Rabu, Julai 31, 2013

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA UNTUK SAADON :)


Apabila rakan facebook  berkongsi gambar di bawah bersama rakannya  (klik)  Saadon Mohammad-Don ...



Saadon, amat marah.


Barangkali kerana Saadon orang berada, memakai kot tebal, dia hanya makan di restoran eksklusif.  Encik Saadon, awak boleh memaki  dan menghina tetapi awak tidak akan mampu membunuh semangat saya. 

Anyway, sebetulnya kena tulis ... Mazidul 'is'  ...

'is'  itu verb (perbuatan).

Full stop.

En. Saadon, selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri.  Salam saya untuk keluarga :)

GAMBAR TANPA SUARA TETAPI DIDENGARI DEK SEMUA

Rakan bertanya ...

"Bagaimanakah caranya untuk berani bertindak tatkala keadaan menuntut?"

Jawaban saya ...

"Keberanian dan kekentalan jiwa itu hanya sekelumit daripada rempah ratus menjadi pemangkin tindakan rasional. Elemen LEBIH penting, kemahiran berkomunikasi. Sebelum berkunjung ke SRK Seri Pristana, saya telah menghubungi beberapa pihak bertanggungjawab dan memaklumkan mereka, FITNAH wajib disanggah. Disanggah dengan kadar segera sebagai damage control. Saranan itu diterima dengan hati terbuka. Maklumat TIDAK tepat ternyata mengakibatkan bangsa Melayu dikecam dan agama Islam  diperlekehkan  tanpa usul periksa. Berhujah secara logik serta berkesan, satu tuntutan dalam kehidupan seharian. Dalam tempoh masa singkat, saya nyatakan secara YAKIN dan SELESA kepada wakil Kementerian Pendidikan Malaysia, tindakan mendedahkan kebenaran harus dilaksanakan sebelum luka dijangkiti kuman sekaligus menjadi parah. Alhamdulillah, berbekalkan sedikit ilmu kemahiran komunikasi berkesan, saya berjaya menyakinkan banyak pihak demi memaparkan kebenaran"


Terima kasih kepada ribuan rakyat Malaysia masih tidak berhenti menyebarkan gambar di atas di alam maya biarpun gambar  itu TANPA suara namun mesej dipancarkan didengari dek semua.  

Berbanding,  maklumat dibawah, turut disebarkan tetapi disematkan dengan FITNAH terbuka. Tidak hairan, sehingga kini Guneswari mendiamkan diri.


Dalam Bengkel YBBM, antara subjek akan saya leraikan, kepentingan bahasa tubuh, non-verbal communication. Pergerakan badan TANPA suara tetapi berupaya memukau audien secara konsisten. Kaedah berani bertindak bertujuan memikat hati pelanggan, klien dan rakan juga bakal saya kongsikan bersama semua peserta.

Apapun, kejujuran dan memahami objektif sebelum bertindak, pemangkin utama untuk kita bersama menyedarkan masyarakat dipesongkan kepercayaan oleh kelompok kelihatan membakar sentimen sensitif di negara kita cintai ini. 

Walhal, sebenarnya, tiada isu sepatutnya dibangkit dan disebarkan secara viral di laman sosial. Setiap masalah, harus disalur dan dibincangkan dengan pihak berkaitan. Jika ingin menagih simpati sekalipun, biar beradab dan beretika.  Menabur fitnah secara semberono, bak mengundang bahana kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa dan agama. 

It is all about effective communication.

Oleh itu, saya dengan rendah diri, menjemput pembaca untuk menyertai Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM bakal berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor, Kota Damansara, Selangor pada 17 Ogos 2013 (Sabtu).

Bilangan peserta Bengkel YBBM terhad kepada 25 individu sahaja.

Siapapun anda, apa jua kerjaya, saya percaya kemahiran berkomunikasi  secara berkesan adalah satu daripada keperluan untuk melengkapkan diri memburu  berstatus LUAR BIASA demi mencipta lebih banyak kejayaan.  

Hubungi En. Mohd Farid Hamzah (telefon/Whatsapp) di talian 017 605 2290 dengan kadar segera untuk menikmati kadar bayaran yuran terendah SEBELUM 1 Ogos 2013 (esok). 

Sekalung  penghargaan kepada semua sudi menyokong perjuangan ini. Mohon SHARE entri ini, jika berasa ikhlas membantu.

Klik di sini untuk membaca  butiran lebih  terperinci Bengkel YBBM.

Selasa, Julai 30, 2013

APABILA JURUTERA FIREFLY AB MELATAH BERHUBUNG ISU KANTIN ALTERNATIF SRK SERI PRISTANA


Sekalung penghargaan kepada semua pembaca blog dan rakan facebook kerana sudi menyebarkan gambar di atas.

