Selasa, Julai 23, 2013

GAMBAR BILIK PERSALINAN SEKOLAH SRK SERI PRISTANA (BUKAN BILIK AIR) EKSKLUSIF!!!

Terima kasih kepada semua pembaca saya muliakan. Sumber saya berada di SRK Seri Pristana, Sungai Buloh, Selangor tengahari tadi.

Setelah saya paparkan entri terdahulu, klik di sini, sebilangan pembaca melontarkan pandangan mereka hanya  berasaskan TANGGAPAN  bukan FAKTA.  Pada awalnya, saya hanya ingin memperbetulkan fakta ditulis oleh blogger pro pembangkang,  BILIK AIR dan BILIK PERSALINAN, dua premis berbeza. 

Pada masa sama, saya TIDAK langsung melontarkan pandangan berhubung  status keselesaan  bilik persalinan digunakan sebagai tempat makan pelajar sekolah sejak kira-kira 4 bulan lalu. Oleh itu USAH mencatatkan komen berlandaskan TANGGAPAN.

Apapun, izinkan saya berkongsi beberapa gambar dirakamkan di sekolah sama untuk menjelaskan kepada mereka terkeliru.

"Sekolah ini mempunyai 1,373 pelajar dan saiz kantin terkini tidak mampu menampung kesemua pelajar pada satu satu masa. Bermula pada bulan Mac 2013, BILIK PERSALINAN pelajar perempuan (BUKAN bilik air)  telah dinaiktaraf dan dijadikan tempat makan pelajar apabila kantin sekolah  penuh," ujar sumber.


 "Ada ke shower di dalam bilik persalinan itu sehingga boleh menjadikan suasana lembab dan berbau?," tanya saya.


"Shower heads telah diterbalikkan. Pelajar hanya dibenar menggunakan sinki sahaja untuk membasuh tangan selepas makan. Ruang itu dijaga bersih dan berbau wangi.  Sebelum bulan puasa, setiap kali  kantin sekolah  'melimpah',  selain daripada pelajar India dan Cina,  pelajar Melayu juga menggunakan ruang sama  sebagai tempat makan dan minum," katanya.


"Ada ke kebaragkalian pelajar kencing di dalam BILIK PERSALINAN itu lalu menjadikan ruang itu tidak sesuai untuk pelajar makan?," tanya saya lagi.

"Memang pihak sekolah melekatkan kertas sebagai tanda peringatan di pintu. Shower juga tidak beroperasi.  Jadi tiada pelajar kencing di dalam ruang makan itu," jelasnya.


Saya dimaklumkan TIADA wartawan media elektronik dan cetak dibenarkan memasuki kawasan sekolah. Di peringkat negeri, kenyataan rasmi hanya boleh dikeluarkan oleh Pengarah Pendidikan Selangor selain daripada menteri.

"Mengapakah pelajar tidak makan di dalam kelas? Atau dibinakan kanopi untuk mereka berteduh buat sementara waktu?," soalan saya menyusul.

"Mengikit peraturan di sekolah, pelajar dilarang makan di dalam kelas. Pembinaan kanopi pula pastinya akan membabitkan kos tertentu," jawab sumber tenang.

Terkini, Timbalan Menteri Pendidikan dilapor telah mengarahkan operasi ruang makan itu dihentikan dengan serta-merta.

"Kerja menggantikan pintu kantin sekolah dijalankan di antara 19  dan 23 Julai sahaja. Selepas ini, esok 24 Julai, semua pelajar bukan beragama Islam akan menggunakan kembali kantin seperti biasa," tambah sumber saya lagi.

Apapun, FAKTA tetap FAKTA.

Bilik air dan bilik persalinan, BERBEZA. Kita boleh kencing di bilik air kerana ada mangkuk tandas tetapi tidak  di bilik persalinan. Tambahan pula selepas kemudahan untuk mandi diberhentikan.  LEBIH penting, jangan kencing orang secara keterlaluan. Usah mempolitikkan isu  sedangkan jalan penyelesaian mampu digarap.

