Isnin, Julai 29, 2013

TIDUR DI BILIK PERSALINAN



Saya lontarkan kenyataan di bawah kepada 13 pelajar Melayu di SRK Sri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor beberapa minit sebelum mereka pulang menaiki van. 

"Kalau pernah makan di bilik persalinan, sila angkat tangan"


Sembilan daripada mereka pelajar MELAYU saya temui di luar sekolah  itu pernah makan di bilik persalinan dinaiktaraf, dijadikan ruang makan altenatif untuk pelajar pelbagai bangsa sebelum ini.

"Terkenal sungguh sekolah awak semua," usik saya.

Belajar berusia di antara 8 dan 11 tahun saya temui secara rawak itu tersenyum biarpun kepenatan.  

"Bagaimanakah keadaan di ruang makan  itu?," soal saya.

"Bersih, tidak berbau langsung," jawab mereka.    

Hati kanak-kanak, bersih.

Sebelum itu saya memohon kebenaran dan jasa baik  Guru Besar,  Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, untuk merakamkan gambar di dalam ruang makan kontroversi dan kini telah ditutup. Sejak kantin sekolah beroperasi semula pada 24 Julai lalu, 2 pintu ke ruang makan terbabit dipalang.


Ruang  makan itu ditutup sejak 5 hari lalu, dalam keadaan terbiar, mungkin kotor atau tidak terjaga. Kenyataan itu terlintas di fikiran saya.

"Cikgu Nasir, bolehkah saya masuk sekejap ke ruang itu?," pinta saya.

Spontan Guru Besar, anak kelahiran Kuala Selangor itu kemudian meminta seorang daripada gurunya  untuk menanggalkan palang buat seketika.

Berikut antara gambar saya rakamkan di bekas ruang makan itu.


TIADA tandas.


TIDAK berbau dan lantai serta dinding, kering. Cemas tidak terlena.


Lantai KERING kerana shower head diterbalikkan dan ruang mandi tidak digunakan. 


Muka pintu bilik persalinan itu   tidak terletak berhadapan pintu tandas.


"Pelajar menggunakan tandas akan memakai selipar disediakan oleh pihak sekolah," ujar Mohamad Nasir.


Pelajar saya temui menggunakan tandas secara selesa. Hairan, walaupun  mereka berbeza bangsa tetapi mampu bersahabat dan tersenyum riang. Sedangkan  ramai  orang dewasa bertelagah dan sebilangan taksub maut menyebarkan fitnah tanpa usul periksa sekaligus membakar sentimen perkauman. 

"Setiap tandas, samada tandas guru atau pelajar mempunyai 'pemilik'. Dalam ownership program itu, tandas dijaga dan dipastikan sentiasa bersih  oleh  guru dilantik," kata Guru Besar lulusan Maktab Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, Johor itu.


Mari bersama kita lihat kantin sekolah terkini dari pandangan atas.


Sewaktu melawat sekolah ini, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan menyumbangkan wang tunai RM10,000. Saya percaya beliau mengakui saiz kantin terkini tidak lagi mampu menampung keseluruhan jumlah pelajar.  



"Menggunakan wang sumbangan Timbalan Menteri II, kerja pembinaan akan dimulakan dalam jangka waktu terdekat. Simen sudah dibeli bersama beberapa keperluan pembinaan  lain," ujar Mohamad Nasir.


"Ramai ingin melihat pintu kayu ditukar dengan pintu kaca mengakibatkan kantin terpaksa ditutup beberapa hari. Boleh cikgu tunjukkan?," pinta saya.

Mohamad Nasir bersama dua guru  kemudian membawa saya meninjau kantin sekolah dianggar boleh memuatkan 190 pelajar duduk.


