Ahad, Julai 21, 2013

DI ANTARA MEKAH DAN THAILAND (ASHRAF MUSLIM)


Isteri dinikahi di MEKAH, Noor Dayana Lokman, 26 tahun.


Sumber gambar : Utusan Malaysia

Isteri dinikahi di THAILAND, Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29 tahun.



Membaca kisah  pelakon,  Mohd  Ashraf Muslim,  32 tahun,  saya tiba-tiba teringat kenyataan kawan beristeri dua.

"Jika suami menghidap penyakit kanser, isteri lazimnya berkata, terimalah bang, itu takdir tuhan. Namun  kalau suami berkahwin lebih daripada seorang, tidak pula isteri mengeluarkan kenyataan enak didengari,  saya terima sahajalah bang, itu takdir tuhan," ujarnya.

Sebilangan wanita juga mungkin bersetuju, sesuatu yang berharga harus dikongsikan.


Klik di sini.

18 ulasan:

  1. Harap ashraf muslim berlaku adil dengan kedua isteri. Hubungan dengan keluarga isteri pertama perlu dieratkan kembali demi menjaga rumahtangga.

    BalasPadam
  2. ermm wanita boleh bertahan dgn apa jua ujian,asak lah dr setiap penjuru pun, ia tetap berdiri teguh,

    tp tewas dgn ujian yg satu ini!

    BalasPadam
  3. apa dayanya seorang isteri ... minta dilepaskan dikira BERDOSA .. nak teruskan hidup HATI terluka. Bukan senang nak senyum dan layan dengan ikhlas pada suami yang curang !!

    BalasPadam
  4. arghhhh..sy tetap emosi bila sebut Asryaf Muslim.. Penipuuuuu

    BalasPadam
  5. ermmmmmm

    dulu saya salute juga dia .. sebab Nampak bagus dlm pengajian islam nie ...

    tp kalau laa nie .. cam ada unsur unsur "was was" dengan keluarga kedua belah pihak .... cmana nie ??

    bagaimana tanggapan awam terhadap cerdik pandai islam ?? kalau ada individu individu sendiri begitu gah menyampaikan "kebaikan" .. tetapi tewas dengan "wanita" ....

    * maaf jika silap ....

    BalasPadam
  6. Biar lah Mahkamah menentukan sama ada dia layan beristeri lebih dr 1 atau tidak... jika dia layak... maka layak la jugak sesuatu yg berharga utk dikongsi.

    BalasPadam
  7. Tahniah..Ashraff.Sudah menjadi watak akhir zaman kaum hawa lebih banyak drpd kaum adam.Maka tepatlah hukum poligami yg tlh disyare'atkan Allah SWT sbg penyelesai masaalah.Smg dimudahkan melalui mehnah dihadapan...Yang pasti Allah tempat bergantung sgt meredhoi keadaan demikian...

    BalasPadam
  8. Tahniah...rezeki jangan d tolak, bala jangan d cari..

    BalasPadam
  9. tahniah Ashraff...kuatkan lah iman menghadapi segalnya..tiada salahnya berpoligami kerna jujur memperisterikan seorang wanita bukan niat hendak mempermainkan....pada yg pertama bersabarlah kerna janji Allah itu benar, taatlah pada suami layanlah suami seadanya pasti syurga itu menantimu.... insyaallah panas awal2 jerk...2 3 hari sok ok la tu...

    BalasPadam
  10. Memang betul perempuan sanggup terima apa saja ujian tapi bila bab poligami itu yg mereka tak boleh nak terima

    BalasPadam
  11. Xboleh trima kerana sayang kat manusia melebihi sayang kepada Maha Pencipta...

