[ Sumber : Klik di sini ]
Mengikut statistik dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sehingga semalam, Selangor mencatatkan bilangan kes demam denggi tertinggi, 144.
Bagi sebilangan kita, berita mengenai demam denggi barangkali dianggap remeh. Remeh kerana kita atau pun ahli keluarga tidak menderitai demam akibat virus genus Flavivirus disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes betina itu. Kepada individu kehilangan anak, suami, isteri, ibu dan ayah akibat denggi, pastinya detik hitam itu amat sukar untuk ditempuh dan dilupakan.
Antara simptom demam denggi, sakit kepala, sakit bahagian belakang bebola mata dan sakit pada sendi serta otot.
Klik di sini.
Nyamuk Aedes aktif sektar 2 jam selepas matahari terbit dan beberapa jam sebelum matahari tenggelam tetapi menggigit di sepanjang hari. Hakikat wajib diterima, gigitan Aedes boleh membawa maut jika mangsa tidak mendapatkan rawatan awal.
Klik di sini.
Kepada semua pembaca, berhati-hati, hindari diri dan keluarga daripada demam denggi. Nyawa kita, tanggungjawab kita.
Darah dari nyamok aedes sudah tercampur dengan darah manusia yang mengamalkan seks songsang, terutama di Selangor.
BalasPadamnyamok mana ada darah mak bedah oi
BalasPadamye mmg diamalkan jus daun betik, mujarab!
BalasPadam