Jika diperhatikan, banyak tiang telefon dan elektrik juga pokok, kini menjadi mangsa kepada pengiklanan haram.
Pelbagai perkhidmatan ditawarkan namun menggunakan ruang iklan tidak sah sekaligus melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Lihat tiang lampu trafik di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor ini.
Iklan haram ditampal secara semberono tanpa mempedulikan keselesaan masyarakat memandang.
Saya difahamkan, penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya, MBPJ, berulang kali menanggalkan iklan terbabit tetapi kemudian ditampal dan diikatkan semula ke tiang.
Syarikat menjual kereta pula tidak terkecuali menggantung iklan di dahan pokok.
Kenderaan dijual berharga puluhan ribu ringgit tetapi masih ingin menggunakan kaedah pengiklanan haram kerana percuma.
[ Klik di sini untuk 'Makan Free' ]
"Penggantung iklan datang menaiki lori pada siang hari kemudian menggunakan tangga untuk menampal iklan di tiang. Sebilangan mereka turut membuang papan iklan syarikat lain dan meletakkan iklan mereka di tempat paling tinggi sekali," lapor pengawal keselamatan.
Ternyata kini semakin banyak tiang dilacurkan.
Kepada penguatkuasa MBPJ bertanggungjawab, mohon tanggalkan semua iklan haram terbabit.
Saya telah membuat aduan melalui pesanan ringkas kepada pihak berkuasa tempatan itu pada jam 2.28 petang tadi.
Jangan iklan haram sampai ke puncak ...
Bimbang, nanti masyarakat setempat melihat kakitangan MBPJ tidak menjalankan tugas sepatutnya.
Itu sahaja.
Usah menjadi seperti ADUN Kota Damansara, Dr. Nasir Hashim, hanya mendiamkan diri, 5 soalan penting masih belum dijawab lagi, klik di sini.
Ayooooooook!
dia bagi chance kat peniaga kot... aku fikir positif..hahahhaa
BalasPadam#Bukan runtuh, tapi sedikit kejatuhan jer.
Cadangan:
BalasPadam1. Pihak berkuasa boleh call no2 yg tertera.
2. Minta mereka datang ke satu kawasan.
3. Lakukan pemeriksaan roadtax, ic, visa, etc. Secara serentak.
tertipu dgn tajuk hihihi
BalasPadamPBT dah "kenyang" kot. tu sebab tak kesah walaupun ada iklan yang menutup papan tanda trafik.
BalasPadamSetakat tanggal semua notis sampah tu tak cukup. Nombor handphone tu kan ada. Boleh saja ambik tindakan - denda, block incoming call or outgoing call.. apa saja untuk mengajar mereka ni mematuhi undang-undang.
BalasPadamTak payah nak beri muka kat diorang ni. Law abiding citizen tak cari makan cara macam ni ok.
wah,sampai penuh tiang..bila nak ambik tindakan ni?menyampah tengok...
BalasPadam