Saya BUKAN  blogger politik dan TIDAK dibayar oleh sesiapa untuk menulis. Jauh sekali mempunyai sebarang kepentingan dalam hal ini. Tugas saya, berkongsi berita sebenar bukan berita dimanapulasi oleh blogger bergaji.



Untuk membaca berita DAHSYAT [ Klik di sini ]



70 ulasan:

  1. Saya setuju dgn bro... cube amik positif dulu sblm negatif... jgn nak main ngentam jer... ni byk tanggapan dulu selain fakta...

    BalasPadam
  2. Saya setuju dgn bro... cube amik positif dulu sblm negatif... jgn nak main ngentam jer... ni byk tanggapan dulu selain fakta...

    BalasPadam
  3. jijik...tetap jijik....fikirkanlah,kalau anda menikmati juadah dalam suasana dan tempat makan yg sedemikian rupa...tempat utuk orang makan tidak seharusnya begitu,fikirkanlah.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jijik?

      Sekolah kerajaan, tapi nak dapat layanan sekolah swasta, baik pergi mampuslah.


      Padam
    2. aku rasa bilik budak makan tu lebih cuci dari dapur rumah kau

      Padam
    3. weiii!!! aku dengan kawan2 aku dulu selamba jer makan sebelah tempat buang sampah. Ok jer.....lagi senang....lepas makan terus campak sampah....ok jer....tak ada pulak aku dok merempat sekarang ni....tak ada pulak aku dok bawah jambatan....tak ada pulak aku kena sakit....dah tu minum pulak air paip....tak pernah sakit perut pun!!!! Jijik konon!!! pi lahhhhhh....

      Padam
    4. Mmg nampak macam tak wajar tp aku rasa rumah kau pun dapur sebelah jamban. ada masalah tak masa masak n makan.. takde kan?

      Padam
    5. Perhaps u r rite. But 1 issue that I feel very weird is: This is a Sekolah Kebangsaan. In Belanjawan, fund allocation to education department is quite high in amount, and most of the fund are allocated to SK or SMK. How can the school authority explained, "Space not enough!" The explanation does not make sense and not logic at all. Then we will think, where are those allocation gone to? Just to voice out for everybody reference and brainstorming. Try to think by your own.

      Padam
    6. jijik juan? apa yg jijik. meja berbalut, tak ada murid boleh kencing berak kat situ, ada sinki utk basuh tangan (bukan kaki), tak boleh mandi dsb. apa yg jijik juan? jijik sebab dalam kepala nak persekitaran itu menjijikkan. ruginya jadi manusia mcm ni. soalan aku, pernah tak kau minum air dalam plastik yg kau beli kt tepi jalan dan minum kt tepi longkang?

      Padam
    7. Jijik??? ye ker.. pihak sekolah telah bertindak dgn baik.. membuat sebuah tempat makan yg selesa untuk semua kakitangan dan pelajar.. mungkin kamu lebih suka jika pelajar makan bertaburan di tepu jalan yg berdebu dan tepi longkang yg berbau sebab tak cukup tempat di kantin?

      Padam
  4. Perkara ini tidak ada masalah sejak merdeka. Hanya tahun ini yang berlaku masalah. Mana punca masalah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tidak ada masalah perkara seperti ini sejak merdeka. Kerana anak-anak pasca merdeka adalah anak yang berjiwa kental. Makan dibawah pokok pun sudah bersyukur, bah kan untuk makan pada waktu adalah satu nikmat yang tidak terhingga.

      Benda ini terjadi pada Tahun ini adalah kerana mentaliti dan sikap untuk membuat sesuatu perkara dengan bertujuan tertentu - saya amat setuju dengan mengatakan, salah satu tujuan itu adalah tujuan politik. Ertikata lain, terdapat beberapa ekor binatang atau lebih, yang berwajah manusia ingin mempolitikkan isu ini, dan terus menyalahkan pihak tertentu - saya rasa kamu tahu, kerana nama kamu JASON LIM.

