangkan masa, tela'ahlah journal-journal penyelidikan yang melambak dalam website National Institutes of Healt di http://www.nih.gov/ supaya anda tidak diiikat oleh ego anda.
Wassalam