Penyokong tegar Pakatan Rakyat, PR di bawah memaparkan status berikut di laman Facebooknya.
Hakikatnya, semua mahkluk diciptakan oleh Allah termasuk manusia. Jika manusia mampu mencipta manusia, pasti ramai lelaki ingin kelihatan seperti Aaron Aziz.
Kata Cucu Tok Jah Mongey, leher saya tiada. Ajaibnya! Saya masih mampu hidup, bernafas tanpa leher, jika benar seperti didakwa.
Sebenarnya ada tetapi tidak jinjang. Masa itu sedang makan, cucur udang, masakan perlu mendongak.
Allah telah menjadikan leher saya sebegitu dan saya bersyukur berbanding keadaan manusia tidak mempunyai leher akibat dipancung oleh manusia lain.
Tatkala waktu minum di lokasi sama bersama kru Penyingkap Fakta, mengapakah dia tidak tampil menghampiri saya dan mengajukan soalan ...
"Awak memang tidak ada leher ke?"
Justeru boleh saya beritahu, balik dahulu dan pakai baju. Simpati melihat manusia sebegitu. Tanpa disedari atau tidak, begitu kaya dengan cercaan di hati dan perasaan. Ahli PAS di Puchong, Selangor mungkin boleh menasihatkan dia agar kenyataan individu seperti ini tidak dilihat sebagai SUARA kepada parti disokongnya.
Bolehkan? Kata PAS memperjuangkan Islam. Nasihatkan penyokong, agar menjaga kata-kata.
Sebenarnya, pada waktu itu, saya membawa wang lebih. Tidak langsung menjadi kudis andai dia inginkan saya membelikannya sehelai baju kerana lokasi itu terlalu hampir dengan pusat membeli-belah The Curve.
Saya lebih sanggup mengeluarkan wang berbanding kenyataan berbentuk penghinaan biarpun saya tidak pernah mengenali Cucu Tok Jah Mongey.
... a key board warrior.
Barangkali bagi dia, mencerca kejadian Allah itu satu kelaziman, hanya kerana terlalu taksub dengan parti ikutannya.
Kalau kejadian Allah sewenang-wenangnya dicerca, inikan pula sesama manusia. Lihat sahaja perkataan digunakannya, mencermin diri dia.
Saya percaya, bukan semua penyokong PR bersikap seperti Cucu Tok Jah Mongey.
Ramai lagi antara mereka berkeupayaan berhujah secara bijak dan rasional. Usah kerana ketaksuban, terlalu mudah menghina.
Apapun, pemimpin tidak seharusnya diangkat di kalangan mereka berfikiran dangkal dan jika tidak mempunyai ide untuk berhujah, memaki hamun mereka tidak sehaluan.
Saya tidak pernah bergiat aktif dalam arena politik dan tidak sesekali berhajat untuk diangkat menjadi calon dalam Pilihan Raya ke-13. Bimbang jika tidak mampu melangsaikan tanggungjawab seperti wakil rakyat terkini saya di Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Semangatnya terkubur di pertengahan jalan.
Undi saya, saya tentukan, bukan pemimpin Barisan Nasional atau PR.
* Komen berbentuk negatif terhadap Cucu Tok Jah Mongey, TIDAK akan disiarkan di sini. Jika pujian ingin dilontar, silakan.
Memang jadi suatu kebiasaan pada penyokong PR ke memaki hamun orang lain & orang yg tak sependapat dgn mereka?? Word yg paling famous, 'pencacai'. Ditujukan kpd sesiapa yg menyokong kerajaan & orang yg tak sehaluan dgn pendapat mereka walaupun orang tersebut atas pagar & cuba mencari kebenaran dgn bertanya kpd mereka. Bila soalan tak dapat dijawab & penyoal mula mempertikaikan berita yg dibaca dari blog pro PR, word 'pencacai' akan mula dilemparkan kpd si penyoal. Macam tu ke nak memenangi hati pengundi atas pagar?? Ada sesiapa yg pro PR boleh menjawab persoalan saya dgn bijaksana? Ya, saya pengundi atas pagar.