      Ditambahkan lagi akan ianya berlaku pada Bulan Puasa, jadi sudah tentu peluang cerah untuk menyalahkan dan mengwujudkan satu keadaan dimana orang bukan islam menjadi mangsa.

      Inilah Trend yang sememangnya sedang hangat di Malaysia pada masa kini.

      Kesimpulannya, tanya dari kamu sendiri, dimanakah puncanya.

      Padam
    2. setuju dulu saya masa sekolah rendah pun makan dekat longkang ramai-ramai pasal kerusi meja kat kantin dah penuh. tak menjadi masalah pun.

      Padam
    3. Mungkin yg dibicarakan adalah benar, ada motif/udang di sebalik batu. Tapi di sini, saya berasa agak hairan: Kenapa pihak sekolah memberi alasan yg tak begitu munasabah dgn menyatakan ruang kantin tidak mencukupi? Setahunya saya, Peruntukan Belanjawan Tahunan memperuntukan dana yg agak tinggi setiap tahun ke Kementerian Pendidikan. Kebanyakan dana diperuntukan ke SK dan SMK. Mengapakah pihak sekolah masih menjelaskan pihak sekolah kekurangan dana utk. memperbesar ruang kantin? Ke mana perginya dana yg diperuntukan ke Kementerian Pendidikan? Kalau jimat pun, ada sesetengah kos yg perlu jimat, ada yg tidak, bergantung kpd kebijaksaan masing2. Dalam isu ini, jelas sekali manajemen kewangan negara kita sangat teruk dan kurang mantap. Cubalah kalian fikir sendiri..

      Padam
    4. Mungkin isu disini adalah bukan kekurangan dana? atau mungkin saya yang terlepas pandang akan isu kekurangan dana tersebut?

      Rasanya, tiada timbul ruang kantin kecil cuma tidak cukup untuk menampung akan pada satu-satu masa. Apa ertinya satu-satu masa itu?

      Dan saya rasa - pihak sekolah tidak memandang akan pengeluaran dana untuk membesarkan kawasan kantin, sebagai satu jalan penyelesaian, kerana mungkin dana yang ada untuk digunakan untuk perkara yang lain?

      Bilik salinan, adalah satu jalan penyelesaian untuk permasalahan ruang untuk makan pada waktu berehat, rasanya adalah satu bentuk, cepat, mudah dan berkesan dengan mengambil faktor tertentu.

      Jelas - pihak sekolah tidak begitu bodoh bukan? yang menjadikan masalah ini rumit, apabila terdapat binatang, ya binatang berwajah manusia nampak ianya sebagai peluang untuk manipulasikan demi tujuan tertentu.

      Namun, soal dana dan masalah ini pasti akan selesai, kerana ianya telah pun diHighligt, dan pasti orang Atasan akan memberikan perkhidmatan sama ada bentuk bantuan etc, untuk selesaikan masalah ini.

      Tiada timbul soal pengurusan kewangan teruk disini, cuma yang ada adalah masalah pengurusan sikap yang rasional untuk mendapatkan penjelasan dari pihak yang berkaitan sebelum membuat anggapan.

      Padam
    5. Jackey Teng,

      Sekadar nak menyalahkan kerajaan kononya dana yg banyak dan kenapa kantin sekolah kecil?...kenapalah buta mata org2 ni. ini adalah kes adhoc. guru besar mesti ada perancangan adhoc dan perancangan jangka panjang. Kantin adhoc hanya diguna bermula MAC2013 dan berakhir JULY2013. jika nak ungkit pasal dana, SJKC @ T pun terima dana yg sama juga dgn SK. kalau nak di hitung, ada beribu sekolah dalam Malaysia. kita yg tadbir sebuah rumah pun kadang2 tak ter repair bumbung rosak. nak keluar dana besar2 bukan hari ni nak sejuta buat kantin, esok terus dapat tuan Jackey Teng. takkan hal kecil macam ni pun masih perlu rujuk org Melayu second class ni...