"Pihak kontraktor menyumbangkan secara percuma  TIGA  daun pintu kaca untuk  bilik makan guru, menggantikan pintu kayu sebelum ini. Pintu kaca memudahkan guru memantau dari dalam pergerakan pelajar makan di luar. Bagaiamanapun kerja pembinaan agak rumit dan mengambil masa beberapa hari. Sebelum dipasangkan, pintu kaca diletakkan di kawasan berhampiran meja makan pelajar. Saya bimbang sekiranya  pintu kaca itu terlanggar oleh pelajar saya. Oleh itu, saya meminta tali rentang diikat di sekeliling kantin demi menjaga keselamatan pelajar buat beberapa hari," jelas ayah kepada 6 anak itu.


Melalui pengamatan saya, bilik persalinan dijadikan ruang makan alternatif sebelum ini terletak hanya  kira-kira 10 meter dari bangunan kantin.


Pelajar juga mudah untuk membasuh tangan selepas makan.


"Pada waktu rehat,  bagi setiap sesi terdapat lebih 300 pelajar pelbagai bangsa menggunakan kantin bersaiz kecil itu. Justeru ramai terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan  duduk di atas   jalan bertar. Ruang makan alternatif itu sebelum ini mampu menempatkan sebilangan daripada mereka, menjamu selera dalam keadaan lebih selesa. Tatkala tengahari, matahari memancar terik ke sebahagian daripada ruang kantin. Lihat pelbagai banting digantung di tepi kantin untuk mengelakkan pelajar berasa panas," ujar Mohamad Nasir.

Mohamad Nasir, kelihatan tenang dan bersahaja.


"Kemalangan  kalau hendak berlaku, bukan  boleh kita jangka. Biarpun notis ditampal, sebilangan pelajar masih lagi berlari. Menutup kantin beberapa hari, mengelakkan tragedi berlaku. Lagi pun bilik persalinan itu telah dibersihkan, dinaiktaraf dengan pembinaan sinki dan mula digunakan sejak bulan Mac lalu, bukan sewaktu bulan puasa. Cuma di bulan puasa, sewaktu  gambar dirakamkan,  tiada kelihatan pelajar Melayu makan kerana mereka berpuasa. Sebelum ini,  pelajar Melayu, anak guru Melayu, Cina  (berketurunan Orang Asli) dan anak tukang bersih sekolah juga makan di situ," celah guru berpengalaman mendidik lebih 34 tahun itu.

Tambah Mohamad Nasir, keputusan membuka ruang alternatif itu dibuat secara KOLEKTIF bersama Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.


Esok, Ketua Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar dijangka akan melawat sekolah terbabit.

Ada baiknya, pemimpin politik dan Kementerian Pendidikan Malaysia terus menyalurkan bantuan kepada  SRK Sri Pristana.

Saya dapati,  ruang pejalan kaki retak ...


Kekurangan bilik darjah sehingga kelas diadakan di ruang terbuka ...


Purata bilangan pelajar setiap kelas LEBIH 40 orang ...


Surau terlalu kecil untuk memuatkan pelajar solat berjemaah. Ibu bapa pelajar beragama Islam seharusnya mengucapkan terima kasih kepada Mohamad Nasir kerana mengambil inisiatif mencari penaja karpet digunakan sebagai alas untuk anak mereka menunaikan solat dengan lebih selesa.


Beberapa hari kebelakangan ini, pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap Mohamad Nasir. Menariknya, majoriti mereka mengecam itu, tidak pernah langsung  menjejakkan kaki  di  SRK Sri Pristana.

Ramai keyboard warriors tidak bertauliah! Menulis berdegar-degar menganggap diri  hakim sedangkan  mereka tidak mengetahui hujung pangkal kes.

Klik di sini untuk memberikan sokongan kepada Guru Besar terbukti komited memastikan SEMUA pelajar sekolahnya mencapai kejayaan cemerlang.  


Izinkan Sri Pristana terus mekar ... Usah dibunuh dengan kutukan, cacian, sentimen bangsa dan agama.


*** Demi Allah, saya tdak dibayar atau menerima sebarang imbuhan untuk mendedahkan kebenaran. Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah membenarkan saya mengungkapkan  fakta sebenar. 

