Isnin, Februari 18, 2013

KEADAAN SEBENAR PUSAT TAHFIZ AMAL DIDEDAHKAN (BUKA MATA DAN BERTINDAK!)



Saya percaya, pembaca setia blog ini tahu mengenai kegiatan Pusat Tahfiz Amal di Kuala Kedah, Alor Setar, Kedah. Bertahun pihak pengurusan mengerahkan pelajar mengadakan 'jualan amal' di seluruh negara.

Sila baca di sini, jika anda berkebetulan melawat blog ini buat kali pertama.

Tentunya dalam tempoh lebih 10 tahun beroperasi, jutaan ringgit wang derma telah dikumpul oleh pihak terbabit. 

Kenalan lelaki saya, berasal dari utara Semenanjung Malaysia menawarkan khidmat selama ini saya nantikan. 

"Biar saya pergi ke sana dan merakamkan gambar pusat tahfiz itu supaya masyarakat tahu keadaan sebenar," katanya.

Berikut antara gambar dirakamkan oleh LENSA kamera rakan itu dan kemudian dihantarkan kepada saya.


Menurut penduduk tempatan ditemui, pusat tahfiz ini dihuni kira-kira 100 pelajar dan mereka tidak pernah bercuti.

"Saya pergi ke sana pada hari Sabtu, kira-kira jam 12 tengahari, peliknya tidak kelihatan pelajar," jelasnya.


"Tentunya menghairankan. Setiap hari pelajar diperkudakan menjual pelbagai jenis barangan di lokasi berbeza, pulang selepas lewat malam tetapi terlalu banyak tingkap pecah tidak diganti," kata rakan itu lagi.


Sekaligus timbul persoalan, kemanakah perginya wang selama ini disumbangkan oleh orang ramai kepada pelajar pusat tahfiz terbabit?


Adakah gambar di bawah,  tandas selama ini digunakan oleh pelajar lelaki dan perempuan?


Kurang berpuas hati dengan gambar direkodkan sehari sebelumnya, rakan saya memperuntukkan masa melakukan tinjauan kedua pada hari Ahad, hari persekolah biasa di negeri Kedah. 

Namun, pusat tahfiz itu tetap kelihatan lengang.

Di manakah pelajar pada hari mereka sepatutnya bersekolah? 

"Saya hanya nampak sebuah MPV memasuki pusat tahfiz itu dan tiada langsung kelibat pelajar," ujar rakan.


Adakah itu layak digelar pagar? 


Tidak kira parti mana sekalipun menerajui negeri Jelapang Padi,  dahulu BN, kini PR,  tiadakah pemimpin mengambil tahu mengenai kebajikan pelajar di pusat tahfiz itu? Mereka remaja dan kanak-kanak di bawah umur. 

Tidakkah ada pihak sudi menyiasat, kemanakah wang dikutip selama ini disalurkan? Sekaligus memeriksa samada perbelanjaan wang diterima, diaudit secara sempurna atau sebaliknya?

Sebelum ini, setiap kali bertemu pelajar kononnya membuat jualan amal, saya difahamkan mereka belajar mengaji Al-Quran selepas waktu subuh. Seawal jam 8 pagi, mereka mula dihantar oleh 'ustaz' ke pelbagai lokasi untuk menjual barangan. 

"Tidak hairan jika pada waktu tinjauan, petang Ahad, pelajar tiada di pusat terbabit kerana tenaga mereka dikerah di luar," itu tanggapan saya.

Rakan saya terdiam.

Molek benar jika Kementerian Dalam Negeri atau pihak bertanggungjawab melakukan siasatan terperinci kerana sesetengah pihak mula melihat kegiatan memperkudakan pelajar oleh pihak pengurusan pusat itu menjuruskan ke arah perhambaan kanak-kanak.

Bertindaklah.

Selama ini sebilangan pihak sibuk menuntut hak asasi manusia. Remaja dan kanak-kanak, berteduh di pusat terbabit juga manusia dan rakyat sah negara ini.