      Padam
  5. Tak nampar pun bilik tu kotor, rasanya kebersihan terjaga dan dalamannya kemas. Adalah lebih baik murid makan di dalam bilik ini daripada membiarkan mereka makan di tepi longkang akibat kantin penuh semasa waktu puncak. Sekurang-kurangnya ada inisiatif daripada pihak sekolah. Jika bilik ini sudah digunakan sebelum bulan puasa lagi, kenapa baru sekarang baru nak ditimbulkan isu ini?

    BalasPadam
  6. fahamkan fakta sebenar saudara saudari~

    pelajar2 tersebut menggunakan bilik tersebut BUKAN KERANA TERPAKSA MENGHORMATI BULAN RAMADHAN.

    tapi kerana KANTIN SEKOLAH DALAM PROSES RENOVASI yg telah bermula sejak bulan MAC; sebelum bulan puasa lagi.

    ada pihak menyebarkan kononnya pelajar bukan islam dipaksa makan di situ utk menghormati bulan ramadhan, SALAH FAKTA DAN PUTAR ALAM. memanipulasikan fakta utk menimbulkan ketegangan.

    BalasPadam
  7. secara peribadi saya tak nampak di mana masalahnya.kadang2 rasa 'gerun' dengan komen2 dan pandangan2 yang terlalu pentingkan kesempurnaan.rasanya majoriti rumah2 kita pun dapur dan bilik air sangat dekat.apatah lagi kalau meja makan pun ada didapur.tak kata kat rumah orang la.....rumah saya pun macam tu jugak..rumah kos rendah kan.keluar bilik air dah nampak meja makan.lain la rumah lain2 kos....

    tak mustahil,bilik yang pihak sekolah sediakan tu lebih bersih dan suci dari dapur 'kita' sendiri.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. dapur saya pn sbelah dgn tandas. asalkn kita jaga kbersihan. bilik tu persalinan tu pn bersih,xd toilet bowl pun. cuma bilik persalinan. ade sinki je kot. tmpat bdk2 salin baju je. sy x fikir pihak skolah jahat sgt smpai nk bg bdk2 mkn kt tmpat kotor,pengetua skolah dn cikgu2 mestila nk jg nama skolah mereka.

      Padam
    2. betul tuh...rumah saya pun dapur sebelah tandas...xde masalah pun bile time makan ada anak2 masuk tandas...be positif dan jangan nak menangguk di air yang keruh..

      Padam
  8. Ok tak mkn kat tandas berak tapi mkn dekat bilik mandi...even though canteen tengah reno patutnya pihak sekolah dh boleh overcome masalah2 mcm nie...tak ada dewan ke? Tak ada additional classes ke? Kalau nak jugak reno and tak ada Dewan buat lah masa cuti sekolah

    Kita tak hina sekolah kerajaan dan komen saya bukan Berdasarkan politik tapi kita patot memperbaiki perkhidmatan kita..tak kan nak terjelepuk di takuk lama?

    Kenapa kami tak boleh memberikan pendapat? Yes it is a government school and we are the core tax payer. Dont you know where it goes?

    Its a different story between kitchen tepi toilet dengan kitchen dalam bilik air

    BalasPadam
    Balasan
    1. byk sgt ke cukai kau bayar kat kerjaan tu? kat afghanistan pun kutip cukai jugak...

      Padam
    2. Arghhh . Bilik persalinan. Bukan toilet bukan bilik mandi. Simple jer tu pun tak faham ?

      Padam
    3. Makan dibilik persalinan menjadi suatu masalah ke ? Renovate masa cuti ? Kau fikir sempat ke siap ? Naik dari cuti pun kantin takkan siap renovate. Manusia bila tak pernahmerasai kesusahan sentiasa mahukan kesenangan yang lebih dari yg sepatutnya. Whatta nonsense you talked about

      Padam
    4. ade bajet berjuta lemon pon kalo kawasan takde kat mane nak buat? SEKOLAH KECIK... ade paham?

