Setakat ini 6 syarikat menawarkan pelbagai hadiah MENARIK untuk semua peserta Bengkel Yakin Bercakap Bersama Mazidul, YBBM.
Dua hari lalu, saya bertemu rakan dan tanpa dIduga, dia menawarkan hadiah menarik.
"Saya ingin sumbangkan power packs untuk semua peserta Bengkel YBBM, boleh ke?," soalnya.
Saya tersenyum.
"Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan," balas saya.
Seperti juga penaja lain, saya berjanji akan menyenaraikan nama syarikat mereka sekaligus memperkenalkan produk terbabit di blog ini dan juga di 4 akaun facebook saya kendalikan (hampir 40,000 friends dan fans).
Berikut butiran YBBM:
Tarikh : 17 Ogos 2013 (Sabtu)
Lokasi : Kelab Golf Seri Selangor (Kota Damasara, Petaling Jaya, Selangor)
Masa : 9 pagi - 5 petang.
Di sepanjang bengkel kira-kira 6 jam itu bakal dicerikan dengan kehadiran dua selebriti itu, In Sha Allah saya akan berkongsi ilmu untuk peserta memukau perhatian audien, pelanggan mahupun klien tatkala kita bercakap bersama mereka. Kemahiran komunikasi berkesan penting dipelajari oleh semua kerana kita tidak dapat lari daripada berhubung bersama orang ramai pada setiap hari.
Jika dilengkapi ilmu komunikasi berkesan, lazimnya ruang rezeki kita akan terbuka LEBIH luas. YBBM bukan sahaja berkongsi kaedah komunikasi berkesan dari aspek pertuturan malah akan menyuntik informasi bertujuan menyerlahkan lagi penampilan kita sewaktu bercakap di hadapan audien.
Antara OBJEKTIF Bengkel YBBM :
1. MENGURANGKAN kadar gemuruh peserta tatkala bercakap di hadapan audien.
2. MELATIH mereka berasa LEBIH selesa berhadapan orang ramai.
3. MEMPERTINGKATKAN keyakinan peserta setiap kali berkomunikasi dengan audien tanpa mengira bilangan.
4. MENYUNTIK petua dan panduan berhubung elemen komunikasi berkesan agar peserta berupaya memukau perhatian audien.
Kita semua akur, kata-kata berkesan digunakan untuk tujuan baik, mampu menambat dan mencairkan hati insan lain. Samada insan itu pelanggan, klien, rakan setugas, kaum keluarga atau kekasih. In Sha Allah, bakal saya kongsikan 'Ayat POWER' bersama peserta untuk mereka praktikkan dalam memburu impian kehidupan disusun atur.
Contoh :
Lokasi :Restoran atau gerai
Pelayan (Gadis berstatus bujang) : MInum apa?
Pelanggan lelaki (berstatus bebas) : Ais kosong.
Ais kosong kemudian dihantar oleh pelayan ke meja.
Pelanggan : Cik, pagi tadi, saya hanya minum air suam. Tengahari ini, ais kosong. Keduanya tawar. Tahu mengapa saya minum air tawar?
(** tekankan sebutan AIR SUAM, AIS KOSONG dan TAWAR)
Lazimnya, pelayan terpinga-pinga.
Pelanggan : ... sebab saya tahu, tengahari ini saya bertemu dengan gadis cukup MANIS ( *ukirkan senyuman)
(** tekankan sebutan perkataan CUKUP).
(Kejadian itu tidak sesuai berlaku di bulan puasa)
Ops!
Apapun kepada pembaca belum berpeluang melawati saluran Youtube saya, sila klik di sini.
YURAN bukan berjumlah ribuan ringgit. Yuran asal RM999 dan semua peserta diberikan DISKAUN RM249.
RM750.
Namun kepada pembaca menghubungi pembantu khas saya, En. Mohd Farid Hamzah di talian 017 605 2290 (tel/Whatsap) SEBELUM 1 OGOS 2013, akan menikmati DISKAUN BERGANDA.
Sila tanya Farid, berapa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.