Saya perhatikan, kebelakangan ini sudah menjadi trend pertubuhan bukan kerajaan atau individu membuat ratusan laporan polis di pelbagai lokasi jika mereka tidak berpuas hati mengenai sesuatu kes menarik perhatian ramai.
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, pada 8 Februari, 300 laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak terhadap ahli DAP itu. Siasatan polis telah dimulakan dibantu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.
Hemat saya, pihak berkuasa harus menjalankan siasatan dengan kadar segera supaya masyarakat berasa lebih tenteram. Jika Teresa boleh disabitkan kesalahan, sabitkan. Andai tidak, pihak berkuasa perlu menerangkan fakta agar difahami oleh semua rakyat Malaysia. Tindakan itu bertujuan mengelakkan tercetusnya kebencian lebih dahsyat terhadap Teresa sekaligus berkebarangkalian akan menggugat kesejahteraan negara.
Hemat saya, pihak berkuasa harus menjalankan siasatan dengan kadar segera supaya masyarakat berasa lebih tenteram. Jika Teresa boleh disabitkan kesalahan, sabitkan. Andai tidak, pihak berkuasa perlu menerangkan fakta agar difahami oleh semua rakyat Malaysia. Tindakan itu bertujuan mengelakkan tercetusnya kebencian lebih dahsyat terhadap Teresa sekaligus berkebarangkalian akan menggugat kesejahteraan negara.
Hakikatnya, satu laporan polis yang tepat serta lengkap untuk mensabitkan suspek mengikut akta tertentu, mencukupi. Lebih molek jika laporan pertama itu disuntik dengan nasihat kelompok bijaksana dalam soal perundangan. Tujuannya, agar laporan itu berkesan untuk mencapai objektif sebenar.
Mari bersama kita meneliti analogi mudah.
Jika berlaku kes ragut membabitkan seorang mangsa dan penjenayah berjaya diberkas oleh orang ramai. Hanya satu laporan mangsa diperlukan untuk pihak polis melaksanakan tindakan awal, melantik Pegawai Penyiasat serta membuka kertas siasatan kes biarpun kejadian itu disaksikan oleh ramai individu. Namun jika ramai saksi kejadian ingin membuat laporan polis terhadap suspek sama, polis terpaksa menerima. Polis tidak dibenarkan menolak laporan dibuat oleh orang awam.
Mari bersama kita meneliti analogi mudah.
Jika berlaku kes ragut membabitkan seorang mangsa dan penjenayah berjaya diberkas oleh orang ramai. Hanya satu laporan mangsa diperlukan untuk pihak polis melaksanakan tindakan awal, melantik Pegawai Penyiasat serta membuka kertas siasatan kes biarpun kejadian itu disaksikan oleh ramai individu. Namun jika ramai saksi kejadian ingin membuat laporan polis terhadap suspek sama, polis terpaksa menerima. Polis tidak dibenarkan menolak laporan dibuat oleh orang awam.
Jadi mengapakah pelbagai pihak bertindak mengemukakan ratusan laporan polis terhadap Teresa? Kerana mereka ingin menunjukkan bukti kemarahan terhadap pemimpin parti pembangkang itu.
Saya percaya, siasatan polis hanya berasaskan kepada satu laporan dan kemudian dikaitkan dengan laporan lain telah dibuat, mengikut keperluan.
Saya percaya, siasatan polis hanya berasaskan kepada satu laporan dan kemudian dikaitkan dengan laporan lain telah dibuat, mengikut keperluan.
Tuan bagaimana pula arahan tampar serta upah? Adakah boleh?
BalasPadamMaaf, Encik Mazidul pernah tengok tak video kat Youtube yang berkenaan dengan Hukum Hudud tu? saya pernah tengok, ia juga video yang menghina, lebih hebat, menghina agama.
BalasPadamsebab bila dah lebih laporan pada pihak perundangan tiada susulan segera, maka segerombolan ini sedaya upaya mengharapkan laporan mereka didengari. Ya seperti tuan mazidul ckp, keputusan perlu segera dilakukan atas setiap laporan sebelum beranak pinak.
BalasPadamYa juga saya akui kata-kata tuan mazidul, "arahan tampar serta upah" lebih mudah diingati berbanding pokok laporan itu sendiri... apa sahaja bahasa dan tindakan kemarahan orang ramai akan diterjemahkan kepada satu senario yang senang diingati dan difahami seperti klausa "arahan tampar serta upah"
mungkin klausa tu semakin tajam apabila laporan mencecah ribuan, tepuk dada tanya diri, siapa yang membudayakan bahasa-bahasa dan tindakan kurang menyenangkan di Malaysia ini.