Klik di sini dan berjimat RM400


42 ulasan:

  1. Terima kasih banyak-banyak Encik Mazidul Akmal Sidik kerana sudi meluangkan masa menyemak, menyiasat dan berkongsi info yang Encik Mazidul dapat! Hanya Allah yang mampu membalas jasa Encik Mazidul.

    BalasPadam
  2. Tak guna punya Guru Besar! Ada ke pulak ngko main gantung2 banner konon nak lindung budak2 tu dari cahaya matahari. Tak berperi kemanusiaan sungguh. Mentang2 le murid2 tu masih budak2 lagi, ngko buat sesukahati saja. Dasar orang tua diskriminasi budak2!

    Dah Kamalanathan bagi 10,000, ngko ikhtiar le cari 100,000 lagi supaya boleh buat kantin 2 tingkat, boleh pasang econ, boleh bagi subsidi nasi ayam untuk murid2 seminggu sekali. Kalau dah tak tau kat mana nak mengadu, dah berpatah arang dengan UMNO, mintak Kamalanathan contact MCA dan MIC mintak derma sorang 50,000. Kan ini sekolah hebat, dan famous plak tu sekarang ni... takkan dema tak mau peduli. Aku rasa kalau ngko contact Guan Eng pun dia boleh sponsor everything. Kan dia ni prihatin, cukup prihatin mengenai anak murid sekolah ni walaupun dia ada kat negeri Penang.

    Tapi aku nak kena ingatkan ngko wahai Guru Besar Nasir... Jangan bagi anak murid ngko kena panas, jangan bagi dema makan minum tepi longkang, atas jalan. Kalau habis Ramadhan nanti, pecah pulak berita tak senonoh ni kat mak bapak Melayu, jenuh ngko nak tepis segala batang penyapu. Kantin yang ada sekarang sahih tak muat. Aku cadang cari le bilik yang kosong, yang tak digunakan, yang bersih, yang dekat dengan kantin untuk jadikan kantin tambahan sementara kantin 2 tingkat tu nak siap. Aku rasa ibu bapak Melayu tak kisah sangat. Harap kamu jaga anak murid pendatang tu saja elok2 mana tau kok ada yang teringin nak jadi famous macam ngko jugak.

    Apa2 pun aku nak ucap syabas dan tahniah atas segala usaha ngko untuk sekolah ini selama ini. Semoga dapat diteruskan di sekolah Seri Pristana sehingga ngko pencen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedih teman kalau kamu nie seorang Islam. Bagus sungguh ayat miker... Rasanya geng extremist hindu jugak miker nie... Kalau berani... ada maruah, ada Islam guna nama betul yang ibu dan ayah miker beri untu beri pendapat. jangan jadi bacul. Berselindung di balik nama samaran umpama yahudi dan freemason. Jangan nak bercakap tapi tak buat apapun. Paling tidak dalam masa terdekat teringin nak tengok miker beri sumbangan untuk baiki keadaan. Bukan sama macam extremist Hindu yang ada 2-3 ketul yang sahaja mencari nama. Majoriti Ibubapa dari Sekolah ini bersama dengan pentadbiran Sekolah. Berusaha untuk menyelesaikan masalah. Bukan macam miker hanya tahu mengomel umpama Anjing menyalak mengoyangkan ekor... Tapi menyalak sahajalah, apapun pun tak boleh buat.

      Padam
    2. Betul tu
      suka sgt bckp ikut sdp mulut nauzubillah

      Padam
    3. setakat cakap kt cini i pun bleh..pon pang pong pon pang pong pong pong pang !!
      sekolah zaman dulu lagi naif , jadi manusia jugak aku..
      untuk abg mazidul teruskan usaha anda..

