Jumaat, Februari 01, 2013

SAYA BOLEH PERGI MENDEKATI GADIS ITU TETAPI HENDAK CAKAP APA?

"Apakah maksudnya apabila lelaki itu menghantar pesanan ringkas berbunyi 'bila awak free, call saya," tanya gadis berusia 26 tahun kepada rakan sejantina.

Bukan soalan itu sahaja, malah setiap reaksi lelaki baru dikenalinya itu dirujuk kepada rakan lebih berpengalaman.

... berpengalaman mengenai perhubungan di antara lelaki dan perempuan tetapi belum diistiharkan sebagai teman lelaki dan wanita.

Biarpun kenyataan diluahkan oleh gadis itu kedengaran agak ganjil tetapi berlaku.

Saya percaya majoriti pembaca blog ini pernah dilontarkan soalan ...

"Awak sudah declare dengan dia ke belum?"

'Declare' bermaksud, mengistiharkan dengan individu berlainan jantina sebagai pasangan bakal dicintai. 

Hanya selepas pengistiharan dilakukan dan dipersetujui oleh kedua pihak, pasangan terbabit mula melangkah ke dunia percintaan.  Dunia sebegitu lazimnya membuka ruang kepada mereka untuk cuba menyelami serta memahami jiwa pasangan. Tanpa pengistiharan itu, dua individu berlainan jantina terbabit hanya menganggap diri mereka sekadar teman biasa.

Malangnya, tidak semua lelaki dan perempuan berjaya mengecapi keunikan alam percintaan dengan niat untuk mendirikan rumahtangga.

Mengapa?

Ramai lelaki berasa gugup sekaligus hilang keyakinan diri untuk mendekati sasaran.

"Kalau awak benar benar perkenan dengan gadis itu, pergilah cuba mendekati dia"

Selalunya, begitu antara ayat disumbat ke telinga lelaki. Biarpun ayat itu cukup mudah untuk dibisikkan ke telinga rakan tetapi maksudnya sukar dilaksanakan.

"Saya boleh pergi berjumpa dengan gadis itu tetapi hendak cakap apa?", "Jika saya  mendekati dia kemudian tidak dilayan, bagaimana?", "Tersilap langkah, gadis itu girlfriend orang, mampus!".

Kenyataan di atas, antara luahan hati lazim lelaki bujang, tidak mempunyai teman wanita istimewa.

Kepada semua pembaca berstatus suami atau isteri, Alhamdulillah. Semua telah berjaya melepasi dugaan sebegitu. Mungkin sewaktu membaca kandungan entri ini sebilangan sekadar tersenyum simpul sambil mengimbau kembali detik manis ketika menjalin ikatan di awal perkenalan.

Bukan semua lelaki berani tampil yakin sewaktu mendekati perempuan mereka minati. Pelbagai soalan bermain di minda mereka.

Itu hakikat sukar disangkal.

Sifat teragak-agak dan gentar untuk mencuba sentiasa menghantui mereka. Mereka bak pahlawan tersungkur tewas sebelum bertempur di medan peperangan.

Pada masa sama, ramai perempuan bujang juga didapati berhadapan masalah sama.

"Saya tidak pasti, samada dia (lelaki) suka saya ataupun tidak", "Adakah saya taste dia?", "kalau saya melayan dia, tidakkah nanti kelihatan seperti terlau gedik?", "Saya menjadi kelu seribu bahasa setiap kali didekati", "Apakah kaedah untuk saya menunjukkan saya sangat suka kepada dia tetapi pada masa sama tidak mahu kelihatan seperti perigi mencari timba?".

Itu antara soalan dikenal pasti sering kali bermain di minda perempuan bujang tanpa mengira usia, bangsa, agama dan kerjaya. 

Melalui pengamatan dan hasil perbincangan bersama rakan, saya yakin, masalah sebegitu mampu ditangani.

Mengamalkan kaedah komunikasi berkesan, penampilan selesa dan sekaligus memahatkan keyakinan dalam diri, antara formula berbentuk kemahiran, harus dimiliki dan dipraktikkan oleh kaum Adam untuk mencari pasangan.

Berikutan itu, CakapDotCom akan menganjurkan sesi khusus untuk lelaki dan perempuan bujang, berkongsi perasaan dan menyingkap fakta untuk mencetus serta membina perhubungan. 

Sesi ISTIMEWA itu bertajuk 'Memahami aksi dan reaksi'. 

Jika berminat, sila daftar menggunakan Whatsap 019 244 5354 atau hubungi Azmil Abdul Aziz di talian 013 6366673.

Nyatakan nama penuh, jantina, usia, kerjaya dan alamat. 

Tarikh sesi santai terbabit akan diumumkan di blog CakapDotCom.

2 ulasan:

  1. Aduuiiihhh Mazidul hoiii....Hang bukak balik cerita zaman becintaaa.....rasa syahdu sungguh..!!! rasanya..awek-awek aku yg x jadi dulu tuu..., semuanya dah jadi kembang semangkuk..!!! he.!he.!he.!...

    BalasPadam

Anda bertanggungjawab terhadap komen dicatatkan di entri ini. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu.