Khamis, Februari 14, 2013

BENDERA BARU TELAH DISERAHKAN! HIDUP JALUR GEMILANG!

Setelah 12 hari kisah Jalur Gemilang  koyak-rabak dikibarkan di Kompleks Muhibbah Petaling Jaya, jam 1.40 tengahari tadi, seorang daripada penduduk Kota Damansara juga pengunjung tetap Uptown D' Kota telah membelikan bendera Malaysia dan Selangor.

Dua bendera itu kemudian diserahkan kepada pemuda mendakwa pengawal keselamatan kompleks itu.


Pengawal keselamatan bertugas dilaporkan tiada di dalam pondok tetapi duduk di tempat teduh di dalam kompleks terbabit.


Lelaki terbabit hanya memohon agar Jalur Gemilang dan bendera Selangor baru itu dikibarkan di lokasi menjadi tumpuan umum.

Turunkan bendera lusuh dan koyak-rabak itu.

Kompleks Muhibbah Petaling Jaya dilaporkan 'dijual' oleh PKNS kepada syarikat swastatanpa identiti. Lebih setahun tiada kelihatan papan tanda hak milik di kawasan sekitar.

Hidup Jalur Gemilang! Hidup Malaysia! 

Bersama kita tunggu, adakah Jalur Gemilang bakal dikibarkan secepat mungkin atau sebaliknya.

Harga bendera hanya RM7.90 sehelai BUKAN RM7.9 juta.

Klik di sini dan di sini.


Baca juga di sini.


3 ulasan:

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.