Jumaat, Februari 22, 2013

RAMAI TERGAMAM MENYAKSIKAN KUCING TERBANG

"Kita naik helikopter," kata rakan setugas.

"Ha?," kata saya.

Kami kemudian bergerak ke Lapangan Terbang  Sungai Besi,  Kuala Lumpur sebelum diterbangkan ke Bukit Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor.

Teruja, itu perkataan mewakili perasaan saya sebaik helikopter mendarat selamat di padang sekolah tidak jauh dari tapak Festival Layang-Layang Sedunia. Bukan teruja kerana pertama kali menaiki helikopter tetapi terpesona melihat  keunikan  pelbagai jenis layang-layang tidak pernah saya saksikan sepanjang hidup saya pada waktu itu.

Saya diberikan peluang mengendalikan siaran langsung program khas dipancarkan untuk tontonan masyarakat di seluruh negara. 

Peristiwa itu  berlaku lebih 17  tahun lalu. 

Kini festival  memukau mata dunia terbabit telah mencecah usia 18 tahun dan masih terus berlangsung.


Sejak dianjurkan oleh Kerajaan Johor melalui Majlis Perbandaran Pasir Gudang, MPPG, Jabatan Pelancongan Negeri Johor, Majlis Pelayang Malaysia dan Persatuan Pelayang Johor pada tahun 1995,  festival sama berjaya menarik minat hampir  2 ribu peserta dari seluruh dunia. 

Perhatikan antara layang-layang  unik diterbangkan oleh peserta tempatan dan antarabangsa di tapak festival.  

Buaya, kucing, sotong, ikan, semua terbang bebas di udara.


Flying  Red devils? 


Saya berasa amat yakin, kanak-kanak pastinya antara kelompok penonton paling gembira menyaksikan sajian festival berlangsung di antara 17 dan 24 Februari 2013 itu. 

Pembaca dan ahli  keluarga mempunyai masa terluang masih berpeluang berkunjung ke Pasir Gudang pada  hari Sabtu dan Ahad ini untuk menyaksikan pengisian festival itu secara PERCUMA.


Banyak gerai disediakan oleh pihak penganjur, andai pengunjung berminat untuk membeli layang-layang. 

Yang Dipertua MPPG, On Jabbar@Jaafar berkata ...

"Kita juga mengadakan pertunjukkan layang-layang dipersembahkan oleh peserta antarabangsa serta menganjurkan persembahan kebudayaan pada setiap malam. Antara artis jemputan, Ayai, Saleem dan kumpulan Spider," kata Yang Dipertua MPPG, On Jabbar.

Ujar On, peserta dari hampir 40 negara dunia, antaranya China, Jepun, England, Perancis, Belgium, New Zealand dan Australia mengambil bahagian. Negara baru mengesahkan penyertaan,  Zambia, Colombia, Russia dan Ukraine.

Tentunya sebagaimana tahun lalu, festival kali ini turut menampilkan layang-layang peringkat ASEAN. Kategori layang -layang dipertandingkan, Ciptaan 2-D, Train Kite dan layang-layang Rokkaku 5 kaki. Sebilangan layang-layang istimewa diterbangkan oleh peserta pada waktu malam, menggunakan cahaya LED," tambah On lagi.


Biarpun pelbagai jenis layang-layang rekaan peserta dari luar negara diterbangkan di ruang udara Johor, wau bulan tidak dilupakan.




6 ulasan:

  1. Wahh.. bestnyer...saya yg dewasa pun teruja kalau berpeluang ke festival seperti ini..:))

    BalasPadam
  2. lagi best kalo anwar ibrahim ngan chinadoll terbang....haha

    BalasPadam
  3. Bestnya... xsempat plak nk blk kg kalau mcmtu... kenapa dekat KL xnak adakan acara yg mcm nie erk? :D

    BalasPadam
  4. Tak sabar nak tengok majalah 3 mengenai hobi mengumpul jam tangan..

    BalasPadam
  5. Pesta yang menghimpunkan keluarga untuk santai-santai dalam seni warna-warni!!!

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.