Seperti diketahui, saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen dicatatkan oleh pembaca blog ini. Itu hak mereka dan jika komen mereka berbaur perkauman, saya tidak mampu menghalang. Malaysia mempunyai undang-undang dan tindakan boleh diambil terhadap mereka.

Saya tertarik dengan komen dilontarkan oleh Jurutera Perkhidmatan, service engineer mendakwa bertugas dengan Firefly AB,  K. Vigram Kovalan.

Klik di sini untuk mengetahui butiran  Firefly AB (bukan syarikat penerbangan).


Dia secara sinis MENCABAR orang Melayu menukarkan  ruang makanan di pejabatnya menjadi TANDAS selepas bulan Ramadan.

Ruang makan, pantry.

Pastry? Pastry?


Vinod, I am a blogger and NOT a protector for both, Malays or non-Malays . My task is to reveal  the truth and I have done that. I published their comments just like I published yours.

Budak hingusan ini menggelar saya SIAL. Hahahahahaha!



That  picture of mine in a clean changing room  might cause  pain in the ass to Vinod but that is  the real picture.

Di entri ini saya juga ingin  memaparkan komen William Doraisamy mengenai sikap Guru Besar SRK Seri Prisatana,  Mohamad Nasir Mohd Nor.



Itu luahan William Doraisamy di laman facebook miliknya.


"William, ahli Lembaga Jawatan Kuasa Pengelola, SRK Bukit Bintang Lelaki I. Saya bertugas sebagai Guru Besar di sekolah terbabit di antara tahun 2009 dan 2010," ujar Mohamad Nasir Mohd Noh.


Sewaktu sidang media di SRK Seri Pristana, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor,  Datuk Seri Noh Omar menyarankan agar ibu bapa pelajar memaparkan berita tidak tepat itu  didakwa mengikut Akta Hasutan.

Klik di sini.

Isnin, Julai 29, 2013

TIDUR DI BILIK PERSALINAN



Saya lontarkan kenyataan di bawah kepada 13 pelajar Melayu di SRK Sri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor beberapa minit sebelum mereka pulang menaiki van. 

"Kalau pernah makan di bilik persalinan, sila angkat tangan"


Sembilan daripada mereka pelajar MELAYU saya temui di luar sekolah  itu pernah makan di bilik persalinan dinaiktaraf, dijadikan ruang makan altenatif untuk pelajar pelbagai bangsa sebelum ini.

"Terkenal sungguh sekolah awak semua," usik saya.

Belajar berusia di antara 8 dan 11 tahun saya temui secara rawak itu tersenyum biarpun kepenatan.  

"Bagaimanakah keadaan di ruang makan  itu?," soal saya.

"Bersih, tidak berbau langsung," jawab mereka.    

Hati kanak-kanak, bersih.

Sebelum itu saya memohon kebenaran dan jasa baik  Guru Besar,  Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, untuk merakamkan gambar di dalam ruang makan kontroversi dan kini telah ditutup. Sejak kantin sekolah beroperasi semula pada 24 Julai lalu, 2 pintu ke ruang makan terbabit dipalang.


Ruang  makan itu ditutup sejak 5 hari lalu, dalam keadaan terbiar, mungkin kotor atau tidak terjaga. Kenyataan itu terlintas di fikiran saya.

"Cikgu Nasir, bolehkah saya masuk sekejap ke ruang itu?," pinta saya.

Spontan Guru Besar, anak kelahiran Kuala Selangor itu kemudian meminta seorang daripada gurunya  untuk menanggalkan palang buat seketika.

Berikut antara gambar saya rakamkan di bekas ruang makan itu.


TIADA tandas.


TIDAK berbau dan lantai serta dinding, kering. Cemas tidak terlena.


Lantai KERING kerana shower head diterbalikkan dan ruang mandi tidak digunakan. 


Muka pintu bilik persalinan itu   tidak terletak berhadapan pintu tandas.


"Pelajar menggunakan tandas akan memakai selipar disediakan oleh pihak sekolah," ujar Mohamad Nasir.


Pelajar saya temui menggunakan tandas secara selesa. Hairan, walaupun  mereka berbeza bangsa tetapi mampu bersahabat dan tersenyum riang. Sedangkan  ramai  orang dewasa bertelagah dan sebilangan taksub maut menyebarkan fitnah tanpa usul periksa sekaligus membakar sentimen perkauman. 

"Setiap tandas, samada tandas guru atau pelajar mempunyai 'pemilik'. Dalam ownership program itu, tandas dijaga dan dipastikan sentiasa bersih  oleh  guru dilantik," kata Guru Besar lulusan Maktab Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor itu.


Mari bersama kita lihat kantin sekolah terkini dari pandangan atas.


Sewaktu melawat sekolah ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menyumbangkan wang tunai RM10,000. Saya percaya beliau mengakui saiz kantin terkini tidak lagi mampu menampung keseluruhan jumlah pelajar.  