    BalasPadam
  12. Alah dia nak kawin bior jer lah. Yang kuta sibuk mcm dia kawin tu mengganggu ketenteraman kita buat per. Ada ker suami curang? Sedangkan suami bole kawin 4. Isteri curang banyak dan kalo x silap lagi banyak isteri curang dr suami curang di Malaysia nie.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah kawin 4 tp bercinta lg dgn perempuan lain curang tak?

      takde beza prasaan isteri bila tengok suami dengan perempuan lain dengan prasaan suami bila tengok isteri dengan lelaki lain, cuma Allah lebih tahu fitrah dan apa yang menguji hamba-Nya. sebab tu ada akal dan hati, berlandas pulak dengan islam iman ihsan dan ilmu.

      cuba masa nak kawin dgn isteri dulu bagi tau awal-awal nak berpoligami, agak2 dapat tak kawin dengan dia?

      kalau bina masjid baru sampai rosak masjid lama apa baiknya?

      jagalah hati isteri. wajib berbuat baik pada isteri kan =)

      pada wanita, lelaki juga hanyalah ujian Allah. serahkan hati pada Allah pasti tidak mampu mereka menyakitinya.

      Padam
  13. apalah yang baiknya bila hati seorang isteri dihancurkan?
    kalau ingin berkahwin satu lagi pun berbincanglah dengan isteri DAHULU, bukan sesudah bernikah lagi. pujuklah sehingga berjaya, jangan dibelakangkan perasaannya, kerana wanita itu manusia yang ada hati dan perasaan. bagaimana dia mahu menjadi seorang isteri apabila yang melukakannya adalah seorang suami? janganlah sengaja menyusahkannya kerana semua tahu ujian terhebat seorang wanita adalah emosi. janganlah jadi ujian buatnya, jadilah penyokongnya kalau benar ingin lihat dia bahagia. bukankah pemimpin yang baik perlu berkorban untuk siapa yang dipimpinnya?
    lihatlah cara nabi berpoligami, ketika bersama khadijah tidak pernah dia memilih yang lain, ketika berpoligami semuanya balu kecuali aisyah. pasti prasaan mereka lebih tenang kerana mereka pun pernah bersama lelaki lain dan mereka memang tahu mereka bersuamikan seorang rasul yang sangat menjaga hati mereka. manakala aisyah yang bongsu pasti sudah pasti lebih tenang membuat keputusan memilih dimadukan atau tidak kerana dia tidak terikat dengan perkahwinan ketika bernikah. hak berpoligami adalah ujian buat suami, sanggupkah seorang suami yang pengasih melihat air mata tidak henti-henti mengalir dari isteri yang mendampinginya? tahu kenapa isteri sangat susah menerima madu? kerana dia berharap tiada yang lain anatara dia dan suami. kerana dia berharap mereka berkongsi segalanya bersama. bila ada isteri lain, harapan ini punah, mereka akan berhenti menjadi isteri yang bercinta. mereka akan meletakkan suami bukan lagi yang teristimewa. bila hati mereka pulih, mereka tidak lagi perlukan suami seperti ini secara nalurinya. berpoligami banyak seninya, seni yang hanya mampu dimiliki lelaki yang tidak putus-putus solat tahajud dan tidak putus-putus mengalirkan air mata kerana Allah. kerana hanya lelaki seperti ini tahu wanita bukan dilihat dari segi fikah semata-mata, tapi merangkumi tasawuf dan ilmu-ilmu lain. tiada silapnya al-quran, cuma kedangkalan tafsiran yang membuatkan hati wanita hancur. sekurang-kurangnya renunglah mengapa saat nabi mengatakan apa yang melukakan fatimah, melukakan baginda ketika ali berkemungkinan memperisterikan seorang wanita lain. bukti ini menunjukkan lelaki juga merasakan pedihnya bila kakak, adik, atau anak mereka dimadukan. dan ingatlah pesan baginda supaya berhati-hati dalam soal wanita. apalah fungsi seorang suami yang bermaruah kalau tidak membahagiakan seorang isteri. berpoligami tidak salah, dan tidak juga wajib. berpoligami boleh jadi penyelesaian masalah kalau bukan berasas nafsu dan kalau dikendalikan tanpa membelakangkan manusia lain. kalau hanya menyeksa pihak lain, lepaskan dia mencari bahagia dengan lelaki yang MAMPU melakukannya. janganlah sengaja menyusahkan isteri. zalim kepadanya bermakna zalim kepada diri sendiri. quran juga menegaskan hal ini.

    BalasPadam
  14. Moga Ashraf Muslim dapat berlaku adil terhadap isteri2 nya.Tapi kenapa mesti nak kahwin dekat Thaiand?? =,=

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.