Khamis, Februari 06, 2014

TAHUN 2015 ADUN DAP HARUS MELETAKKAN JAWATAN LAGI UNTUK MENGEKALKAN KADAR TOL


Apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan, kerajaan tidak akan menaikkan kadar bayaran tol di semua lebuh raya, rakyat Malaysia sepatutnya menyambut baik keputusan kerajaan itu. 

... tetapi bukan semua.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meluahkan ketidakpuasa hati beliau. 


The Malaysian Insider melaporkan, Lim berkata, tindakan kerajaan itu hanya bertujuan untuk menggembirakan hati bakal pengundi Pilihan Raya Kecil, PRK Kajang, bakal berlangsung pada 23 Mac akan datang.

Klik di sini.

Jika dakwaan itu benar sekalipun, tidak salah. Biarlah mereka bergembira. 


Keputusan bekas ADUN Kajang, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu juga didapati menggembirakan hati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi ahli Pakatan Rakyat. Tindakan Lee itu sekaligus memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding dalam PRK Kajang.

Andai kata Lee mengekalkan jawatan ADUN, PRK Kajang tidak akan berlaku. Adakah ini bermaksud, kerajaan Malaysia akan membuat keputusan menaikkan kadar bayaran semua tol di Malaysia? 

Jadi, kita harus berterima kasih kepada Lee kerana sanggup berkorban dan dikorbankan. Terima kasih juga kerana 'membantu' mengekalkan kadar tol untuk tahun ini.

Tahun hadapan, ADUN DAP disaran meletakkan jawatan beramai-ramai, lebih banyak PRK bakal berlangsung. Jadi kerajaaan Barisan Nasioanal berkebarangkalian tidak akan menaikkan kadar tol sekali lagi demi menjaga hati pengundi seperti didakwa oleh Lim.

2 ulasan:

  1. harga tol dikekalkan langsung tiada kaitan dengan PRK Kajang.
    takkan la baru je letak jawatan, kerajaan dah buat keputusan kekalkan harga tol.

    BalasPadam
  2. tol naik atau x, pemegang konsesi tetap masyuk.. kjaan byr pkai duit sape?? hehe

    bijak btl sape yg luluskan pejanjian itewww

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.