Bagaimanakah dengan hak mereka? Hak wajib dilindungi oleh kita, sekian lama menggelar diri sebagai  manusia dewasa.


Mengintai siapa? Klik di sini.

37 ulasan:

  1. SMTI: Sangat pelik kan? Dimana2 je kita sering ternampak/terserempak kelompok ini memohon derma.. tp kemanakah sumbangan orang ramai disalurkan??

    Seingat saya sejak lebih 10tahun yang lalu kegiatan kutipan amal ini telah mula beroperasi di kawasan sekitar Danau Kota, Setapak... sepanjang lebih 10tahun takkan begini sahaja bangunannya??

    Apa tiada sumbangan dr orang ramai utk anak2 inikah?atau... Sumbangan ini 'terbang' masuk poket individu2 tertentu...?

    MOga semuanya dapat dirungkaikan segera.. kesian sgt sekiranya anak2 ini diperhambakan demi kepentingan orang lain.

    BalasPadam
  2. Salam..saya baru ja bertemu dgn pelajar sekolah tahfiz tersebut malam kelmarin ketika sedang menjamu selera bersama keluarga di Putra Permai, Seri Kembangan. Kesian saya tengok pelajar perempuan ditinggalkan oleh 'cikgu' utk mengutip derma pd waktu malam.

    BalasPadam
  3. budak pompuan yang pernah abg mazidul tangkap gambar yang menjual produk suami isteri tu kini giat menjalankan perniagaan/penipuan di Putrajaya... diorang aktif di presint 9... dah 3 kali terserempak kat restoran yang sama.... takde sebarang tindakan oleh pihak berwajib....

    BalasPadam
  4. Persoalannya, kenapa masih ada ibubapa yang menghantar anak-anak mereka belajar di pusat tahfiz ini? Apa latar belakang mereka?
    Ibubapa ni tidak pernah mengambil tahu ke tentang pelajaran anak-anak, perkembangan sahsiah anak-anak?
    Sejak saya baca entri-entri pasal pusat tahfiz ni, saya mendapat gambaran seolah-olah pelajar-pelajar ini anak yatim piatu.

    Saya percaya bahawa kalau takde demand, takkan ada supply. Kalau ibubapa tidak menghantar anak-anak mereka belajar di sini, apa lagi yang mereka boleh buat?

    BalasPadam
  5. Dah dua malam saya terserempak dengan budak2 ini di Kota Bharu, Kelantan. Yang sorang tu maki saya bila saya tanya macam2 kat dia dan btau mazidul dah banyak kali dedahkan hal mereka di blog dan tv. Kesian... budak2 diperkudakan untuk kepentingan ntah berapa ekor haiwan bertopengkan manusia ini. Tahfiz konon... Tahfiz kepala bapak dia.. Sekali lagi aku jumpa gerenti aku pegang dan heret ke balai polis.

    BalasPadam
  6. Saya pun berfikir sama macam AUDRA SAZREENA .. tak kan ler mak bapa begitu dayus atau tutup mata .. buat tak per je .. anak-anak mereka dibiar berniaga merata tempat tanpa batas waktu dan hari. Nak kata mak bapa tak tahu; mustahil juga. Ok ..maybe dia org anak yatim piatu. Takkan lah pula tak der mak pak sedara ke yang ambil tahu. Dah lama masalah ni berlaku .. bukan sejak KEDAH di bawah pentadbran PAS .. so jangan nak menyangka salah pemmpin negeri KEDAH sekarang sahaja. Saya rasa pihak pentadbr sekolah agama ni tentunya seorang yang ada kepentingan atau kabel besar dengan ' somebody ' atau dia ada baca ' ayat power ' :) sehinggakan KITA nampak apa yang berlaku tapi kita macam hanya boleh buat TAK TAHU je ... ntah lerrr ..

