Saya tertanya-tanya berhubung tindakan Sinar Harian mengkaburkan wajah Alvin dan Vivian di akhbar terbabit. Jika berasa gentar disaman oleh pasangan kekasih itu mengapakah pula nama SEBENAR mereka disiarkan secara jelas?
Apakah motifnya?
Apakah motifnya?
Pagi tadi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia, SKMM menyiasat tindakan Alvin dan Vivian mengenai kes, klik di sini.
Gambar : The Star
Selepas akaun facebook mereka ditutup, pasangan terbabit menjadikan twitter medan untuk meluahkan ketidakpuasan hati sekaligus memperlekehkan umat Islam.
Manakala Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS dilaporkan SEDANG mempertimbangkan samada akan mengambil tindakan terhadap Alvin dan Vivian atau tidak.
Klik di sini.
Barangkali JAIS akan bertindak lewat seperti juga dalam kes membiarkan individu mengutip derma tanpa kebenaran di tempat tumpuan awam.
Lelaki di bawah saya temui semalam di Bazar Ramadhan Kelana Jaya, SELANGOR.
"Encik mengutip derma ini, ada surat kebenaran JAIS ke?," itu soalan saya.
Saya mengajukan soalan itu kerana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, JAWI dan Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP telah melaksanakan tindakan terhadap pengutip derma tanpa kebenaran, klik di sini.
Klik di sini.
Lelaki berasal dari Kelantan terbabit kemudian memaklumkan, dia tidak mendapat kebenaran JAIS untuk mengutip derma.
"Maaflah," katanya.
"Encik tidak perlu memohon maaf dengan saya, tiada kesalahan encik lakukan terhadap saya. Saya cuma bertanya, adakah JAIS membenarkan encik menerima sumbangan daripada orang ramai? Kalau tindakan encik ini benar, teruskanlah mengutip derma. Lagipun untuk tabung anak yatim, kan?," jelas saya.
"Nanti saya beri tahu sekali dengan kawan saya di sebelah sana, tidak boleh mengutip derma di sini," balasnya.
Dia pantas memasukkan semua dokumen dan resit sebelum ini dipamerkan di atas kerusi ke dalam beg sebelum beredar.
Jika JAIS tidak menyedari kejadian mengutip derma tanpa kebenaran ini sedang berlaku secara berleluasa di SELANGOR, saya akan cuba merakamkan LEBIH banyak gambar di sepanjang bulan Ramadhan.
Apa kata, jika pembaca membantu saya?
Rakamkan gambar pengutip derma tidak diketahui kesahihan kegiatan mereka itu dan kemudian hantarkan ke Whatsapp saya di talian 019 244 5354.
** Dalam rakam video dimuatkan di Youtube, secara profesional, saya mendapati Vivian bercakap terlalu laju dan informasi dikongsikan sukar difahami.
Jadi saya menyarankan gadis itu, untuk klik di sini.
** Dalam rakam video dimuatkan di Youtube, secara profesional, saya mendapati Vivian bercakap terlalu laju dan informasi dikongsikan sukar difahami.
Jadi saya menyarankan gadis itu, untuk klik di sini.
report kt twitter biar twitter pulak ban diaorang... pastu diaorang boleh g ngadu kt wakil rakyat lembah pantai cos gang dia kan
BalasPadamBuat sekali laporan yg dia mengugut tu
BalasPadamAku lancarkan KEMPEN BUY SINAR HARIAN LAST (BSL)...gambar kemalangan tak di kaburka...gambar cina JAHANAM DI LINDUNGNYA...HIDUP BSL PG MAMPUS SINAR HARIAN...
BalasPadamMasaalahnya satu je negara kita ni...tunggu & lihat,,tu yang buat dia orang ni pijak kepala. Cakap je bedegar repot sana repot sini pas tu ilang....
BalasPadammasalahnya kenapa tak ada tindakan tegas diambil kat dorang ni?? sama kes macam namewee dulu. apa kes?? bila tak ada tindakan tegas diambil, lepas ni akan lahir ramai lagi golongan2 penghina agama ni.
BalasPadamKalau terjadi keatas orang cepat seperti kilat.Siapa sebenarnya menjaga kepentingan Mela........yu.Pas....PKR..Umno?.2x5.
BalasPadamyang saya hairan tindakannya mana,dari pihak yg berwajib ? dan yg saya dengar pun kalau penjara,setahun je,baik tak payah !. . banyak kes kes dari kaum cina yang kurang ajar,seperti kes menghina raja,kes namewee,dan macam2 lagi dibiarkan saja ! kenapa ni ? ? ?
BalasPadampasal kutip derma ni saya memang bengang tengok sebab duit tu belum tentu dapat kpd anak yatim. sama juga mamat rohingya di shell seksyen 9 shah alam. entah betul tidak kutip duit untuk rawat anak, pagi sabtu dan ahad mesti ada. ramai lagi org islam kita yang dah tua guna kudrat cari rezeki halal.
BalasPadamfb yg dia deactivate tu sy sudah selongkar. ade post yg berunsurkan racist kepada bangsa melayu dan agama islam...
BalasPadamslm...hmmm dh tersebar satu malaysia pn still xinsaf and masih nk hina islam..wooo dats too much...semoga Allah S.W.T membalas setiap kata2 and perbuatan alvin dan vivian...nak post gmbr bogel ke lantak la..yg panas sgt ni sebab hina Islam! Kalau kerajaan malaysia xambik tindakan sewajarnya xtahu la...lg berleluasa la penghinaan terhadap Islam..
BalasPadam