Kira-kira dua tahun lalu saya terserempak wanita Myanmar di bawah. Ketika itu dia mengutip derma kerana mendakwa ibunya diserang pelbagai jenis penyakit.
Saya masih ingat sebaik gambarnya dirakamkan, dia berang. Pantas bangun dan menghilangkan diri.
Hari ini, sekali lagi, saya terserempak dengan wanita sama. Dia masih lagi menadah bekas plastik sama tetapi memaparkan informasi berbeza.
"Sebelum ini awak mengutip derma untuk emak sakit, dia sudah sihat ke?," soal saya.
Dia hanya mendiamkan diri.
"Sekarang ini, mengutip derma untuk siapa pula?," soal saya lagi.
"Nenek saya sakit," balasnya.
Saya teliti tulisan di bekas plastik dipegang, hanya nama 'pesakit' diubah manakala jenis penyakit sama. Terlintas di hati, mungkin penyakit itu diwariskan secara turun temurun.
Tanpa diminta, dia mengeluarkan MyKad dari beg tangan.
"Saya memang lahir di Malaysia, anak empat orang, umur di antara 3 dan 8 tahun," katanya.
"Mana suami awak?," tanya saya.
"Suami saya sudah kena tangkap. Dia bekerja mencari besi buruk dan ditahan kira-kira 6 bulan lalu kerana menunggang motosikal tetapi tiada lesen," katanya.
"Itu balasan kerana memandang remeh undang-undang negara ini. Adat orang berdagang, bukan begitu," kata saya.
Zaharah kemudian beredar tanpa menyedari saya mengekorinya.
"Tadi awak kata nenek sakit. Macam mana orang sakit awak boleh bawa sampai ke sini? Naik bas dari Ampang. Mengapakah awak tidak mengutip derma di Ampang sahaja?," soal saya.
Wajahnya masam bak cuka tetapi enggan menjawab soalan dikemukakan.
"Dua tahun lalu, apabila saya berjumpa awak, awak sihat. Sekarang nampak bertambah sihat. Mengapakah awak tidak bekerja?," tanya saya lagi.
Dia dan neneknya kemudian bergegas beredar.
Apapun, dia begitu berbangga sewaktu menunjukkan MyKadnya berstatus warga sementara kepada saya.
Setelah didesak, akhirnya Zaharah mengaku, neneknya sesekali semput akibat diserang astma berikutan usia mencecah 80 tahun.
Sebelum beredar, saya memperingatkan wanita itu supaya tidak memberikan neneknya minum Milo ais nanti dada sejuk.

Sedang pengemis warga asing memperdayakan masyarakat sekian lama, nasib peniaga Pasar Tani tidak terbela.
Sebilangan mereka menunaika solat subuh di stesyen minyak dan juga di pinggir jalan BERHAMPIRAN Kompleks Muhibbah Petaling Jaya.
Walhal di kompleks itu surau sedia ada.
Mengapakah begitu sekali nasib mereka? Malaysia negara majoriti dihuni oleh umat Islam dan Islam agama rasmi.
Baca kisah mereka di sini.
Sila hebahkan kisah ini agar peniaga beragama Islam dibenarkan bersembahyang kembali di surau Kompleks Muhibbah Petaling Jaya.
muda lagi - tahun 86... belum 30 tu umur dia... haih... kenapa la malas bekerja?
BalasPadamSalam bro mazidul. Bercakap pasal mintak derma ni, cuba bro sesekali kalau ada masa pergi ke Mines Wonderland, Serdang. Minggu lepas hari Ahad (27/1/13) saya ke sana. Ada wanita minta derma pada saya. Beliau dari Filipina. Tak boleh cakap BM. Berpakaian ok. Katanya derma untuk rumah anak yatim seluruh Asia. Dia bawa pamphlet mengenai derma yang dia minta tu. Saya memang tak percaya. Saya tak baca pun pamphlet dia. Saya tanya macam-macam. Dia nampak macam risau sebab kena tanya banyak terus tinggalkan saya. Maybe sebab takut. Saya syak dia tu kerja biasa di Malaysia. Hujung minggu dia buat 'job' cari duit lebih kot.
BalasPadamorang Malaysia kan murah hati,suka bagi derma,jadi orang ambil kesempatanlah.Lagipun bukan ada orang tangkap.Kalau kena tangkap,bukan susah,bebas nanti minta sedekah lagi. Kalau kena hantar pulang,nanti masuk bawa kaum kerabat.Apa susah,sehari boleh dapat ratus2.Kalau kerja,kering badan pun mana dapat gaji sebanyak tu.
BalasPadamAssalam..di melaka pon ada kes mcm ni..bertahun-tahun kutip derma di pasar malam..katanya untuk masjid...ada juga slip yg dsertakan..pernah ada seorang perempuan bertanya, adakah masjid masih belum siap setelah mengutip derma masjid yg diberikan bertahun-tahun? tetapi pcik tu tdk menjawab..sy pelik...
BalasPadamkita bukan tak mahu bagi derma, tetapi sbg mnusia kita sndri berfikir, org yg sama kutip derma bertahun2...di tempat yg sama...
Assalamualaikum Bro Mazidul,
BalasPadamWalaupun saya setuju saudara tegur peminta sedekah berkenaan demi kepentingan umum, tapi kita tiada hak paparkan maklumat individu di blog ini.
Trend ini merbahaya. Saya harap saudara dapat padamkan gambar kad pengenalan peminta sedekah itu.
Kalau nak hantar maklumat ke Jabatan Kebajikan Masyarakat pun, bukan begini caranya.
Apapun, teruskan usaha murni bro!
Salam saudara Mazidul.
BalasPadamAkak pelik betul dgn manusia mcm ni, tak berasa bersalahkah menipu sepanjang masa, makan duit hasil penipuan...badan masih sehat carilah duit halal, biar hidup pon berkat. Lagi satu yang akak tak faham ttg ic si wanita tu....Permaustatin sementara.....mintak saudara jelaskan.
Abdooss, salah kenapa?
BalasPadamCuba terangkan, mengikut undang-undang mana?