    BalasPadam
  7. Selagi kanak2 ni tak hilang atau tak belaku pekara di ingini selagi tu lah kegiatan ni akan beterusan.. Bila 1 musibah belaku barulah pihak2 atasan..

    BalasPadam
  8. Terima kasih Mazidul kerana konsisten mengetegahkan isu Tahfiz Amal ini. Kami bekas pengajar dan pelajar di tapak ini yang dulunya adalah SMA AlFalah hanya mampu memerhati dan bernostalgia.... Bagi saya, JHEAINK dan MAIK yang kena bertindak. tapi, entahlah..... saling menuding agaknya..

    Izinkan foto di sini disimpan untuk kami terus bernostalgia dengan sekolah yg sedang dijajah itu.... di dalam blog dan fb.

    BalasPadam
  9. 12.30 tghari tadi, makan di shah alam. ada pelajar dr Pusat Tahfiz Amal mengutip derma dan menjual produk. Fasiha bt Azman katanya. Umur 14 thn. Dtg dr Kedah. kesian tengok mukanya. tak takut pd polis. Bila ditanya, ada saje jawapannya. Saya pelik, saya bekas guru tahfiz. takdepon kes pelajar saya kena buat kutipan. takdepon kena jual produk.. Macamana nak basni benda ni En.Mazidul? apa ikhtiar kita?.. ada sesiapa ke yg boleh paparkan aktiviti mereka ni dan tayang kat Majalah 3?.

    BalasPadam
  10. Salam Saudara Mazidul
    Saya pun pernah jumpa budak-budak 'Tahfiz Amal" ni kt Kuching Sarawak. Bila ditanya..ada saja jawapan..dan diaorg kata tak takut polis sbb tak buat apa-apa kesalahan.
    Saya cadangkan Saudara Mazidul bawa isu ni ke Tv pulak..baru pihak berkenaan bukak mata.. T kasih

    BalasPadam
  11. Permasalahan ini telah lama berlaku, betul tu telah berlaku lebih drpd 10thn, saya bukan sahaja pernah bertanya dgn budak2 ni malahan hampir bertumbuk dgn ustaz mereka di hadapan CIMB Sec9 shah alam disaksikan oleh org ramai. Sy ada membuat laporan kpd pihak berkuasa tapi tak ada tindakan. Saya cadangkan utk memastikan tindakan diambil oleh pihak berkuasa, duit kutipan yg akan disita nanti akan di kongsi bersama dgn pihak berkuasa barulah akan selesai masalah ini.

    BalasPadam
  12. wahai orang-orang kampung semua...jeng...jeng...jeng...senang ja, kita pakat2 jangan huloq la kat budak2 tahfiz ni. kalau betul kita nak beramal, carilah tempat yang sesuai. mulai harini kita stop huloq kat budak2 tahfiz yang dok merayap ni!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju....itu je cara nya.....pakat 2 sudah tau....jangan derma........tengok dia susah dak....dia dekat dengan tempat saya...saya pun pernah dijemput kenduri sambutan maulidurasul..tumbang 20 ekor lembu.buat hadiah macam 2.motor/tv/basikal dan macam 2 lagi ....bagi duit kat budak 2....saya agak mau 2 atau 3 juta habis....lepas tu dia buat kenduri tu pulak 2 atau 3 kali setahun....bermakna 6 juta lebih kurang setahun ....dia duduk berhampiran tempat saya tu dah lebih 5 tahun.....tak pernah pula dia mintak bayaran...kadang 2 bagi duit lagi pada yang hadzir...hadiah pun x di kena kan bayaran....dia akan buat macam tu...setiap kali kenduri... kalau betul salah tangkap je....lepas tu siasat la....kan bn memerentah.....malaysia bolih...