      Padam
    4. sokong Izaharudin, nmpak sgt QALAMQABUT tuh batu api tahap neraka jahanam

      Padam
    5. subhanallah....

      name pon qalam dan qabut....
      semoga ALLAH memberi hidayah kepada kamu............

      ini adalah 100% mentaliti pembangkang tegar yang hanya tahu membangkang....

      regards,
      FaisNadzir

      Padam
    6. SUBHANALLAH....

      sememang nya padan dengan nama QALAM DAN QABUT,
      sudahlah keyboard warior yang hanya tahu membangkang jer,
      sekurang kurangnya kalau nak bangkang pon.
      bangkanglah dengan cara bijaksana.
      ini perkara yang baik pon nak bangkang.

      SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH KEPADA KAMU.......

      Padam
    7. bodo! ilmu takat lutut ke apa?? QalamQabut ni pn keyboard warrior la ni! dalam internet sembang mcm power..jumpa depan2 kecot telo!!

      Padam
    8. Reverse psikologi rasanya.. musafir.. teman faham maksud dia..

      Padam
    9. Ya betul post QalamQabut ni menyindir jer... bacalah betul-betul.. kala dah ayat tu totally different dari yang lain.. berhati hati.. bukan di jalan raya sahaja.. hihi

      Padam
    10. Lol.. sarcasm intended la dei... lurus sgt la korang2..

      Padam
    11. Tahniah Sdra Musafir, nampaknya kamu sorang saje yang teliti dalam bacaan dan aku pasti mengikut kes ini secara mendalam. Yang lain tu setakat teringin nak jadi keyboard warrior macam aku jugak, tapi baru tahap tatih saja kot. Gunakanlah otak lebih sikit sebab manusia ni bukannya sama nak dibuat andaian orang tu bodoh dan kita pandai, orang tu anjing dan kita kucing.

      Kalau korang bangsa Melayu dan fikir aku nak hina bangsa kamu, pegi le kat...
      http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/07/29/go-back-to-india-or-china/ dan baca komen2 kat situ terutama dari Melayu pandai bernama Ehsan Zolkifli yang ada teori baru mengenai kedatangan bangsa Melayu ke Malaysia.

      Kalau korang berkerja sebagai Cikgu dan fikir aku benci sangat dengan kerjaya tu, pergi le kat... http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2013/07/cikgu-cikgu-yang-sokong-pakatan-akan.html sebab kat situ memang aku kutuk cikgu yang sokong pakatan yang aku anggap macam anjing yang tak kenal tuan. Kalau nak komen, komen kat situ, bukan kat sini.

      Kalau korang terasa sangat perbuatan menghina agama Islam oleh Alvavi dua ekor tu, pergi le...
      http://khairulryezal.blogspot.com/2013/07/lagi-penghinaan-terhadap-islam-berhari.html dan tajamkan otak korang dengan komen yang lebih baik dari sini.

      Aku bukan UMNO dan aku bukan rasis, tapi kalau bangsa dan agama aku dipermain2kan, memang aku tak diamkan diri.

      Sebenarnya aku dah post komen... menyatakan tulisan aku tu sindiran, satu imbasan yang akan ditulis oleh puak2 bangang sekiranya GB Nasir tak ambil tindakan awal. Tentu dah dema akan syorkan Bilik Persalinan tu sebagai alternatif sebab memang tak ada pilihan lain. Dema boleh syor dan dema boleh terima dengan senang hati sebab itu idea dema. Tapi sebab GB Nasir yang dah buat awal2 lagi, dema tak dapat terima pulak. Aku dah baca kat merata blog dan bermacam2 idea yang dikeluarkan tapi tak menepati keadaan setempat. Tapi nak terima kenyataan bahawa GB Nasir dah buat yang terbaik, mengikut prosedur, berbincang dengan semua pihak terlibat, memang tak dapat diterima sebagai satu kekalahan bagi puak pembangang ni. Sebenarnya aku dah post komen... ntah aku silap klik dan terdelete atau mungkinkah Mazidol saja nak peram nak tengok mentaliti pengomel blog dier aku pun tak tau, tapi memang tak sama dengan apa yang aku tulis sekarang ni...

