Khamis, Februari 20, 2014

BEKAS KETUA AJARAN SESAT TERKAYA DI MALAYSIA


Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, JHAIK, mengarahkan Pusat Tahfiz Amal, PTA, di KM 17 Jalan Kuala Kedah-Yan ditutup berkuat kuasa pada 10 Febaruari lalu.


Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 2003 mengesahkan, PTA bernaung di bawah AZHAR WAHAB, bekas ketua ajaran sesat, klik di sini. Hairan, hanya selepas lebih 10 tahun kemudian, JHEAIK membuat tindakan susulan, biarpun notis arahan penutupan pernah dikeluarkan pada tahun 1 Januari  2007.

Jabatan Agama Islam Kedah, JAIK mendapati pusat terbabit beroperasi sebagai sekolah Islam tanpa pendaftaran.

Klik di sini.

Penaung PTA, SM Amin, kini hidup terlalu mewah dipercayai hasil memperkudakan ratusan kanak-kanak, remaja dan warga emas untuk menjual pelbagai produk keluaran syarikatnya.

Klik di sini.


Sebagai reaksi terhadap arahan penutupan itu, akhbar Kosmo! melaporkan, Pengetua PTA, Muslim Ab Karim akan menghantar surat rayuan kepada JHAEIK untuk membolehkan PTA beroperasi semula. Dia khuatir nasib 105 pelajar kini ditempatkan di pusat itu.

Selama ini ramai terkeliru, menganggap semua pelajar di PTA berstatus anak yatim. Walhal kenyataan itu tidak benar. Majoriti mereka anak keluarga susah. Justeru Kerajaan Negeri Kedah harus membantu menempatkan semula semua pelajar terbabit di sekolah bersesuaian. Mereka wajib dikeluarkan dari PTA seandainya kita enggan melihat murid pada usia mentah itu kembali diperhambakan oleh pihak pengurusan.


JHAEIK telah membuat kesilapan kerana membiarkan PTA beroperasi sejak disahkan dinaungi oleh Azhar kira-kira 11 tahun lalu.

Jangan ulangi kesilapan sama.

Mari bersama kita mendesak JHAEIK agar menolak rayuan Pengetua PTA sekaligus memantau operasi pelajar, jika masih dikerah untuk mengutip derma di tempat awam.

Klik di sini untuk menyalurkan maklumat tepat.

13 ulasan:

  1. Alhamdulillah dan tahniah Mazidul...saya percaya sebahagian kejayaan penutupan pusat eksploitasi kanak2 ni adalah sedikit sebanyak dari usaha Mazidul juga...

    BalasPadam
  2. Mohon Encik Mazidul ketengahkan isu peniaga online ditipu dan kerugian beribu ringgit.. terima kasih

    BalasPadam
  3. Bila isi minyak di pam minyak selalu sangat nampak anak-anak yatim ni menunggu disitu meminta bantuan amal...kadang2 ada yang menjual barangan dengan alasan mengisi tabung rumah anak yatim...sy perhatikan mereka disitu dari pagi sampai ke petang kadang-kadang sampai ke malam....kesian budak-budak tu..sudahlah anak yatim diperlakukan sedemikian rupa.....mana pergi duit zakat? sepengetahuan saya duit zakat berjuta-juta...mungkin saudara mazidul boleh membuat research tentang perkara ini....mana pergi duit zakat untuk asnaf anak yatim?....berapa banyak wang yang disalurkan ke rumah anak yatim sampai anak-anak yatim kena pergi minta sedekah...tak cukupkah?

    BalasPadam
  4. Abang mazidul..rasa produk yang budak2 PTA dan pusat rawatan SM Amin yang bersepah dekat hyper market macam kat Giant tu dibuat sendiri. SM AMIN ada building sendiri dan mungkin ada kilang kat belakang building tu..sebab kawasan tu kawasan perindustrian..so produk home made tanpa ada pengawasan pihak berwajib dan xtahu ape kandungannye...so ini antara punca pendapatan kepada mamat yang perasan keturunan raja ini...ni alamat opis dan kilang dia..(Wisma Sm Amin, Lot 2-21, Jalan Su 5, Persiaran Tunku Ampuan) kalau ada keperluan boleh minta pihak berkuasa check produck ni...jazakaAllah khaer

    BalasPadam
  5. salaam, SM Amin juga ada outlets yang menawarkan rawatan bekam, urutan refleksologi dan akupunktur. ada satu di Giang Putra Heights dan satu lagi outlet yang saya tahu di Aeon Big Sek19, Shah Alam. terkesan sungguh kami anak beranak dgr nasihat dan saranan penjual / tukang bekam di kedua-dua outlet, suami, adik, ibu bapa saya pernah mendapatkan rawatan bekam dgn pengamal bekam tersebut...mungkin public perlu maklum juga outlet SM Amin yang in....

    BalasPadam
  6. Dah lama dah ni...mesti anak murid yang lama2 tu dah jadi business man sekarang...tak pun leader2 MLM.... hahahaha

    BalasPadam
  7. Salam tuan....masih terdapat kegiatan yg berselindung dibawah PTA....hampir tiap malam di Teluk Cempedak Kuantan. Boleh saya tahu...kemana patut saya laporkan supaya tindakan boleh diambil. Kesian tgk budak2 tu di gunakan oleh pihak yg tak bertanggungjawap.

    Tq

    BalasPadam
  8. Sekarang PTA dh keluarkan kenyataan dlm youtube la plak. Nk menafikan segala tuduhan dan fitnah katanya.
    https://www.youtube.com/watch?v=xdXTQrOUCc0

    BalasPadam
  9. Aktiviti jualan tipu PTA kembali beroperasi. Semalam ada seorang budak perempuan melakukan kutipan waqaf, jualan kismis dan kutipan derma kononnya untuk tapak pusat tahfiz dan anak-anak yatim di hadapan Pasaraya Maidin Kota Bharu. Awas terhadap sindikit ini.

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum WBT

    Thanks for the info.. Harap dapat ke blog saya, Jalalboy tentang senarai ajaran sesat yang diwartakan oleh JAKIM..

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.