      Padam
    2. Tak tau nak kata.....kalau salah tangkap la.....tapi sudah 4 atau 5 tahun dia selalu buat kenduri...sekali kenduri 20 ekor lembu + macam 2 hadiah.....semua percuma...setahun 2 atau 3 kali kenduri ....panggil seluruh kampung termasuk kg saya..... sekali kenduri mau 2 atau 3 juta RM yg habis .kalau 2 kali setahun .
      agak 2 berapa habis .patut nya kalau salah .....hukum...kisah ni bukan nya baru....budak 2 buat kutipan dah lebih 10 tahun ....sm amin duduk dekat tempat saya pun dah 5 tahun brapa punya lama kegiatan sm amin ni..tak tangkap pun.....ini kan zaman Dato Najib....malaysia bolih....raayat didahulukan pencapaian di utamakan.....TANGKAP SIASAT.

      Padam
  13. Terima kasih bro mazidul atas pendedahan demi pendedahan ini.saya cukup simpati dgn anak2 malang ini.yang peliknya mrk betul2 dah di brain wash oleh guru2 sbb mrk langsung x takut dgn undang-undang.kalau ada org nasihat pun mrk x ambil peduli.habis kuat,ustaz alihkan pusat operasi mrk ke tmpt lain.itu saja.tapi masih ada lagi kes ni,hingga skrg x selesai.sy kdg2 dipandang sinis oleh bbrp org kwn bila enggan bagi sumbangan kt budak2 ni.sy dah tegaskan byk kali,kalau hasil sumbangan ni utk bdk2 ni,demi Allah sy akan bagi.tpi dek memikirkan hasil sumbangan ni pergi ke poket 'pihak lain',mmg sy tak akan keluar sesen pun.mslh nya org Msia pemurah sgt.tanpa usul periksa terus bagi kononnya sedekah sdg kan inilah yang merangsang lebih ramai lagi sindiket seumpama ini berleluasa.

    BalasPadam
  14. Saya pun bru terkena kerana kesiankan budak yg dtg untuk minta derma. Kat kluang kol 10mlm..pelajar form 1l...plajar lelaki..Atas dasar kesian saya hulurkan derma tapi bila bg resit bru saya perasan pusat tahfiz amal kat kedah ni kali ke2. Nampak gaya saya x boleh murah hati pada org...nak derma baik derma kat surau aje...

    BalasPadam
  15. saya rasa ibu bapa g mengantar anak2 mereka ke sana mungkin yg dari golongan susah dan miskin..yg mmg tak mampu nk jaga anak mereka. jadi mungkin 1-2 org anak dihantar ke situ. apa yg berlaku pd anak mereka, tak byk yg mereka boleh buat, sbb nk jaga sendiri pon tak mampu.mungkin la, ini pendapat saya. dan memang kita boleh stop hulur derma pada budak2 ni, tapi concern utama kita sekarang adalah nasib budak2 ni yg digunakan sama spt peminta sedekah..kesian diorg ni. kalau boleh kita nk tumpaskan la sindiket ni dan budak2 ni dpt teruskan hidup secara normal, belajar..bukan dr pagi smp mlm gi mintak derma..tak pegi sekolah..harap encik mazidul dapat cara utk dedahkan hal ini kepada pihak berwajib..

    BalasPadam
  16. saya ada dapat nombor ustaz barden yang ada budak bagi kat saya kat dalam resit dia. dipersilakan check: 019-475-2050.
    http://m.ak.fbcdn.net/sphotos-b.ak/hphotos-ak-ash3/563770_4046786347335_496228314_n.jpg

    BalasPadam
  17. Sgt kesian smpaikan sye&suami kerap mberi je tnpa tye pape..xsmpai hati kot..shgga baru2 ni kami ke seremban & benti isi myk..didatangi seorg budak lelaki..nk minta derma..suami sye tye pd budak tu..bkn tu ari die ada di putrajaya ke?..bdk tu jwb..dieorg pegi ke semua tmpt..& ble suami sye tye mcm2..bdk tu cuma ckp trima kasih&pergi..haihh..pihak bkuasa yg bkenaan takkan xde yg prasan ttg mslh ni..xde tindakan lgsg ke??