      Padam
    5. wahai manusia. tlog la jgn otak pikir "perfect world" sgt. paham tak kalau nak mohon dana bukan sng? sekolah kat sabah sarawak yg jauh lebih daif perlukan benda tu. pikir pakai otak. dana nak besarkan kantin. tu nama dia. dgn beribu2 sekolah mohon tender, agak2 orang nak cek semua beribu2 tender tu? of coz akan diutamakan di rural area dan sbgnya. so pengetua ni bijak, dia paham, dan dia taknak pelajar die duduk mengangkang atau berpeleseran. die buat satu bilik yg cantik, siap alas meja(aku dlu kat kantin takda alas meja ponnnn. tgok gamba ni baik lg tempat bilik persalinan ni dari kantin lama skolah aku. skali tgok da mcm ekslusif pulak), dan environment yg bersih. kan kreatif tu. secara tak langsung menjana otak pelajar yg solution utk win-win sentiasa ada. apa yg tak win-win nya? haaaaaaaaaaaa. ni jawapan aku. PENYOKONG2 PARTI YG BAJET DIE JAUH LEBIH ISLAMIK DAN LEBIH TELUS SEOLAH2 PARTI DEPA TU SEMPURNA SERBA-SERBI, MANUSIA MACAM NI YG PUTAR BELITKAN BERITA, BUAT PENGETUA TU SUSAH HATI, JADI BAHAN AJUKAN ATAS USAHA DIA YG KREATIF NI. ni aku cakap. KORANG SEMUA ZALIM. KALAU RAJIN SGT PERGI BERSIH TAPI HATI HITAM TAK GUNA. CUKUP2LAH NAK HINA KRAJAAN JE KEJANYA. CONTOH BERITA SKOLAH NI, TAK KE FITNAH NAMANYA? kadang2 aku kesian pn ada dgn golongan macam ni.

      Padam
  9. Salam bro...sy perhatikan mmg bersih dan cantik bilik itu..cuma mgkin tingkapnya perlu diperbesarkan untuk pengudaraan yg lebih baik.ramai pihak yg mgeksploitasikan isu ini utk mncetuskan ketegangankaum dan agama..ada jg ybg mmbandingkan kes ini dgn isu bakuteh alvivi..tak tau mana kaitannya..

    BalasPadam
  10. walaupun tak elok anak2 ni (tak kira bangsa apa atau agama apa sekalipun) untuk makan dalam bilik persalinan, jangan TERLALU mengaitkan perkara ni dengan isu politik,isu kaum atau isu agama...

    BalasPadam
  11. SMTI-sesiapa yang kutuk lebih lebih tu, cuba tengok rumah anda sendiri, jika dekat dapur anda tiada tandas dan bilik air, tahniah kerana rumah anda mungkin banglo, tapi kalau setakat rumah biasa eloklah komen SMTI sahaja.

    Pergi cuci tandas dan. Ilik air rumah anda dari sebarang lendir dan daki dan kemudian pergi cuci hati anda.

    BalasPadam
  12. salah seorg daripada parents murid2 menyatakan lokasi bilik persalinan ni bersebelahan dengan tandas. murid2 mkn dalam keadaan tk selesa sebab bau dari tandas sebelah. betul ke?

    BalasPadam
  13. Ini adalah usaha untuk menimbulkan ketegangan kaum dan agama. Jika si pengadu ikhlas, kenapa tak dimaklumkan sebelum datangnya Ramadhan lagi?

    BalasPadam
  14. ibarat di rumah sakit jika kamar udah penuh dipindah ke kamar mayat biar di dekor tetep aja nuansanya serem..ternyata pihak sekolah memang dungu,saya kira hanya sekolah itu tempet menghasilkan orang pintar

    BalasPadam
  15. Siapa Menteri Pendidikan ? TSMY atau Kamalanthan. Semenjak dua menjak ni kuat betul melenting India sorang ni.

    BalasPadam
  16. alaaa...yng komplen pun kaki pusing....memang cerita pun pusing2 lah.....ini semua cerita nak memburukkan....kalau tak suka pi ambil anak ko....pi tukar sekolah.....masih ramai lagi nak masuk sekolah yang dekat!!!!!