      Selamat berbuka puasa...

      Padam
    12. yang teman paham, qalamqabut ni menyindir dengan sinis mereka2 yg buat tuduhan melulu tu...bukan bernat nak menghina GB Nasir tu..allahualam...husnuzon sahabat2..

      Padam
  3. Alhmdlh. Tq to u mr mazidul for the truth n fact finding. Keep up the good work.

    BalasPadam
  4. i'm waiting everyday in front my lappy to see your next news . i'm feeling excited to hear this from you . to keyboard warriors , see what they see , hear what they hear . don't simply bashing without any proofs !

    BalasPadam
  5. Sebenarnya...keadaan seperti ini hanya duketahui oleh para guru sahaja. Jgn kata hanya di sekolah sk seri pristana ini sahaja yg kantinya tak muat utk pelajar. Banyak lagi sekolah yg serupa....tetapi disebabkan politik dah dibawa ke sekolah menyebabkan sekolah pun bukan lagi tempat memupuk perpaduan....betul seperti kata abg mazidul...budak-budak sek rendah ini masih boleh lagi berkawan,bermain dan lain lain lagi bersama. Hanya ibu bapa mereka sahaja yg taksub kpd parti politik tertentu masih bertelagah. Walaupun begitu,pemikiran anak-anak ini suatu hari nanti akan terpengaruh dgn didikan ibu bapa menyebabkan bila dewasa akan timbul remaja yg kononya memperjuangkan sesuatu dgn melakukan perkara yg tidak sepatutnya. Hanya mereka yg berada dlm pekerjaan itu memahami situasi sebenar. Tahniah kpd sekolah tersebut....cantik...bersih dan nampak kondusif utk pelajar. Macam tu pun ada lagi ibu bapa yg tak puas hati.....

    BalasPadam
  6. terima kasih abang mazidul kerana menyebarkan berita sebenar isu bilik persalinan ini.....bro qelamqabut....tengok apa ayat cikgu nasir tu.....majoriti yang kecam sekolah itu pasal isu ni tak pernah sekalipon jejakkan kaki ke sekolah itu...mike dah tinjau sekolah itu????kalu setakat sekolah ini nape tak check sekolah lain yang kemudahannya amat teruk???sekolah itu memang dikatakan pelajar agak ramai hinggakan penaiktaraf perlu dibuat.....ekstremis hindu ni macam beruk kena cili....belum ape2 dah salahkan sekolah kerana budak cina dan india makan di bilik itu....sedangkan budak melayu pon makan di situ(sebelum masuk ramadhan).....nak jadi isu buat apa???

    BalasPadam
  7. Terbaik Bro Mazidul .. Tidak ada cacat sebenarnya cuma sekadar isu yang di momokkan oleh sebahagian besar daripada mereka yg tidak tahu mengenang budi..Artikel ini sekurang-kurangnya memberikan maklumat tepat kepada mereka2 di luar sana..Teruskan usaha Bro Mazidul..utk makluman blog Tuan sudah pun sy pautkan di blog MMI..Jika tidak menjadi halangan ingin saya mohon untuk di pautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com di blog Tuan.Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Sebenarnya apa yang berlaku di pristana ni hanya salah satu dari beribu macam kerenah yg dihadapi oleh guru-guru di seluruh malaysia khasnya pengetua dan guru besar. Dibesarkan oleh ibu bapa yang berprofisyen pendidik saya faham sangat apa yg dialami oleh En Nasir. Ibubapa zaman moden campak anak ke sekolah dengan harapan sekolah itu kilang yang menukar anak menjadi doktor atau jurutera. Kemudian banyak merungut sekolah buat aktiviti yang melecehkan. Tapi diri sendiri aktiviti sekolah pon tak pernah sertai. Jangankan mesyuarat PIBG, kadang kadang hari terbuka untuk ambil kad laporan pelajar pon tak pernah nampak batang hidung.
    Cuma mohon pada Tuan Mazidul, tolong sampaikan pada encik Nasir agar dia saman individu yang muat naik gambar bilik persalinan itu di FB kerana kenyataan dia menimbulkan persepsi bahawa encik Nasir menindas orang bukan islam dengan memaksa mereka makan di tandas. Orang sebegini perlu diajar supaya tahu langit itu tinggi rendah.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah saya dah pencen...dulu pernah bertugas sbgai penyelia kpd sekolah2 rendah di satu daerah...50 SK, 11 SJK ( C ) dan 3 SJK ( T )...Minta maaf la yg 3 buah sekolah ni paling susah nak urus mcm2 laporan yg sepatutnya tak perlu nak kena buat. Ada kes2 spt nak jadi pengerusi PIBG,kantin kotor, fitnah Guru Besar dan lain kes remeh temeh pun tulis surat kpd Perdana Menteri, yg sepatutnya bincang peringkat sekolah saja. Kes ni pun sama la sepatutnya selesai di peringkat sekolah saja...