    BalasPadam
  18. Ya Allah..hati bercita2 hendak htr anak ke pusat tahfiz...belajar ilmu hal elwal Al-Quran dan dunia...x sangka ada segelintir manusia yg memperkudakan anak2 tahfiz...mohon kerajaan ambil tindakan sewajarnya...mazidul....anda pelopor dan penyelamat kepada mereka yg berhak utk dpt hak sebenar mereka...ayuh teruskan mission anda sehingga terbongkar rahsia pihak yg tidak bertanggunghjawab :)

    BalasPadam
  19. Entri yang menarik dan sememangnya masalah ni perlu diatasi.Persoalannya siapa yg perlu dipersalahkan ?
    (a) Ibu Bapa - ramai ibu bapa sibuk mengejar wang untuk menampung beban yang perlu ditanggung setiap bulan. kelekaan mencari wang ini menyebabkan ramai ibu bapa terlepas pandang dengan pendidikan anak mereka samada di sekolah mahupun di rumah
    (b) Pihak berkuasa - perlu menjalankan lawatan untuk memantau prestasi sekolah. Samada Kerajaan atau Persendirian, mereka perlu turun untuk mengenalpasti sekolah yang "bermasalah" supaya sekolah ini dapat dibungkus lebih berkesan. Pemantauan ini bergantung kepada kuasa diberikan kepada mereka (cth : Sklh Kerajaan - PPD, Sklh swasta - PPD, JAI Negeri (Sklh Agama))
    c) Kerajaan - Asas kepada permasalahan. bantuan perlu disalurkan kepada mereka yang layak. Jangan jadikan bantuan itu sebagai teknik pancing undi tatkala PRU semakin dekat. Pemantauan berkesan dan pemberian kuasa yg secukupnya perlu diberikan kepada pihak berkenaan untuk menjadi pemudahcara antara kerajaan - sekolah - ibu bapa. Kerajaan juga wajib memikirkan kaedah dan program yg sesuai untuk mengurangkan beban dan menjana isi pendapatan rumah rakyat agar ibu bapa mempunyai masa yang cukup untuk memantau anak mereka.
    d) orang ramai - seperti biasa, membantu pihak berwajib melaksanakan tugas dengan memberikan maklumat yang konkrit (photo, video) so that maklumat itu bukan hanya berbentuk lisan

    Kesimpulan : Kita semua tidak terlepas dari tanggung jawab untuk memakmurkan negara.

    BalasPadam
  20. Siapalah kita nak lapor pd pihak berkuasa...wahal pekara ini telah didedahkan oleh mazidul..tp masih ada budak2 yg dipergunaka..MANA PERGINYA PEMIMPIN KERAJAAN N PEMBANGKANG adakah mereka tak terperasan akan perkara ini...atau tidak ada kepentingan POLITIK bg mereka..SIAPA SEBENARNYA SM AMIN???

    BalasPadam
  21. Ini bukan masalah baru...dah lama sebelum PR ambil alih Kedah lagi..harap jgn tuding menuding..kena sama2 cari jalan dan ambil tindakan.

    BalasPadam
  22. On 6th May 2013 di Paparich Shah Alam Section 13, a young boy asked for donation. I gave and was curious on the pusat and came across this blogpost. I am writing to the Kedah MB via twitter in case he has not known of the pusat.

    Thanks.

    Suhana.

    BalasPadam
  23. saya baru je hulurkan derma kepada seorang perempuan yang menjual produk sewaktu saya isi minyak kereta di RNR Seremban Arah Utara. Pada mulanya dia offer untuk menjual produk..tapi kalau x bli produk pun xpe..just bagi derma untuk anak yatim..saya diberi resit derma yang tertera nama Pusat Tahfiz Amal. saya cuba telefon nombor yang tertera di resit, tapi x berjawab.

    Rasa tertipu pulak..Moga perempuan tu disishkan daripada rezeki yang haram..