    BalasPadam
  17. nak justify tindakan pentadbir sekolah tu sampai camtu skali? LOL

    better admit jer salah buat decision. Kementerian Pelajaran pun tak sejutu bagi budak budak makan tempat camtu. full stop.

    BalasPadam
  18. dapur ak sebelah tandas ok je ak mkn..ngade2 bt0l

    BalasPadam
    Balasan
    1. takkanlah kita ni pengotor nak anggap orang lain pun pengotor? fikir la skit..

      Padam
    2. Dah terang2 kementerian Pelajaran tak setuju...bermaksud tak sesuai lah...nak cakap apa lagi...Heran bin ajaib....???

      Padam
    3. kementerian tak setuju sebab da jadi kes... kalo tak? diam je... ade paham? byk lagi masalah derang nak pk dr isu bodoh macam nie... nooob...

      Padam
  19. Alah yang komen bebanyak ni depalah melantak melahap kat mamak yang dapurnya sebelah tandas, cuci ayam kat lantai toilet, tangan tak cuci terus tebar roti. Hipokrit betul. Dan, dan yang komen ni lah kalau diminta bantu anak anak sekolah itu, pasti sembunyi belakang pintu biarpun depalah berdegar degar kononnya hero. Hipokrit. Moga ramadan ini diberikan keinsafan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tgk gambar rasanya bilik persalinan tu lebih baik dan lebih bersih dr sesetangah kedai mamak,tp ramai jugak yg lalu makan ;(

      Padam
  20. Harap pihak yg melaporkan perkara yg tidak benar/tidak jelas & mampu mengakibatkan perselisihan dapat didakwa & dihukum.

    BalasPadam
  21. Keadaan bersih, sedang para pemain bola sepak profesional juga minum di bilik seperti ini.

    BalasPadam
  22. Setuju pihak yg laporkan perkara tak benar & mampu mengakibatkan perselisihan antara kaum mesti didakwa & dihukum

    BalasPadam
  23. Setuju pihak yg melaporkan perkara yg tidak benar/tidak jelas & mampu mengakibatkan perselisihan antara kaum/agama mesti didakwa & dihukum

    BalasPadam
  24. Masih ada yang tak faham situasi ini rupanya...


    Dalam entri ini sumber En. MAS dah pun nyatakan HANYA bilik persalinan sahaja yang terletak berdekatan dengan kantin..


    Andai pihak sekolah jadikan dewan @ bilik darjah sebagai alternatif tempat makan,boleh bayangkan tak macam mana keadaan murid2 nak mengusung makanan yang dibeli di kantin dan nak membasuh tangan?


    Secara logik akalnya, bila dikumpulkan satu tempat @ berdekatan pengawasan murid adalah lebih mudah... murid2 sekolah rendah ni time rehatlah akan jadi aktif 2,3 kali ganda berbanding di dalam kelas....


    BalasPadam
  25. setakat ckp semua org boleh ckp,cer try test tgk kalo anak kita kat tempat dorunk tu.pastu cer kita fikir kalo kita jd guru besaq skolah tu. sendri mau ingat la kawan.so skrg apa masalah kita kalo adik2 tu mkn dlm tu.xde masalah kan?sj nak buat ramai.

    BalasPadam
  26. Memang senang untuk membuat ulasan/comment dari jauh.

    To be nutral and the best is pergi tengok sendiri. Then only making a comment.

    BalasPadam
  27. Amat senang untuk membuat comment dan alasan dari jauh di bilik berhawa dingin.

    Cara terbaik pergi sendiri melawat sekolah tu, then only making the comment.

    BalasPadam
  28. walaumacamna kita explain pun, ini lah kesempatan kepada yang benci kepada islam unt menyalahkan islam. bukan semua, tp segelintir. tp yang segelintir ni lah yg bahaya... apapun, diharap perkara ini dapat d selesaikan dgn baik dan aman...