BalasPadamTulisan dia mencerminkan keperibadiab dia..kerana nila setitik, habis punah baju sekolah..
BalasPadamNot a suprise from them mazidul...
BalasPadamMmg mcm tu la fikiran mereka..
Saya ingin memuji leher Cucu Tok Jah Mongey. Walaupun leher saya dalam kategori jinjang tetapi saya juga merasakan leher yang berlapis-lapis dan tidak jinjang adalah cantik molek juga.
BalasPadamWalaubagaimanapun segala pujian-pujian saya terdahulu panjatkan kepada Allah s.w.t kerana kejadianNYA dan asbab kejadian yang berbeza-beza adalah sesuatu yang indah dan perlu kita raikan.
saya setuju dengan pandangan cipher...saya sendiri pernah dilabel "cacai umngok" sebab saya bertanya beberapa fakta mereka yang saya ragui kebenarannya. salah ke sekiranya saya bertanya kesahihan fakta, atau sember kepada fakta yang mereka ketengahkan? dengan mudah mereka mencaci dan mencerca orang lain...
BalasPadamsetuju sangat dengan cipher tu... kekadang yang lebih ekstrem adalah penyokong bawahan je...
BalasPadambahasa cermin peribadi...tu ja yang mampu aku tulih
BalasPadamassalam ....
BalasPadamthe way depa cakap ... cam depa tahu semua kann .... huhuhu .. sedangkan depa ini hanyalah "insan" peringkat akar umbi ...
tp ... as usual ... bila mendengar ceramah yg kekadang "auta melebihi fakta" ... gitulaaa jadinya ....
apapun ... jgnlaa disebabkan politik ... rosak ikatan sesama insan ...
Golongan ni la yang selalu anggap diorang perfect.. Golongan yang selalu menganggap diorang je betul.. Bila ada salah, diorang akan banding2kan..tak boleh terima nasihat orang lain secara terbuka..
BalasPadamBuat laporan polis je kerana menghina Pemangku Sultan Perak dengan memanggil feodal lapuk dan menfitnah baginda telah bertukar kiblat..
BalasPadamBudaya yang berjaya ditularkan oleh Dato Seri Anuar. Budaya maki hamun.
BalasPadamsaya cukup tidak suka baca status or blog orang yang penyokong kuat satu2 parti politik ni, baik pkr or bn... kekadang bahasa diorg ni cukup negatif, penuh dengan kata2 yang buruk....
BalasPadamtutur kata dia tu mengambarkan peribadi...memang sungguh a keyboard warrior...
BalasPadamGoongan ini dinilai oleh Wallace Stevens sebagai pecandu heroin, mereka harus mengambil dan mengunakan. ia harus selalau mencari kesalahan lawan dan menjadikan ia satu kenikmatan sebagai mana pecandu 'narkoba'. mereka berasa puas dan macam seorang hypersex, justeru mereka ketagih kepuasan hingga berdarah daging dalam diri mereka dengan fahaman politik ini
BalasPadamBarang kali dia merasa Islamik bila menghina kejadian Allah. Congrats atas tarbiah yang sangat efektif yang dijalankan oleh parti mereka.
BalasPadamKadang-kadang golongan ni terlupa dalam keangkuhan "berkokok" mereka lupa golongan atas pagar dan silent voters ni mungkin lebih kuat dari yg berkokok. Belum dapat kuasa tapi dah tunjuk lagaknya, berbeza pendapat memang makian yang kita dapat.
BalasPadamBanyak berita yang dipetik dan dipercayai mereka tidak diselidik dan dihujahkan dengan betul. Kalau tgk betul-betul dalam fb..penyokong mereka ni memang takde kehidupan lain..politik..politik..politik..macam takde kerja lain yg lagi berfaedah.
Salam bro, kenapa perlu layan mamat biul ni, membazir satu page aje. Mamat sewel cam ni ada melambak dan kalau nak dilayan nanti keja keja yang lebih penting dan mustahak tak dapat nak diutarakan.