    BalasPadam
  24. saya bnyk kali derma..nama Pusat Tahfiz Amal.mula2 sy ikhlas bg.Skrg sy ada syak lah,mana pegi org yg sepatutnye,ke dia mkn duit ats angin jerk.dia gunakan budak2 nie,ade hari tu sy n suami mkn digerai di senawang,bdk pempuan tu dtg jual produk,xbeli pn derma pn boley.seolah2 ayat dia memaksa kite derma,dia tnggu juga.sy derma jugalah.selang 2 hari sy pulang di jb.sy n suami mkn di dataran johor,mkn steamboat.bila dia ckp ngn suami sy minta derma,sy cam suAra tu n muka.sy pusing tgk pmpuan tu,sy ckp bkn ke u nie ade mnta dkt senawang...i still remember u.sy xlupa.baru jmpe 2 hari lepas sy xkn lupa. aritu kata dtg dr kedah.ni dah lain pula..dia boley ckp ddk jb pula,sy ckp lah smpaikn sy berlakon sy ckp sy keja jbtan agama,bdk tu bley mnjwb lg.sy da lbih umur,.sy ckp g,resit nie smua org boley cetak dik.xkn mak cik tua pn boley dtg derma ats nama Pusat Tahfiz.bila sy mnta ic,dia jln terus...minta yg berkenaan ambil tindakan kpd org yg xbertimbang rasa ini.

    BalasPadam
  25. Mohon pihak berwajib ambil tindakan,siasat sampai akar umbi...berpuluh tahun dah pusat ni menjalankan aktiviti jualan & kutipan derma,baru sebentar tadi ada budak lingkungan 14 thn datang kutip derma dgn saya,masih operasi aktiviti mereka?? Lagi menghairankan,ibubapa mana yg hantar anak mereka ke pusat tahfiz amal ni...

    BalasPadam
  26. saya dah terserempak tiga kali dengan seorang wanita lingkungan 20 an , pertama di uptown cheras sempat saya membeli madu yang di jual , wang itu termasuk wakaf katanya , tapi saya beli kerana allah ingin membantunya , biarlah orang yang bertanggjawab atas penipuan dan kepada pelajar , buat kali yang kedua dan ketiga di kawasan ampang , tapi saya menolak untuk membeli .

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum...

    Semalam saya pergi dua tempat shah alam dan selayang...
    Di shah alam sekitar pukul 12 - sewaktu sedang makan di sebuah restoran di seksyen 7, pelajar dari sekolah ini datang minta derma. Tapi saya x bagi...

    Malam di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang, budak yang berlainan tapi dari pusat tahfiz yang sama ada datang untuk meminta derma juga...

    Kesian tengok apabila anak-anak muda yang sepatutnya menjadi pemimpin negara di masa hadapan di pergunakan sebegini. Saya nak buat report tapi x tau kat mana...

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum Mazidul,

    Mazidul, sy minta sangat2 la... bw isu ni ke pihak yg berwajib...
    kesian tgk diorang.. sy dh beli produk diorang 2 kali... TAPI memang
    niat saya nak beli produk 2.. sbb pakai mcm best jer. tp sblom sy beli kali
    ke 2, sy tanya dia bdk perempuan ni.. umur brapa (22 tahun..), xskolah dah ker?
    (x, umuq dah besaq x skolah.. buat kerja amal), awat x p sambung blajaq? smbng kt
    mesir ka? jordan ka? (sy pilih buat kerja amal dulu)... nk kata dia tipu, sy xtau la.
    sbb niat nk beli produk ja... tp la.. kalau sy dh cukup kumpul doit tuk kawin, dh lama
    saya tarik bdk ni kluar dr masalah ni kawin jer ngan dia.. tp malang nya... sy xla dpt
    kumpul bnyk2.. elok2 kumpul, moto buat masalah, keta buat masalah, rumah kena msk
    pencuri... doit dok buat kluar jer... nk tanggung kos2 lain lg... huhuhu~ PERSOALANYA,
    DIMANAKAH DOIT 2 PERGI?

