Khamis, Februari 14, 2013

YB DAN MB TERUS MENYEPI BERHUBUNG ISU IDENTITI SYARIKAT PEMILIK KOMPLEKS MUHIBBAH PETALING JAYA

Kejadian jarang berlaku, ditangkap, direman dan dijatuhkan hukuman dalam tempoh saya anggap singkat.


Tahniah kepada pihak polis, pendakwa raya dan mahkamah. Pesalah, Leong Pei Koe mengaku bersalah menunjukkan isyarat lucah kepada DYMM Raja Permaisuri Agong dan pegawai polis mengiringi Tuanku. Koe diberkas pada 11 Februari dan dijatuhkan hukuman dua hari kemudian.

Klik di sini.


Lazimnya, kita sukakan tindakan pantas. Pantas dalam proses menghukum pesalah dan pantas memberikan penjelasan berhubung soalan dikemukakan oleh masyarakat. 

Berikut petikan kenyataan menggunakan perkataan 'pantas' di Keadilan Daily.

'Malaysia wajib bertindak pantas kerana bukan sahaja DS Najib telah menobatkan Malaysia sebagai mempunyai 'Demokrasi Terbaik' di dunia malah .....'

Klik di sini.

Amat molek jika pihak PKNS, MBPJ, ADUN Kota Damansara dan Menteri Besar Selangor memahami maksud perkataan pantas untuk menjawab semua soalan saya timbulkan sejak 2 Februari lalu. 

1.  Adakah Kompleks Muhibbah Petaling Jaya di Kota Damansara dijual oleh PKNS kepada syarikat menjadi pemilik terkini secara tender terbuka atau direct nego?

2. Berapakah harga kompleks pernah dijadikan pasar basah untuk penduduk Kota Damansara itu dijual?


3.  Mengapakah papan tanda (tembok simen) dengan lambang MBPJ masih tidak dirobohkan?


4.  Mengapakah setelah  lebih setahun dibeli, masih tiada papan tanda menunjukkan nama  syarikat pemilik? Mengapakah PKNS tidak mengarahkan syarikat terbabit menaikkan papan tanda?


5.  Adakah syarikat pemilik kompleks memiliki lesen dikeluarkan oleh Bahagian Perlesenan MBPJ untuk beroperasi sebagai pusat perniagaan?


6. Benarkah tanah di sekitar Kompleks bakal dimajukan sebagai kawasan perumahan?

7. Mengapakah ADUN Kota Damansara, Dr Nasir Hashim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim masih membisu? Sebagai pemimpin mereka antara individu sepatutnya tahu mengenai perincian  transaksi penjualan harta kerajaan negeri.


8. Mengapakah hanya bendera Selangor lusuh dan koyak-rabak dikibarkan di pintu masuk kompleks sahaja diturunkan setelah ditegur di blog ini sedangkan Jalur Gemilang berkibar longlai sehingga pagi tadi masih dibiarkan?

Klik di sini.

Tindakkah ada seorang pun daripada pemimpin PR di Kota Damansara prihatin dan ingin mengambil tindakan?

Adakah soalan di atas hanya bakal dijawab selepas Pilihan Raya 13? Sementara itu Pakatan Rakyat ingin  membiarkan pengundi meneka dalam kesamaran? 

Perlukah isu ini diperbesarkan oleh media arus perdana untuk pihak bertanggungjawab memberikan kecerahan berhubung soalan dibangkitkan?

3 ulasan:

  1. berani kan dia buat isyarat lucah kat Permaisuri Agong.. wahhh hebat sungguh budibahasa... :P

    haaaaaii mcm nak 'runtuh' je parti tu...

    BalasPadam
  2. Semuanya sbb kurang nya ajaran..
    dan lupa kepada rukun negara...

    BalasPadam
  3. biasa la nama pun cina haramjadah...mana kenang untung...kita yang melayu ni disuruh berlembut/tolak ansur/tolenransi la kunun. TAPI bila dah tergolekransi ini la jadinya...1 Malaysia la sangat. Kalau dah 1 Malaysia, sekolah pun 1 aliran sudah la wahai PM oiiii.

    Bab bendera tu, memang biasa kelihatan macam tu di mana-mana saja..sebab ianya akan ditukar pada setiap bulan OGOS. Pejabat Kerajaan pun ada kes gini, bendera koyak rabak. La ni bukan musim JALUR GEMILANG, la ni zaman kibarkan penimbang,keris,bulan,mata lebam,roket...itu yg lagi penting kerana itu bakal penentu poket depa ni untuk lima tahun ke hadapan...apa yang penting?...menang=poket berisi/kroni mewah....hakkkk tui

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.