    BalasPadam
  10. wah muncul sudah keyboard warrior kat sini..takpe..biarkan saja dia tu..tak berkudis pun.Kepada semua yang terlibat dalam membongkarkan cerita ni, tahniah diucapkan.Kepada GB..teruskan usaha murni Cikgu!

    BalasPadam
  11. itu la krn politik.. kerajaan bg juga bantuan kpd sekolah jenis kebangsaan cina dan tamil, hingga menjejaskan perbelanjaan utk sekolah kebangsaan yg termaktub dlm perlembagaan dan akhirnye warga pendidik dan kanak2 disekolah kebangsaan yg susah dan dan menanggung beban..

    BalasPadam
  12. People believe what they want to believe. Perkara ni sebetulnya dah selesai. tapi ramai yang masih tidak puas hati, menuduh pelbagai. Ibubapa seharusnya nak anak mereka mendapat yang terbaik dan pihak sekolah semestinya akan cuba memberi yang terbaik. hanya kerana definasi 'terbaik' kita berbeza, maka kita berbeza pendapat dan bertelagah. kenapa tak boleh dengar penjelasan dua pihak, berbincang dan hormat pendapat masing2 secara dewasa dan secara contoh kepada anak2?

    BalasPadam
  13. Alhamdullilah..semoga ke salah faham ni tidak mengakibatkan perbalahan kaum di malaysia ini. amin.. Salam..

    BalasPadam
  14. Punca segala masalah ialah...semenjak merdeka kita belajar secara berasingan.Walaupun tnggal & lahir di M'sia ada sebilangan "BERUK-BERUK" yg masih beranggapan bahawa M'sia ini adalah Negara India & China. Tidak bersyukur serta menghargai jasa & pergorbanan bangsa Melayu terdahulu yg sanggup menerima kedatangan mereka dengan hati yg terbuka. Tidak pernah sekalipun mereka dihalau atau rumah ibadat mereka dibakar sebagaimana yg berlaku di Myanmar. Kepada K'jaan & rakyat M'sia saya menyeru agar kita mansuhkan sekolah vernakular dengan segera demi masa depan M'sia yg aman damai.Moga di masa hadapan tiada lagi"BERUK-BERUK" yang hitam or kuning akan membuat fitnah utk merosakan keamanan n perpaduan kaum.Saya tengah mnunggu beruk di Mahkamah.Selalunya beruk punya bontot merah...tapi yang ini saya ingin melihat beruk bontot hitam.

