Rabu, Julai 03, 2013

SAYA DIUNDANG OLEH MACGYVER

Terima kasih kepada Zulkifli Haron,  pemilik syarikat Zull Design Autotronic di Sungai Choh,  Rawang, Selangor kerana sudi mengundang saya berkongsi sekelumit  ilmu dan  melatih 9 kakitangan beliau  dalam bengkel  pengucapan awam 'Yakin Bercakap Bersama Mazidul',  YBBM.

Zul,  individu  genius dan antara pereka tersohor di Malaysia, klik di sini untuk mengenali identiti dan syarikat beliau.


"Abang Zul hendak minta tolong  Mazidul melatih staf abang Zul supaya mereka lebih selesa dan yakin sewaktu berinteraksi bersama pelanggan atau tatkala memberikan penerangan produk  dihasilkan oleh syarikat abang," ujar anak kelahiran Kelantan itu.

Zul  diberikan nama jolokan 'MacGyver'  Malaysia, klik di sini.

Sabtu lalu saya menzahirkan permintaan Zul. Lebih 5 jam saya berada di bilik latihan berhampiran pejabat beliau. Saya berkongsi ilmu berhubung kaedah untuk tampil berkredibiliti sewaktu bercakap  di pentas pengucapan awam.

 Gambar di bawah dirakamkan oleh anak sulung saya, Muhamad Afif Faiq.


Bilangan peserta minima  memberikan peluang  untuk komunikasi one to one berlangsung  di antara saya dan mereka.


Fokus.


Mimik wajah terkawal untuk lebih menyakinkan audien sewaktu bercakap.


Kaedah bersalaman.


Jika pembaca atau pihak pengurusan mahupun  kakitangan syarikat berminat untuk menghadiri bengkel santai YBBM,  sila Whatsapp  saya di  019 244 5354  atau  emel mazidulakmal@yahoo.com.


In order to be dominant, you had to be different


1 ulasan:

  1. Zull Design, terlalu banyak jasanya kepada IKS bumiputera. Zull Design banyak menghasilkan mesin-mesin dengan kualiti dan ketahanan setaraf mesin jenama luar tetapi pada harga jauh lebih rendah. Kebanyakan produk IKS bumiputera yang kita beli mungkin ada satu atau dua mesin Zull Design terlibat dalam pembikinannya.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.