"Kami ada dua jenis produk berasaskan kelapa dara. Satu dalam bentuk cecair dan satu lagi, kapsul gel lembut diklasifikasikan sebagai makanan kesihatan tambahan. Kedua produk mengandungi 100% pati kelapa dara organik, diproses secara istimewa tanpa menggunakan haba," ujar Mohd Atief Md Zain.
Atief, 27 tahun, pengurus jualan, Treenea Sdn. Bhd dan juga pemilik syarikat.
"Pati kelapa sahaja?," soal saya.
"Treenea turut diperkayakan dengan vitamin A, D dan E, sekaligus antaranya bertindak sebagai antioksidan, melambatkan proses penuaan dan mengurangkan radang paru-paru. Semua maklumat mengenai khasiat produk ini dimuatkan di laman sesawang Treenea, (klik di sini). Cecair dalam botol panjang boleh disapu ke luka ringan dan membantu untuk menyembuhkan kulit terbakar," jelas anak kelahiran Jitra, Kedah itu.
Minyak kelapa dara Treenea juga boleh disapukan ke bahagian tumit pecah agar kembali lembut.
Dua produk ini mula dipasarkan bermula 1 Januari 2013, berharga hanya RM40 sebotol. Terdapat 60 kapsul gel lembut di dalam botol dan cecair 180 ml.
"Baru-baru ini seorang bayi kulit dia tercedera akibat terkena strika panas. Apabila disapu dengan minyak Treenea, Alhamdulillah, bahagian tercedera itu tidak menggelembung. Hanya selepas tiga hari sahaja, luka itu kering. Kisah ini dikongsikan sendiri oleh ibu bayi itu, juga pelanggan produk kami," jelas Atief yakin.
Tambah Atief, kita digalakkan memakan di antara 2 dan 4 kapsul gel lembut sehari.
Tanpa berlengah, saya kemudian menelan dua biji kapsul terbabit. Diharapkan selepas ini, anak kecil akan memanggil saya 'abang', bukan 'pak cik', biarpun usia hampir mencecah 47 tahun.
* senyum
"Produk ini juga dikenali sebagai VCO, virgin coconut oil, menawarkan banyak khasiat untuk pengguna pelbagai usia," celah kakitangan pemasaran Treenea Sdn. Bhd, Mohd Munet Shah Nasser Shah.
Munet, 23 tahun, berasal dari Pulau Pinang dan amat petah berkata-kata sewaktu memberikan penerangan berhubung produk.
"Di setiap negeri di Malaysia, kami mempunyai stokis kecuali di Sabah dan Negeri Sembilan. Jika terdapat sebarang soalan, pelanggan boleh melayari Facebook, klik di sini. Testimoni pelanggan juga boleh dibaca di halaman sama. Kami bersedia untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai pada bila-bila masa, hubungi hotline kami, 017 234 2400 atau 013 466 2020 ," ujar Atief lagi.
Saya dimaklumkan, produk ini juga sedang dicuba oleh pelakon, Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim.
Saya dimaklumkan, produk ini juga sedang dicuba oleh pelakon, Memey Suhaiza dan suaminya, Norman Hakim.
Minyak Kelapa Dara dah cukup banyak khasiatnya tersendiri tanpa perlu diperkayakan dengan vitamin A, D dan E. Vitamin A & E natural tidak mengapa. Tapi Vitamin A & E dari pemprosesan farmasi tidak boleh berjumpa kerana mempunyai risiko. Harap produk akan datang tidak diperkayakan. Semoga bertambah maju.
BalasPadamwah atief! terkenal dah skang :) dulu dc utk catalyst..sgt senang berurusan dengan dia..goodluck atief!
BalasPadam