BalasPadamBahasa buruk seseorang bukan kerana pengaruh parti, tapi kerana dirinya sendiri. Ada juga blogger Umno seperti Papagomo dan Parpukari yg selalu memaki hamun orang, ia bukan kerana mereka pengikut Umno yg kebanyakannya memang santun, tapi ia salah blogger tu sendiri...
BalasPadamSetuju
Padamsetuju sangat diorang ni cepat melatah bila terkena batang hidung sendiri..tapi sebelum ini mereka tak pernah cermin diri sendiri..
PadamHehe... cer tengok pulak leher bob lokman, aku pun tak nampak jugak. Makanan ape yang dia makan sebelum masuk PAS eh?? Lepas masuk PAS tak surut-surut jugak leher 'jenjang' bob lokman tu.... lepas tu tengok leher Tamrin Ghafar juga... pergh.. sudah la gelap, leher pun tenggelam...
BalasPadamBetul..betul..betul.
Padamtak yah nak kata penyokong pr ke apa ke...cuba nilai sendiri penyokong di atas ini...bukankah sama saje mereka ni bukan kerana mereka sokong parti itu dan ini tapi memang perangai mereka suka bermaki hamun sejak dari azali.
Padampanggungopera.blogspot.com/2013/02/video-bikers-samseng-jalanan-untuk.html
BalasPadamTembak bro..
Wa support lu..
Hmm... nampak gaya pendapat dia TV3 saja yang problematic. Channel lain macam RTM dan Astro ok kot pada dia sebab dia tak maki pun.
BalasPadamKata-kata mencerminkan keperibadian. Hidup bukannya bertiangkan politik semata-mata. Kalau dia dah frust sangat dengan apa yang berlaku sekarang ni, menderita sangat dia ni tinggal ni negara ni, berhijrahlah.. bukan ke hijrah itu sesuatu yang baik?
P/S: Sangat tak suka dan hilang hormat bila orang menghina dan memaki orang lain seolah-olah dirinya itu maksum.
Cik Mazidul jgn hiraukan sgt cercaan beliau...pendapat saya sama dengan mazidul malah setiap kurniaan tu ada kelebihan masing2....setngah mata akan berpandangan lain...munkin wanita akan mengganggap mazidul comel & kiut & setengah lelaki macam si cucu tok jah mongey menganggap cik mazidul buruk tetapi saya peminat cik mazidul tetap menyokong & tetap mengaggap mazidul istimewa (bukan bodek tapi kenyataan) hehehe. Terus kan usaha terus berblog. Salam.
BalasPadamjangan la duduk melayan komen/status warga asing tu. tgk gambar profile pun tahu bukan WARGANEGARA MALAYSIA.
BalasPadamAda yg komen kat atas tulis kadang pengikut dibawah yg terlebih ekstrim...
BalasPadamBetul saya setuju sangat sedang pemimpin diatas mereka lebih pagar dari atas pagar hehe...
bila-bila masa boleh melompat kesebelah sana ke sebelah sini
politik..politik..
Tak perlu komen lanjut.. tutur kata sudah jelas mencerminkan minda dan siapa dia.. Kalau lontaran kata seperti itu menjadi halal kepada parti yang didokongnya, Malaysia tidak akan menjadi lebih mulia (seperti yang mereka uar-uarkan) jika pembangkang memerintah..
BalasPadamSemua orang pun tahu bhw salah satu cara hidup penyokong PR mmg suka mencaci dan menghina orang sebab mereka adalah org yang sangat mulia di sisi Allah. Ajaran islam yg mereka anuti menghalalkan mereka menghina ciptaan Allah. Maklum je lah, tiket ke syurga dlm tangan beb.
BalasPadamGolongan labelism. :D
BalasPadamKenapa dia pot pet pot pet cam bontot ayam??? sana kutuk, sini caci , byk beno idea nyer pon .. bek dia luangkan masa p tangkap pondan lagi bagus..ekekeke la sangat =.=
BalasPadamerrr~