    BalasPadam
  29. Muhyiddin Yassin ‏@MuhyiddinYassin 17h
    Saya telah mengarahkan KPPM utk siasat isu pelajar bukan Islam yg disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas


    Khairy Jamaluddin ‏@Khairykj 18h
    Bagi saya, tandas ke, changing room ke, dua2 TAK sesuai dijadikan tempat makan walau apa pun alasan. Savvy?

    BalasPadam
  30. Berbulu pulak baca komen org2 yg macam bagus ni... Setuju sgt2. Toilet rumah sebelah meja makan... Apa nk kecoh2. Elok je gemok gedempol badan tuan rumah???
    Ini lah kesan apabila TIDAK PERNAH MENGUTIP MKANAN YG TERJATUH ATS LANTAI. baru jatuh sikit, dh disuruh buang. (Padahal bole tiup 3kali, bc bismillah dan ngaaappp!!!) Kesannya??? RASA EGO DLM DIRI AKN MGUNUNG TINGGI... Percayalah...terapkn amalan ini pd ank2. Insya allah, ank kita susah nk dpt penyakit sombong dan ego...

    BalasPadam
  31. Kalau tandas dinaiktaraf kebersihannya, so kita boleh makan and rehat, buat apa kita nk label kan bilik-bilik office kita, boleh ke kita makna dan buang air besar kat bilik guru besar.

    BalasPadam
  32. sape lah yang buat aduan hampeh. yg dorg2 berjawatan tggi ni pun, tau nak komen konon2 nak ambil tindakan bagai, cuba duduk kt sekolah tu tgok apa yg jd sbnarnye. banyak lagi aduan2 lebih penting tp tak amik kisah pun. bila ada racist je, nak cepat2 bela. tu pun dah kira selesa. kalau letak budak2 mkn bersepah kt dewan.. teruk la tukang sapu nk kemas tiap hari. dah tu, duduk bersila pulak. nanti ada pulak yg ckp- 'sekolah tak sediakan alternatif. biar murid bukan islam mkn dan ditonton oleh pelajar berpuasa'... kalau teringin sangat nak jd pentadbir, silakan. jangan2 mesyuarat agung PIBG pun tak turun. tau nak merepot je. lepas tu cikgu2 pun terpaksa la sediakan laporan berhelai2 nak anta kementerian atas isu2 bodoh yang diwujudkan oleh parent sekarang. zaman makin moden, tp makin ego dan buruk laku; fitnah dihujung jari makin berleluasa..

    BalasPadam
  33. Saya pun setuju dgn artikel Mazidul,termasuklah artikel masa dia dekat Indonesia tu.Tengok keadaan di Indon dan di Malaysia,sebenarnya kita jauh bernasib baik hidup di Malaysia.Lagipun bukan budak2 makan dalam tandas,sekolah saya sendiri pun kantin sebelah tandas lagi,jarak dalam 2 meter je,x de plak budak2 complain,sedap je makan.dekat rumah tandas pon dkat je dgn tempat makan.

    TETAPI,katanya nak tukar pintu kayu kepada pintu kaca.Lepas tu katanya kerja menggantikan pintu kantin sekolah dijalankan pada 19-23 Julai.Maknanya kantin tidak ditutup dari bulan Mac kan?cuma 19-23 Julai kantin ditutup?tapi sepanjang bulan Ramadan ni,kenapa bangsa india dan cina tidak makan di kantin?

    BalasPadam
  34. Orang yang nak kritik memang senang.. tapi cuba bayangkan jika anda lah guru besar di sekolah itu.. isu nak besarkan kantin or sebagai nyer.. bukan senang.. guru besar mempunyai banyak perkara lain juga untuk di fikirkan.. masalah makan di changing room perkara biasa kot untuk orang malaysia.. orang tak pose lagi teruk curi makan dalam tandas..

    BalasPadam
  35. yang nak penjelasan tu...pegi mampus!!!!klw rasa hina sgt gi roboh toilet umah korang n buat kt lua umah...n jgn salin baju dlm rumah...sebab bg korang tmpat persalinan tu hina kan???n paling penting jgn beromen dlm rumah gak...nti lagi keji sebab mkn kt tmpt beromen....mmg BODOH jugak kan ramai kt sini...dah sah2 org kata tu bilik persalinan...bersih pulak tu...HADOI!!!!