    BalasPadam
  15. Kesilapan ini bukannya perkara kecil. Tetapi saya sedar bahawa org2 Malaysia pemurah dan baik hati. Kalau ada kesilapan sekali pun... mereka boleh memaafkan... sebab tu lah ramai pihak2 media yg ikut suka2 cakap saja... dan kemurahan hati org2 Malaysia terlalu tinggi hingga kan ramai yg sanggup tinggal kerja yg diamanahkan kepada mereka disebabkan utk berhimpun dijalanan. Kemurahan hati tu juga dpt kita lihat dgn betapa hebatnya org2 yg menentang parti2 pada pilihanraya tiba2 tersenyum luas apabila mendapat bonus dan bantuan drpd pihak2 yg berwajib...kalau semalam meludah ludah...penuh dgn kebencian... hari ni pulak...menjilat ludah basi semalam... Itu lah dia org2 Malaysia. Perkara ini sudah tentu dpt dimaafkan... betul tak?

    BalasPadam
  16. Aku kesian gak kat Guru Besar tu. Mmg susah jd Guru Besar / Pengetua. Macam-macam pihak nak dijaga. Lebih teruk drpd pengurus syarikat. Depa yg kutuk-kutuk ni tau cakap saja. Lps tu bila dah tau tersilap, buat bodo. Minta maaf jauh sekali. Walhal org yg menanggung tu sengsara. Sabo lah cikgu. Kesengsaraan tu lah yg buat tugas cikgu ni mulia dan disanjung tinggi. All the best. Allah sntiasa bersama orang yg ikhlas beramal (kerana Allah).

    BalasPadam
  17. Bro Mazidul...
    1. Betulkah GB Nasir ni Ketua Cawangan UMNO yang meletak jawatan supaya dapat tumpukan kepada pendidikan anak muridnya? Mungkin sebab dah ada hubungan tu dia sanggup bertongkos lomos membantu dalam PRU13 yang lalu. Dan mungkin sebab itu juga dia terkilan sangat bila tiada pembelaan dan bantuan bila dia dah tersepit begini.
    2. Betulkah ada seorang guru India yang dipertanggungjawabkan untuk lengkapkan Bilik Persalinan itu sebagai Ruang Makan (Ownership Programme)?
    3. Jika benar projek Bilik Persalinan tu dah dimulakan sejak Mac lagi, boleh tak buat urutan peristiwa bermula dari luahan idea hingga ke Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Mesyuarat Agung PIBG, lawatan tapak. Senaraikan juga aktiviti2 lain yang bersangkutan seperti ubahsuai pintu dll. Elok sangat jika boleh dinyatakan tarikh dan masa dan juga dua tiga nama mereka yang terlibat. Aku tau GB Nasir ni bukan lone ranger atau diktator yang pandai bagi perintah, dan tidak sekali2 dia ada memasang niat untuk aniaya anak muridnya, walaupun seorang. Aku harap catatan lengkap bersama tarikh, masa dan nama2 itu dapat diamkan terus saintis2 yang cukup pandai mengajukan teori baru mengenai Bilik Persalinan Seri Pristina ini. Kalau ada plan kawasan berkenaan tentu lagi cantik (ada satu di The Star tapi mungkin boleh diperkemas lagi supaya lebih jelas dan mudah difahami).

    Satu soalan lagi dalam konteks yang lebih luas... Benarkah kantin sekolah ini, dan juga lain2 sekolah ditutup dalam bulan Ramadhan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. QalamQabut, saya melakukan liputan secara sukarela. Ada baiknya awak pula menyambung kerja sukarela itu kerana saya juga harus melangsaikan tugasan rutin saya sebagai pekerja syarikat penyiaran.

      Padam
    2. Mazidul, aku tak ada masalah untuk membantu jika GB Nasir sudi berinteraksi dengan aku. Aku nak sangat kemelut ini reda secepat mungkin supaya rakyat satu Malaysia dapat teruskan kehidupan. Ianya tidak menguntungkan sesiapa kecuali puak yang ingin melihat rakyat negara kita bergaduh sesama sendiri.

      Buat masa ni aku lihat ianya bukan semakin sejuk tetapi sebaliknya pulak. Lihat saja di
      http://helenang.wordpress.com/2013/07/30/adab-makan-ultra-kiasu-di-hotel-siapa-arkitek-seri-pristana/ dan pautan2 yang ada di dalam artikel dan komen di situ.