    BalasPadam
  29. x sangka.penipu rupanya..saya sekeluarga pun kena tipu jg lah kalu mcm tu.suami ada la beli produk dia dgn sorang ustaz ni.siap dia promote bekam lg.so kitaorg pun dgn niat nak menderma,ambik lah bekam jg.ustaz tu ckap duit yg kitaorg bg tu utk derma kepada pusat tahfiz amal sm amin..harap ada pihak yg berwajib ambik tindakkan keatas perilaku yg sebegini..kenapa la,pihak yg berwajib terlepas pandang dgn isu ini,walhal dh byk kali di utarakan..berharap org ramai peka dgn isu ini dan jauhkan dari memberi derma pada golongan penipu..kalu nk menderma pun biarlah ke dalam tabung masjid ataupun surau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mengapa seolah-olah tiada tindakan keatas yang bersalah itu????????

      Padam
  30. Minta pihak berwajib buat pemantauan.kesian tengok anak2 nie.sepatutnya masa muda untuk belajar.untuk matlamat dunia akhirat.hari ahad lepas jumpa kat jb.hari khamis jmpe kat putrajaya.sama jer dr sekolah tahfiz amal yan kedah.sepatah tanya , sepuluh jawab.tolonglah pakat jaga imej Islam.jangan mempergunakan agama.sek pondok kat kg saya x der pon diorg mintak sedekah.tapi org kg yg bagi bantuan.Wasalam

    BalasPadam
  31. Assalammualaikum wbt....
    baru2 ne di SK Rugading, Tuaran Sabah...kebetulan masa tu sy sdg praktikal d sklh tersebut....ada 3 org wanita yg mengaku bahawa mereka drpd sm amin...projek mereka skrg...mereka buat gerakan dari daerah ke daerah dan masuk ke sekolah untuk buat rawatan reflekselogi kaki dgn bekam...mula2 sy xtau pun pasal sm amal ne..terima je bulat2 bila wanita tu ckp hasil rawatan ne untuk amal...pastu dia ada tawarkan untuk beli herba madu, gel herba dan ubat buang bahan toksix d perut sbb ini yg terbaik utk cikgu.....sy ckp sy xda duit nak beli..baru budak praktikal bkn kerja pun..tapi dia mcm paksa2 sy untuk beli.so, sy pun beli la herba madu habbatussaudh tu..dgn harga rm120..mintak diskaun dpt free gel herba je....tpi sbb xtau pun pasal pusat thfiz ne...ingt niat nak sedekah kt tahfiz tu ke......tpi bila dh balik rmh tergerak hati nak google pasal sm amal ne.....terkedu jap....huhu...

    skrg ne dorg buat program on road pusing 1 Malaysia kononnya....lepas datang Tuaran, wanita tu ckp dorg akan ke Keningau..sebelum ne dorg dh habis pusing satu Sarawak...

    Kalau betul lah badan amal ne menipu.........sy sgt rasa tertipu, marah, kecewa, geram
    Kalau betul dorg xtipu Allah sahaja yg mampu balas~~~

    BalasPadam
  32. Assalamualaikum saudara Mazidul, saya didatangi seorang remaja lelaki berkopiah me minta derma semasa kami sedang makan disebuah restoran di Putra Kajang tengahari semalam.

    Dia memberi salam & menunjukkan surat kebenaran drpd pihak berkuasa siap dengan chop jabatan kerajaan sekali untuk Pusat Amal Tahfiz yg beralamat di Kuala Kedah mukim Kangkung.

    Saya tergerak hati utk periksa kesahihan kutipan derma oleh remaja terbabit & terkejut bila membaca blog saudara ini.
    Saya percaya perkara yg telah saudara dedahkan sekian lama ini masih berleluasa & saya fikir ada individu penguatkuasa kerajaan terlibat sama melihatkan penipuan sebegini dibiarkan beoperasi bertahun tahun.

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.