    BalasPadam
  36. Jijik...??? Pelik nya... Sblm nk guna perkataan jijik..amek cermin tgok dri sndri.. 'wajar ke ak bercakap begitu'.. .selama ni awk makan dlm tempat ber'aircond je ke..? Tandas jauh sebatu dri meja makan awk ke..?? Tandas rumah awk bina kt luar rumah ke?? Setahu sy kebanyakkan rumah dapor bsebelahan tandas jugak..atau berdepan tandas..fikiran negatif mcmni la yg akan mmbuatkan isu ni berpanjangan..walhal tkde mende pun.. Salam.

    BalasPadam
  37. Tandas sy ngadap meja makan.. Nk kata jijik..org yg kata jijik tu pembersih sangat ekk..bagus la kalau pmbersih..tp akal tk bersih tk guna gak..salam.

    BalasPadam
  38. korang sume ni tak puasa ke...?jaga la adab dan kata2 kalian...Luaskan Puasamu!

    BalasPadam
  39. cuba kita periksa rumah yg komplen tuh..
    hahaha..baru tau entah2 meja makan pon sebelah jamban..
    ini baru kantoi kalo dapat..

    BalasPadam
  40. mana lebih jijik...makan dalam jamban ke atau selepas berak kesat ngan tisu lpas tu pegi makan..hehehe

    BalasPadam
  41. dalam bilik tidur pun sekarang dah ada jamban...aparah... yang komplen tu memang haprak...

    Lain kali check dulu...

    BalasPadam
  42. manja sgt........nk jdkn isu kecik ni seolah2 depa hidup dlm dunia serba moden dn bajet ala2 org kaya..sedar la sikit...jadilah manusia yg reti bersyukur...

    BalasPadam
  43. SMTI...kat rumah pun, dapur sebelah tandas. Dalam bilik tidor ada tandas, malah kadang-kadang makan keropok dalam bilik tidor sambil mengadap laptop. Takde masalah.

    Jadi isu sebab kaum chauvinist nak persalahkan 'Bulan Ramadhan' sebagai lesen untuk menindas kaum minoriti. Padahal, ni berlaku sebelum Ramadhan lagi dan melibatkan pelajar Muslim juga. Dugaan kita di bulan puasa 2013...ni dia

    BalasPadam
  44. knpe isu niew dperbesarkn,kt smua pnh jgk mgalami,wktu sukan sek dpt bekalan mkn tpi longkak gak kt mkn rmai2,wktu ponteng kelas dlm tandas gak myorok,wktu mlepak pn tepi longkang.Kt sbgai mnusia kne slidik btl2 situasi,tnpe slidik dlm xsdar fitnah yg kt lemparkn,lg2 bulan RAMADHAN niew...smua pkare bkenaan skolah kt smua pnh alami sbb kt smua BERSEKOLAH..ptot jmpe GB bncng n tnye sbb nye..klu nk smua perfect kuar r wet wt kutipan sumbangan tok sek agr mlengkapkn pe yg kurang,bkn mbebankn lg..sek adlah rumah ke2 kt dlu,sek jgk tmpt kt mhntar ank2 tok mjadi owng yg bguna,hmpir 8jam ank2 kt hntr bwh pgawasan GURU2 pnh kt ucap TERIMA KASIH pd mereka?sdangkn bkn ank mreka,bkn dri drah dging mereka..Cbe pk sjenak kdudukan n taraf khdupan KITA skrng berkat dri didikkan sapew selain KELUARGA?klu nk kre pkauman dh tntu pljar dasingkn mlayu,india,cina..Saya bukan sokong mne2 tp pgalaman sy n pdangan sy..Yang baik dtgnye dari ALLAH S.W.T,yg kurang dtg dri kelemahan sy...sy doakn pkare niew dselesaikn dgn cre bfikiran bkn dgn fitnah yg mbawa kt pd kmurkaan ALLAH S.W.T...Amin.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.