Setelah berpuluh (dan mungkin beratus) laporan polis dibuat oleh rakyat yang marah, barulah KDN tergerak untuk siasat. Apa ini? Tidakkah KDN faham dan ada kecerdikan sedikit memahami bahawa video 'onederfull cny' boleh diibaratkan virus yang jika dibiarkan boleh merebak dan merosakkan keharmonian negara? Jika tindakan awal dibuat, rasanya tidak perlupun rakyat marah dan mengugut nak tampar Teresa Kok dan sebagainya. Adakah KDN sudah kehilangan taring atau ketiadaan kuasa menangani masalah terbabit? Tragedi Lahad Datu sepatutnya menjadi pengajaran paling berguna di mana pendekatan tunggu dan lihat tidak boleh diguna pakai.Menggambarkan penceroboh sebagai bukan pengganas akhirnya menyebabkan beberapa anggota keselamatan terkorban. Masih tidak belajar lagikah KDN? Menunggu sehingga ada rakyat yang membakar batang tubuh Teresa Kok baru hendak bertindak? Cegah sebelum parah dato' menteri KDN.
BalasPadamEn Busbar... upah tampar tu bukan di kira ancaman..kecuali declare bunuh dan sebagainya...selagi tidak ada pelaku yang menampar belum boleh di ambil tindakan, kecuali tamparan sudah berlaku and org yg di tampar akan di soal siasat..
BalasPadamakceli tampar tu pun sebagai satira politik juga..apa igt teresa kok je pandai bersatira?
assalam .....
BalasPadamingat tak nama ini "Mohammed Saeed Al-Sahaf" ....
bekas menteri penerangan iraq ... pada zaman saddam hussein .... (maaf jika silapp)
beliau diantara pemimpin iraq yg sering membuat kenyataan keras apabila sekutu barat nak serang iraq .....
tp at the end .... iraq diserang .....
mmg tiada kena mengena dengan apa yg bro mazidul kupaskan disini ....tetapi "pattern" amaran atau kata tegas oleh pemimpin kita sama dengan beliau .....
dan si "teresa kok" pun tahu ..... pak menteri kita tegas bermusim jeee .... :)
Bro Mazidul.. saya setuju dengan satu laporan polis yang lengkap dan tepat dah cukup untuk pihak polis mulakan siasatasn dan ambil tindakan sewajarnya. Kadangkala menyampah pun ada bila tengok kat TV dengar di radio pasal beratus-ratus malah beribu-ribu laporan polis di buat. Macam nak menumpang glamour atau untuk kepentingan politik pulak jadinya. Satu atau dua laporan dah memadai. Jangan jadi trend buat ratusan laporan polis untuk tumpang glamour ni. Macam lah polis tak pandai buat kerja. Perlu ke ratusan atau ribuan laporan baru polis nak ambil tindakan? Rasanya tak perlu. Dengan satu laporan PDRM tahu apa yang patut di buat. Tambahan pula kes yang mendapat liputan luas di media sosial macam ni.
BalasPadamSaya berharap sangat lepas ni tak ada lagi la individu-individu atau pertubuhan-pertubuhan yang gila glamour buat laporan. Biarlah PDRM uruskan kes ni.
wujudkan semula ISA, sejak ISA xde mcm2 perkara trjadi...hina agama ini hina bangsa itu..saya rasa PM malaysia da sedar akan ancaman dari orang cina di Malaysia ni..mungkin dulu xperasan..tp lepas saja PRU13 tahun lalu boleh dilihat bagaimana parti cina khususnya DAP menang di kebanyakan kerusi, tetapi parti melayu khususnya PKR, PAS, UMNO asyik berkelahi sesama sendiri, tetapi DAP mengambil kesempatan di atas kelalaian dan kebodohan itu sendiri. Mereka sentiasa mahukan orang Melayu bergaduh berbunuhan sesama sendiri dan apabila org islam jatuh, meraka akan naik dan akan berkuasa. adakah org islam tidak perasan perkara ini atau sengaja tutup mata? Mulai saat itu, PM malaysia sudah belajar dari kesilapan dan akhirnya kita lihat kebanyakkan menteri yang dilantik kebanyakan adalah dari kaum melayu dan india. sebagai contoh menteri kesihatan malaysia sebelum ini adalah Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan kini ditukarkan kepada Datuk S Subramaniam, kenapa? kerana PM tidak lg percaya kepada kaum cina walaupun daripada MCA sendiri. kita tidak boleh kata semua cina di MCA berpihak kepada UMNO, dan kini kebanyakan menteri tidak dilantik dikalangan org cina, kerana baru sedar akan ancaman halus yang dilakukan kaum ini untuk mengambil kesempatan di atas perpecahan org melayu dan islam khusunya. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, belajarlah dari kesilapan".
BalasPadam