"Menggunakan wang sumbangan Timbalan Menteri II, kerja pembinaan akan dimulakan dalam jangka waktu terdekat. Simen sudah dibeli bersama beberapa keperluan pembinaan  lain," ujar Mohamad Nasir.


"Ramai ingin melihat pintu kayu ditukar dengan pintu kaca mengakibatkan kantin terpaksa ditutup beberapa hari. Boleh cikgu tunjukkan?," pinta saya.

Mohamad Nasir bersama dua guru  kemudian membawa saya meninjau kantin sekolah dianggar boleh memuatkan 190 pelajar duduk.


"Pihak kontraktor menyumbangkan secara percuma  TIGA  daun pintu kaca untuk  bilik makan guru, menggantikan pintu kayu sebelum ini. Pintu kaca memudahkan guru memantau dari dalam pergerakan pelajar makan di luar. Bagaiamanapun kerja pembinaan agak rumit dan mengambil masa beberapa hari. Sebelum dipasangkan, pintu kaca diletakkan di kawasan berhampiran meja makan pelajar. Saya bimbang sekiranya  pintu kaca itu terlanggar oleh pelajar saya. Oleh itu, saya meminta tali rentang diikat di sekeliling kantin demi menjaga keselamatan pelajar buat beberapa hari," jelas ayah kepada 6 anak itu.


Melalui pengamatan saya, bilik persalinan dijadikan ruang makan alternatif sebelum ini terletak hanya  kira-kira 10 meter dari bangunan kantin.


Pelajar juga mudah untuk membasuh tangan selepas makan.


"Pada waktu rehat,  bagi setiap sesi terdapat lebih 300 pelajar pelbagai bangsa menggunakan kantin bersaiz kecil itu. Justeru ramai terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan  duduk di atas   jalan bertar. Ruang makan alternatif itu sebelum ini mampu menempatkan sebilangan daripada mereka, menjamu selera dalam keadaan lebih selesa. Tatkala tengahari, matahari memancar terik ke sebahagian daripada ruang kantin. Lihat pelbagai banting digantung di tepi kantin untuk mengelakkan pelajar berasa panas," ujar Mohamad Nasir.

Mohamad Nasir, kelihatan tenang dan bersahaja.


"Kemalangan  kalau hendak berlaku, bukan  boleh kita jangka. Biarpun notis ditampal, sebilangan pelajar masih lagi berlari. Menutup kantin beberapa hari, mengelakkan tragedi berlaku. Lagi pun bilik persalinan itu telah dibersihkan, dinaiktaraf dengan pembinaan sinki dan mula digunakan sejak bulan Mac lalu, bukan sewaktu bulan puasa. Cuma di bulan puasa, sewaktu  gambar dirakamkan,  tiada kelihatan pelajar Melayu makan kerana mereka berpuasa. Sebelum ini,  pelajar Melayu, anak guru Melayu, Cina  (berketurunan Orang Asli) dan anak tukang bersih sekolah juga makan di situ," celah guru berpengalaman mendidik lebih 34 tahun itu.

Tambah Mohamad Nasir, keputusan membuka ruang alternatif itu dibuat secara KOLEKTIF bersama Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.


Esok, Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar dijangka akan melawat sekolah terbabit.

Ada baiknya, pemimpin politik dan Kementerian Pendidikan Malaysia terus menyalurkan bantuan kepada  SRK Sri Pristana.

Saya dapati,  ruang pejalan kaki retak ...


Kekurangan bilik darjah sehingga kelas diadakan di ruang terbuka ...


Purata bilangan pelajar setiap kelas LEBIH 40 orang ...


Surau terlalu kecil untuk memuatkan pelajar solat berjemaah. Ibu bapa pelajar beragama Islam seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Mohamad Nasir kerana mengambil inisiatif mencari penaja karpet digunakan sebagai alas untuk anak mereka menunaikan solat dengan lebih selesa.


Beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap Mohamad Nasir. Menariknya, majoriti mereka mengecam itu, tidak pernah langsung  menjejakkan kaki  di  SRK Sri Pristana.

Ramai keyboard warriors tidak bertauliah! Menulis berdegar-degar menganggap diri  hakim sedangkan  mereka tidak mengetahui hujung pangkal kes.

Klik di sini untuk memberikan sokongan kepada Guru Besar terbukti komited memastikan SEMUA pelajar sekolahnya mencapai kejayaan cemerlang.  


Izinkan Sri Pristana terus mekar ... Usah dibunuh dengan kutukan, cacian, sentimen bangsa dan agama.


*** Demi Allah, saya tdak dibayar atau menerima sebarang imbuhan untuk mendedahkan kebenaran. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah membenarkan saya mengungkapkan  fakta sebenar. 

Klik di sini dan berjimat RM400