      Aku masih lagi teguh berprasangka baik terhadap GB Nasir dan percaya tindakan yang diambilnya (bersama PIBG dan guru2) tidak sedikit pun berniat untuk menganiaya anak murid atau mendiskriminasi kaum lain secara sedar atau tidak.

      Harap dapat bantuan Mazidul hubungi GB Nasir untuk hubungi aku ATAU hantarkan alamat emel beliau ke qalamqabut@gmail.com. Apa maklumat aku akan kongsikan di blog ni.

      Padam
  18. kalau kita buat perkara yang baik dapat balasan baik tuhan pun sayang pada kita

    BalasPadam
  19. buat baik tuhan sayang pada kita dan rezeki pun murah

    BalasPadam
  20. Cukup bagus la di M'sia ni dapat makan dalam bilik persalinan. Kalau di India maybe masih makan kat dalam pondok yang berdinding tahi Lembu or dalam kandang kerbau. Bersyukur lah wahai bangsa lain yang berada di Nusantara@Tanah Melayu. Bangsa kami, Melayu dari dulu melayan anda dengan penuh budi bahasa dan tidak pernah sesekali menghalau anda pulang ke India or China.Kami juga punya ahli keluarga@ rakan baik dari kalangan kaum India n Cina. Rumah ibadat kamu juga tidak pernah kami sentuh atau musnahkan. Lihat moyang kamu di India yg memusnahkan Masjid Babri (walaupun tidak dibenarkan Mahkamah Agung India) Sekiranya anda semua dilahirkan di Myanmar mungkin nasib kamu semua dah macam Rohingya.Kami org2 melayu tidak pernah juga bersikap sperti Junta Tentera Mynmar dlm melayan kamu.Apa lagi yang kamu mahukan? Apakah kamu mahu org melayu selepas ini bersikap seperti Zionis Israel bila mana melayan virus macam Guneswari? Saya tujukan soalan kepada rakyat M'sia yg berperangai seperti Guneswari.

    BalasPadam
  21. sbg pendidik yg dah nak pun nak pencen, ambo sgt2 terkilan dgn pe'el ibu murid yg hanya tahu menimbulkan ketegangan krn berita sekerat jalan yg dia muatnaik dlm fb dia. bila dah qelamqabut (pinjam nick kwn kita tuh) ibu murid tu tutup akaun fb nya tanpa sedikitpun mahu meminta maaf atas keterlanjurannya membuat tuduhan paslu atau timbul rasa bersalah setelah menyebabkan huru hara satu negara!!

    kepada ibu murid hindu tu,
    kamu mungkin berjaya menempa nama dlm sekelip mata tetapi anak kamu lah yg akan memikul nama busuk kamu ke akhir hayatnya!! guneswari bukan lah dewi tp penipu besar!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kepada pendidik yg dah nak pun nak pencen,saya sangat setuju dengan tulisan anda tentang penyebar fitnah ini iaitu Ms Guneswary.

      Cuba kita amati kisah anaknya ( Ms Guneswary) yang hanya baru bertukar satu minggu ke sekoah ini,

      pertama lihat kenapa anaknya bertukar atau di tukarkan ke sekolah ini.
      kedua, kenapa Ms Guneswary tutup akaun FB nya

      Harapan saya semoga kes ini dapat dielesaikan terutama pertolongan saudara muzidul dan QalamQabut.

      TQV

      Padam
  22. so kau lawat tempat ni weeks after media put it on the mainline? of course la bersih bang oi. well its actually funny to see its much more "bersih" when no one is using it anymore. such hipokrit human is.

    BalasPadam
  23. Seorang guru akan buat yang terbaik untuk anak muridnya.Kalau betul GB Nasir tu suruh dieorang makan kat tandas mestilah ada guru2 yang lain akan bantah.Ini tuduh membuta tuli aje.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.